Pages

Magic Clean untuk dapur


Pernah guna Magic Clean tak?
Klau nk bersihkan dapur mesti penuh dengan percikan minyak, kuah segala macam yang oily la

Dulu Aini guna sabun pinggan je untuk cuci dapur
Bila terjumpa benda alah ni macam best lak
Cepat dan sekejap je settle
Spray semua dapur tu
Pastu lap 2 atau 3 kali siap

Ni tak la teruk sangat
Manja sangat Aini nak pakai Magic Clean
Bukan manja..tahap malas namanya..haha
Taklah.. sebenarnya Aini nak tunjuk result dia je..hehehe

Aini spray  1 row je
Tempat yang oily tu
Nampak tak warna oren tu..tu minyak dah kembang
Kalau jenis minyak atau kotoran degil spray kat tmpt tu 
Lepas tu biar dalm 5-10minit, then lap

Tadaaa bersih kaan..?
Silau tak..haha

Boleh beli kat DIY, Ecosave
Kat Lotus tak ingat ada ke tak.. 
Mak² mesti suka punya..
Cuba lah

~Aini~



 

Senilukis zaman remaja

Semalam tengah duk mengemas..
Terjumpa la lukisan Aini zaman kolej dulu
Elok lagi Aini simpan..
Pada masa tu tahun 2004..
Haaa berapa tahun dah tu?
Lama kan..? Aini ikut cara mcm mama Aini
Suka simpan benda yang lama elok² terutama yg jenis kertas² la..
Bila tengok macam baru buat tapi sebenarnya tak..

Even buku resipi mama Aini dulu duk tampal dalam buku dia sejak tahun 1985..
Tahun Aini lahir tu.. Haaa tu pun elok lagi tau
Cuma kertas yg warna putih dah jadi brown² dh
Kira dah 38 tahun buku tu..
Dan Aini mama masih lagi guna buku tu..haha

Ok tanpa Aini duk bebel
Jom tengok lukisan Aini
Ni semua lukis guna pen dan ada guna pastel  

Pastel colour on sugar paper
Zaman ni suka cartoon anime yg handsome²

Lady leafs (pen)

Ni xtau berapa lama siap (pen)

Ni pun sampai naik juling mata

Dah lama Aini tak lukis macam ni
Masalahnya sekarang tangan Aini cepat kebas
So nak lukis lama² pun takleh
Apatah pegang fon lama

~Aini~


Duduk dalam kereta je

Assalamualaikum..

Happy Sunday all..
Hari ni Aini tak ke mana pun..
Ptg nnt nk prepare cake customer order from Ampang
Akan dipos esok pagi.

Pagi tadi selepas siap masak mee goreng for breakfast
Hubby nak pi kedai
Mula² ingat dia nak pi seorang je
Skali dia nak Aini & Aisyah teman walaupun sekejap
Aini ok je..
Bila dah sampai kedai ingat nak turun lah sekali
Hubby kata tunggu je dalam kereta
Nak Aini & Aisyah teman dia keluar duk dlm kereta je..
Haha ok la.. 


Sementara tunggu hubby g kedai
Aini Aisyah wefie

Til then..bye²

~Aini~








 



10 MAKSIAT BATIN YANG PERLU DIJAUHI

Disebutkan oleh Imam Ghazali Rahimahullahu Taala di dalam kitab Arba’in Fi Ushuluddin, 10 perkara yang boleh mencalarkan kerohanian seseorang ialah :

.
1.SYARHUT THA’AM
Makan banyak.
.
2. SYARHUL KALAM
Banyak bercakap perkara tidak berfaedah.
.
3. GHADHAB
Kuat marah. Suka bertengkar.
.
4. HASAD
Dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat kurniaan Allah.
.
5. BAKHIL WA HUBBUL MAL
Kedekut dan mencintai harta benda.
.
6. HUBBUL JAH
Cintakan pangkat, kebesaran dan kedudukan.
.
7. HUBBUD DUNIA
Cinta kepada keduniaan.
.
8. TAKABBUR
Membesar diri sendiri bercakap sombong.
.
9. UJUB
Terpesona dengan diri sendiri
(merasa diri banyak berbuat kebaikan dan kebajikan).
.
10. RIYA’
Membuat ibadah bukan kerana Allah
(suka menunjuk-nunjukkan kelebihannya).
.
Na'uzubillahi min zalik
Ya Allah
Jauhkan kami dari maksiat ini

Sumber: FB Ustaz Don

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

 


Terjumpa give away dari blog Nonasani

Tahun ni baru nak join Give Away
Harap lepas ni Aini rajin la nak join GA 2023..hehe

Aini ucapkan Selamat Pengantin baru yang ke 23 tahun..hehe
Semoga kekal bersama dan bahagia hingga ke Jannah
Sihat-sihat selalu..InsyaAllah..

Nak join GA Ciknur simple je syarat2 nya..

1.  Follow  blog "Dapur Cik Nur"
     Yg penting ada list kat blog korang.
2.  Buat entry bertajuk "Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband
3.  Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️
4.  Tinggalkan link penyertaan di ruang komen.

Simple kan..Nak join just klik pada banner di atas ya..

~Aini~


Wordless Wednesday: Burnt Cheese Cake & Brownies

 


Alhamdulillah
Jualan mini burnt cheese cake dan brownies habis terjual di Cafe UiTM Puncak Alam
Ni org salesgirl tu share gambar jam 1.45pm
Biasa jam 5pm Aini akan collect sekiranya ada baki

Cuaca pun agak mendung, tak hujan
Mungkin waktu lunch hour ramai serbu cafe sana
Ada plak dessert yang cedap2..hehe

InsyaAllah akan buat lebih lagi untuk esok..

~Aini~


Hubby masak pula

Assalamualaikum
Cuti CNY ni Aini tak balik kampung
Hubby x berapa sihat
Masih ada pening² akibat dia denam Influenza B hari tu
Tapi hari Isnin dia willing nak masak
Susah benor nak tunggu mood masak dia tu..haha
Walaupun dia nak masak tapi Aini akn jd kitchen helper dia juga

1st dia nak masak kacang botol berlada
So aini akn buat apa yang disuruh
Tumbuk cili, belacan, bawang putih & merah
Tumbuk menumbuk ni tugas Aini
The rest keje hubby


Celur kacang botol

Mula menumis
Dapur Aini ni tinggi skit..
Kadang² lenguh tangan klau nak kaco²

Masukkan kacang botol td

Dah sebati baru masukkan telur sebiji

Dah siap
Ada side dish lg

Sambal pedal 

Ayam masak halia
Kuahnya terlebih kuning sbb yg salahnya Aini
Goreng ayam kunyit byk sgt. Haha
Takpe janji ada rasa halia dia..

Siap la 3 menu
Ni masak untuk makan malam
Aisyah suka benor makan Ayam masak halia
3 kali tambah nasi + dengan kuah tu je
Lauk lain dia xmau..

Seronok tengok anak makan sanpai bertambah²

~Aini~

Tumpangkan student Uitm

Mata blum rasa mengantuk lagi
Lebih pada badan letih
Lagi² kaki tumit ni.. lenguh ya amat
Dari selepas Zohor sampai la ke malam
Busy membuat kuih Almond London
Dan Burnt Cheese Cake
In between ada la stop kejap
Layang pipipau ni nak tu nak ni

Aini jadi vendor kepada 2 tempat ni
Cafe di uitm dan kedai baru yang nak cari orang jual kuih raya
So dengan adanya peluang Aini & adik
Boleh la cuba jual kuih raya dia di kedai baru tu

Hari ni non stop hujan
Pgi tadi selepas subuh sambung tido
Yelah hujan duk lebat kat luar kan
Memang sedap tido la..hehe
Aini sedar tengok aisyah sedap tido lagi dengan abahnya
Aini pun bersiap then kemas dapur
Buat breakfast makan dengan mama aini
Tengok hujan pun dh stop
So Aini keluar pi kedai bakery jap
Tak sampai 30min tiba² hujan lebat

Selepas Aini dah keluar dari kedai bakery
Aini nak ke kereta pastu lalu la depan 2 student girls ni
Dorang berteduh kat tepi kedai bakery sebab hujan lebat
Aini terdengar salah sorang tu cakap
"Tulah gatal nak jalan kaki sampai sini, kan susah nak patah balik"
Aini kesian plak kat girls tu Aini pun patah balik
Aini tanya la sorang nak pi mana, klau nak tumpang meh ler  
Dorang tanpa fikir panjang dorang pun ok
Rupanya girls tu hntr baju kt dobi layan diri
Mungkin sebab dorang nak beli air
Dorang pun jalan la kaki sampai ke area kedai bakery
Klau jalan kaki confirm dorang akan basah kuyup

Selepas hantar dorang
Dorang nak bayar
Aini hanya jawab sambil ketawa
"Eh takpe..akk bukan grab..akk tumpangkan aje"
They really greatful

Balik tu Aini buatlah utk esoknya
Sekarang mata dah ngantuk..hehe

Ni result almond london

Klau nak order boleh pm Aini

Klau size kecik ni RM22
Size besar RM40
Harga tak termasuk postage

Nak tempah utk raya boleh xde masalah
Hello je Aini

~Aini~

Wordless Wednesday: Hero Market

Assalamualaikum..

Di Puncak Alam semakin meriahlah supermarket
Sejak Aini duk Puncak Alam ni xde apa sangat la
Harapkan kedai runcit biasa and 99 Speedmart je

1st supermarket besar adalah Econsave tahun 2010 kot lupa dah
pastu Tesco kini Lotus
Start 2019 dah ada Jaya Grocer
Ni Hero Market lak


Penduduk semakin ramai
Supermarket pun semakin banyak
Cuma sekolah je sikit sangat
Kene buat sekolah lagi kalau tak kesian budak2 sekolah jauh
Sekolah swasta ada lah tapi tak mampu bagi yang bergaji rendah..
Renung-renungkan lah..

Tahun ni kene daftar anak sekolah darjah satu
klau lambat susah la nanti..

~Aini~


Minum petang - Salad makanan sihat

Lunch tadi makan nasi ayam + tahu begedil..pedas lak..
Senak perut duk minum air banyak sbb pedas punya pasal

Sekarang mula la perut ni rasa lapar balik
Kalau tak makan mula la gastrik
Doc kata klau lapar makan, jangan tahan
makan la biskut ke roti ke..

So Aini ada beli salad semalam
memang nak bawak makan kt ofis
Aini suka beli jenis camni
Leh terus makan

Biasa Aini nampak kat Jaya Grocer je ada jual
Kedai lain Aini tak pasti
Makan sorang memang leh habis la

Ni sos dia bagi Thaousand Island

Sos dia and baby butterhead diasingkan dalam paket kecik
Dah letak semua tutup balik pastu shake-shake dia

Dah siap
Bon App├ętit

Pernah try makan salad ni tak..?
Memang sedap
Aini ada juga beli untuk makan di rumah
Pack besar, klau makan dengan nasi Aini akan makan salad ni skali..
Sedappp..
Lagi satu makan salad banyak lagi senang nak membuang..
Lagi cepat la berat badan tu turun..hehe

~Aini~

Movie: Ada Hantu 2

Pernah tak tengok Ada Hantu..?
Last year Aini tengok di Disney Hotstar..
Konon nak tengok citer hantu feeling2 takut sorang-sorang
sekali ketawa sorang-sorang macam orang tak betul.. 
Kelakar la and best la tapi ending macam tergantung..

Sekali masa lunch hour, nak tengok la citer hantu melayu
Ternampak la citer Ada Hantu 2 dalam youtube
So tengok la.
Rupanya cerita ni lagi menarik dari Ada Hantu 1

So klau nak tengok yang 1st movie boleh tengok link bawah dalam youtube
Atau sesiapa ada Disney hotspot leh la tengok dalam tu juga
Aini share juga yang citer sambungan dia ya



Sipnopsis Ada Hantu
Alif, seorang YouYuber yang tidak mempercayai hantu meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakannya di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Sipnopsis Hantu 2
Lima rakan, Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha kembali ke banglo lama milik arwah nenek Bariah dan mereka dalam misi mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah. Kumpulan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah. Apa yang berlaku seterusnya akan membuatkan anda terkedu…
-
-
-
-
-
Oklah, taknak citer panjang..hehe
Cerita ni tak takut pun lebih pada lawak dorang je..
Enjoy

~Aini~

"Aisyah taknak doktor cakap..!"

Assalamualaikum

Selamat bekerja
Ada start apply cuti tak minggu ni atau minggu depan..?
Aini so far belum decide apply cuti lagi
Tapi klau cuti pun rasa macam tak pi mana-mana..
Tengok la klau hubby ni suka buat cara mengejut tau2 dah ke PD la, Melaka la
Klau dekat pun pi jalan2 kat mall je..
Klau leh kitorang nak bawak Aisyah jalan2 sebelum dia start sekolah Mac nanti

Bila di tanya kat Aisyah pasal sekolah, dia jawab macam orang dewasa
"Aisyah takleh sekolah lagi, cikgu tak panggil lagi"
"Aisyah nak naik bas sekolah"
Aisyah ni sejak tahun lepas lagi excited nak naik bas sekolah
Mana taknya setiap hari nampak bas sekolah lalu depan rumah
Masa main petang dia nampaklah van sekolah lalu drop budak sekolah balik
Laju je di pi kat pagar rumah duk intai van sekolah tu..
Budak2 dalam van tu siap lambai kat Aisyah
Dia pun tanya Aini "Mama, abg kakak bye Aisyah tu kawan Aisyah..?"
Aini pun jawab la ya abg kakak tu kawan Aisyah..
I'm sure she'll be a friendly girl towards her friends..InsyaAllah

Cerita semalam,
Jam 9am ada appointment dentist untuk Aisyah
Gigi geraham dia ada lubang, belah kanan belakanglubang besar skit
Tapi syukur tak sampai ke akarnya lagi

Kali ni abahnya ikut
Bila dah masuk jumpa doctor Aisyah dah duduk kerusi
Pastu belum start apa2 lagi dia dah nangis
Mungkin dia takut bunyi2 mesin tu
Atau sebab abahnya ada dia nangis..haha
Manja benor dia tu
Masa dengan Aini je hari tu ok plak

Sebab kerap dia bagi makan chocolate
Gigi dia berlubang, bukan 1 tapi ada 3
So doc tampal yang besar dulu.. 
Masa nk cuci dia nangis kuat tapi duk diam takdegerak2 badan ke apa
elok je baring cuma suara je kuat

Yang kelakarnya,
Doc bg tau Aisyah, nak buang ulat kat gigi nanti boleh tampal baru cantik gigi
Aini pun cakap bende yang sama
Pastu Aisyah cakap kat Aini "taknak doctor cakap"
Dia nak Aini yang cakap..nurse sebelah duk ketawa je..hahaha

Selepas settle Aini pi breakfast di Bukit Cherakah
Nampak la suasana macam di kampung
After 20mins Aisyah boleh makan so just nice la takdelah lama sangat dia nak tunggu

Dorang tengah tengok kucing
Aisyah pantang nampak kucing ni

Jam 10pg masih ramai lagi duk breakfast
Redup je duk bawah pokok

Belakang Aini cabin tempat orang bancuh air

Makanan anak beranak
Aini makan roti sarung yang ada telur tu
Baru makan separuh dah kenyang

Budak bucuk tak mandi lagi

Masing2 kenyang, lepas makan terus ke Jaya Grocer

~Aini~

Tergantung nak buat kerja

Zaman sekarang ni bila nak buat kerja kene guna internet
Tapi bila internet problem tak boleh nak buat kerja
Isu Aini sekarang ni internet ok, nak buka gmail ke blog ke takde masalah
Tapi bila nak guna computer system yang ada ada link dengan internet ni tapi system tu duk error
Camne tu..?

Satu kerja la nak kene contact company ni untuk check system dorang
Pernah berlaku 1 bulan tu langsung takleh guna
katanya tengah update system dorang so effect pada client yang menggunakan system dorang ni
Lagi banyak la pending kerja..
Dah melibatkan kewangan plak tu..
Aini terpaksa buat cara manual dulu guna Microsoft Excel
Bila dah ok kene la key in balik dalam system
Dah dua / tiga kali keje dah tu..adehhh masalah tul
Bayar beli system ni dah la ribu riban
Tapi slow
bagi Aini baik maintain guna system free online ni
Lagi tak serabut, bila nak ke next level laju je dia buka next page

Joke of the day

Yang system baru ni lambat
bila nak ke next level makan 30 saat utk 1 key in data.. 
Klau kita nak key in 10 data berapa saat, minit atau jam baru nak siap
Ntah2 dalam 8 jam bekerja mungkin leh selit dalam 4 data je
Aini sampai naik give up tapi nak tak nak kene gak la guna system lembab macam Siput B*** ni
Nanti Siput B*** ni marah kat Aini plak nape libatkan dia lak..hahaha

Perut dah lapar ni sebab geram dengan system ni..
Nak coffee la..

~Aini~

Anak buah bercuti

 Assalamaulaikum..

Seperti biasa hari ni Aini keje separuh hari
Aisyah nak ikut, lagipun nak bagi abahnya rehat 
Malam semalam hubby ada dinner di pejabat dia
Tema baju Rock&Roll
Malam semalam Aini sedar kul 1 pagi baru sampai rumah
katanya habis lewat semalam

Hubby punya style simple je
Pakai jeans, inner shirt dgn vest hitam and kasut warna brown
Ramai tegur dia dah macam bodyguard sebab muscle dia yang menonjol..Haha
Hubby dulu gym trainer, walaupun dia dh stop dia slalu workout kt rumah

Yang Aini ni nak workout pun memang nak sangat
tapi nak mula tu adehh..
Hanya perempuan je yang faham kan..Hahaha

Ok dah lari topik dah..
Adik Aini pi short vacay bersama suami and anak-anak dia
Sambut Wedding Anniversary di PD
Adik share la gambar anak-anaknya punya la seronok mandi swimming pool and pasir di pantai
Aisyah tengok Aisyah pun nak pegi
Aini pun cakap la nanti kite pegi

Aisyah pun tak merasa duk di hotel lama-lama
main pasir di pantai atau mandi swimming pool yang agak lama
Hari tu pun Aisyah ikut Aini pi kursus di hotel kat KL
tapi pada masa tu Aisyah demam pula
So dia takde feeling seronok pada masa tu

Ok jom tengok gambar

Pelampung tu Aini belikan sebagai hadiah
Hadiah suka-suka je
Elok plak dorang nak pi swimming..
Abg Yusuf memang hantu Spiderman
Zulaika ni suka Hello Kitty tapi takde plak pelampung hello kitty
Tunjuk kat dia nk minnie mouse tak, dia pun ok janji ada pink hehe

Beasutiful sunset

    
Adik Aini kata baby Yunus makan pasir..haha
Tengok la cheeky face dia tu.. geram tau..

Their excitement is my excitement too..
Hari ni nak balik dah dorang..
Back to real life..
Isnin Abg Yusuf school dah..hehehe

To my dear sister and brother in law
Happy Anniversary
May you both live happily ever after til Jannah
Aamiin..

Lepas ni akan story pasal Aisyah plak ya
Have a great weekend

~Aini~


Wordless Wednesday: Aisyah tak suka anak patung girl2

Aisyah ni tak suka patung girl2..
Patung dinosaur atau kuda dia suka
Hari tu bawak dia jalan-jalan.. tangan dia dah pegang patung dinosaur
Abahnya saja menyakat Aisyah
Nak tengok reaction dia..

Mana-mana kedai la klau ambik anak patung camtu depan dia
Aisyah akan nangis..haha
Comel je..
Sepupu dia Zulaika suka patung girl2..


~Aini~

13 tahun blogging

 Assalamualaikum

13 tahun dah rupanya Aini blogging
Tapi ada tahun yang Aini tak aktif macam tahun 2019 dan 2020
Memang tak aktif layan blog

Tahun 2019 
Aini jaga Aisyah masu tu baby lagi
Lepas tu Aini kerja sebagai receptionist
So nk bukak google memang takleh dorang sekat
Aini biasa update blog guna computer
tak biasa sangat update guna fon masa tu..leceh..

Tahun 2020 (Covid 19 tgh hangat)
Aini kene terminate keje sebab company tak mampu nak bayar gaji staff
So duk umah jelah
Tapi diri Aini nak juga cari kerja nak bantu suami
Dapat la kerja sekejap dengan uncle Aini.. dia buka cafe di Glenmarie Golf 
Pastu PKP duk off and on so sale tak masuk banyak


Jun 2021 Aini dapat kerja di bengkel kereta
So hari-hari menghadap computer
Bermula lah Aini aktifkan diri dalam dunia blog pula

Tapi sayang..
Gambar-gambar dari tahun 2010 - 2018 hilang semunya
masa tu ntah kenapa boleh terdelete gambar dalam google drive
So gambar2 dalam blog ni semuanya hilang
Tak dapat la nak tengok gambar Aini pos sebelum ni..huhu


InsyaAllah selagi Aini masih larat nak blog Aini akn terus blogging
Mana tahu bila Aisyah dah besar nanti boleh la dia baca blog mama dia..
Dan continue blogging dari Aisyah..
Maybe dia akan buat blog dia sendiri..Hehe

Bagi yang baru nak blogging dan pada blogger lama
Selamat blogging.. (^_^)

~Aini~

Mini burnt cheese cake by Aini

Assalamualaikum..

Buat pertama kali Aini buat burnt cheese cake
Rasa sedap, gebu fluffy..
manis bila mkn bersama Nutella..
Klau makan burnt cheese cake dia sahaja, yang tak suka manis pun suka

Aini hantar di cafe Uitm Puncak Alam
Semoga murah rezeki Aini di sana
So far tak nampak lagi ada orang jual burnt cheese cake di sana
Sebab tu Aini mencuba nasib

Minggu lepas buat brownies original tanpa topping
Alhamdulillah terjual semua..
Semoga Allah murah rezeki perniagaan kecil Aini dan adik 
Dua2 minat baking.. ni smua turun dari mama Aini..hehe




Nampak cedap tak..? hehe
Tangkap gambar guna original cahaya di luar dengan berlatarbelakangkan pokok hijau
Memang naik seri la gambarnya kan..hehe

Kindly follow my small business Instagram


~Aini~

 

Gamma Knife Surgery

Assalamualaikum

Hari ni Aini dapat info dari kakak ipar yang hari ni dia akan buat operation di kepala
Pagi tadi dia dah buat MRI, sekarang dia akan buat operation gamma knife
Doc akan laser pada sel cancer sahaja..

Apa yang Aini faham Gamma Knife ni doc akan laser pada sel cancer yang duk setempat
Contoh ada di kanan otak skit sebesar 1cm tu je lah doc akan matikan..
Correct me if I'm wrong..

Sebab last November 2022
Kakak ipar Aini operate dia kepala bahagian kening kanan
So nampak kesan jahitan di keningnya..

Jadi Gamma knife ni hanya guna laser
Macam gambar di bawah ni

Laser akan tembak ke dalam kepala straight pada tumor/sel cancer


Hubby share gambar kakak ipar on the way untuk operation.

Semoga kakak ipar Aini kembali sihat seperti sedia kala
Walaupun cancer ni susah untuk hilang sepenuhnya..
Kita hanya berserah pada Allah S.W.T.

~Aini~


Kaya Ball


Keluar lari jap dari ofis sebab kelaparan
Tengah datang bulan je lapar kan.. haha

Nampak la orang jual kaya ball
Aini dah lama tak makan kaya ball ni
Beli la nk munch² je..
10biji RM5.. kecik cinonet tu satu 50sen
Memang kaya la orang yang jual ni..

Tak silap dulu² bawah RM3 utk 10biji kan..?
Makin lama makin naik la harga walaupun barang atau makanan tu cinonet je..

That's Life

~Aini~

Hubby kene Influenza B

Assalamualaikum..

Salam Jumaat..
Lunch apa hari ni..?
Hari ni Aini lunch di rumah sebab rehat panjang kan.. 
Seronoklah Aisyah nampak mama dia balik..
Baru park depan rumah dia dah jerit panggil mamaaaa...!! Haha

Semalam hubby pi klinik..
Aini suruh dia pi jugak sebab dah dekat 4 hari demam tak hilang..
Masa dia sampai klinik, nurse rekod BP and fever..
BP tinggi ya amat..

Kemudian jumpa Doc, ambik darah..
tunggu a few minutes later
dah keluar result.

Ada 2 line.. Positive Influenza B

Hubby cerita pada Aini..
masa dapat tau dia positive Influenza B, dia dah panik 
Sebab fikir ada mama Aini dan anak yg masih kecil
Hubby siap tanya doctor nk kene self kuarintin ke, nk santize ke bla bla bla...
Doc ketawa.. Influenza B ni x sama macam Covid..
Ia demam berpanjangan cuma kene duk jauh la dari family takut berjangkit demam tu
Hubby lega la bila dengar Doc explain
So hubby dapat MC 5 hari
dan ubat yang hubby kene makan tu memang kuat dan kene habiskan dalam masa 5 hari juga

So malam sejak hubby demam memang tak tidur 1 katil
Aisyah masih tido bersama Aini & hubby..
Aisyah duk tengah la

Bila hubby tido kat lantai, Aisyah akan intai dari katil
Bila esoknya bangun pagi dia akan intai abahnya tengok ada ke takde..
Klau takde dia akan nangis..haha

Malam semalam badan Aisyah dah mula dedar..
sebelum subuh badan Aisyah panas..
Aisyah ni susah nak renggang dengan Abahnya..
so Aini cepat la bagi ubat demam sebab suhu dia dah dekat 38
batuk and flu memang takde..

Aini akan cuba untuk bagi dia aktif
buat la apa-apa aktivity..
main tanah liat ke, painting ke..
sekali sekala dia main game di phone Aini tapi tak lama la..

Klau dibiarkan tak bagi Aisyah buat apa2
badan dia akan jadi weak
Kita la yg paling risau di dunia ni..
Kalau boleh taknak tengok anak demam kan..

Masa lunch Aini balik tengok hubby duk lembik badan
Harap dia ok lah esok..

Sekarang ni musim demam lagi
Anak bos Aini dan wife dia kene Influenza A
Seminggu dah rasanya, sama macam hubby Aini

Semoga you all selamat dan sihat2 ya..
Take Care

~Aini~

Lunch date bersama hubby tahun 2023

Assalamualaikum..
Lunch tadi hubby wassap tanya dah lunch ke blum..
Aini pun jawab la belum..masa tu tengok jam dah dekat kul 1pm
Skali dia kata jap lagi dia datang jemput nk lunch sama..
Rupanya dia halfday hari ni.. katanya tak sihat

Sebab dah lama tak lunch date berdua
Aini lunch dekat dengan ofis Aini
Ada nampak 1 kedai makan baru buka rasanya dah sebulan dah
Restaurant Thailand
Aro Thai, Eco Grandeur Puncak Alam..

Masuk dalam memang cantik
The interior design is beautiful yet simple

Aini&hubby nk makan goreng2 ja
Air pun order Thai Green Tea
Hubby dulu asyik order air nescafe o ais ataupun Ice lemon tea
Bila dia start rasa air Aini sebelum ni dia pun dah suka dh Thai Green Tea tu
Sementara tunggu order Aini pun selfie la

Cantik kan bunga yang digantung tu..
Bukan bunga betul ya..

Hubby botakkan rambut semalam..
Aisyah ketawa je

Whole view, tu counter bayar, belah kiri dia counter buat air, 
Tingkat atas pun boleh makan

Ayam pandan 5pcs

Nasi goreng ayam hubby
Tak rotate plak gambar..haha

Nasi goreng pataya Aini punya
Lapar punya pasal dah halfway baru teringat nak snap gambar

Total semua RM86.40 ya kawan2

 Apa rasa dia..? Emmm boleh laaa..
Goreng2 dia macam out skit
Maybe sedap lagi klau order yang berlauk..
Air ok sedap

Nak order yang berlauk takut lambat balik ofis nanti.
Maybe next time..

Hubby kata ni last datang..Haha
Dia bab makan memang strict and particular..
Orang utara memang camni ek..hehe

~Aini~

Followers