Pages

Tukar implant mama Part 1

Assalamualaikum,

Masih ingat Aini update pasal tulang mama Aini retak? Tulang Pinggul mama retak
Setelah lama menyepi di blog, pada masa tu Aini teman mama di hospital selama 12 hari dan juga busy dengan jadual hantar anak pegi balik sekolah, appointment mama di hospital..
So today Aini sempat la buat blog hari ni.

Alhamdulillah syukur, bulan Ogos mama dapat slot awal disebabkan ada patient ni batal pembedahan. Ada sebab tertentu yang patient tu tak boleh diteruskan untuk membuat pembedahan. Hari tu Doctor ada bagi tau patient ada masalah kesihatan. Nak buat pembedahan ni kesihatan kene sihat, takleh demam atau lain2 kalau tak risiko akan lebih tinggi klau diteruskan juga.

Terima kasih buat kawan2 blogger yang mendoakan mama Aini. 
Aini akan cerita on the very 1st day warded di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.

13hb Ogos 2026 - Appointment

Aini dan suami bawa mama ke hospital untuk tahu result yang diambil bulan July lepas.
Bulan July mama ambik darah dan juga X-ray & reading ECG.
Keputusan semua cantik dan Doc kata kemungkinan akan mula buat pembedahan hujung bulan September atau awal bulan Oktober.
Last word Doc kata, tengok minggu ni, kalau ada patient tak jadi buat Doc akan call untuk datang minggu depan iaitu 20 Ogos 2025.
Mama Aini mengharap untuk dapat slot awal sebab tak sanggup nak tunggu sebulan dua lagi.
Sebelum balik, Aini tunggu di klinik Ortopedik dekat 30minit, nama mama dipanggil dan Doc bagi tau boleh datang masuk wad pada 18hb Ogos. Pembedahan pada 20hb Ogos,
Kami sangat bersyukur pada masa tu. 

Day 1 - Warded (18hb Ogos 2026)

1030am mama kene start masuk wad. Macam biasa kena daftar la dulu. Punya la ramai manusia pada masa tu sampai wheelchair di lobby habis terus. 
Polis bantuan kata cuba tengok di tempat Kecemasan kot ada wheelchair lagi.
So Aini pi la di tempat Kecemasan, dah la jauh masa tu, mmg dh macam buat briskwalk 500m dah haha.
Suami teman mama dia luar lobby sbb kereta pun belum parking lagi, nak drop mama dulu.
Dah sampai tempat kecemasan, nampak ada sorang ni dah ambik satu, dah tinggal 3 wheelchair je.
Alhamdulillah dapat la satu yang agak elok skit untuk mama.

Selepas daftar, dorang suruh kita tunggu di bilik lounge, sementara nurse panggil mama untuk masuk wad. 


Sampai di wad, mama dapat katil hujung sekali dekat dengan tingkap. 1 space ada 4 katil. Semua perempuan. Kalau side sebelah lelaki pula tapi jauh la dari tempat mama. 

Tepi katil mama ni ada ruang tepi ni utk Aini tidur. Kalau tidur di kerusi memang kurang selesa la.

Night view

Pada hari yang sama, pada malam jam 11pm, ada nurse datang beritahu yang mama akan pindah katil. Pindah yang lebih selesa iaitu di bilik personal. Alhamdulillah syukur pada masa tu mama rasa happy sangat sebab dpt tidur dgn lena dan privacy. 


Luas kan bilik mama? Alhamdulillah dapat gak Aini tidur di sofa panjang ni. Lebih selesa dari tidur di lantai ..hehe.. Mau hari-hari sakit pinggang.

Day 3 - The Day (20hb Ogos 2026)

The day mama akan start operate. 7.30am nurse dah ambil mama ke OT.
Mama relax je dengan senyuman yang manis sebelum keluar dari bilik.
Aini perhatikan mama bergerak dari bilik sampai la hilang dari pandangan Aini..
Air mata mula la bertakung.. lama nak tunggu mama habis OT.
Aini tunggu sampai tak breakfast langsung.

Dari kul 8am sampai la kul 4 ptg baru la mama masuk bilik.
Punya la lama.. Hati risau je takut terjadi apa2 pada mama sbb Doc kata 4 jam je tapi ni dah lebih,

Rupanya, selepas habis OT mama diletakkan ke bilik khas untuk pemantauan.
Doc nak tengok mama leh gerak kaki ke tak.. mungkin sebab selagi mama tak gerakkan kaki mama takleh naik masuk bilik.

Malam tu mama susah nak tidur sebab kesan bius tu dah hilang dah, mama x selesa pinggul tengah sakit. Mama operate separuh badan, macam ibu mengandung kene operate Czer.
Almost every hour terjaga dari tidur, bangun betulkan position mama nak bagi selesa. 
Mama takleh gerak sangat pada masa tu.

Day 4 - Recover (20hb Ogos 2026)


Alhamdulillah sakit mama dah semakin kurang cumanya dari malam tu mama kene tidur dalam keadaan bantal diikat antara dua kaki mama supaya mama tak pusing ketika tidur. Tapi hari ni juga doc bagi bukak dah cuma kene jaga2 sebab implant baru masuk dlm kaki so kene jaga pantang pergerakan.


Doc physio datang nak tengok keadaan mama and nak bagi mama cuba untuk berjalan. 
Alhamdulillah it went well cuma slow skit2 la sbb baru bangun tu..
Tak selesa dengan bag kencing dan darah saraf bila nak berjalan.. 
Nak tidur pun kene hati2..



Makanan di hospital ok la not bad, cuma lauk telur rebus masak kurma ke apa2 la mama tak makan.. she dont like boiled eggs..haha
Hampir setiap hari mama minum teh tarik.. Aini ok je sbb mama xde kencing manis.
Aini ingat duk hospital ni Aini leh turun berat badan rupanya tak..haha well sikit je lah..



Ada TV ni mama & Aini layan jelah movie kat youtube.
Banyak layan cerita P.ramlee je skali skala bosan mama suruh tukar movie lain.
Aini seronok tengok mama dah boleh bergerak macam biasa. 
Tu tengah layan fon la tu message kawan2 dia. 
Dah beratus WhatsApp masuk sejak Khamis tu. 
Jenuh la mama nak balas haha..
Kul 9 kitorang dah tidur.

Nanti Aini akan update for Part 2.

Terima kasih bagi yang baca sampai habis..hehe

Love,
Aini

Akhirnya sekolah tutup

Assalamualaikum,

Sejak berjerebu ni, hati kite duk risau anak pi sekolah. 
Risau batuk non stop, demam.. Alhamdulillah Aisyah x batuk teruk.. cuma ni dh start sikit sejak awal minggu jerebu teruk.

Aini sendiri lagi lah tak tahan sebab memang ada Asma.
Kalau nak keluar pun hantar Aisyah pergi balik sekolah je.

Semalam agak teruk juga tapi sekolah agama Aisyah sekolah, lepas tu sekolah petang tu Aini dan hubby decide nak bagi Aisyah rest kat rumah je.


Malam semalam, dapat msg group class cikgu share info sekolah ditutup. 

Finally, baru lega hati ni. Sekolah je tutup tapi pelajaran tetap diteruskan.

So, from 2pm to 5.50 Aisyah akan PDPR.

Kesian parents yang bekerja, mesti kelam kabut kan? 
Kalau diberitahu siang atleast parents boleh prepare apa yang patut.

Semoga semua parents dipermudahkan segala urusan termasuklah Aini..Aamiin.

Love,
Aini

Pinggul mama retak

Assalamualaikum,

Benda yang paling Aini takut dan merisaukan adalah kesihatan mama Aini.
Umur dia tahun ni dah 76 tahun.
Mama seorang yang aktif. 
Aktif menghadiri kelas agama siang dan malam.
Boleh memandu
Kadang kala mama busy dengan aktivity setiap bulan iaitu Marhaban bersama kawan2nya,

Sekarang dah sebulan terpaksa kurung diri dalam bilik tidurnya.
ni semua atas nasihat doctor. Sementara nak menunggu untuk operation, Mama kene banyak rehat dan pergerakkan mama tersangatlah terhad,

Puncanya selepas mama ambil wudhu untuk solat Isyak.
Mama keluar dari bilik air dan pijak alas kaki tu tapi alas kaki tu bergerak lalu mama terjatuh kuat.
Kaki kiri terlipat ke kiri, kaki kanan terlunjur ke depan.
Disebabkan hentakan yang kuat mungkin sebab tu tulang pinggul mama retak sikit.

Mama boleh bangun selepas jatuh tu..Mama tak bagi tau pun kat Aini ms tu.
Esoknya mama baru bagi tahu sebab nampak cara mama berjalan perlahan dan nampak lebam kt lutut kiri.
Aini bawak mama pi klinik, doc check pergerakan, lipatan dan kekuatan kaki tu Doc kata xde kesan patah.
So doc bagi ubat tahan sakit..

2 minggu selepas kejadian, masih tak baik lagi dan Aini decide bawak mama ke emergency hospital di Hospital Uitm Puncak Alam. Dari jam 12pm sampai la ke 10pm baru settle, 
pertama kali xray x nampak. So doc xray buat kali ke 2 dan nampak ada kesan retak sikit.

Doc advice untuk operate. Kalau tak operate saluran darah dalam tu akan terhenti dan kaki akan mati.
Masa tu rasa down sangat apatah lagi mama Aini.
Image from Google

Mama akan buat hip replacement seperti di dalam gambar ni. 
Terasa ngilu plak bila tengok.
Tak sampai hati nak bagi mama kene buang tulang selama 76 tahun bersama dalam badan dan terpaksa di buang mcm tu je.
Tapi demi untuk meneruskan kehidupannya di bumi ini, It's better to follow what's best for mama.
Doc kata 2 hari selepas operate dah boleh jalan dah.
Cuma pantang dia dah tak boleh duduk bersila, solat kene duduk, nak tidur atau bangun kene cara yang betul.

Slot untuk operation dapat pada bulan September 2026.. 
3 bulan mama kene tunggu. Mama said takpe mama boleh tunggu tapi Aini tahu hati mama sedih.
Rimas terkurung dalam bilik lama.. cuma dalam tempoh menunggu tu ada lah kene jumpa doctor.
Minggu depan nak buat xray lagi, ambik darah dan ECG.
Hujung bulan jumpa doctor pakar bius dan bulan 8 jumpa doctor pakar tulang.
Doc kata klau ada patient cancle nak operate dia akan selit nama mama dengan segera.

Mohon doa kawan2 untuk mama Aini agar cepat sembuh dan dapat la slot cepat untuk operation.
Tak sampai hati tengok mama terseksa menahan sakit bila berjalan sikit.
Buat masa ni, mama stay dalam bilik. dia nk ke toilet dekat je sbb duk master room and pakai tongkat 4 kaki. Makan minum aini urusan.
Rasa bersyukur sebab Aini tak kerja di mana2.. kalau Aini kerja sape pula nak jaga mama Aini kan..?

Love,
Aini



Wordless Wednesday

 


Disebabkan terpengaruh dengan adik, so kite pun beli la online kat shopee. Harga Rm7+ ada 48pages.

Nak beli leh click sini : Colouring Book

Baru join Apps Threads

 

Threads

Assalamualaikum,

Minggu ni dh start sekolah balik dan mula la mak2 busy buat preparation untuk anak sekolah.
As usual, pagi Aisyah sekolah agama sampai jam 1050am.
Then pukul 1pm dia start masuk sekolah kebangsaan.
Sian tengok dia kene bangun awal bagai but that's life to gain more knowledge at her age.
Isnin Aisyah sekolah, selepas balik dari sekolah kebangsaan badan dia naik panas.
Memang panas terik hari Isnin tu sampai Aini sendiri pun leh pening kepala kuat duk berdenyut2.
Semalam hari Selasa dia tak sekolah la. Aini x pi ambik Mc sbb ubat masih duk banyak lagi.
So kite buat formal letter untuk absent Noor Aisyah.

Anyway, ramai tak download Apps Threads ni? 
Mostly apa purpose you all untuk download tu?
Aini start join sebab nak kembangkan lagi business cake Aini. 
Tupun ada tanya kawan blogger lama Puan Strawberry pasal Threads ni.
Dia kata situ pun leh buat sell barang especially foods / desserts la. 

Baru sebulan join, Alhamdulilah sales meningkat walaupun tak laju macam air terjun tp ada juga orang order.

Sape nak join leh la klik link di bawah ya.. Thank you for your support (^_^)

Instagram: Juzabakes 
Facebook: Juzabakes
Threads: Juzabakes

With Love,
Aini

P/S: Lunch apa tadi..? Aini makan sup tulang..yum2

Belajar buat crochet

Trying a new hobby untuk membuat crochet.

ni pun belajar dri mama Aini..

bila tengok online ada a bit confuse so tanya lah mama. 

Mama Aini tunjuk rupanya cara dia lebih mudah dan faham.

So kene practice lagi dan lagi..

Tangan kite plak jenis cepat kebas so xpe la buat jelah slow2..

Ada sapa2 pandai buat crochet tak..?


Aini lebih kepada knitting dan jahit cross stitch..Lama plak tak buat..



Minggu UPSA Noor Aisyah

Assalamualaikum,

Minggu ni adalah minggu Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA).
Semoga Noor Aisyah dan juga murid darjah 1 hingga 6 dapat menjawab soalan dengan tenang.

Macam biasa, selepas Aisyah balik dari sekolah petang, dia akan dinner awal.
Mengaji dengan opahnya jam 8pm, selepas tu baru la buat revise subject yang akan keluar esoknya.
Harap kali ni, Aisyah boleh jawab dengan baik daripada bulan lepas.

Bila baca soalan paper bulan lepas, dia boleh jawab tp ada silapnya dia salah tanda jawapan..
Takpelah, you have tried your best and mama Aisyah tahu yang Aisyah boleh jawab dengan baik, InsyaAllah.

Selepas ambik dia dari sekolah agama, Aini tanya la mcm mana exam hari ni.
Dia punya cerita tu macam, kacang je mama..haa lebih kurang la ayat dia tu.
Dia siap cakap, ustazah kata soalan banyak tapi sebenarnya sikit je..
Bagi Aini la, klau tengok paper dia ada la 2 muka surat penuh itu pun dia kata sikit,
Means, soalan dia senang la tu ya Aisyah..? haha

Ok, nanti kite tunggu result ya..
Dah janji dengan dia kalau dapat score cantik, nak bawak dia main water park..
Sebabnya last Saturday ada family day ofis hubby di I-City Mall. 
Dia tak puas main, and for me tempatnya agak kecil..Tak la besar sangat as what we expected.
Sebab tu janji dengan dia nak bawak tempat besar sikit so boleh ajak sepupunya sekali

 
Gambar semasa sambut raya di sekolah agama

Til next topic,
Have a great day.

With Love,
Aini


Khatam Al-Quran - Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak raya kan.. Alhamdulillah..
Ada dapat puasa penuh tak..? hehe

Alhamdulillah hari ni, Aini dapat khatam Al-Quran bersama jiran2 taman rumah
Aini ikut mama Aini..ni 1st time join tadarus bersama jiran2
Mama Aini ketua dalam kumpuan Aini

Ada 5 kumpulan.
Kumpulan 5 yang join melalui online.

Gambar atas sekali semua ketua ikut kumpulan masing2.
Mama Aini yang belah kiri no.3 (tudung brown)
She is 76 this year..Alhamdulillah..

Gambar No.2 adalah dari kumpulan 1 hingga 5.
ada 2 orang je tak dapat join.
Aini depan skali, tengah menahan sakit lutut tu..haha



Hadiah yang semua dapat adalah mini luggage..
Sesuai la untuk bawa barang kecil2 seperti toiletries or cosmetic,,
bende lain pun boleh..

Aini tanya Aisyah dia nak ke..
Aisyah jawab "Tu kan mama punya.. Mama pakai lah.."
Dalam hati berkata "Yes Aisyah,Thank You" Haha





Aisyah dapat hadiah dari SPBT

Assalamualaikum..

Dari 5 pelajar ini, Aisyah salah seorang pelajar dapat hadiah keychain dari unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kerana buku teksnya dijaga dgn baik dan dibalut dgn kemas. 

Aini memang dari dulu lagi suka membalut buku² dan juga hadiah tak kira apa saiz pun..


Aisyah pun jaga buku dengan baik, klau nak kata muka surat koyak skit tu memang ada lah tp mama dia ni cepat baiki bukunya.. 
Walaupun ada koyaknya pnjg 5mm ke mama dia tetap akan tape bagi kemas.


Tapi yang Aini kecewanya bila dapat buku teks darjah 2. 
Ada 1 buku ni, ntah kenapa penuh dengan lilin kat kulit buku. Patut la bau dia wangi semacam.
Pastu dengan koyak tepi dgn air lilin melekat kat setiap muka surat rasa mcm baik beli baru jelah. 
Takat Rm7 lebih je harganya xpelah. 

Nak tukar yang baru pun, cikgu cakap dia cuba dapat yang lain sebab banyak yang x berapa elok. 

Ni pun ada tukar 1 buku yang kulitnya tah separuh koyak. Tanya kot ada yang lain, Alhamdulullah dapat.
Kalau takde memang plan nak beli yang baru jelah.

Buku yang lilin tu Aini beli kt onlne je sebab di kedai buku takde stock. 
2 kedai buku takde stock so mmg beli online jelah.
Nasib baik sampai awal. hehe

Kita pun nak bagi anak guna buku yang ok supaya senang dia nak belajar.
Klau buku banyak koyak, kertas pun mcm dah reput kesian pula kat anak kan?
Kesian kat kita juga nak tape setiap muka surat, jenuh la so baik beli yang baru.


Wordless Wednesday

Ni nak kata healthy breakfast ke tak ya sebab rotinya pakai pewarna..hehe

Labels

Followers