Pages

Showing posts with label MotherDaughter. Show all posts
Showing posts with label MotherDaughter. Show all posts

Mama ada katarak..

Assalamualaikum..

Breakfast apa pagi ni..?
Aini mcm biasa, klau minggu bukan cuti sekolah Aini akan hantar Aisyah ke taska.. habis taska Aini ambik dia.. suka lah Aisyah tengok mama dia ambik..
Tapi kadang2 dia kata "Asyik² mama je ambik.. bila abah nak ambik..?" Haha
Abahnya sebelum terang dah keluar pi keje..

Aini sekarang ni kejap ada kerja, kejap takde..
Sebabnya kerja wfh Aini sekarang base on call..
Kalau ada maka ada lah.. Kalau xde senyap ler..
Ada rasa bosan juga sebab sebelum ni memang duk ofis je and busy ke hulu ke hilir buat kerja..
Tapi takpelah ada hikmahnya Aini dapat wfh..
Sambil2 tu leh teman mama Aini di rumah..

Aini dah lama tak blogging sebab laptop aini dah nazak..
Moniter screen tu dah bertukar warna dan bergaris2.. sampai 1 image dah jadi 3 image.. 
So bayangkan klau kita berblogging semua ayat berlayer2.. juling la mata..
Ni Aini pakai smartphone.. tupun tak puas nak blogging..keyboardnya comel bebenor sampai rasa nak kebas jari² ni..

Petang tadi mama Aini ada appointment dengan doc di Uitm Hospital Puncak Alam. 
Mama Aini ada katarak kedua belah mata.
Sebab setiap kali mama nak mengaji atau membaca buku mata mama akn berair dan semakin kabur.

So doc dah fix tarikh untuk operation bulan November ini.. doc buat mata kanan dulu sebab kanan yang paling teruk.
Tak silap harga keseluruhan untuk 1 mata dalam RM3k-RM5k tapi sebab mama ada pencen dapat la murah sikit..
Mohon doa kawan² agar dipermudahkan operation mama Aini nanti ya..

Sorry gambar dibawah takde kene mengena dengan tajuk tapi kek tu Aini buat tau..hehe

Lemon poppy seed loaf buttercake
Boleh pos ya..
Aini bake dari rumah je..
Nak order leh hello Aini..

With love,
Aini




Aisyah tiba² demam

Petang semalam mama Aini wassap bagitau Aisyah demam
Dah sampai rumah Aini tengok dia masih baring di sofa dengan mata kuyu badan duk lembik
Pagi semalam Aini ada rasa gigi geraham dia nak tumbuh..
mungkin sebab tu kot dia tiba² demam
Aisyah xde lak mengadu sakit gigi

Selepas mandi Aisyah kata nak baring je
Memang nampak weak sangat
Hati kite yang rasa risau
Pada masa tu suhu dia 38
Sempat la bagi dia ubat demam sebelum dia terlelap pada jam 7.30pm

Hari ni Aini decide nak ambik EL
Nak pantau Aisyah sebab subuh tadi suhu masih 38
Dah mandikan dia dengan air sejuk supaya panas dia turun
Nangis gak la dia sebab tak tahan sejuk
Bermula dari kaki skit² sampai ke kepala
Pastu dia dah ok dia kata nak mandi sendiri plak
Aini biarkan lah dia mandi as long as suhu panas dia turun

Selepas mandi dia nampak agak fresh
Dan masa tu juga la dia duk pokpek sampai la dia habis breakfast..haha

Dia request omelet and letak cheese dalam
Memang favourite dia klau ada cheese
Lepas zohor suhu dia naik panas balik
Elok juga Aini ambik cuti
Aini xnk susahkan mama Aini jaga Aisyah bila Aisyah demam
So sebelum tidokan Aisyah
Aini mandikan dia lagi utk bagi suhu turun
Sekarang dia tengah lena tido

Harap esok Aisyah kembali sihat

~Aini~





 

Makcik di klinik ingat Aini baru graduate..

Cerita semalam
Aini pi KK teman mama Aini jumpa doc
Follow up BP dia..
Alhamdulillah BP mama dah ok..
So next appointment adalah bulan April nanti

Sementara tengah tunggu Doc panggil
Aini and mama duduk la di ruang menunggu
Sebelah kanan Aini ni ada seorang makcik tunggu giliran dia juga
makcik ni baru pencen cikgu bulan Jun lepas
Tengah borak terus dia tanya aini ni
Aini pakai mask sebab dalam mana2 klinik wajib pakai kan..

Makcik: Awak baru graduate ke..?
Aini: Saya dah lama graduate tahun 2006 dulu..lama dah..
Makcik : (Suddenly in silent, adalah la dalam 3saat)
Awak keja mana sekarang..?

Hehehe
I nampak muda lagi ek?
Nak je cakap macam tu kat makcik tu
Haha perasan la Aini ni..
Aisyah masa tu xde dengan Aini
Aisyah dengan abahnya di luar makan nasi lemak kat warung terdekat


Gambar ni saje nak tunjuk you all cantik kan pokok tu..hehehe

Ehem..Lagi 2 years I will be in 40s..

~Aini~



 

Hello December

 Assalamualaikum..


As you all know that this month is the end of the year 2022..
Bulan lepas adalah bulan yang ujian besar buat Aini..
Sebulan Aini batuk, kemudian Aisyah pula demam on and off

Sabtu lepas hubby balik Tronoh, Perak hantar maknya balik setelah sebulan dia tinggal di KL bersama anak perempuan dia. 
Hari Jumaat tu Aisyah dah mula demam, tiba-tiba je demam
Hubby rasa tak sedap hati tapi balik juga la kampung sebab dah janji dengan maknya
Malam tu juga batuk Aini semakin teruk.. 2 hari MC 1 hari keje halfday

Sabtu tu hubby dah sampai tronoh
Malam selepas maghrib, Aisyah batuk teruk.. batuk sambung2 tanpa henti
Hati Aini dan mama Aini mula risau & decide nak bawa pi klinik..
Aini call hubby, dia lg la risau sebab dia duk jauh..
Sampai klinik, check suhu panas, kene ambik darah
Alhamdulillah semuanya ok..takde kene warded..
Doc kata paru2, tonsil semua ok clear je.. cuma tekak tu ada merah
So doc bagi ubat anti radang untuk elak dari menjadi lebih teruk

 
Hari abahnya nak balik rumah..
Aini tengah lipat baju, dia terus grab vase abahnya..
Rindu sangat la tu
Malam tu selepas jumpa abah, demamnya hilang



Aini order food panda sebab tak larat nak masak
Aisyah kata nak lukis untuk abang motor
A Thank you note for brother food panda
Bila orang tu dapat ketawa je dia..
Aisyah lak malu-malu kucing..Haha

So bulan ni ada nak habiskan cuti ke..?
10 Dec dah start cuti sekolah kan..
seronok la cuti panjang..hehe

InsyaAllah hujung bulan ni Aini balik kampung..

With Love,
Aini







Teman mama appointment di Uitm Puncak Alam

Assalamualaikum,

Selasa baru ni 15hb Nov 2022, Jam 9 pagi mama Aini ada appointment untuk check mata
Mama Aini mengadu mata tak jelas, padahal masa tu baru lepas buat cerma mata baru
So Aini ada kawan buka kedai cermin mata yang boleh check dalam mata..
Dari situ boleh detect apa sebabnya..

Kedai kawan Aini tu cek mata harga dia RM 98 
Pemeriksaan mata terperinci termasuk :
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
📌Power Mata Secara Tepat
📌Pemeriksaan Katarak & Selaput 
📌Pemeriksaan Mata Kering 
📌Pemeriksaan Mata Luka
📌Pemeriksaan Otot Mata
📌Pemeriksaan Saraf & Salur Darah Belakang Mata

So dorang akan buat surat untuk refer pada yang pakar.

Hari Selasa pagi tu selepas register tunggu la nama mama Aini dipanggil.
So masa doc pi cek mata mama untuk double confirm..
Doc dapat detect mata mama memang ada Katarak 
Mata belah kanan agak tebal daripada mata kiri..
So kedua-dua matanya akan dibedah start bulan Januari..
Dua bulan selepas tu baru bedah belah kiri pula..

Ada gak tanya kawan, selepas dibedah tu tak perlu warded
Cuma akan tunggu sekejap di hospital pastu dah boleh balik..

Semoga dipermudahkan urusan mama nanti..InsyaAllah..

Ni gambar masa mama jumpa Doc..

1st cek mata dan sebut huruf yang ada di screen
Selepas tu nurse masukkan drip mata..Mama kata pedih sangat

Tunggu dalam 15min, pergi ke bilik lain pula untuk jumpa dengan doc
Doc cek dua2 mata kene operate..
Tukar kanta katanya..


Dh habis sempat la snap Aisyah
Dia turunkan mask sendiri pastu buat peace..
Pandai ya Aisyah..haha

Selepas selesai mama ajak makan..
Masa nak balik mama sendiri nak drive ya..
Kemain mama.. 

Mama Aini ni klau pecut, seriau Aini..haha
Macam orang muda bawak keto..
Umur 72 tu..January dan 73 tahun..
Alhamdulillah sihat mama..

With Love
Aini


Ketika Aisyah macam roti bun dan pipi pau

Assalamualaikum..

Happy weekend all..
Ada ambik cuti panjang ke..? hehe

Anyway rasa nak post lak gmbr Aisyah masa baby..
Saje tgk gambar lama nampak la gambar kelakar dia ni..

Actually banyak je gambar funny Aisyah masa dia kecik..
Ada je buat cara posing and perangai yang funny ni..

Duk dalam bilik opahnya.. tengok TV dgn gaya camtu..

Ni umur 4 bulan..
rambut dah mula tumbuh selepas cukur

macam Teletubbies

Macam2 gaya tido dia ni..


Muka baru bangun tido..
Mata terbeliak macam abahnya..


Video ni Aisyah umur setahun lebih..
Duk ikut gaya apa abahnya buat..haha.. Kelakar sungguh..

Sekarang umur dia dah 4 tahun.. 
Tahun depan nak sekolah dah.. rasa cepat je masa berjalan..
Bila rindu masa dia baby Aini tengok la video atau gambar lama dia..
Pastu tunjuk kat Aisyah tanya ni sape..? 
Dia jawab ni baby Aisyah..

Semoga Noor Aisyah membesar menjadi anak yang solehah buat mama & abah ya.. Aamiin..

With Love,
Aini

The Parenthood at Sunway Putra

Assalamualaikum..

Cerita kelmarin.. Aini & hubby nak bawa Aisyah pi jalan²..
Kesian tengok dia lama tak bawak dia enjoy di luar.. Asyik duk rumah je
So lepas breakfast Aini & hubby pi Sunway Putra, KL..
Ofcoz jam sikit tapi bila nak masuk ke Sunway Putra jam dia lain semacam
Rupa-rupanya ada Matta Fair..

Macam mana la Aini leh lupa..memang wrong timing la..
Aini tak suka pi mana-mana event sebab tak suka crowded
Tapi tuler dah sampai kan dekat 30min gak nak cari parking..
Alhamdulillah dapat juga.

Before Aini pi Sunway Putra, Aini ada buat research tempat indoor games untuk kanak2
Ada la satu level di Sunway Putra ni tempat dia nampak menarik dan besar
Rupanya sebelum ni Aini & hubby penah pusing situ dulu..
Masa tu Aisyah umur 6 bulan..
So hubby setuju la nak bawak Aisyah main sana..

Dah masuk dalam pi makan jap..
Aisyah dah lapar..baru leh bawak dia main..
Bila nak pi tempat mainan tu tak ada....Aini & hubby siap cakap sama tempat ni la dulu
Tapi dah tukar jadi kedai lain.. Macam kedai RM2..
Sedih yang amat.. So bawak je lah Aisyah main..
Aisyah memang seronok la tapi bagi kita tak syok la..
Tempat pun kecik je..

Anyway jom tengok gambar..

Entrance
Anak RM5 Dewasa RM7 tambah dewasa RM5



Kecik je tempat dia..

Mana Aisyah?

Father daughter sama je..haha




Baling bola bagi kene


Aisyah ajak mama naik sekali

Haa bukan sekali naik main slide..
Berkali-kali sampai naik semput mama Aisyah tau..
Abahnya jadi jurufoto sambil main baling bola kat kitorang..
Bila Aini start masuk makin ramai lak yang nak main..
Pastu kite keluar.. Ada la dekat sejam main tu..

Takpelah janji Aisyah seronok ya..
Malam tu memang tidur pengsan dah dia kepenatan..
Mamanya sakit kaki..haha

With Love,
Aini

Aisyah doa gosok gigi

Assalamualaikum..

Tadi keluar kejap beli lunch awal.. seberang jalan je..hehe
Nampak plak ayam masak lemak.. sedap lak tengoknya..bahagian thigh plak tu..
Itu pun lauk2 dia dh nak habis.. ingat kita yang awal rupanya ada orang lagi awal dari Aini..haha
Malam semalam, Aisyah dinner nasi sikit je..
Sebab sebelum maghrib dia makan cucur udang banyak..
Peyut dia kecik so xleh sumbat banyak..walaupun dia chubby..hehe
Pastu tiba-tiba dia kata dia nak makan roti dengan milo.. 
So Aini bagi la dia makan sebelum naik tidur..

Sambil tu dia nak tengok cerita Omar Hana..
Ada satu episode ni tajuknya "Bismillahirrahmanirrahim"
Masa tengok Omar Hana menyanyi Bismillah dia tanya Aini

Aisyah    : Kenapa Omar Hana main baca bismillah..(Means dia ingat bismillah ni untuk makan je..)
Aini        : Bila Aisyah nak main, nak buat something kenelah baca Bismillah..
                 Baru lah Allah sayang Aisyah..
Aisyah    : Owhhhhhh (pnjang Owhh dia tu)

Bila dah naik atas nak tido, macam biasa Aini akan bawak dia pi jumpa Opah
Salam good night..pastu dia sendiri cakap "terima kasih opah jaga Aisyah"
Opahnya geram je bila dia cakap camtu.. Aini pun geram dengan suara halusnya lagi..haha

Dah masuk bilik Aini bawak dia ke toilet nak gosok gigi
Masa Aini letak ubat gigi kat berus gigi dia, Aisyah baca doa
Pastu dia nampak Aini pandang dia terus dia sengih..
Aini ketawa Aisyah baca doa makan ke..? dia angguk..
Aini cakap Aisyah baca Bismillahirrahmanirrahim pun dah cukup.. pastu dia senyum




Haih la Aisyah, semakin hari semakin bijak..Alhamdulillah
Rasa cepat pulak dia dah besar..
Tahun depan dah sekolah dah..
Mama is sad..

Baca doa gosok gigi:

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِيْ، وَشُّدّ بِهِ لِثَاتِىْ، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ ياَ اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ Allāhumma bayyidh bihī asnānī, wa syudda bihī litsātî, wa tsabbit bihī lahātī, wa bārik lī fīhi, yā arhamar rāhimīn. Artinya, “Ya Allah, putihkanlah gigiku, kuatkan gusiku, teguhkan rongga kerongkonganku melalui pembersih gigi, dan berkahilah diriku melaluinya, wahai Zat yang Maha Pengasih.”



With Love,
Aini

Wordless Wednesday: Aisyah solat bersama mama

Malam semalam Aisyah nak solat bersama Aini
Sama-sama ambil wudhu
Sama-sama bentang sejadah
Aisyah nak pakai tudung
Lengan baju nak biar camtu..haha


Malu taknak mamanya tengok
Aini curi-curi ambik gambar
Tengah berzikir tu.. tasbih tu opah bagi untuk dia guna..
Dengar la dia cakap Subhanallah
pastu selebihnya bisik-bisik angin je..haha

Ni sempat snap gambar muka dia..
Lepas dia nampak dia malu..hehe

Tunjuk hidung dia plak..haha

With Love,
Aini

Wordless Wednesday: Aisyah & ice-cream



Ice cream tu mama Aisyah punya..
Memang tinggal satu pun sebab dia punya dah makan dah minggu lepas..
Ni mama Aisyah baru nak makan..
Dia pun nak rasa skit..
End up dia yang habiskan semua..
Takpelah nakk... janji happy..
Mama dapat rasa skit pun jadi lah..hehe

With Love,
Aini

 

Mama - Song by Celine Dion

Setiap kali dengar lagu ni Aini akan menangis..

Walaupun mama Aini masih ada lagi tapi dengan sacrifice dia pada anak-anak dia selama ni buat Aini tersentuh dan betapa kuatnya mama Aini terima pelbagai dugaan semasa Aini kecil dahulu.

Deep inside my heart, I will always love you..
You will always be my first love..
You are my inspiration..
You are my angel..
I Love You Mama..

Mamma

You gave life to me
Turned a baby into a lady
And, mamma
All you had to offer
Was the promise of a lifetime of love
Now I know
There is no other
Love like a mother's love for her child
And I know
A love so complete
Someday must leave
Must say, "goodbye"
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word, and I will cry
It'll break my heart to hear you say, "goodbye"
Mamma
You gave love to me
Turned a young one into a woman
And, mamma
All I ever needed
Was a guarantee of you loving me
'Cause I know
There is no other
Love like a mother's love for her child
And it hurts so
That something so strong
Someday will be gone, must say "goodbye"
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word, and I will cry
It'll break my heart to hear you say, "goodbye"
But the love you gave will always live
You'll always be there every time I fall
You are to me the greatest love of all
You take my weakness, and you make me strong
And I will always love you till forever comes
And when you need me
I'll be there for you, always
I'll be there, your whole life through
I'll be there, this I promise you, mamma
I'll be your beacon through the darkest nights
I'll be the wings that guide your broken flight
I'll be your shelter through the raging storm
And I will love you till forever comes
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word, and I will cry
It'll break my heart to hear you say, "goodbye"
Till we meet again
Until then
Goodbye

Aisyah dan Ice-cream Durian Musang King

Assalamualaikum..

Semalam selepas Isyak, rasa nak makan ice-cream.
Aini saje beli Ice cream Musang King sebab teringin nak rasa dia macam mana.
Mahal juga ya harga dia. RM6.30.. Lagi mahal dari Magnum.

Dialog anak beranak..

Aini        : Aisyah mama nak makan ice-cream lah
Aisyah    : Aisyah nak makan ice cream durian
Aini        : Eh tu mama punya. Aisyah kan ada ice-cream oreo mama beli. Aisyah kan suka..
Aisyah    : Nak ice-cream Du..Ri..Annnnn..
Aini        : Takpe Aisyah share sikit dengan mama ya..?
Aisyah    : Ok.. makan sama-sama
Aini        : Emm yelah.. tapi Aisyah makan la ice-cream Aisyah ya..?
Aisyah    : Ok....

Buka peti ais.. bawak ke depan.
Bagi ice-cream oreo dia boleh kata tak nak pulak.. 
Aisyah capai tangan nak pegang ice-cream durian dengan penuh excited..



Bagi oreo dia mengelak.. Bagi Durian senyum sampai ke telinga


Bukan main seronok dia makan ice-cream durian

Kesimpulannya, Aisyah dapat makan ice-cream durian sampai habis.. Mama Aisyah makan la ice-cream oreo sambil mata tengok Aisyah makan..haha

Dia minta tukar ice-cream.. Aini curi2 rasa pun dia marah..
Aisyah..Aisyah..

Pastu masa nak bagi dia tidur.. dia leh jd hyper lak..
hubby cakap.. tuler bagi dia makan ice-cream malam-malam.. kan dh hyper.. Hahahaha

Bagi Aini ice-cream musang king tu sedap..memang terasa durian dia cuma manis dia kuat..
I cannot..

With Love,
Aini


Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers