Pages

Showing posts with label housework. Show all posts
Showing posts with label housework. Show all posts

Magic Clean untuk dapur


Pernah guna Magic Clean tak?
Klau nk bersihkan dapur mesti penuh dengan percikan minyak, kuah segala macam yang oily la

Dulu Aini guna sabun pinggan je untuk cuci dapur
Bila terjumpa benda alah ni macam best lak
Cepat dan sekejap je settle
Spray semua dapur tu
Pastu lap 2 atau 3 kali siap

Ni tak la teruk sangat
Manja sangat Aini nak pakai Magic Clean
Bukan manja..tahap malas namanya..haha
Taklah.. sebenarnya Aini nak tunjuk result dia je..hehehe

Aini spray  1 row je
Tempat yang oily tu
Nampak tak warna oren tu..tu minyak dah kembang
Kalau jenis minyak atau kotoran degil spray kat tmpt tu 
Lepas tu biar dalm 5-10minit, then lap

Tadaaa bersih kaan..?
Silau tak..haha

Boleh beli kat DIY, Ecosave
Kat Lotus tak ingat ada ke tak.. 
Mak² mesti suka punya..
Cuba lah

~Aini~



 

Hujung minggu - spring cleaning & beli pintu baru untuk mama

Assalamualaikum..

Baru nak update blog..
Semalam agak letih sebab puasa.. nak habiskan puasa 6. 
Kira semalam Aini dah raya la.. Alhamdulillah
Tinggal ganti puasa ramadhan je la..byk lak tu haha..

Semalam Aini kerja pastu dengan sakit kepala yang teramat kuat..
Aini pulak tak bangun sahur masa tu.. tau2 dah dengar azan Subuh..memang tak sempat la nak sahurnya.
Tengok jam lagi 3jam je nak berbuka, bertabah dan tahan jelah sampai berbuka..

Hujung minggu baru ni sambung cuti dengan hari Wesak.
Klau ikutkan minggu tu la orang berhari raya di rumah kawan2 atau saudara mara kan..?
Tapi Aini pula duk spring cleaning dan cari pintu utama untuk mama Aini.


Pack baju Aisyah yang dah tak muat dah.. senang simpan dalam vacuum storage bag..

Simpan toto/comforter dalam vacuum storage bag.. takde la penuh sangat dalam almari kan.

Isnin baru ni pi kedai pintu di Paya Jaras, Sungai Buloh
Nama kedai pintu ni JR Doors..
Tengah tunggu sales lady buatkan quotation, Aisyah sempat la jadi cameraman
Siap suruh Aini buat cara tu cara ni.. kita pun ikut jelah..

Tengok la gambar yang Aisyah snap ni..
Sambil snap sambil dia ketawa..haha


Pilihan mama Aini suka design ni. Gold frame glass..
Pintu akan divanish ikut warna pilihan mama nanti.

InsyaAllah dalam masa 2 minggu akan siap pasang di rumah.
Hubby hadiahkan pintu ni untuk mama Aini..
Nanti dah siap pasang di rumah Aini update ya.

So far total semua tak sampai RM1500
Semua termasuk siap pasang and delivery..
Consider murah la kan..

Nak tukar pintu baru boleh klik di bawah
Facebook : JR Door
Whatsapp : +6017-3377718

Nak beli vacuum bag storage klik di bawah


Selamat bekerja semua..

With Love,
Aini

Magiclean - Senang nak cuci

Assalamualaikum..

Hubby ada tengok spray ni di FB masa tu tengah duk viral. Setiap kali pergi nak beli mesti habis.. Biasalah kalau benda dah viral.memang cepat habis kan...? Rezeki hubby dapat juga beli di MR. DIY.

Kat botol tu tulis No more scrubbing.. So Aini cuba. Memang menjadi.. Bagi yang tak larat nak sental dinding bilik air yang besar mahupun kecil spray la kat tempat kotor tu. Biar selama 5 minit dan bilas dengan air.

Aini tak sental langsung. Aini spray banyak-banyak pada dinding dan biar 5 minit atau lebih terus bilas dengan air. Memang tak perlu nak sental atau gosok dinding tu. Cuma bau dia agak kuat.. kadang-kadang ada rasa pedih juga hidung.. baik pakai mask ya.

Harga tak ingat berapa.. Belas-belas gitulah..Takdelah mahal mana kan. Boleh tengok gambar dibawah.








Nampak kan beza dia..? Jadi betul-betul bersih. Mainan aisyah ni dah lama berlumut sebab biar lama dalam bilik air.. Aini nak tunjuk sebagai demo. Kalau tak guna spray ni Aini akan sental guna sponge kasar..sebab lumut yang dah kering susah skit nak tanggal.

Selepas Aini spray terus basuh dengan air tanpa gosok apa-apa.

Nanti boleh la you all cuba.. Ada yang pernah beli ni tak..?

With Love,
Aini



Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers