Pages

Showing posts with label Lunch. Show all posts
Showing posts with label Lunch. Show all posts

Makan di Pop Meal Puncak Alam

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah 5 hari berpuasa kan
Aini nak share seminggu sebelum puasa Aini lunch di Pop Meal
Makanan dia xde lah meriah sangat tapi rasa dia bagi Aini sedap la..

Pernah makan di Pop Meal tak..?
So far ada a few mall ada kedai makan Pop Meal ni
Sekali sekala nak makan sana ok la..



Waiting for our food..



Spagetti Carbonara RM22.99

Aisyah habis makan spagetti..suka dia..

Sebelum balik, Aisyah nak makan ice cream..

Kalau nak order Pop Meal dari online Apps dia sendiri boleh dapat banyak diskaun.
Boleh la cuba2 nanti..

App Pop Meal

~Aini~

Tiada makanan yang murah sekarang


Pagi tadi sarapan minum air milo je
Jam 11am perut dah mula lapar
Plan nak pegi 1 gerai kat tepi jalan ni nak beli nasi campur
tutup la plak..

So pi la gerai lain
jarak dalam 6 gerai makan
Tengah panas terik ni

Ada gerai ni jual nasi campur gak
Tapi bila pi kt gerai dia mata jadi mcm sakit
nak tengok lauk smua mcm sama warna je
Tak tau ni masak kari ke, masak lemak cili api ke, kurma ke
Sebabnya warna khemah dia merah..
Bila kene pantulan cahaya matahari
Semu lauk2 jadi sama warna
Leh naik jadi juling mata
Takkan nak ambik kuahnya bau lak memang pelik la kan
Nak tanya makcik tu setaip lauk ni apa tu apa
marah lak customer lain nnt sbb tgh ramai

Nak taknak Aini ambik sendiri la
ambik sup ayam, kuah sup pun nampk merah je
Smua la lauk2 jadi merah..

Sebab tengah sakit mata n tak tahan dengan panas kat luar
Aini ambik 2 lauk je

Sambal ikan dan sup ayam skit.. ayam 3 ketul cinonet je
Tu sahaja dah RM7.00

Aini redha jelah
Mlas nak pi kedai makan lain dengan panas terik ni..
Mau sakit kepala jap lagi ni
lupa nak letak ubat panadol dalam bag

Tulah cerita makan tengah hari Aini td

~Aini~

 

Lunch date bersama hubby tahun 2023

Assalamualaikum..
Lunch tadi hubby wassap tanya dah lunch ke blum..
Aini pun jawab la belum..masa tu tengok jam dah dekat kul 1pm
Skali dia kata jap lagi dia datang jemput nk lunch sama..
Rupanya dia halfday hari ni.. katanya tak sihat

Sebab dah lama tak lunch date berdua
Aini lunch dekat dengan ofis Aini
Ada nampak 1 kedai makan baru buka rasanya dah sebulan dah
Restaurant Thailand
Aro Thai, Eco Grandeur Puncak Alam..

Masuk dalam memang cantik
The interior design is beautiful yet simple

Aini&hubby nk makan goreng2 ja
Air pun order Thai Green Tea
Hubby dulu asyik order air nescafe o ais ataupun Ice lemon tea
Bila dia start rasa air Aini sebelum ni dia pun dah suka dh Thai Green Tea tu
Sementara tunggu order Aini pun selfie la

Cantik kan bunga yang digantung tu..
Bukan bunga betul ya..

Hubby botakkan rambut semalam..
Aisyah ketawa je

Whole view, tu counter bayar, belah kiri dia counter buat air, 
Tingkat atas pun boleh makan

Ayam pandan 5pcs

Nasi goreng ayam hubby
Tak rotate plak gambar..haha

Nasi goreng pataya Aini punya
Lapar punya pasal dah halfway baru teringat nak snap gambar

Total semua RM86.40 ya kawan2

 Apa rasa dia..? Emmm boleh laaa..
Goreng2 dia macam out skit
Maybe sedap lagi klau order yang berlauk..
Air ok sedap

Nak order yang berlauk takut lambat balik ofis nanti.
Maybe next time..

Hubby kata ni last datang..Haha
Dia bab makan memang strict and particular..
Orang utara memang camni ek..hehe

~Aini~

Lunch alone

Hari Jumaat lunch lama..
Singgah kedai Aaira butik beli blouse..
Lepas tu tak tahu nak makan apa..
Nak makan yang heavy masih takde selera sangat..
Makan la di D'Global Cuisin by Chef Zubir..

Amboi bukan main makan tempat mahal ya..
Nak makan bende berat pun cecah rm50..
So rasa nak makan simple..





Mexican Burritos RM19.90
Hot Honey Lemon Tea RM8.90

Total: RM31.68 seorang makan.

Dengan harga tu leh order nasi goreng utk lebih 4 orang kot..hahahha

Takpelah sekali sekala..

Hari ni sempena birthday Aisyah rasa nak je bawak Aisyah pi jalan-jalan kat mall bagi dia main2 tapi Aini masih duk batuk tak selesa lak nk berjalan.. Abahnya plak balik lambat hari..Takpe Aisyah nanti ikut mama pi kursus bulan depan. Kat hotel nanti mandi la swimming pool puas2 ya.. Tengah tunggu pelampung dia ni...order online je.. pilihan dia nak unicorn warna pink giteww...hehe
 

With Love,
Aini

Lunch - The Ink Library Eco World Puncak Alam

Assalamualaikum..

Cerita jumaat lepas.. 
Hari jumaat kan rehat panjang.
So diri ni teringin la nak makan Sushi King di Eco World Puncak Alam
Sekali sampai takde elektrik la pulak..
hati kecewa.. keluar dari sushi king 30 saat elektrik ada balik tapi masih tak boleh makan sbb preparation di dapur x ready lagi..
Hmmm takpelah so Aini makan di The Ink Library

Tempat dia sangat cozy..
A small meeting or meet some clients sesuai pi tmpt ni.
Aini rs makan western jelah..
Takde rasa nak makan nasi masa tu..
Dah order si clunter, terus bayar dan pi tempat meja makan.
Sementara menunggu Aini pun snap² la..
Takde orang sangat masa tu so agak selesa klau makan sorang²..hehe.

Jom tengok gambar..



Ordered chicken grilled

Thai latte.. sedap sungguh

Oklah.. nak pi makan sushi maybe next time..

Kene tengok mood gak
Aini persaan blog Aini macam takde virus dah?
Ntah apa Aini duk belek² pastu buang mana tak perlu..
Harap xde virus lagi la lepas ni..huhu
Jahat tul tau..

With Love,
Aini

P/s: Masih pi open house ke tu? 


Lunch di Le Mei Chinese Restaurant, Le Meridian Putrajaya

Assalamualaikum,

How are you..? Ada apply cuti panjang sampai raya cina ke..? Aini tak sure bila balik kampung tapi confirm balik juga la cuma hari apa Aini tak tahu. Sabtu ni still kerja half day. Kene simpan cuti elok-elok sebab cuti Aini setahun tak banyak. 12 hari je you all.. Kalau dah EL tu lagi la automatically tolak AL kan..huhu..

Anyway, hari Ahad baru ni 23 Jan 2022, family Aini pi jumpa kawan lama mama Aini. Aini panggil dia Aunty Era. Dia isteri kepada ex boss mama Aini semasa kerja di Rabat, Morroco (Malaysian Embassy) pada tahun 2002 - 2004. So memang agak rapat la. Last jumpa masa dia datang hari Aqiqah Aisyah tahun 2019. Pastu mula la covid bagai sampai la ke hari Ahad tu baru la dapat berjumpa. Aunty Era tinggal di Putrajaya, so nak jumpa tu agak jauh untuk kami tapi sebab dah lama sangat tak jumpa. Lagipun Aunty nak jumpa sebelum adik Aini bersalin so kami semua pi jumpa di Le Meridian Putrajaya.

Sampai sana terus ke chinese restaurant Le Mei. Aunty belanja kami makan tengah hari. Nak makan local food penuh sangat manusia sebab situ buat buffet. Chinese Restaurant xde orang sangat dan selesa la..Budak-budak nak main lari-lari pun x risau sangat sebab xde orang sangat masa tu.

Pintu masuk

Sebelum makan kita bergambar dulu. Hubby terpejam mata pulak..Hehe

Selepas makan, gambar ladies pula

Aisyah & Zulaika main kat cermin tu.
Kecik plak nampak Aisyah walaupun beza 4 bulan je..Hehe

Selfie dengan adik Aini.
Kalau Aini pakai frame spect yang sama mau jadi kembar ni..Hehe

Uncle belakang tu senyum lebar plak dia. Hehe

Gambar sepupu Aisyah si Abg Yusuf ni tak suka bergambar..ikut mood dia la nk bergambar ke tak.. payah benor nak bergambar dengan dia ni..So dapat gambar candid camera semasa dia tengah nak makan..hehe

Abg Yusuf xnak chinese food.. Dia makan nasi goreng cina je..
Perut melayu Abg Yusuf ni..Hehe

Mesti nak tengok makanan kan..? Maaf ler makanan dah sampai kami semua makan terus. Dah tengah jalan malas nak snap sebab rupa tak cantik dah..hehe


Nak book reservation boleh tengok bawah ni.

Website : Le Mei Chinese Restaurant, Le Méridien Putrajaya
Facebook : Facebook Le Mei
No. Tel: 603-8689 6888
Whatsapp: 6012- 407 3101

DINE-IN HOURS 

Lunch: 12 noon until 2:30 pm (Last order at 2:00 pm) 
Dinner: 6:00 pm until 10:00 pm (Last order at 9:30 pm)

With Love,
Aini

Birthday lunch surprise for my mama

Assalamualaikum,

Malam sebelum bawa mama ke tempat birthday lunch. Aini bagi tahu mama esok kita akan lunch luar tempat special. Mama pun tanya "kat mana tu..?" dengan nada suara yang excited. Aini jawab "It's  a surprise.." dua-dua ketawa.

16hb Januari 2022 - Hari lahir mama yang ke 72 tahun. Alhamdulillah mama still look strong and a healthy woman. Pagi tu sarapan yang ringan-ringan je. Aini buat roti telur. Dalam pukul 11.30 macam tu Aini semua gerak ke ATSKY. Adik Aini akan gerak dari rumah dia so sama-sama jumpa di sana kemudian.

Dah sampai tu kami terus naik lift tingkat 3A..Masuk je tengok dah penuh, nasib baik lah Aini dah rezerve meja siap-siap. Memang nampak peak hours juga dalam kul 12-2pm.. Selepas pukul 2pm tu ramai dah balik sunyi la tapi Aini sekeluarga masih lagi kat situ. . rehat-rehat lepas makan tu order dessert plak.

Dinasihatkan kalau nak buat birthday cake Aini suggest beli sendiri sebab dorang takde provide apa-apa cake. Dessert dorang hanya ada waffles dan creme brulee je.. So silap Aini juga tak beli cake siap-siap so Aini order creme brulee and waffles for the kids je. Kalau nk nanyi bagitau waiter nk wish birthday so dorang akan pasang lagu and lampu disco..hehe


Cousin Aisyah pi toilet so dorang takde dalam picture ni
Kids seronok tengok belon banyak


I made weird faces so tutup la..malu la..haha (hubby suka buat candid camera)


Last menu was dessert.. Aisyah suka..habis licin..mamanya tumpang skali


Mata Aisyah dah ngantuk tu.. hehe

Sorry tak sempat nak snap makanan yang kami makan. masing-masing dah kelaparan.. Kitorang order Chicken chop, Pasta Carbonara, Chicken Buttermilk with rice, Squid Buttermilk woth Rice & Chicken salted egg wih Rice.. portion dia nampak sikit tapi sebenarnya memnag kenyang.. cukup untuk seorang.

The menu superb. It's worth the price. Decoration satisfy. the seats cozy and comfortable. Kalau dapat seat sofa tu dia ada bantal.. bila dah kenyang boleh la tido landing kat situ ya..hehe..


Facebook: ATSKY
Instagram: atskydamansara
For Reservation : Whatsapp

With Love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers