Pages

Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Minggu UPSA Noor Aisyah

Assalamualaikum,

Minggu ni adalah minggu Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA).
Semoga Noor Aisyah dan juga murid darjah 1 hingga 6 dapat menjawab soalan dengan tenang.

Macam biasa, selepas Aisyah balik dari sekolah petang, dia akan dinner awal.
Mengaji dengan opahnya jam 8pm, selepas tu baru la buat revise subject yang akan keluar esoknya.
Harap kali ni, Aisyah boleh jawab dengan baik daripada bulan lepas.

Bila baca soalan paper bulan lepas, dia boleh jawab tp ada silapnya dia salah tanda jawapan..
Takpelah, you have tried your best and mama Aisyah tahu yang Aisyah boleh jawab dengan baik, InsyaAllah.

Selepas ambik dia dari sekolah agama, Aini tanya la mcm mana exam hari ni.
Dia punya cerita tu macam, kacang je mama..haa lebih kurang la ayat dia tu.
Dia siap cakap, ustazah kata soalan banyak tapi sebenarnya sikit je..
Bagi Aini la, klau tengok paper dia ada la 2 muka surat penuh itu pun dia kata sikit,
Means, soalan dia senang la tu ya Aisyah..? haha

Ok, nanti kite tunggu result ya..
Dah janji dengan dia kalau dapat score cantik, nak bawak dia main water park..
Sebabnya last Saturday ada family day ofis hubby di I-City Mall. 
Dia tak puas main, and for me tempatnya agak kecil..Tak la besar sangat as what we expected.
Sebab tu janji dengan dia nak bawak tempat besar sikit so boleh ajak sepupunya sekali

 
Gambar semasa sambut raya di sekolah agama

Til next topic,
Have a great day.

With Love,
Aini


Aisyah dapat hadiah dari SPBT

Assalamualaikum..

Dari 5 pelajar ini, Aisyah salah seorang pelajar dapat hadiah keychain dari unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kerana buku teksnya dijaga dgn baik dan dibalut dgn kemas. 

Aini memang dari dulu lagi suka membalut buku² dan juga hadiah tak kira apa saiz pun..


Aisyah pun jaga buku dengan baik, klau nak kata muka surat koyak skit tu memang ada lah tp mama dia ni cepat baiki bukunya.. 
Walaupun ada koyaknya pnjg 5mm ke mama dia tetap akan tape bagi kemas.


Tapi yang Aini kecewanya bila dapat buku teks darjah 2. 
Ada 1 buku ni, ntah kenapa penuh dengan lilin kat kulit buku. Patut la bau dia wangi semacam.
Pastu dengan koyak tepi dgn air lilin melekat kat setiap muka surat rasa mcm baik beli baru jelah. 
Takat Rm7 lebih je harganya xpelah. 

Nak tukar yang baru pun, cikgu cakap dia cuba dapat yang lain sebab banyak yang x berapa elok. 

Ni pun ada tukar 1 buku yang kulitnya tah separuh koyak. Tanya kot ada yang lain, Alhamdulullah dapat.
Kalau takde memang plan nak beli yang baru jelah.

Buku yang lilin tu Aini beli kt onlne je sebab di kedai buku takde stock. 
2 kedai buku takde stock so mmg beli online jelah.
Nasib baik sampai awal. hehe

Kita pun nak bagi anak guna buku yang ok supaya senang dia nak belajar.
Klau buku banyak koyak, kertas pun mcm dah reput kesian pula kat anak kan?
Kesian kat kita juga nak tape setiap muka surat, jenuh la so baik beli yang baru.


Aisyah dah masuk Darjah 1

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa.. Lama nya Aini tak update blog kan.. ??
Punya la busy bebenor sampai tak dan nak bukak laptop.

Sekarang ni Aini officially house wife. At least Aini dapat tumpu lebih perhatian pada Noor Aisyah.
Tahun ni Aisyah dah darjah 1.. cepat je rasa dia dah umur 7 tahun.

Pagi Aisyah pegi sekolah Kafa, petang sekolah kebangsaan.
Alhamdulllah dapat sama sekolah bersama cousins dia Noor Zulaika & Yusuf.
Cuma tak dapat 1 kelas dengan cousin dia Noor Zulaika, dorang ni sebaya.
Cuma waktu rehat, memang dorang akan rehat bersama dan balik bersama.

1st day of school, abah Aisyah ambik cuti.
Aisyah dah excited.. kite je yg risau duk fikir boleh ke dia buat semua sendiri tanpa parents ada..
Nak beli makanan di kantin, keluar pi tandas sendiri..Macam2 fikirlah..

Seminggu sekolah, dia dah pandai buat semua tu.
Dah besar dah kan..hehe tapi setiap hari sebelum pi sekolah Aini akan remind dia macam2.
Alhamdulillah, she managed to do all I said.

Gambar kiri: Sekolah Kafa (pagi), Gambar kanan: Sekolah Kebangssan (petang)
Abahnya cedih tgk anak dara dia dah school..But happy at the same time..

Gambar dari kiri: Pintu masuk ada welcoming students / Aisyah nak ke barisan ikut kelas dia / ada 400+ pelajar Darjah 1 / Aisyah sempat tengok mama dia tangkap gambar / Beratur selepas rehat / Rehat bersama cousin (Seronok dapat makan ayam gunting)

Minggu ni adalah transisi yang terkahir.
3 bulan, cikgu akan tengok prestasi murid2 dan akan ditukar balik ke kelas baru.
Harap Aisyah dapatlah duk 1 kelas dengan cousin dia hehe..
Semoga anak2 menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

With Love,
Aini



Aisyah dan tudung



Setiap Jumaat Aisyah akan pakai baju kurung and tudung sebab di taska ada buat solat dhuha


Sebelum pergi sekolah mama Aisyah sempat la nak snap gambar dia yang comel tu
Nampak kemas je..hehe

Masa nak balik dari taska, muka nampak letih dan panas

Aini tanya kenapa taknak bukak tudung dah peluh dah Aisyah
Aisyah jawb, taknak sebab Aisyah solat Allah
Aisyah nyanyi lagu Allah

Alolo comel je Aisyah
Masa ni Aisyah tak pakai anak tudung
Habis rambut dia terkeluar

So abahnya ada beli anak tudung untuk Aisyah
So nampak la kemas dan tak merimaskan dia..

~Aini~


 

Zulaika peneman Aisyah di taska

Semalam dah start minggu ketiga Aisyah sekolah
Dekat sebulan dah Aisyah sekolah rupanya

So far ada nampak improvement
Cuma Aisyah ni nampak pemalu orangnya dan soft person macam mama Aisyah dulu²..hehe
Asal balik rumah je Aisyah ngadu Zulaika usik Aisyah
Zulaika (anak buah aini) ni suka ngusik.. bukan ngusik cara tak elok.. lembut² je tapi Aisyah ni cepat sensitif.. Hehe sian Aisyah

Tapi bila dorang balik sekolah sama²
kat rumah bukan main seronok main sama² pulak..haha
Biasa lah kan budak²..kejap ok kejap tak ok
Kejap mcm best pal lagi nak berkepit je..

Teacher Aisyah sama dengan Zulaika.
Same class sebab dorang sebaya tp tak duk sama meja la.
Munkin teacher dia nak bagi dorang berkawan dengan yg lain.
Cuma setiap kali dorang buat class projek dengan teacher Zulaika akan duk sebelah Aisyah jadi peneman. Klau ada game teacher mesti akan bagi dorang buat sama². Comel je... 
Jom tengok gambar teacher dorang share

Nampak Zulaika sebelah Aisyah..hehe

zulaika pun dah siap susun shapes


Game partner

Pagi2 Aini dah ikat rambut Aisyah kemas dah
Pastu dia kata dia taknak ikat nak lepas..
Kita risau takut dia rimas so Aini kepit je rambut so tak kaco mata dia..


Hari ni teacher suruh kids bawak buah epal & buah oren sebiji
Taktau apa class projek dorang hari ni..

Petang2 nanti teacher akan share gambar & video setiap activity dorang belajar
Atleast kite nampak improvement anak kan..
Setiap kali share kat phone Aini kene transfe ke dalam pendrive..
klau tak berat phone nanti..haha

~Aini~






Selamat kembali ke sekolah


Assalamualaikum..

Ramai busy hantar anak2 first day of school kan?
Especially untuk year 1 & Form 1 and also kindergarten yang mana start hari ni..
Macam Aisyah dah start minggu lepas dah..
Hari ni Aisyah tak sekolah sebab semalam dia batuk demam
Asalnya hari Sabtu tu dia dh start flu dan batuk
melarat la dia batuk terus demam
Harap hari ni Aisyah semakin sihat la..

Yusuf anak sulung adik Aini tahun 1 dah
Dia pun batuk dan tak dapat pi sekolah kafa dan SRK hari ni
Pagi tadi pun dia dah duk batuk nonstop so bawak dia pi ambik nab kat klinik
Semoga aisyah & Yusuf cepat sembuh

You guys lunch apa td..?
Esok last lunch luar ya..hehe

~Aini~

Aisyah dah pergi sekolah

Assalamualaikum..

Minggu ni Aisyah dah mula sekolah..
Sehari sebelum mula sekolah dia duk pakai baju sekolah je..haha

Kelmarin dah mula kejut dia awal..
Rasa berat nak kejut dia awal..sian lak tengok dia sedap tidur
Alhamdulillah Aisyah ni senang bangun..
Gosok2 dia pastu tanya Aisyah nak pi sekolah tak
Terus bukak mata kata nak..
Masa mandikan dia, dia duk jerit excited.. 
Pagi2 dah buat mama Aisyah ketawa ya..

Jom tengok gambar aisyah 1st hingga 3rd day of school..

Ready to go
Isnin selasa pakai baju uniform


Tinggi tul zulaika..
Ibu ayah dia lonjong anak pun lonjong..hehe

Self potrait.. Aisyah suka pink


Kemain aisyah bergambar.. bergaya style dia



Learning letter A



Hari Rabu & Khamis pakai baju sukan
Jumaat baju kurung

Bila pagi dia takde di rumah rasa sunyi plak..huhu
Klau tak skit2 mama..mama..hehehe

Nak tau sape nangis masa Aisyah pi sekolah,,?
Bukan mama bukan aisyah tapi abahnya..hehehe

Sangat anak bapak..hehehe

~Aini~





Wordless Wednesday: Hari Sukan

Hari ni hari sukan anak buah Yusuf Idlan
Soon Aisyah pulak sekolah di Tadika ni
The Kiddie Center
Yusuf dah nak masuk darjah 1 dah bulan mac ni
Cepat je rasa dia dah lonjong hehehe

Yusuf team Jepun merah putih
Hijau Arab Saudi
Biru Merah Putih Perancis 


Yeay Yusuf Johan

Dalam banyak2 budak Yusof paling tinggi..hehe
Ikut ibu ayah dia la..
Dua2 lonjong..hehe

Minggu ni last sekolah
So banyak la aktiviti dia
Sabtu ni Yusuf dh ada orientasi darjah 1..

how time flew

~Aini~

 

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers