Pages

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Hanya mampu berdoa

Assalamualaikum..

Hampir sebulan menyepikan diri.. 
2 bulan kerja di tempat baru dan dalam pada masa yang sama mother in law (MIL) jatuh
di kampung sehingga tulang kaki kirinya patah. 

Aini bersama suami bawak balik MIL ke rumah Aini di Puncak Alam untuk menjaganya sehingga dia pulih. Dari bulan Ogos sehingga Oktober kami menjaganya. 

Kerja Aini mcm mana pula..?
Ya, memang agak mencabar. Waktu masuk kerja 8.30..
Sebelum tu Aini pi siapkan Aisyah dan hantar Aisyah ke sekolah.
Tau la budak ni klau nak pi sekolah, banyak ragamnya..
Pastu belikan breakfast untuk MIL dan siapkan makanan dia di meja makan..

Aini kerap balik rumah untuk tengokkan MIL bila waktu lunch..
Kerja di ofis tetap diteruskan seperti biasa.
Aini dah terus terang pada boss pasal condition MIL.
mula2 dia ok, tapi pada hujung September dia bagi surat notis.

Bila baca surat tu, Aini terdiam.. hanya air mata je yang keluar tanpa kata-kata..
Staff kewangan sebaya dengan Aini pujuk Aini untuk terus kuat.
Dia pun rasa simpati dan dia tak mampu nak buat apa2.

Aini termenung seorang diri di bilik
Cakap kat diri sendiri, mungkin tempat ni bukan sesuai untuk Aini
Tiba untuk menjaga MIL sehingga dia sembuh.
Pada masa tu Aini hanya luah pada adik.
Malam pula, Aini tunjuk surat pada suami.
Dia jawab, Aini tak salah. Ini semua bukan kehendak kita.
Mungkin semua ni ada hikmahnya.
Rezeki ada di mana-mana dan terus pujuk Aini..

Mama Aini cakap, Aini dapat pahala besar menjaga MIL
Mama Aini kata dia nampak Aini struggle jaga dia, makan minum, uruskan rumah,
suami & aisyah lagi..
Dengan kata2 mama Aini tu membuatkan Aini rasa lega dan semangat untuk move on.



Semoga selepas ni ada lah rezeki yang lebih baik buat Aini sekeluarga..InsyaAllah..

With Love,
Aini





A&W Beef Burger yang entah apa-apa..

Mungkin lah beef burger A&W ni takde salad..
Tapi kan takkan la nak bagi yang sangat kosong macam apa Aini dapat ni..
Ini Aini beli drive-thru sebab susah dapat parking..Buat di station minyak Caltex
Kalau dine in mau patah balik ke kaunter..
Beli regular set.. takde root beer float ya.. Total RM14

Bila makan rasa agak dry..
Klau ada slice of tomato and salad ok lagi..
Aini tak ingat dah menu beef burger ni camne dulu..
Tengok pada gambar iklan tipu tu nampak sedap la.. 
Ada nampak mustard nak terkeluar meleleh and pickle situ..
Tapi tengok apa Aini dapat..? Mustard takat calit camtu je..

Gambar iklan A&W yang nampk sodap sangat tu..
Tapi tengok la apa Aini dapat..?


Tak habis pun makan..
Roti xde sapu apa terus letak daging, 2 calit mustard, tomota sauce..No pickels

Hari tu ada orang belanja Aini ayam goreng A&W
For me tak kene pada tekak..
Sangat tebal, keras
Bila dah sejuk isi keras..

Bukan nak demand cuma tak sama macam serve zaman dulu2.

Hmm entah la.. malas la nak makan benda fast food ni..
Nak serve orang tak jujur..
Macam mana nak maju..
Lama-lama tutup la..


Nope, I didn't enjoy it and I didn't even feel surprised at all..
More to the shock of what I get.

I give you 2/10

Kalau zaman dulu early 2000 boleh la bagi 8/10
Now I down rate ya.. Sorry

With Love,
Aini






Tidak menepati temujanji

Assalamualaikum..

Terjadi pagi tadi, Aini telah membuang masa hampir setengah hari
Ini bukan kali pertama tapi ni dah kali kedua

Pakcik Aini nak jual rumah..Dah sebulan lebih la dh ada buyer
Sekarang ni under document processing la..
Pakcik Aini duk jauh so dia minta tolong Aini handle la sebab dekat dengan rumah Aini
Rumah tu pun takde orang duduk..memang kosong..
Last was student Uitm.. Sekarang pakcik Aini decide nak jual..
So this person in charge ni I think lawyer from this property company..
Last week dah call Aini nk jumpa di rumah pakcik hari Sabtu jam 3pm.
Aini cakap selepas jam 2pm leh jumpa sebab Aini kerja halfday so final jumpa jam 3pm la..
Masa Aini kerja, jam 12pm dia call Aini leh jumpa terus tak..
Aini jawab la takleh sebab kerja.. lepas kul 2pm leh jumpa..
Dia pun oklah kul 3pm as we promised.

Aini ni jenis agak punctual..klau jumpa kul 3 before tu Aini dh sampai dah
Klau Aini lambat sikit pun Aini akan maklum pada orang tu takut ingat kita jadi jumpa ke tak..
So Aini text dia kata dah sampai.. takde blue tick..
3.10pm Aini call dia.. dia jawab termengah2 kata dia kat Bukit Beruntung baru lepas jumpa orang..
Dalam hati said Whattt... Aini leh agak la dia nak datang pun lbh 30 minit sampai
Dia request nak jumpa kul 4pm.. Aini dah down sebab Aini tak suka last minit..
Kita pun ada program sendiri kan..?
Aini cakap tak boleh sebab kul 4pm ada appointment dengan doctor..
Dia pun cakap kita jumpa Isnin.. Hari ni ler.. jam 11am

So Aini masuk ofis lambat sebab dah ada temujanji dengan orang ni..
Jam 9am td Aini text dia.. utk confirm jam 11am..
Takde respond.. skali jam 15min nak pukul 11am baru dia call Aini..
Bila dia kata minta maaf, hati Aini rasa tak best dah..
Dia kata dia ada meeting blum habis lagi..
Pastu tanya Aini bila Aini free, "puan bagi tau nnt saya datang.."
Nak je marah kat dia.. Kita free hari ni sebab nak jumpa dia lah..esok lusa tulat xtau free ke tak..

So Aini cakap lunch hour je..dah nak sampai inform, nanti baru datang..
Sebab tempat keje Aini dan rumah dekat cuma trafik light ler buat lambat sampai.

As my advise..
Kita sebagai lawyer ke, salesman ke, agent mana2 ke atau even nak jumpa kawan or family ni
Klau dah buat temujanji dengan seseorang please be on time..
Klau lewat atau ada emergency yang tak dapat nak dielakkan please please inform orang ni awal-awal
Supaya orang ni tak tunggu lama atau membuang masa
Klau inform awal sekurang-kurangnya orang ni boleh proceed dengan hal dia yang lain..
Betul tak..?

Harap lepas ni dia nak jumpa Aini biar jadi la..
Kalau kali ketiga pandai la dia tu tapi Aini kene gak jumpa dengan dia sebab kunci rumah Aini pegang
Adehh sabo jelah dapat jumpa perangai manusia macam ni..


"Masa itu emas"

With Love,
Aini






Serabut tengok TikTok

Assalamualaikum..

Berhenti kejap buat kerja.. 
Relax kan minda.. 

Tapi nak buat blog ni tak relax kan..Haha
Sebab nak buat cerita..
Ala takpe santai-santai je..



Hmm tau kenapa Aini serabut tengok TikTok (TT)
Macam biasa lunch hour ada la free time layan social media jap..

Asalnya nak buat untuk bisnes kecil ni, nak tambah pendapatan, untuk tarik pelanggan lah dalam TT
Tapi Aini download bukan yang TT Shopping
Aini download TT biasa je..
Bila bukak dia atau play yang For You punya video..
Video secara random macam kat IG..
Tapi dia autoplay kan..
Sekali ternampak la 1 video ni perempuan muslim bertudung tapi negara belah2 negara arab sana..
Not exactly orang arab tapi negara islam la.. tak pasti negara mana..

Anyway cara dia buat video buat diri kita kaum muslimah rasa malu yang amat sangat..
Tiba-tiba terasa stress disitu..you know what I mean..?

Aini tak tahu la klau budak2 remaja even yang sekolah rendah ni ada TT ni..
Sangat bahaya la.. boleh mempengaruhi minda dorang ke arah yang tidak baik..tidak elok..
Risau sangat zaman teknologi canggih ni.

Aini taktau la TT ni leh sekat video yang over 18yrs..
Klau budak bawah umur nampak video yang menjolok mata ntah la..
Takut dibuatnya..

Parents yang mana tahu anak ada TT kene pantau..
Even IG pun tengok budak2 kecik pun dah pandai guna..
Klau TT lagi la kan..banyak guna untuk berjoget bagai..

I hope this can be controlled in a proper way
Save the children underage watching that they are not supposed to watch..
It's really scary..

So Aini delete akaun TT bisnes kecil Aini tu..
Just guna IG n FB jelah..
Rezeki ada di mana-mana..

Aini minta maaf kalau ada yang terasa bagi yang dah ada TT ni..
Terpulang pada masing-masing nak guna kan.. It's your choice..
Kalau kita share benda yang elok takpelah..
Ini cuma pandangan Aini je dan apa Aini rasa..
No heart feelings kay..(^_^)

Ok back to work..

With Love,
Aini



Pizza Hut - macam tak ikhlas nak buat

 Assalamualaikum,

Aini order pizza hut online pastu tapau di kedai dia lah. Aini ambik promotion 4pax 4menu. Total semua RM68. Disebabkan beli lebih dari RM50 Pizza Hut bagi free mushroom soup.

Selepas ambik Pizza Set terus balik rumah. Aini bukak je terus down. Sebab macam tak ikhlas nak buat je. Aini takdepun tambah crust apa2.. Just normal Regular Pan Pizza.


Veggie Lover

Huwaiian Chicken

Beef Pepperoni

Agak kecewa bila dimakan sebab lebih pada rasa sos je.. inti tak sangat apatah lagi cheese. Rasanya lepas ni taknak beli situ dah la..huhu

I kecewa...

With Love,
Aini


Park kereta rapat depan gerai makan menyusahkan orang lalu lalang

 Assalamualaikum..

Pagi ni ada urusan personal di bank.
So Aini punch in dulu then baru pegi bank.
Agak ramai beratur di luar bank tapi laju je process dia.
Dengan tiba2 rasa sakit perut duk menunggu di luar dan panas terik lagi.
Panas hot tau..

Dah selesai sebelum balik ke ofis
Aini singgah gerai makan di tepi jalan
sebab makanan tepi jalan agak murah dibandingkan beli makanan di kedai makan

Kredit : carian google

Cuma satu benda ni je Aini paling menyampah la katakan.
Orang park kereta serapat-rapatnya depan gerai makan.
So.. klau orang yang lalu lalang nak pi gerai makan tu macam mana nak beli ??
Sebab kereta orang tu park depan-depan, seolah-olah tak nak bagi orang lain beli.
That is such a Bull**** lah..

Depan gerai tu bersepah ada parking kosong
Bukan jauh pun..beberapa langkah je nak ke gerai tu..
Walaupun sekejap tapi park la tempat yang sepatutnya
Jarak macam jiran depan rumah kita jerrrrr...
Nak jugak park depan-depan gerai tu.
Aini dah lah tengah lapar, pastu dengan layan panas terik..
Bila tengok sakit hati dibuatnya

Ada sorang perempuan ni plak Aini tengah beli pisang goreng
Elok plak dia park depan gerai pisang goreng tu
Driver tu keluar buka pintu tak reti nak tutup balik..
Ternganga la macam tu.
Aini nampak la orang nak lalu situ boleh terhenti diatas orang yang selfish ni.
Leh plak dia park situ dan pi gerai lain bukan di gerai pisang goreng.

Tak faham la manusia zaman sekarang ni.
Aini bukan jenis orang yang suka sound orang bulat-bulat camtu.
Aini takleh. Klau sound orang, aini lagi sakit hati..
Nanti timbul jadi gaduh plak.
Pastu mula la orang rakam pastu viral kat social media..
Tu je kerja manusia sekarang ni.
Baik blah cepat..

Maaf di atas ayat kasar tadi..
Hati tengah geram..

Harap manusia-manusia jenis macam ni cepat sedar la..
Zaman dulu bersepah ada gerai makanan di tepi jalan..
Elok je parents kita park tepi,
Jalan sikit nak ke gerai tu.
Tul tak..??

Maybe some people never learn..
Ntah lah..

Ok..perut dah bunyi..
Aini makan dulu ya..Breakfast minum air kopi je tadi.
Lunch makan nasi ayam bungkus je dengan Ais lemon laici..
Sedap tu.. boleh meredakan hati yang tengah panas ni..hehe

You all pernah alaminya tak..?

With Love,
Aini

Kerja hari Sabtu

 


Assalamualaikum,

Happy weekend all..
Aini kerja setiap hari Sabtu dari jam 10am -2pm.

Klau leh nk cuti sabtu ahad..
penat tau kerja hujung minggu..
Dengan nak kemas rumah, bilik bagai..
setelah Isnin-Jumaat kerja sampai ke ptg.
Walaupun Aini duk dengan mama Aini tapi Aini xnk mama Aini buat semua kerja tu.

Kadang2 lepas balik kerja sabtu tu rasa letih nak buat kerja rumah..
So aini akn buat kerja rumah hari Ahad dr pagi sampai la ke zohor termasuk masak utk lunch skali la tu.
Harap one day dapatlah cuti Sabtu..
Bengkel kereta dorang bukak setiap hari 9.30am-6.30pm kecuali Ahad 
Tapi sebab Aini kerja ofis so masuk kul 10am-6pm je.
Sabtu je halfday.

Sebelum2 ni keje pejabat Sabtu Ahad cuti.. 
so nk pi jalan2 leh la pi hari sabtu.. Ahad duk rumah rehat.
Ni sabtu kerja nk pi jalan2 pun dh mcm lewat.. malas nk balik rumah lepas maghrib.
Dah terbiasa pi jalan2 balik rumah sebelum maghrib sejak sebelum kawin lagi.
Sampai hubby pun dh terikut melainkan dia ada urusan penting di luar.

Lagi 2 jam nk balik..
I is bosan..haha

Sabtu takde kerja sangat.. sebab hari biasa dh siap dh semua kerja..

ok that's all for now..

With Love,
Aini




Rezeki ada di mana-mana..

Assalamualaikum,

I taknak mengeluh.. i am sad..truly sad but bila I balik rumah tengok anak, my sadness is gone bit by bit but when I'm alone again i feel sad again.. 

Sejak PKP ni company yang I baru masuk bulan Feb lps raya cina semakin menurun. And on the 19th June my HOD came to see me and tell me a bad news. I dah mcm tak sedap hati since the day my HOD whatsapp kata nk jumpa. Macam ada something tak kene.

And yes, my thoughts were right. I will be terminated and on that very same day he gave me a letter. Yes I was disappointed, i was kindda mad why I so soon especially at this condition. I tak nangis masa tu.. i xnk nangis depan dorang but later when my hubby tanya apa dorang cakap I cried. Ya Allah betapa sedihnya diriku ini..dalam keadaan yang ramai kene buang kerja tak sangka aku pun kene juga. Disebabkan I masih under probation so they decided to terminate me because it would be easier.

Takpe..Allah ada... Allah akan bantu aku.. Rezeki ada di mana-mana..

Bagi yang jadi mangsa macam I ni.. 
I nak you kuatkan hati, banyakkan bersabar dan banyakkan doa..InsyaAllah Allah akan bantu walau apa cara pun.. cepat atau lambat je..yakin la rezeki ada di mana-mana..

With Love,
Aini


Dulu dan sekarang tidak sama

Assalamualaikum...

Apa yang dulu dan sekarang tak sama? 
Actually Aini refer pada zaman IT sekarang ni. 
Ye la, klau awal tahun 2000 hingga 2015 gitu ramai duk update cerita dalam blog masing.. 
seronok membaca sambil tengok gambar.. 
Sekarang ni lebih pada update di FB ataupun di IG.. 
Aini perasan.. you all perasan tak..? Sometimes i miss those days..

Kadang2 ada yang xde masa dah nak tulis panjang lebar mengadap blog ni.. 
nak blogwalking pun lagi la.. 
Klau zaman bujang dulu Aini rajin lah update blog.. 
3 year after kahwin dah makin kurang nk update blog.. 
Aini perasan gang blog lama dah ada anak pun jarang2 update2 blog.. 
Ada dah x update langsung.. ada sampai tahun 2010 pastu tak update sampai sekarang.. 
why..why..? 
rindu oo nak baca story you all tau..

Aini update sekarang ni buat style skip paragraph..
Sebabnya klau buat cara story rapat2 panjang lebar org xmau baca..
Actually ada gak tiru gaya blogger Kak Puan Strawberry..
Sebab bila baca blog akk ni simple dah.. tak pening dan tak boring..
Tu pendapat Aini lah..
serupa macam kite msg2 dalam whatsapp
Orang baca satu..satu..
klau orang post dalam whatsapp macam karangan..
Mau baca tak..?
haha

Sekarang pukul 1145pm..
Aisyah sedang tido nyenyak di sebelah mama dia.. 
Mama dia plak tgh update blog di katil sebab tak mengantuk lagi..
sambil tu pasang earphone dengar lagu Celine Dion..
Favourite forever..sejak umur 9 tahun lagi tau..

Abah Aisyah plak tgh lepak dgn kawan sekolah dia..
kat kedai mamak area rumah je.. 
Dah lama tak kuar borak2 dgn kawan dia..
xpe biarkan la..bukannya selalu pun..

ok lah.. nk layan bende lain plak.
nnt update lagi..

Selamat Malam

love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers