Pages

Mama jumpa doc pakar

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa my dear readers.. Lately ni Aini tak berapa sihat.. batuk dan semput at the same time sejak Sabtu lepas. Mungkin sebab cuaca yg panas sangat pastu kejap sejuk.. 

Aini dah lama tak update blog sebab menjaga mama Aini. Last November, ada 1 hari tu mama Aini nampak keletihan.. Aini cuma ingat sebab mama Aini duk aktif dengan marhaban jadi aini rasa mungkin sebab tu mama Aini kerap duk dalam bilik, golek2 kt katil sambil tengok tv.. Aini kerap la tengok mama kot2 mama nak apa2.. 

Mama Aini tak demam tapi mama kata mama rasa letih sangat. Esok tu mama datang kat Aini kata dia sakit celah ketiak kiri kanan.. bila Aini tengok memang terkejut. Dari belakang hingga ke depan area ketiak merah sangat2. Dan bila Aini pegang rasa dia keras ya amat. Aini dah mula risau. 

Rupanya dah 2 hari jadi camtu sampai mama rasa sakit sangat baru la nak bagi tahu Aini. Aini cakap kat mama klau ada apa2 bagi tau cepat2 takut jadi semakin teruk. Selepas jumpa doc, dia kata kene ambik darah. Resultnya mama Aini kene jangkitan kuman. Yang kanan paling teruk bengkaknya, belah kiri nampak skit macam size kene bisul.

Selepas mama habis makan antibiotoc, yg bengkak kanan tu tak surut lg.. belah kiri baik..Pegi lagi klinik, Aini ingat sekejap je rupanya dekat 2jam mama Aini di dalam bilik doc. Rupanya mama Aini kene terus buat minor surgery untuk buangkan nanah di belah kanan. Jangkitan kuman tu reading dia dah tahap tinggi sangat tapi yg miracle tu mama Aini langsung tak demam. Kalau demam memang dh kene warded.

Doc potong hampir 2cm untuk keluarkan nanah dan akan biarkan macam tu sehingga tumbuh daging baru tak boleh jahit lagi. setiap hari buat dressing di klinik nak bagi bersih kawasan luka tu. Ada sampai 1 bilik tidur mama bau nanah yg kuat. Setiap malam Aini akan tolong cuci luka mama dan tutup dgn wounded cotton. Kalau diikutkan Aini takleh tengok lubang besar mcm tu Aini akan vomit tp sebab mak kita sendiri kan so kita jadi berani. 

Disebabkan dah sebulan tak ok lagi, Aini minta klinik buat refer letter ke hospital pakar. Dah pi hospital dapat pula doc lelaki. Mama Aini segan la tapi terpaksa. Doc tengok ada lg kesan lubang yg doc klinik potong tu, doc suruh buat ultrasound bulan Jan 24. 

Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha Aini tolong mama bersihkan luka, akhirnya luka tu dah tertutup. Makan 3 bulan lebih juga la. kesian mama Aini.. nak tdo susah, solat susah.. bila berpeluh naik gatal sangat, mama Aini tahan jelah.

13 March 24, berjumpa dengan doc pakar nak tau result ultrasound hari tu. Alhamdulillah mama Aini clean. semua negatif, tiada apa2 dalam badan mama.. Syukur sangat.

Aini risau sebab arwah paklong Aini (abang mama Aini) ada cancer. Macam² Aini fikir masa tu. Bila dapat result dari doc, hati rasa lega sangat.

Tahun ni umur mama dah 74.. Alhamdulillah mama masih kuat dan sihat.. Semoga Allah panjangkan usia mama dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin..



Love, Aini



Staff hack personal fb boss sendiri

Pernah tak dengar staff sendiri hack fb bos dia..?

Tempat Aini kerja ni bos cari freelance je or part time.. Tapi bos Aini ni baik sangat lah.. Sanggup belikan smart phone baru untuk staff baru bagi memudahkan kerja dia.. Sebab staff ni tugasnya sebagai tiktoker.. Untuk promote product skincare ni melalui Live TikTok (TT).

Bos cerita lah kat Aini masa interview budak ni kata dia biasa buat live. But maybe its because bos x buat test kt dia nk tgk dia boleh buat ke tak so dia hire la budak tu.. 

Dari bulan Nov 23 hingga Feb 24 baru 2 kali buat live. Bos ada bagi tau Aini yang dia ingat nak terminate budak tu sbb tak perform. 

Malam tu budak tu msg Aini kata dia ingat nak resign. Sebab bila dia on live dia jadi blur.. Mungkin sebab dia taktau nak cakap apa pasal skincare.. Masalahnya, bos bg tau Aini dia dh prepare kertas depan dia apa perlu ckp.. 

Dia buat live pun tutup muka dengan mask..pastu ckp mcm ckp sorang sampai ada customer complain tak dengar apa dia cakap, mcm berbisik. Aini sempat la join TT live dia, nampak xde semangat.. cakap mmg mcm berbisik, tak dengar apa yg dia cakap..dan dia tak guna pun apa yang bos dah sediakan paper untuk dia tu.




One day, 9.30mlm, bos Aini call.. Aini tak dengar fon bunyi masa tu sbb Aini di dapur. Hujung minggu lak tu.. Tengok fon ada 3 miss call, so Aini fikir ni mesti urgent.. So Aini call la dia balik.. Dia tanya Aini ada ke bukak personal fb, dan dia sendiri tanya gak tak mungkin Aini yang buat. Aini terus terang memang Aini tak usik pun. Sebab dia kata banyak post pasal TT and beberapa gambar dah delete. 

Pastu dia dapat detect dari fon ofis yang lagi satu, which is fon dari budak tiktoker tu.. Sebabnya ada keluar soalan dari fon bos yang dia dah tukar password baru. Tak tahulah kenapa dia buat macam tu. Mungkin dia nak resign dia buat cara macam tu...

Bos msg dia tanya ada tukar password facebook and buang gmbr tak..Dia ada juga tukar gambar profile personal fb bos.. dia tak ngaku yang dia buat. So bos nak jumpa dia kat ofis. Bila dah jumpa face to face, and bos kata nk report polis sbb hacked personal fb barulah budak tu ngaku and merayu jangan report polis. So bos dah maafkan dia cuma bos taknak ambik dia kerja dengan bos dah..  semua fon dah return kat bos..

Mlm tu budak tu personal msg Aini tanya nak datang ofis kul 7am.. Aini tanya kenapa ada tinggal barang ke.. Dia sengih je.. Aini ckp Aini x masuk ofis sbb ada hal nk hantar mak pi check up. Dia duk sengih je.. mcm tak betul lak budak ni.

Aini cakap klau nak pi ofis call bos cakap ada tinggal barang ke apa.. Mmg dia tak call and tak datang pun.. Mesti ada muslihat dia tu... Bos kata suruh block nombor dia sbb fikirkan keselamatan Aini.

Sebelum dia kene buang kerja, budak tu tiba2 msg bos nak air apa, katanya dia belanja.. Tapi bos bg tau Aini sejak dia masuk bulan Nov lepas tak pernah dia buat camtu. Hari tu dia ambik air 3in1 dari pantry, dia ckp kat bos dia nak minum tapi bos  ternampak budak tu bawak balik air 3in1 tu.. Aini taktau apa sebab sampai nak bawak balik. Bos tak tanya lak dia..bos tak kisahlah air je pun tp perangai mmg pelik.

Bos Aini sekarang dah fobia dapat staff yang seram mcm tu.. ada muslihat setiap perbuatan dia tu.. Mujur la bos tak bagi kunci ofis kat budak tu.. takut dia buat bende tak elok je..

Aini nasihat kt bos untuk pasang cctv.. takut dia datang lagi buat hal ke apa.. 

Aini pun naik seram la perangai budak tu mcm pelik2.. Memang ada nampak pelik skit..Ntah la, semoga kami sentiasa dilindungi Allah S.W.T


Kerja freelance, rindu blogging

 Assalamualaikum..

Dah lama sangat kan aini tak blogging..

Bila bekerja as freelance dan tak sentuh dengan lappy memang susah untuk kita nak blogging..

Kalau tak pi ofis pun Aini banyak meggunakan phone, layan customer wassap untuk order barang.

Aini kerja freelance as Admin Sales.. Aini tak brape gemar kerja as Admin sales sbb kene layan kerenah customer yang cerewet.. Sampai pernah kene sumpah benda yang tak elok kat Aini.. 

Ada la stress disitu tapi sekejap je perasaan sakit hati tu cuma ayat yang disampaikan pada Aini tu memang tak dapat dilupakan.

Ada customer yang sangat sporting, siap mesra alam macam kawan lama plak.. tu memang seronok layan la..

Kerja freelance ni agak flexible tapi dari segi gaji tu agak tak berapa memuaskan.. Gaji hanya dapat base on komisen. Klau dapat jual barang banyak dalam tempoh sebulan ok la dapat gak la hampir RM1500.. Kalau sikit paling rendah pun rm500.. Rm500 celah gigi la, dapat tu terus bayar hutang.. 

Ekonomi sekarang ni semua nak pakai duit banyak.. Bila nak jual barang pun customer terkejut juga barang mahal.. Yelah, tempat Aini bekerja ni menjual skincare product dan semua raw material, ingredients dia banyak dari luar negara. So costing untuk menghasilkan product skincare tu akan jadi mahal la..

Tapi kan, kebanyakkan Aini tengok yang membeli tu klau 1 set produk yang dibeli sampai rm500-rm800 macam dorang ni pejam mata jelah leh terus bayar..

Kalau Aini tak sanggup lah nak beli semahal tu tp kita yang bekerja tu faham la kenapa barang tu mahal dan result yang customer gunakan tu memang berhasil.. 

Apa nama tempat Aini kerja tu.. ni la nama dia

Klik gambar untuk ke FB Kaydean


Founder adalah orang melayu, her company has almost 11 years establish..

Ada sape2 kenal tak product ni..?

Customer banyak bagi positve feedback selepas menggunakan produk ni.. 

Kalau rajin singgah la ya.. kebanyakkan wanita yang lebih umur 30tahun suka beli skincare product kan.. Tak kisah la apa2 brand.. 

Banyak juga Aini belajar pasal kulit kita selepas umur 30 tahun ni..

Mujur lah Aini ni jenis suka jaga kulit muka sejak remaja lagi.. 

Mama Aini lah yang mengajor.. nampk jerawat skit mama suruh start jaga muka..

Sejak tuler sampaila sekarang ni Aini jaga muka sebetul2nya..


P/s: Esok pagi nak hantar mama Aini pi ultrasound di hospital UITM Puncak Alam.
Doakan mama Aini cepat sembuh ya..
Nanti Aini update pasal tu dan sebab tu juga Aini tak update blog sangat..


Love Aini

Hari konvo Aisyah 2023

Assalamualaikum 

Hujung tahun 2023 banyak dugaan
Ada happy, ada sedih, ada senang dan ada susah..

Apa²pun..
Life must go on..
Last year, bulan Disember sebelum cuti sekolah
Aisyah graduated 5 years..
And Aisyah dapat trofi pelajar berdedikasi..
Alhamdulillah..
InsyaAllah utk 6 years pula pelajar yang cemerlang ya Aisyah..Aamiin..

Jom tengok gambar..


Aisyah dapat trofi..

Sudah semestinya opah nak tengok cucunya graduate.. Ni graduate sekali dengan sepupu Aisyah, Noor Zulaika

Majlis bermula dengan nyanyian Negaraku, Negeri Selangor..kemudian nyanyi untuk negara Palestin.. 

Dapat lucky draw..
Aini dapat sandwich maker..
Kat rumah dah ado dah..haha

Tengah khusyuk menyanyi lagu Palestin..
Atuna Tufuni..




Noor Zulaika (Anak buah) same class with Aisyah



Sorry gambar berterabur skit.. 
Pakai fon biasa la, lain diklik lain yang dia keluar.. takpelah yang penting gambar jelas..

Lepas cuti sekolah ni Aisyah dah masuk class 6years.. mama is crying.. dah besar dah anak dara ni.. Hari² duk suruh ukur tinggi dia kat mamanya.. I is sedih..

With Love,
Aini

Salam Jumaat


 “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibukalah pintu-pintu langit, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam itu, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun.” 

(Hadits Riwayat Imam]

Wordless Wednesday - Kabus di Puncak Alam


On d way balik selepas hantar Aisyah ke tadika
Semua bukit berkabus sebab malam semalam non stop hujan..

Kalau dapat berjogging waktu ni memang best la kan..
Tapi Aini ni tak serajin nak pi exercise pagi2
Kalau ada gang ok la..hehe

With love,
Aini

 

Beli barang basah di Sekinchan

 Assalamualaikum..

Banyak Aini nak kene update blog ni.. 
semua on draft.. bila Aini free aini akan update

Bulan lepas suami nak pi beli barang basah di tepi jeti
masa ni dekat tengah hari.. memang panas lit lit..
Perjalanan kami ke Sekinchan hampir 1jam20minit..
Beli barang basah kat jeti dapat murah lagi la..
Memang suami borong banyak ikan, sotong udang
semuanya fresh..

Maaf Aini x sempat nak tangkap gambar barang basah yang dijual
Tengah sibuk melayan anak dara kecik ni ajak tengok laut, kapal bagai..
Suami ni rajin berborak dengan tauke ikan..rezeki kami dapat sebiji kelapa muda
Memang fresh la minum di tengah panas ni..
Nak bukak mata besar pun xleh..

Selepas beli barang basah
Sempat la singgah kawasan lepak di Sekinchan
Memang dekat je.. So kami bertiga pun turun la tengok keliling orang tengah lepak
Memang agak panas tapi berangin so ok la kan..hehe
Jom tengok gambar

 

Aisyah tak mampu nak buka mata.. haha

Aisyah ngadu cousin dia ada layang2.. 
So abahnya beli lah layang2 untuk Aisyah.. ofcoz nak yg unicorn..hehe



Muka ada senyum dapat layang2..hehe

With Love,
Aini

Aisyah dan kasut boot abah

Minggu lepas sempat la shopping di Sogo..
Elok plak tgh on sale kaw²..
Mama & Aini grab handbag..
Aisyah dpt sepasang baju dan botol air baru
Ofcoz mesti ada gambar unicorn dia tu..hehe

Kasut keje suami dah lama sangat..
3 tahun pakai..so dia pi Pertama,kl kat sebelah sogo tu..
Dia jalan kaki sendiri
Yg ladies and this lil girl shopping dalam sogo je lah..haha

Dah balik tumah Aisyah ni nak.la cuba pakai
Abahnya pun campai la topi hitam dia tu suruh Aisyah pakai..
Siap posing lagi..
Kemain dia ya..





Aisyah nak jalan pun nak terjatuh sebab besar..haha

With love, 
Aini



 

Mama selamat operate mata

Assalamualaikum..

Aini dh lama tak update blog kan.. 
Bulan ni busy2.. bukan busy dengan jual cake tapi busy dengan family.

2 minggu lepas mama Aini operate mata katarak di Hospital Uitm Puncak Alam. Dekat sangat la dengan rumah.

Jam 8pg kene pi sana so Aini drop mama dulu pastu hantar Aisyah sekolah. Then patah balik ke hospital tunggu turn mama..

Bila dah sampai hospital, Aini sempat la belikan roti bun and cuppinco utk mama Aini.. kelas you breakfast air cappuccino sebwlum operate..haha

Mama aini test BP skali tinggi la plak.. 155
So doc bagi mama rest dulu.. ada la dekat sejam lebih..

Aini teman mama dari awl sampai la selesai operate mata.. agak lama gak.. klau iktkan sejam je tp ada masalah skit dilebihkan masa dr jam 12.30pm sampai la 2.30pm.. 
Nurse bagi eye drop ..Mama kata pedih ubat tu

Sementara tunggu untuk operate
Sangat la bersih

Masa mama dah nk masuk bilik operation Aini tanya la nurse brape lama siap.. dia kata sejam. So sempat la Aini balik rumah jap ambik barang.
10min je dr hospital ke umah..hehe

Selepas mama dah habis operate dapat la makan kejap di bilik ward. Then dah boleh balik.. ambik ubat pastu balik..

Seminggu selepas operate mama Aini kata mata dia rs terang sgt.. tengok pokok hijau cantik je.. macam mata baru.. 

Next year akan operate belah mata kiri plak.. 
InsyaAllah..

Jumlah yang dikenakan dalam rm1300+ sebab mama Aini ada kad pencen kerajaan..
Klau bukan pencen kerajaan lebih kurang rn3k+ untuk 1 mata..

With love,
Aini

Pakteh tinggalkan kami

 Assalamualaikum..

Dukacita Pakteh Aini telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu pagi (21hb Oktober 2023) jam 7.30pagi.



Pakteh seorang pendidik, seorang yang sweet dan selalu dengan senyuman.
TokJa yang rajin melayan cucunya
Semoga pakteh pergi dengan husnul khotimah
Semoga amalan pakteh yang baik-baik jadi peringatan buat yang masih hidup.

Sehari sebelum pakteh meninggal, Aini dan family on the way balik ke kampung Perak
Selepas suami habis kerja petang tu, dia balik mandi rehat jap pastu terus balik kampung
Semua berpakat nak jumpa dengan pakteh esoknya di hospital
Masa tu takde sape2 di rumah opah kecuali Aini sekeluarga..
Adik beradik pakteh plan nak balik kampung hari Sabtu tu

7.30pagi Aini pi toilet dan bersiap nak pi mandi
Aisyah pun dah bangun, suami masih tidur sebab penat bekerja hari Jumaat tu
Tiba² Aini dengar suara orang menangis
Aini intai dr tingkap bilik, nampak opah menangis dengan maid dia
Terdengar suara Maklong dalam talian
Hati rasa tak sedap so Aini terus pi kat opah
Maid kata pakteh dah takde..

Opah nak masuk dalam rumah sangat lemah
Sampai Aini & maid kene papah dia
Mana ibu tak sedih klau anak yang pergi dulu kan?
Pakteh beruntung, ibu yg masih hidup doakan pakteh di sana

Sunyi sepilah opah di kampung
Selalu setiap hujung minggu pakteh akan balik rumah opah
Sebab rumah pakteh dekat je dengan rumah opah berbanding dengan anak² opah yg lain..
Sehari sebelum pakteh masuk hospital, maid ada tunjuk gambar yang dorang tengah seronok pi shopping di Aeon Ipoh dan bawak opah jalan²
Tak sangka tu adalah kali terakhir berjumpa

Makteh Aini lagi sunyi
Dia takde rezeki dapat anak lagi
Masa pakteh dibawa ke rumah opah dengan siap kafan
Raut wajah makteh sangat la tenang dan nampak kuat
Semoga makteh terus kuat ya..

Kami sekeluarga sayang pakteh
Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan pakteh
Kami redha

Al-Fatihah


Labels

Followers