Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

 


Aini baru la nak join Giveaway ni..
Nampak Ammi tag Aini.. Hehe..
Ok let's do this..

Owner blog ni kata blognya suam-suam kuku.
Aini plak suam-suam gitu..Haha

Syaratnya simple je..Leh klik pada banner ya..
Give Away ni dari 24hb hingga 8 Mac 2022.

Aini nak tag followers yang follow Aini.. boleh..? Hehe
Kira ramai la tu kan..hehe

All the best ya..

With Love,
Aini





Bersabar ada hadnya

 

Bersabar ada hadnya..
Dekat setahun bekerja tahan je apa dia nk complain

Kali ni hilang segala mood
Dengan kata-kata dia tanpa berfikir panjang
Main sedap je tuduh kita macam tu
Takpe lah klau itu yang kamu fikirkan

Maybe you think you are always right
You can assume the others as your humble but not me
Without them your business won't become this far
I guess this will be my last appear in your shop

At first you treat me well
Of all I have done for your company
Now you treat me like S### with words
and you have cross the line

Semoga Allah S.W.T lindungi pekerja lain dari hasad dengki, fitnah dan iri hati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maaf di atas luahan hati Aini dalam blog.
Terima kasih kerana sudi singgah dan support blog Aini..

Love you guys

With Love,
Aini



MINI GIVEAWAY SS 2022

 


Assalamualaikum..

Just sharing give away. Aini baru nak join..hehe

Nak join boleh klik banner ya.

With Love,
Aini



Salam Jumaat - Gemba Bumi

From Mr. Google




Assalamualaikum,

Ramai kecoh 1 Malaysia cerita pasal gemba bumi pagi tadi. Dalam facebook Taman rumah even jiran2 kecoh dalam whatsapp utk tanya kepastian ada sesiapa rasa gegaran.

Di hospitil Uitm Puncak Alam pun ramai yang terasa terutama yang duk tinggi. Ramai diminta untuk keluar dari hospital. Kesian pula pesakit2 dalam tu. Macam mana la ya..harap semuanya baik-baik aje.

Pagi tadi adik whatsapp Aini ada rasa gegar tak tadi..? Aini jawab Aini tengah drive nk pi keje so ada rasa goyang2 tapi tak pasti itu gegaran ke tak sebab jalan raya nak ke ofis memang tak rata..hahaha..

Adik Aini lagi best..dia tak rasa gegaran tapi dia rasa gegar baby dalam perut.. Hahaha
Adik Aini dah nak due dah ni.. expect bersalin minggu kedua Mac nanti. Hubby Aini nak baby tu lahir pada bln Feb ni, dia kata baru ada gang..Haha..

Kalau adik Aini bersalin bulan Mac maka 3 beranak la sambut hari jadi pada bulan yang sama. Iaitu Ayahnya, Zulaika & baby.

Semoga adik Aini selamat bersalin dan kedua-duanya selamat dan sihat.

Semoga Allah S.W.T lindungi negara Malaysia dan kita semua dijauhi dari segala bencana alam dan benda-benda yang tidak diingini. Aamiin.

Take care and stay safe.

With Love,
Aini

Pizza Hut - macam tak ikhlas nak buat

 Assalamualaikum,

Aini order pizza hut online pastu tapau di kedai dia lah. Aini ambik promotion 4pax 4menu. Total semua RM68. Disebabkan beli lebih dari RM50 Pizza Hut bagi free mushroom soup.

Selepas ambik Pizza Set terus balik rumah. Aini bukak je terus down. Sebab macam tak ikhlas nak buat je. Aini takdepun tambah crust apa2.. Just normal Regular Pan Pizza.


Veggie Lover

Huwaiian Chicken

Beef Pepperoni

Agak kecewa bila dimakan sebab lebih pada rasa sos je.. inti tak sangat apatah lagi cheese. Rasanya lepas ni taknak beli situ dah la..huhu

I kecewa...

With Love,
Aini


Perbualan dengan anak umur 4 tahun

Mainan baru Aisyah


Aisyah suka kucing termasuklah mainan. 



Aini: Aisyah.. apa nama meow ni?

Aisyah: Cat

Aini: Taknak bagi nama oyen ke?

Aisyah: Taknak.. Nak Cat..

Hehe ok la..cat pun cat la..



Aisyah suka tengok cerita Blippi. It's an education for pre-school. Ada Blippi ni pi farm tu juk ayam.. Aini tanya la Aisyah sambil tengok cerita tu.

Aini: Aisyah apa tu? Ayam ke?

Aisyah: Tak.. Chicken..

Hahahah..

Kalau dia tengok english show dia akan jawab english.. Kalau Bahasa Melayu dia akan jawab Melayu la..hehe..


With Love,

Aini

Staff positif di tempat kerja

Assalamualaikum..

Selasa 15hb Feb 2022..Hari yang paling takut buat Aini. Masa Aini sampai ofis aini cari handphone..rupanya tertinggal kt rumah.. So Aini pi punch in dulu pastu bagi tau Si A ni Aini balik ambik phone jap. 10min sampai la rumah nasib baiklah dekat kan..

Dah sampai ofis balik Aini tanya la si A ni sorang je ke hari ni.. dia pun jawab ya sbb si F MC katanya tak sihat. Aini pun ok la. So Aini masuk dalam ofis nk buat kerja. 

Mungkin tergerak hati si A ni dia masuk la dalam ofis ambik rtk.. Dia kata kat Aini suruh try test kit dulu..

Isnin tu Aini ada ambik rtk sbb tgh duk sakit kepala, Alhamdulillah negatif. Pastu Si A ni whatsapp Aini cakap akk tlg test skrg..klau -ve akk boleh balik.. Hati Aini x sedap.. Aini tanya Si A dpt apa? Dia jawab dia +ve.




Terus Aini shaky.. dah la dia kerap jumpa Aini minta invoice.. Aini test lg..Alhamdulillah -ve so Aini terus lah balik. Si F pun -ve tp tak tahulah macam mana dia sekarang sbb dia kata masih sakit kepala. Mcm symptom hubby Aini kene dahulu.

Bos minta kuarintin kt bengkel..and bg tau Si A xyah g klinik sbb dh tau result sendiri.. Bagi Aini tu SELFISH namanya.

Aini pun msg kt Si A baik pi swab sbb dia duk dgn mak ayah. Aini ckp lg klau x pi swab klau berlaku kt mak ayah KKM xnk bertanggungjawab sbb diri sendiri xnak ambik kisah. Ni melibatkan nyawa. Alhamdulillah dia dengar kata Aini. 

Masing² kuarintin di rumah. InsyaAllah klau hari terakhir kuarintin masih -ve dah boleh masuk kerja balik.

Doakan Aini selamat. Risau juga ada anak kecil dan mama Aini dirumah ni.. sian dorang..


With Love,
Aini

All Of Us Are Dead - KDrama

 Assalamualaikum..


Dah tengok cerita Korea Zombie yang kuat lari ni..?
Aini tak berapa layan sangat drama korea ni tapi klau bab Seram atau Thriller layan la..haha..
Yang romantic layan Winter Sonata..

Anyway.. Aini memang takde Netflix tapi dapat juga tengok Korean Drama ni dari Facebook





Drama ini mengisahkan sebuah sekolah tinggi yang menjadi pusat wabak suatu virus zombi, di mana pelajar yang terperangkap mesti berusaha keluar dari sekolah itu untuk mengelakkan diri mereka bertukar menjadi salah seorang yang dijangkiti virus tersebut.

Menarik jalan cerita dia walaupun berlaku di satu tempat je iaitu di Sekolah dorang. Ada juga selit dia pekan tapi utama dia Sekolah la.

Sape suka tengok cerita korea seram/suspen macam ni boleh klik pada gambar atau tajuk cerita ni.

With love,
Aini

Tak suka berkongsi tandas dengan lelaki

Assalamualaikum..

Maaf blog Aini sunyi sepi jap.. Kerja banyak plak.. Macam-macam hal di pejabat ni. Kita lah pening nak settlekan.. nak blogging kat rumah pun rasa penat.. dah 2 hari Aini balik rumah selepas solat Maghrib Aini leh terlelap.. penat otak ni.

Anyway.. pasal kongsi tandas ni di tempat Aini bekerja. Bengkel kereta biasa la ramai lelaki.. Yang perempuannya Aini seorang je lah. Aini akan guna toilet seat sebab selesa la bagi Aini..Hehe.. 

Nak cerita sikit pasal lelaki.. Aini tak cakap semua lelaki ya tapi sebahagian lelaki ini bila kencing tak reti nak jirus balik. Kene faham la bila nak membuang air kecil confirm la terpecik tempat lain. Bayangkan kita nak guna toilet seat tu tapi seat tu ada air kencing yang terpercik sana sini dan tak dijirus atau dibersihkan.

Memang Aini cukup pantang dan geli kalau nampak macam tu.. Dah la kita tengah sakit parut menahan satu keje nak bersihkan dulu sebelum kita membuang. Tambah ni ada budak-budak part timer datang semua guna toilet yang sama.. Takde sape plak nak guna toilet jamban tu padahal dah repair dah..

Memang nak kene letak sign besar la kalau macam ni. Biar tampal kat dinding dekat toilet seat tu. Klau tak dijiruskan juga tak tahu la. Kita penat-penat cuci toilet bagai you all senang-senang kotorkan balik. Bukannya ada elaun tukang cuci tandas pun.

You all pernah kene macam ni tak..? Sakit pulak hati kita ni..

With Love,
Aini

Birthday hubby - Tak jadi nak buat surprise

Assalamualaikum,

Esok adalah hari lahir hubby Aini yang ke 37 tahun.. (8 Februari 1985)..

Cepat pula rasanya dah umur 37.. lagi 3 tahun dah 40s.. Aini sebaya dengan hubby tapi rasa masih muda dari dia sebab birthday Aini dekat dengan hujung tahun..hehehe

Anyway selalunya setiap hari Isnin hubby kerja di ofis tak keluar sangat la.. So plan nak belikan chocolate bouquet la untuk dia.. nak surprise la konon.. bunga2 tak main la kan..haha.. kalau bagi chocolate at least dia leh makan tapi Aini saje text dia.. hari ni ada keluar site ke.. hubby jawab " kejap lagi nak keluar la ni".

Nasib baik la Aini tak order apa-apa2 kalau tak rasa tak syoklah.. Kita nak dia rasa surprise bila dapat hadiah dari isteri tersayang..Hehehe tapi takpelah.. maybe buat kat rumah la kot.. 

Aini tak buat esok sebab esok sampai jumaat dia memang kerja luar. Sampai ofis punch in pastu keluar dengan team dia.. 

Last week aini balik kampung, ada jiran mother in law (Mil) dari Pakistan. Baru duduk 3 minggu sebab dia nak sambung belajar di UTP. Nama dia Khuhed..ada family tapi masih duk Pakistan lagi.. tengah uruskan visa dorang. Mungkin hujung bulan ni anak bini dia sampai la sini. Elok malam sebelum nak dinner dengan jiran-jiran Mil.. Orang Pakistan ni sempat order birthday cake in advance untuk hubby. Sempat la makan 1 slice dulu sebelum keluar untuk dinner.

Sedap tau cake ni. Dari Bakers Cottage. Not too sweet..just nice.. Jom tengok gambar..

Dari kiri: Hilmi, hubby & Khuhed

Acah-acah buat muka surprise..haha

Aisyah pun nak potong cake juga..

Semua suka cake tu sodappp..Boleh la you all try nanti.

With Love,
Aini

Baju Raya Sedondon

 Assalamualaikum..

Dah beli kain untuk buat baju raya ke..?
Aini and hubby masih fikir lagi nak warna apa.. Hubby kata dia nak warna pastel tapi tak sure pastel apa yang dia nak. Nanti kita tunggu dan lihat ya..Hehe

Sape pernah pakai baju raya sedondon yang sama dengan langsir rumah, sofa dan sebagainya.? Kalau zaman-zaman 80 dan 90 an ramai juga pakai baju raya sama dengan langsir..Klau nak main sorok-sorok dengan keluarga pun rasanya sampai ke esok masih tak jumpa klau sorok tepi/belakang langsir.. Hehehe..

Aini nak share gambar-gambar ni. Sumber dari Facebook 





Yang mana paling win dalam keempat-empat gambar di atas..?
Bagi Aini Pokok Pisang.. Sekali pandang memang tak nampak orang..hehe

With Love,
Aini