Pages

Followers

Shopee 11/11 - terlajak tidur pula

 Assalamualaikum..

Malam semalam hubby bagi tau Aini.. 
Nanti 12 malam minta Aini belikan barang shopee yang dia dah masuk dlm troli (cart).
Sebabnya sales 11.11 barang yang dia nak ni kata jam 12am-2am barang turun lg harga..
Kira lagi murah selepas dah diskaun.

Aini kata ok.. sebab selalunya kitorg tidur 1230am camtu.
Hubby tak reti sangat nk beli barang online ni.
Klau dia nak tu dia akan minta tolong Aini belikan la.
10pm dh naik bilik nak tidurkan Aisyah.
Aisyah lately ni tidur lambat sebab petang dia tidur lama. 

Aini & hubby sama2 dodoikan Aisyah..
aleh2 dua2 tertido.

Pagi tadi sebelum hubby pi kerja, dia cerita kisah malam semalam.
Hubby dah bangun balik pukul 11pm lebih. 
Dah pegang tab nak cuba beli barang tu sendiri. 
Dia tengok Aini dah tidur lena, tak sampai hati nak kejut.
At last hubby kata dia nampak jam 11.58pm, dia pun terlelap terus tak bangun2..

Al-kisahnya dua2 pengsan tak dapat la beli barang tu dengan harga yang sangat2 murah.
Dua2 ketawa..mana taknya masing2 penat bekerja.
Nak berjaga lewat malam macam zaman PKP dulu memang tak lah..
Sebabnya dah kerja ofis macam biasa.

So hubby kata "Takpe lah..beli je lah barang tu tapi reduce quantity"

Adoi..kelakar sungguh..


Sebenarnya 1st time nak beli barang 11.11 yang sale gila2 ni..
tapi tu ler dia set time plak.. kalau buat 24jam untuk 11/11 semua barang syok juga.

Cuma semalam hubby sempat grab pouch bag dia 
Yang berharga RM98 turun ke RM16 dalam tempoh sejam je..
Tadi Aini tengok kt shopee pouch bag dia tu dah sold out dh.
Nasib baik sempat beli.

You all sempat grab apa..?

With Love
Aini

8 comments:

  1. hahah takde rezeki nak dapat discount lebih le tu.
    ammi tak pernah beli brg time sale..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ni 1st time Aini beli barang on sale.hehe Saje gatai tangan

      Delete
  2. alahai.. nasib baik sempat jugaklah dpt harga rm16..

    sy pulak x sempat nk beli apa² sbb xtau nk beli apa.. brg byk dh add dlm cart tp kehendak je bkn keperluan... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini pun mcm tu juga.. kumpul simpan dlm cart je belinya tak.
      Kadang2 dalam cart tu barang tu dh sold out dh..hehe

      Delete
  3. kali ini saya tak shopping sebab tak tahu nak shopping apa dalam sales gila-gila tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk sangat sales dia kan.. cuci mata je pun cukup..hehe

      Delete
  4. Tak ada rezeki nak grab sale. Takpe, tunggu 12.12 pulak kot ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe klau melepas 12.12 tunggu tahun depan 1.1 plak.. leh katakan setiap bulan la sale kan.. kene tahan nafsu klau nk beli brg sale2 ni kan..hehe

      Delete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)