Pages

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Khatam Al-Quran - Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak raya kan.. Alhamdulillah..
Ada dapat puasa penuh tak..? hehe

Alhamdulillah hari ni, Aini dapat khatam Al-Quran bersama jiran2 taman rumah
Aini ikut mama Aini..ni 1st time join tadarus bersama jiran2
Mama Aini ketua dalam kumpuan Aini

Ada 5 kumpulan.
Kumpulan 5 yang join melalui online.

Gambar atas sekali semua ketua ikut kumpulan masing2.
Mama Aini yang belah kiri no.3 (tudung brown)
She is 76 this year..Alhamdulillah..

Gambar No.2 adalah dari kumpulan 1 hingga 5.
ada 2 orang je tak dapat join.
Aini depan skali, tengah menahan sakit lutut tu..haha



Hadiah yang semua dapat adalah mini luggage..
Sesuai la untuk bawa barang kecil2 seperti toiletries or cosmetic,,
bende lain pun boleh..

Aini tanya Aisyah dia nak ke..
Aisyah jawab "Tu kan mama punya.. Mama pakai lah.."
Dalam hati berkata "Yes Aisyah,Thank You" Haha





Raya, raya biskut raya..

Assalamualaikum..

Dah start buat biskut raya ke..?
Aini blum buat lagi dan tak decide lagi nak buat biskut raya apa..hehe
Maybe biksut tunjuk la kot.. klau nak buat sendiri maybe 2 jenis biskut raya je..
Sebabnya base on experience last year, hubby Aini slalu dapat hadiah, hamper biskut2 raya.. 
Bukan 2 balang.. kadang2 sampai 3 atau 4 balang..
Dalam 1 minggu tu leh dpt 3 jenis biskut raya..
Kalau 4 minggu..? haaa banyak kann.? hehe

Memang tak terhabis dibuatnya sampai rasa jemu plak nak habiskan semua..
Dah habis bulan syawal pun biskut raya masih duk ada lagi.
Aini dah lama tak buat open house sebab Aini ni jenis cepat penat (ada Asthma)
Mama Aini pun lagi la penat sbb dah 70s kan, berdiri lama pun dah sakit
Plan nak buat biskut raya yg simple dan cepat..

Dulu rajin buat Almond London, siap jual lagi tapi agak renyah juga nak buat tu..
Tambah lagi kacang Almond dan bahan2 lain semua dh naik harga.
Nak dapat untung modal pun x berapa la sangat so Aini stop la jual..
Cuma sekarang lebih focus on cake yang Aini buat sekarang ni la...

Owh by the way, kalau ada nak order cake boleh roger Aini.
Nak pos boleh...Deliver pun boleh (Aini guna Lalamove, klau jauh mahal la) 
Kalau pos ok lagi..

Leh tengok2 dulu ya, klau berminat just hello me..



To order, kindly wassap me: Order cake

With love,
Aini







3 peri gkat bulan Ramadan


 Tiga peringkat bulan Ramadan :


❤️ 10 malam awal Ramadan - adalah rahmat Allah.


❤️ 10 malam pertengahan Ramadan - magfirah, Allah pilih orang yang diberi kemampuan. 


❤️ 10 malam terakhir ramadan - Allah pilih orang yang dijauhkan dari api neraka.


أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

.

Marilah kita berdoa & berusaha bersungguh-sungguh supaya Allah pilih kita menghayati & menikmati ketiga-tiga peringkat Ramadan hingga akhir Ramadan dengan iman & taqwa.


Akhirnya apabila berlalunya Ramadan, dosa kita diampunkan oleh Allah SWT, menjadi hamba yang lebih baik hingga bertemu Ramadan yang akan datang & hingga kembali bertemu Allah SWT. 

Pilih kami Ya Allah 🤲

Sahur : Roti bakar gula perang bersama cheese

 


Aini sahur nak makan nasi kadang2 payah..
So makan yang simple je..
Ternampak dalam ig

Roti bakar bersama gula perang & cheese

Resipi:
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar marjerin
1 keping cheese
2 keping Roti

Gula dan marjerin digaul sebati
Sapu atas roti 
Roti yang ada gula tu letak atas frying pan dengan menggunakan api kecik
dah agak golden brown letak cheese atas roti tu dan letak lagi sekeping dia atasnya.
(Ingat yang ada gula tu perlu atas frying pan untuk bagi dia rangup & golden brown)
Kedua2 roti tu akan jadi rangup bila dh masak..

Jangan letak api sederhana/besar nanti hangit tak sedap
Kene betul2 low heat

Dah siap boleh terus makan..
Kalau taknak letak cheese pun xpe..
makan mcm tu pun ok..

boleh juga buat untuk breakfast atau snack

Selamat mencuba

~Aini~


Aisyah rasmikan Pop² & Bunga Api

Semalam jam 9pm
Mata Aisyah dah nampak berat je..rs ngantuk
Tapi tahan mata jugak dia sebab dia nak Pop² abahnya beli
Nak main dengan sepupunya lambat lagi sebab minggu depan br dorang datang
So Aisyah nk rasmikan dulu pop² dan bunga api

Jiran depan rumah pun duk main bunga api jugak
Mostly yang merxun la tp parents dorang ada so xde masalah la ada guide
Aisyah pun main la Pop²
Ketawa memanjang seronok main
Dengan gelagat badan yang bum2 tu buat Aini geli hati

Hampir 30min gak la dia main
Selepas main dia kata nak susu
Basuh tangan dia dan muka terus bagi dia baring ke sofa
Bagi dia susu pastu tak lama lepas tu tidur

Nampak sangat dia penat tu
Bangun tidur pagi  semalam pun awal plak tu
Klau leh nk bagi dia tidur lama..
Ni tak..nampak je Aini dah bangun dia pun bangun skali..haha




Nampak tinggi dah Aisyah..
Rindunya masa dia baby..huhu


~Aini~

 

Ramadan 8 - Cucur udang rangup

Salam Jumaat

Hari ni hari last Aini kerja di ofis bengkel kereta
Isnin depan mula lah kerja di tempat baru..Nebes ni..hehe
Banyak nak kene spring cleaning baju2 kurung ni sebab dah lama tak pakai
Tempat Aini kerja ofis di bengkel ni banyak pakai seluar je sebab kawasan situ penuh sapre part kereta
macam tak sesuai lak nak pakai baju kurung kan..

Anyway Ramadan 8 Aini berbuka simple je
Mama Aini masak daging masak kicap
Aini sempat buat cucur udang, resipi turun temurun daripada Opah Aini
Memang the whole family suka makan cucur udang opah



Resipinya ada dibawah selepas gambar bag sekolah Aisyah ni


Aisyah ni suka dengan haiwan
Tapi lebih suka pada unicorn/kuda dan dinosaur (Aisyah panggil Ho)
So pagi tu dia ambik patung Ho dia kata nak bawak sekolah gantung kat bag katanya
Aini pun ikut jelah kehendak pipipau ni..
Macam-macam la aisyah ni..hehe

Ok ni resipi cucur udang opah Aini

Bahan-bahan:

  • 2 cili merah dibuang biji dan diblend
  • Kucai (ikut banyak mana you all nak)
  • Taugeh (segenggam)
  • 5 biji bawang merah kecil dihiris halus
  • Carrot disagat/potong halus (Option taknak letak pun xpe)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Udang size sederhana (Kalau besar boleh potong)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas
  • Garam secukup rasa
Pastikan tepung tak terlampau cair atau pekat sgt..
Klau tepung cair bileh tambah tepung skit
Klau tepung pekat leh tambah air skit

Masukkan semua bahan dan gaul sebati (Jangan gaul guna tangan lak air panas tu..hehe)
Jangan lupa panaskan minyak dulu ya.. Dah gaul nanti baru leh masak..

Selamat Mencuba!!

~Aini~


 

Berbuka Ayam Tajine masakan Maghribi

Assalamualaikum..

Cerita Minggu lepas
Hari Jumaat selepas Aisyah balik sekolah Aisyah terus ke rumah sepupu dia Zulaika
Main je memanjang..taknak tido
Bila dah balik rumah, hubby Aini sampai rumah dulu
dia peluk aisyah gosok2 belakang terus lena sampai la kul 8.30pm


Selepas dia bangun mata segar la
aktif main macam.. esok nak sekolah..haha
Tido 11+.. nak bagi dia tdo awl dia tak ngantuk lagi sbb tdo ptg lama sampai ke malam

Minggu lepas Aini berbuka makanan arab
Tajine Ayam bersama couscous
nikmatnya sedap sangat sebab dah lama tak makan
Mama Aini pandai masak masakan Morroco
Oops maaf Aini share waktu siang plak..

Close up nampak couscous dan tajine ayam 

Sudu basah lak lupa nak lap..haha

Sejak start Ramadan ni Aini tak pi lagi bazar Ramadan..
Trying to control sebab setiap kali beli ada je yang mengecewakan and also agak mahal
So masak sendiri la..

You all lebih suka pada masak atau pi bazar Ramadan..?

~Aini~


 

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers