Pages

Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia

 


Masih sempat lagi nak join ya
Boleh klik gambar Giveaway

Good luck bagi yang join (^_^)

With Love,
Aini

What is Salary?

 Assalamualaikum..

Semalam was a very busy day.
Hari ni busy gak tapi nak blogging jap.. 
Maybe lunch hour leh blogwalking..
Hari ni kan last day bulan November 
So nak prepare untuk gaji staff esok.
Kita gaji setiap 1hb
Hubby kerja dengan kerajaan leh la pakai duit dia dulu..hehehe

Semalam balik 6.30pm, kalau tak kul 6pm Aini dah balik
Ni sebab bos ada discuss pasal kerja.. 
Nasib baiklah rumah dekat.
6.30pm keluar, 10minit dah sampai rumah sebab kereta dah tak banyak
Kalau keluar tepat 6pm, kereta akn jadi banyak 
Disebabkan traffic light yang cepat sangat hijaunya jadi yang dapat lepas 5 biji kereta je
Boleh kira dekat 3 atau 4 kali Aini duk stop sebab lampu merah tu..

Yeay esok gaji...

BUT



Truly indeed..


With Love,
Aini



Hari Isnin


 Mesti ramai TAK SUKA HARI ISNIN, kan? Hehe TAPI ingatlah

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk berniaga.
Hari Isnin juga merupakan hari:
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…Nabi Muhamad S.A.W
7. Bukti keesaan ALlah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”


With Love,
Aini


Ceret atau cirit


Dulu Aini tak pandai cakap bahasa melayu mahupun bertulis dengan cara yang baik.
Even now Aini rasa Aini masih belajar lagi untuk menulis dan bercakap bahasa melayu dengan betul

Hubby Aini suka ketawakan Aini kalau Aini cakap terbalik..Nakal tau..
Masa Aini mula kenal dia lagi la bahasa Aini macam ntah apa-apa sangat.


Ayat yang paling dia tak boleh lupakan "Ceret"
Aini cakap kat dia Aini kene cirit tapi Aini cakap ceret.
Hubby rasa simpati kat Aini dan ketawa at the same time.
Hubby betulkan ayat
 "Cirit lah... bukan ceret.. Ceret ni orang yang masak air tu.."

Pastu nak hilangkan rasa malu Aini cakap la balik kat hubby
"betul lah Aini cakap" haha
Padahal dalam hati "Ohh ye ke.." haha

Tadi terbaca satu blog ni pasal GG komik.
Sebab tu teringat zaman Aini darjah 6 dulu.
Sekolah di SRK Taman Sri Andalas, Klang.
Tahun 1997 - Aini baru balik dari Sydney Australia.
Ada banyak majalah gila-gila zaman 90an pada masa tu yang parents Aini bawa ke sana.

Tinggal di sana bersama family selama 5 tahun.
So from year 1 to year 5 Aini sekolah di sana.
Sebab tu bahasa Melayu Aini tak berapa mahir lagi.
I guess until now.
Hampir setiap malam kecuali Ahad ada cikgu tuition ni offer diri pada parents Aini
Untuk mengajar Aini & adik belajar Bahasa Melayu.
Masa tu Aini agak stress sebab balik dari Australia Aini kene ambil UPSR.
Dah la semua subjek Bahasa Melayu kan..?

So one day, Cikgu ni.. Nama dia Cikgu Kushairi tak silap..Ingat-ingat lupa nama dia
Dia tanya Aini "Ada baca buku Bahasa Melayu tak"
Sebab dia galakkan Aini & adik baca buku Bahasa Melayu 
Aini jawab lah "Ada"
Cikgu tanya balik "Buku apa?"
Aini jawab, "Buku Gila-Gila"
Terus Cikgu ketawa dan geleng kepala..
Aini & Adik pandang sesama sendiri buat muka tanda soal..

Bila dah masuk sekolah menengah baru la Aini & adik faham kenapa cikgu ketawa.
Tulah al-kisahnya serba sedikit pasal Aini..haha

Dalam banyak blog post Aini ni ada bahasa macam tunggang terbalik tak..? haha
Takpe klau nak jawab dengan jujur
Kita tak marah pun..hehe

Topik ni pun kisah diri Aini je 😂

With Love,
Aini

Cermin vs cermin tinted

 Assalamualaikum..

Happy weekend all..

Bagi yang bekerja hari ni macam Aini selamat bekerja. (Kerja half day je)
Bagi yang tidak bekerja pada hujung minggu ni selamat beristirehat.

Setiap hari Sabtu Aini kerja halfday dari jam 10am - 2pm
Kejap je.. kalau leka buat kerja tengok jam eh dah pukul 1pm..hehe
Best kan kalau tak kerja hari Sabtu..huhu
Sebelum Aini keluar tengok Aisyah, dia masih sedap tidur lagi.

Pagi ni ada customer 1 family..
Rasanya dorang nak pi kenduri kot sebab pakai cantik2 lagi.
Yang lucunya tingkap sebelah kiri Aini tinted macam cermin.
Memang orang luar tak nampak Aini di dalam.
Tapi yang buat Aini geli hati bila anak perempuan customer ni tengok la tingkap tu.
Masa tu Aini tengah layan phone jap.
Ingat dia nampak Aini sebab muka dia rapat sangat dengan cermin tingkap tu.
Rupanya tak sebab pantulan dari cahaya luar memang takkan nampak dalam
Budak tu tengah layan kecantikkan diri dia dalam 'cermin' tu..haha
Memang nampak cantik la sebab Aini nampak dia pakai gold eye shadow.


Dekat dia tu macam duduk sebelah kita tau.
Lepas tu giliran maknya pulak, sedang betulkan tudung dia..
Pastu pandang cermin tu lama-lama tengok diri dia..

Haha memang kelakar.
Kalau budak lelaki yang duk dalam ofis ni nampak orang buat camtu
Mau ada niat nak usik orang tu
Sama ada ketuk atau terjah orang
Macam hubby Aini suka buat kat Aini sejak zaman couple lagi..haha
Nakal tul hubby ni. Sampai sekarang lah dia suka terjah orang mostly pada Aini lahh..Haha

You all pernah kene terjah mengejut macam tu tak..?

With Love,
Aini

Minyak yang tak patut jual online

Minyak apa yang tak boleh jual online..?
Minyak yang bekerja dengan syaitan/iblis/jin
but before that Aini nak cakap pasal minyak panas yang Aini guna ni..

Credit: Google

Sebenarnya Aini nak cari minyak panas dalam gambar ni tapi Aini lupa namanya.
Nama dia Siang Pure Oil.
Memang elok untuk lenguh-lenguh kaki, sakit perut, sakit belakang..
Guna minyak ni dia meresap ke dalam.
Esok nya kaki lenguh kita pun hilang..

Jiran di Selayang dulu dia rajin ke Bangkok 
So hubby Aini akan kirim dengan dia sebab murah.
Beli kat sini memang mahal.
Disebabkan covid dia tak pi Bangkok buat masa sekarang.
So tengah survey la kot-kot ada jual online.
Rupanya shopee pun ada jual so leh lah beli.

Ok back to the topic..
Aini type la minyak siam dalam google..
Bila scroll bawah ada plak orang jual minyak-minyak ni secara online ya.
Semuanya di hujung jari nak jual benda-benda yang haram..
Pihak yang berkuasa takde ke selidik benda-benda camni ya..?
Kalau zaman dulu tu orang nak benda-benda macam ni mesti akan pi kampung yang tersorok
pi jumpa bomoh bagai.
Seram la tengok orang zaman sekarang..
Senang-senang je nak jual benda-benda macam ni kan..?
Tengoklah gambar bawah ni.. 
Bila Aini tengok jadi seram sejuk tiba-tiba..
Terus tutup.
Aini nak share je tau..
You all jangan sesekali beli-beli benda alah ni ya.
You all know what is good or bad..


You all nampak tak...?

Aini ada terbaca review orang yang guna minyak pengasih.
Siap cakap dia guna untuk majukan bisnes jual burger tepi jalan.
Customer beratur panjang nak beli sampai tak cukup tangan
Siap cakap lagi Syukur Alhamdulillah bisnes maju selepas guna minyak pengasih ni..
Eh Eh dia ni.. guna bende syirik pastu cakap Alhamdulillah.

Banyak la orang guna benda ni..
guna untuk bisnes, untuk buat pada orang pun ada..
Mostly Aini terbaca review kebanyakannya dari orang bandar

Seram kan..?

With Love,
Aini

Lunch bersama adik dan anak buah di Ayam Gepuk Top Global, Puncak Alam

 Assalamualaikum

Hari Jumaat ni dapat rehat lama sebab budak pomen akan pi solat Jumaat.
Selalu Aini akan kurungkan diri dalam bengkel ni..dorang akan tutup zink tu lah.
Macam kejam kan tak bagi Aini keluar..? Haha
Tapi sebenarnya Aini yang tak nak keluar
Boleh lah lepak tidur, solat and tengok movie.

Cuma hari ni, adik Aini nak sangat lunch bersama
Mujur lah rumah dia dekat je nak ke ofis Aini ni.
Selepas ambil anak teruna dia jam 12pm
Adik terus ambil Aini di ofis.
Dia kata nak jadi driver Aini. 
Aini dah standby dalam kereta sambil menunggu adik datang.
Bengkel pun dah tutup awal dah.
Adik teringin nak makan di Warong Geprek dia nak makan Ayam geprek bersama salted egg.. Sedapp
tapi tutup la pulak sebabnya tengah duk renovate
Elok plak selang 2 kedai ada kedai Ayam Gepuk Top Global
So makan la di situ.

Credit : Google

Oops sorry tak sempat nak snap gambar ayam penyet sendiri tadi
Masing-masing dah kelaparan..haha
Makan dia macam dalam gambar ni la

Ayam penyet dia ok cuma agak kering sebab takde sup sebagai side dish dia
Makan kering camtu jelah
Bagi Aini sambal dia pedas yang amat (Aini takleh tahan pedas)

Adik bersama Yusuf & Zulaika
Aini tengah beratur nak order makanan
Comel je Yusuf pakai jubah.
Setiap hari Jumaat Yusuf suka pakai jubah pi taska
Dia selalu jadi imam pada semua pelajar di taska tu untuk solat Dhuha.

Kat kedai dorang la paling riuh..ada je nak bercerita..
Sambil bercerita sambil suap dorang makan.
Alhamdulillah masing-masing dah kenyang.

Minggu depan nak macam ni lagi kata dorang.
Kene decide siap-siap lah nak makan apa plak minggu depan nanti..janji makan nasi.

Sebelum balik, Aini singgah 7E belikan dorang ice-cream
Ajak dorang masuk pilih la nak ice-cream mana..
Zulaika nak yang rainbow padapop tu
Yusuf Connetto Vanilla

Adik whatsapp Aini balik rumah td terus makan ice-cream
and now tengah hyper main..hahaha

With Love,
Aini

Brand Gardenia akan naik harga mulai Disember 2021


Assalamualaikum..



Kemungkinan brand roti gardenia akan naik harga.
Bukan roti je..segala makanan brand dia akan naik.
Kawan FB yang share.
Aini and family kuat makan roti..
Kalau waktu malam tak nak makan nasi makan la roti..
Selalu breakfast pun makan roti bersama telur/ peanut butter/ chocolate
Leh zoom la gambar tu kalau nak tengok perubahan harga dia.
Bagi Aini banyak gak dia naik tu.

Aini tengok dalam FB Gardenia or mana2 social media dia takde yang update.
I guess ni dari orang yang bekerja dengan Gardenia yang share pastu dah past and past pada orang lain
sampai lah kawan Aini pun share kt fb dia.

So kenelah berjimat nk beli.. 
Maybe beli JUMBO terus..haha

With love,
Aini

Nak hujung tahun dah - Update apa yang patut

 Assalamualaikum

Dah nak dekat bulan December ni banyak benda nak kene kemaskini kerja.
Terutama untuk preparation jadual tahun 2022..
Staff di bengkel ni Aini seorang je perempuan.
Aini lah admin, HR dan akaun.

Aini buat cara Aini sendiri agar Aini sendiri faham untuk update table baru.
Ni baru siap jadual 1 tahun punya hari kerja staff pomen.
Nak tanda mana yang dorang nak kerja pada hari cuti am dan hari apa untuk cuti ganti dorang.
Then submit kt boss mana dia rasa ok.
Kadang2 public holiday ada kene buka kedai bengkel tapi akan diberi cuti ganti lah nanti.

Zaman sekarang banyak dah guna sistem..
klik-klik dah siap report kan..??
Tapi bengkel ni masih baru lagi..
So makan masa nak dapatkan sistem baru ni.. (tengah proses lagi)
Patut hari ni ada jumpa orang yang buat sistem ni
(sistem segala macam untuk sales/admin/akaun/etc)
Tapi dia MC sebabnya anak dia kene close contact.

Walaupun dia negatif tapi bagi Aini elok dia tak datang.
Orang lain pernah test negatif 7 kali bila kali ke 9 positif (ni kisah benar ya)
Orang yang nak meeting ni baru sekali dua test kot.
Dan bagi yang close contact mcm anak dia rasanya elok la 1 family self quarantine.
Tupun dia kata nanti dia sihat nak datang ambik kereta dia kat bengkel ni.
Hati ini sudah kerisauan.. huhu

Credit : Google

Gambar atas ni kalau dapat kerja ofis dengan ada meow sebelah macam ni memang best la kan..
Haha

With Love,
Aini

Kontak Kasual - Tak tahu dapat dari mana

 Assalamualaikum.

Semalam masa nak check in ofis masih warna biru.
Pastu petang tu ntah kenapa tiba-tiba rasa nak buka MySejahtera
Lately ni kes naik balik so Aini akan tengok hotspot area tempat kerja atau rumah.
Sekali buka Apps MySejahtera ada keluar la Kontak Kasual

Hari Ahad lepas, Aini pi Aeon Shah Alam dengan family.
Aini tanya hubby ada dapat Kontak Kasual ni tak
Hubby kata dia takde..
Hmm Aini rasa mungkin masa Aini pergi bank kelmarin kot
Takut ada yang positive Covid

So it's my first time kene macam tu
Aini buat research la.. nak tau lebih dalam.

Since tak perlu self quarantine 
Aini akan sentiasa alert diri sendiri kalau ada symptom 
So Aini akan jawab penilaian kendiri setiap hari.
Alhamdulillah takde apa2 symptom la buat masa sekarang ni.



Kadang-kadang kita sendiri terlupa juga nak check out tempat kita dah check in
Pernah sekali Aini lupa nak check out ofis..Esoknya br nk check out
Kira macam Aini bermalam di ofis lah.

Pernah juga lupa check out di kedai Watson dulu..
Haha..
Banyak tempat la lupa nak check out..😅
Sekarang ni kene tengok kat history mana yang belum check out

You all pernah lupa check out tak..?

With Love
Aini




Yusuf final exam

 Hari ni anak buah Aini (Yusuf) ambil final year exam
Pagi-pagi ibu dia update dalam whatsapp family group yang dia akan ambil exam.
Kecil-kecil dah ada ambil exam ya.
Rasanya masa zaman Aini tadika takde pun ambil exam bagai.
Masa tu tahun 1990
final year buat persembahan tarian.
Aini masa tu buat tarian cina tapi tak ingat la. haha


Yusuf yang duduk di kerusi hijau
Ready for the exam (calm & steady)


Gambar diambil oleh cikgunya
Update di Whatsapp group parents

Jam 12pm, Yusuf dah habis sekolah.
Ibunya ambil dia dengan adiknya Zulaika.

Perbualan ibu & anak:
Ibu : "Macam mana exam tadi, ok ke..?
Yusuf : "Okay..semua betul.."
Ibu : " Cikgu dah tick ke..?"
Yusuf: " Belum.."

Hahahaha
Haih yusuf..yusuf..
Confident ya semua betul..
Bagus.bagus..
Means dia jawab dengan betul la tu InsyaAllah.

Esok exam English & Jawi
Dia nak ibunya buat revision on that subject 

Alhamdulillah Yusuf pun semakin pandai membaca dan menulis.
Nampak la Yusuf minat belajar..
Seronok pergi sekolah jumpa teacher & kawan-kawan dia..
Kesian lama sangat duk class online..

11 December ni hari persembahan dan konvo dia.
So dia akan menari dengan pakai baju melayu dengan pakai tanjak sekali.
Mamu dia (Hubby Aini) akan belikan tanjak untuk dia on his big day..

Mesti dia suka nanti💗

With love,
Aini

Park kereta rapat depan gerai makan menyusahkan orang lalu lalang

 Assalamualaikum..

Pagi ni ada urusan personal di bank.
So Aini punch in dulu then baru pegi bank.
Agak ramai beratur di luar bank tapi laju je process dia.
Dengan tiba2 rasa sakit perut duk menunggu di luar dan panas terik lagi.
Panas hot tau..

Dah selesai sebelum balik ke ofis
Aini singgah gerai makan di tepi jalan
sebab makanan tepi jalan agak murah dibandingkan beli makanan di kedai makan

Kredit : carian google

Cuma satu benda ni je Aini paling menyampah la katakan.
Orang park kereta serapat-rapatnya depan gerai makan.
So.. klau orang yang lalu lalang nak pi gerai makan tu macam mana nak beli ??
Sebab kereta orang tu park depan-depan, seolah-olah tak nak bagi orang lain beli.
That is such a Bull**** lah..

Depan gerai tu bersepah ada parking kosong
Bukan jauh pun..beberapa langkah je nak ke gerai tu..
Walaupun sekejap tapi park la tempat yang sepatutnya
Jarak macam jiran depan rumah kita jerrrrr...
Nak jugak park depan-depan gerai tu.
Aini dah lah tengah lapar, pastu dengan layan panas terik..
Bila tengok sakit hati dibuatnya

Ada sorang perempuan ni plak Aini tengah beli pisang goreng
Elok plak dia park depan gerai pisang goreng tu
Driver tu keluar buka pintu tak reti nak tutup balik..
Ternganga la macam tu.
Aini nampak la orang nak lalu situ boleh terhenti diatas orang yang selfish ni.
Leh plak dia park situ dan pi gerai lain bukan di gerai pisang goreng.

Tak faham la manusia zaman sekarang ni.
Aini bukan jenis orang yang suka sound orang bulat-bulat camtu.
Aini takleh. Klau sound orang, aini lagi sakit hati..
Nanti timbul jadi gaduh plak.
Pastu mula la orang rakam pastu viral kat social media..
Tu je kerja manusia sekarang ni.
Baik blah cepat..

Maaf di atas ayat kasar tadi..
Hati tengah geram..

Harap manusia-manusia jenis macam ni cepat sedar la..
Zaman dulu bersepah ada gerai makanan di tepi jalan..
Elok je parents kita park tepi,
Jalan sikit nak ke gerai tu.
Tul tak..??

Maybe some people never learn..
Ntah lah..

Ok..perut dah bunyi..
Aini makan dulu ya..Breakfast minum air kopi je tadi.
Lunch makan nasi ayam bungkus je dengan Ais lemon laici..
Sedap tu.. boleh meredakan hati yang tengah panas ni..hehe

You all pernah alaminya tak..?

With Love,
Aini

Aisyah first dentist check up

Assalamualaikum..

Happy weekend all.. Hari ni pi mana?
Aini kerja hari ni.. petang rehat
Esok baru pi cari TV baru..hehe

Hari tu first time bawa Aisyah pi dentist.
Sejak covid di dah tak pi check up KK dah sebab dia dh pun 3 tahun.
Tapi pernah nurse bagi tau klau boleh nnt buat check up gigi anak di luar.

Sepatutnya bil aumur dia 2 tahun memang nak bawa dia pi dentist
Tapi Covid ni Aini & hubby tak berani lagi nak bawa di pi luar.
Bila dah nampak ok baru lah bawa dia jumpa Dr. gigi.

Kami pi tempat panel hubby
Nasib baik dekat area rumah ada.
Hubby dah siap buat appointment dah.

Dah sampai tu ada 2 org patient
Klinik gigi tu ada 2 Dr.Gigi
yg Dr. lelaki dia buat braces sahaja
sorang lagi Dr.perempuan check gigi patient

Giliran Aisyah jumpa Dr.Gigi
Aini suruh hubby bawak Aisyah.
Takut bila Aisyah dengan Aini tak mau check plak.
So Aini tunggu kat hall.

Senyap je suara dia so Aini intai dari tepi..
elok plak dia bagi Dr. check gigi dia..
Such a good girl..

Mula duduk atas riba hubby

Pastu suruh duduk atas kerusi dia ok je..tak nangis pun

Ok dah selesai

Aisyah pun dapat la small gift dari Dr.gigi

next year datang check lagi ya..

With Love,
Aini

P/S: Mama nya plak tengah sakit gigi..nak kene cabut ni..serammm











Adik ipar selamat dari ditenggelami laut

 3 Mei 2021 (Isnin)
Jam 2 petang berlakunya Pelantar Naga 7 (Rig) di Sarawak mula tenggelam.
10% rig tu dah menyenget.
Cepat semua petugas berkumpul untuk menyelamatkan diri.

Alhamdulillah adik ipar Aini selamat di tempat kejadian tu.

Cerita dia macam ni.

Isnin tu adik Aini selalu terima whatsapp dari suami dia.
Tapi adik kata diri dia mungkin suami tengah busy.
Jam 1130 malam, adik terima panggilan dari syarikat yang suami dia kerja.
Bagi tau apa yang berlaku.
Anak2 dia sedap tidur.
Adik nangis..tak kejut Aini or mama Aini pasal isu ni.
Dia bagi tau esoknya.

Satu hari suntuk adik ipar Aini tak whatsapp..
Walaupun dah tau suami adik selamat tapi selagi tak tau keadaan dia 1 family risau.
Adik Aini tak tidur langsung selepas dapat panggilan malam tu.

Selasa pagi selepas pukul 9 camtu baru lah dengar khabar adik ipar Aini.
Dia kata dia sempat ambik hanphone & charger dia je sebab masa tu dia tengah kerja.

Laptop, sport shoes yang dia baru beli, bag baru semua dah tenggelam dah..
duk bersama ikan2 dalam laut tu.

Teringat kisah cerita omputih Deep Horizon
Cuma beza cerita ni dan tempat adik ipar Aini kerja ni takde kebakaran.
Rig hanya tenggelam dengan secara perlahan

Ni la Pelantar Naga 7
Kisah dia semua akhbar online dan berita di TV






Alhamdulillah semua krew dapat diselamatkan..
Tinggal hanya barang2 personal dorang je diangkut skali tenggelam dalam laut.
Ada yang tak sempat ambik phone..ada masa yang sedang tido sebab shift malam so siang tido
Tak tau la apa perasan kita kalau kita di tempat dorang kan..?

Dekat sebulan adik ipar duk di Sarawak.
Sebab kene jaga SOP dia kene self quarantine di hotel selama 10hari.
Smua krew buat PCR.. Alhamdulillah adik ipar negatif
Tp kene kurung diri dalam hotel mewah selama 10 hari,
Dia kata boring gak sebab tak boleh keluar..hehe

Selepas pulang ke rumah kami 1 family lega sangat2..
Dan rezeki adik ipar Aini sekarang dia dapat kerja di pejabat..
Tak perlu turun laut dah setelah lebih 6 tahun kerja di laut akhirnya dapat kerja di pejabat.
Tapi tengah duk covid ni dia kerja dari rumah je..walaupun kerja shift.

Seronok lah anak buah Aini..
setiap hari dapat tengok muka ayahnya..
Klau tak sebelum ni 2 minggu je dapat jumpa. 
dan sebulan tak dapat jumpa.

With Love,
Aini


Jaga anak boss kejap

Aassalamualaikum..

Salam Jumaat..
Pagi tadi agak busy sikit.
Kalau tak mesti sempat blogwalking dan update blog.

Sibuk apa sampai tak sempat update blog.
Sibuk babysit anak bos yang berumur 6 bulan.
Nama sama macam anak buah Aini.. Yusuf..

Ayah Yusuf nak pi jumpa customer kt depan kedai je..
So dia minta tolong Aini tengokkan Yusuf..
Muka kene cakar sebab kucing galak main dengan Yusuf.
Elok je dia minum susu botol..sambil tengok Aini yang duk depan dia.

Pastu dia stop susu..
main jap..pastu sambung susu..





muka senyum main chak2 dengan aunty Aini.
Aini pun angkat la dia jap tepuk2 belakang dia nak bagi dia sendawa..

BURPPPPP!!!
kuat tul dia sendawa.hehehe

Dah lama tak pegang baby ni..hehe
Takpe next year leh main anak buah baru..
InsyaAllah bulan Mac tahun depan muncul la baby boy..

With Love,
Aini

TV keluar suara je

 Assalamualaikum..

Semalam TV tiba-tiba takde gambar.
Memang dah agak dah, tak lama lagi ni akan keluar suara je
Sebabnya bulan lepas tengah2 screen TV tu dah ada garisan hitam yang agak blur
TV tu pun dah guna lebih kurang lebih 5 tahun



Kalau guna TV macam kotak besar atas ni mau bertahun-tahun tahan lama..
Dari zaman budak-budak sampai dah kahwin masih elok lagi.
Aini ada TV macam ni dulu tapi dah bagi orang dah..Tak jual pun.
Sebab orang ni banyak bantu family Aini
Orang tu takde TV, tinggal bersama isteri je
Masa tu tahun 2015 camtu dan sekarang masih elok lagi tau..

Sekarang TV macam ni dah.. macam PC besar kan..? Haha
Ada yang suka gantung, ada yang suka stand macam ni.

Nanti 50tahun akan datang macam mana lak rupa TV nnt..
Jenis terapung ke..?
Jenis Lekuk dah ada dah..
Jangan ada TV jenis transparent atau nipis macam kertas A4 dan jenis touch screen sudah..
Hahaha

So sementara nak menunggu hujung minggu untuk beli TV baru
waktu siang Aisyah main jelah mainan dia dengan opahnya
Mama & abahnya kerja

Semalam tanya mama Aini si Aisyah tengah buat apa TV dah rosak tu
Mama Aini jawab "Si bucuk tolong opahnya masak"
Lebih pada kaco opahnya masak lah tu..
kadang2 tolong basuh pinggan tapi opah bagi yang bukan kaca la..
Hehe.. pandai Aisyah ya..
umur 3 tahun dah rajin masuk dapur..hehehe


Abahnya balik kerja terus bukak laptop untuk Aisyah & mamanya
Tapi yang lebih banyk tengok si Aisyah la
sambil layan diamond tampal dia tu..

Such a good girl.

With Love,
Aini


Rezeki - diganti dengan orang yang belanja

Assalamualaikum..

Lunch tadi rasa malas nak keluar
Mood nak duduk dalam ofis sambil mendengar lagu Lite.FM
Aini suka dengar lagu 80-90s english song

Kisah lunch tadi
Aini nak makan makanan yang pedas.
So Aini order Ayam Geprek
Memang pedas so order air kopi susu ais sebab tau Aini akan soksek nanti..hehe
Skali bila dapat makanan tengok takde air sekali.
Aini tanya orang food panda tadi "dorang ada bagi air tak?" sambil tunjuk resit 
Terang2 ada tulis air kopi susu ais.
Orang foodpanda kata maaf takde plak.
Cik boleh pi kedai dia or minta refund.

Dalam hati kata adoii malas la nak drive ke sana..
Harga air tu dalam RM2.80.
Total bayar tadi dengan makanan RM19.29 termasuk foodpanda service lah

Aini cakap kat diri sendiri takpelah..
sedekah je lah.
Malas nak komplen panjang lebar.
Klau air tu harga macam Star Buck memang minta refund lah

So Aini makan lah dengan soksek sebab takde air sejuk..
Minum air kosong yang tak sejuk pun masih kepedasan.

Jam 4 petang
Aini dapat air daripada pelanggan yang hantar servis kereta dia
Plastic cup dia agak besar.
Aini dapat air Ice Coffee Mocha..
Rasa pun hampir2 sama dengan kopi susu 

This is so miracle
Dengan hanya sedekah 
dapat air orang belanja free..
Ice coffee mocha ni mau lebih dari harga Aini beli..
Tengok gaya mau dekat RM4 atau RM5

Alhamdulillah syukur pada Allah.



 With Love,
Aini

Batu karang - 2nd appointment

 Pagi tadi masuk ofis lambat
Dah inform budak2 kat bengkel and boss yang Aini masuk ofis lambat.
Sebabnya nak pi jumpa Doc utk 2nd check up pasal batu karang Aini tu
Last post detect kene batu karang

Sampai dalam pukul 10pg
Tengok dalam klinik agak ramai orang warga emas.
Mula2 ingat mcm ehh ramai ke sakit?
Rasa takut nak masuk pun ada
Baru Aini teringat, ada warga emas kene ambik booster vaksin di klinik macam mama Aini.

So Aini terus ke kaunter, isi nama kat borang panel suami
pastu buat urine test. Tak sampai 10 minit nama Aini dipanggil.
Doc tunjuk result urine test Aini
Dalam hati kata banyaknya tanda2 kat dipstick ni

Urine Dipstick


Doc tunjuk bahagian darah (Blood in urine)
klau ada batu karang warna akan jadi biru gelap
tanda ada darah dalam air kencing kita.

Alhamdulillah..Aini punya warna oren/kuning
Maksudnya negatif lah.
Doc kata tu dah normal la takde darah dalam air kencing.
Aini takde batu karang dan sudah clean.
Tak perlu makan ubat lagi dah.

Banyak kali Aini bersyukur pada Allah.
harap lepas ni takde lah datang balik ya 
Aini kene jaga pemakanan dan disiplinkan diri unutk rajin jumpa Mr.toi (toilet).

With Love,
Aini




Lunch Dim Sum je

 Assalamualaikum..

Pagi tadi heavy breakfast nasi goreng.
Kul 1030 makan pastu kenyang sampai kul 2ptg.
hari ni lunch DimSum 4 ketoi je dgn pau daging size kemetot ni.


Dim Sum RM5 (4pcs)
Pau RM1

Mulanya nak makan fish&chips dari food panda
Tapi hati kata tak lapar sangat..nk munch je.

Tengok kat luar dh nak gelap
Tingkap kereta ada buka skit sbb taknak bagi bahang masuk sebab tadi panas
So Aini keluar kejap pi seberang jalan.
Kat sana ada gerai makanan macam-macam
Singgah pi beli Dimsum & pau ni.

Pastu beli pisang goreng untuk budak staff bengkel ni.
ada 2 org pomen je kt bengkel ni.
Tengok dorang tak lunch lagi.
Sibuk duk servis kereta pelanggan.
Dorang siap ckp lunch pun penah kul 8.30mlm br makan.

Dorang bujang lagi.
Sangat hormat orang senior (kira Aini la)
Tak nak cakap orang tua..haha
Sebab Aini paling tua di bengkel ni.
Umur dorang dalam 27 / 28 camtu.

Ni dah bunyi guruh dah.
Tak lama lagi hujan la ni.

Tempat you all nak hujan juga ke?
Musim hujan ni hati2 memandu bagi yang bekerja luar tu.

With Love,
Aini

Nak diet tapi nak makan nasi..

Assalamualaikum..



Di usia pertengahan 30an ni betul2 kene jaga makan.
Tapi..ada tapinya..haha
Bila tengok orang tua kita masak favourite kita
dan bukan masakan favorite kita pun..
kita makan sampai berpinggan-pinggan..

Betul tak..? Haha..

Boleh nak makan sebanyak mana pun
Yang penting kuantiti makanan tu kene ada hadnya.

Nak berpinggan2 pun boleh tapi kurangkan portion nasi.
Nasi ikut segenggam tangan kita. Biar lauk lebih pun takpe.
Nak makan nasi 2 kali sehari..Boleh
malam tu jangan lah lewat sangat sebab selepas makan kita nak tidur pula
So tak cukup digest kan..?

Aini sekarang ni cuba untuk turunkan berat badan
Sebab tak nak timbulnya penyakit lain dalam badan kita ni.

Lunch Aini makan nasi ikut sukatan 1 senduk / 1 cup
klau mama Aini masak mmg bertambah di waktu siang.
Malam makan nasi juga tapi portion yang sikit
tapi lauk byk dan lebihkan ulam selalu timun jepun je lah

Ayam pun Aini dah kurang makan.
Family Aini ni lebih banyakkan makan ikan daripada ayam dan seafood lain
Seafood macam ketam, kerang, udang..
Tupun stop makan tu sementara waktu
disebabkan Aini ni minor batu karang.
So nak contol makan la.

Mama Aini yang dahberusia 71 tahun
1 penyakit mama Aini takde..
Alhamdulillah
Rahsia dia sebab dia jaga makan..hehe



Alhamdulillah sebulan Aini dapat turun 2kg..
Ukur perut pun dah hilang 2 inci.
Struggle juga la sebab paksa diri untuk exercise tapi bukan hari2.
Seminggu tu 2-3 kali je excercise..
Kat office ni banyak duduk daripada gerak sana sini.
tak macam dulu..lagipun ofis Aini di tempat Aini kerja ni kecil je.

Nak diet tapi nak makan nasi..?
Boleh takde masalah.
Janji portion skit.
Makan ikut pada waktunya..
Jangan lewat sangat makan ya.

With love,
Aini


Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

 

(click image to join)

Jom Join giveaway ni.
Dari 2 November 2021 hingga 2 Disember 2021

Sempat lagi nak join ni..
Jom..jom..jom..hehe

With Love,
Aini

Jengka - Cerita kisah benar

 



Assalamualaikum..

Pernah tengok cerita kisah seram ni..?
Cerita ni adalah kisah benar.
Aini dah tengok kt youtube.

Rasa seram dia lain sebab dalam cerita ni dilakonkan semula dan juga dia akan masuk sekali kisah video betul.
Si isteri rakam video sendiri dan juga abangnya.
So cerita ni akan masuk sekali dengan lakonan semula dan cerita yang realiti.

Ni video yang asal

Sinopsis
Mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu JengkaPahang.
Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan.
Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’.
Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah.
Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.

Aini tengok cerita ni sampai duk teringat je dua tiga hari sebabnya cerita dia kisah benar.
Kalau bukan kisah benar sekali Aini tengok pastu dah lupa dah.

Sape yang berani nak tengok cerita ni boleh tengok di Youtube Jengka

Yang lemah semangat..
Sakit jantung jangan tengok ya.

Selamat menonton..

With Love,
Aini

The 9 Hair Salon - Puncak Alam

 Assalamualaikum,

The 9 Hair Salon, Puncak Alam.
Selesa dengan kawasan bagi yang ingin potong rambut,
Manicure..Padicure pun ada.
Tempat yang sunyi dan tenang.

Berkonsepkan alam semula jadi
Walaupun mereka deko dengan menggunakan pokok plastic sahaja
Tapi mata kita rasa sejuk je sebab nampak kehijauan

Klik The 9 Hair Salon untuk tengok dalaman kedai rambut ni.

Haa cantik kan..?
Yang paling best ada private room untuk kaum wanita Islam

Nak cuci rambut, baring la atas kerusi urut ni.
Sambil cuci rambut sambil urut badan kite..
Boleh terlena la.

Aini buat manicure.
simple je, buat bathing..
Total RM35

Lepas tu Aini cuci rambut 
Total RM43 (ikut panjang rambut kita)
Biasa kedai rambut ni klau rambut lagi panjang lagi mahal la kan..?

Nail polish ni ada Halal Cert. and jenis nail polish yang breathable


Ni pandangan dari kanan Aini.
Tempat orang nak dandan rambut bagai

Ni view dari belakang Aini.
Tempat pelanggan menunggu atau ada bawak anak or suami teman isteri pi salon leh la duk situ.
Siap ada fountain kecik lagi.

Ni lah kerusi urut dia.
Sambil baring sambil urut badan..
Best you..

Ni dalam private room.
Dorang tarik je pintu slide tu tutup la 1 bilik.
Ada 4 seats dalam private room ni.

Kiri kanan pintu tu boleh slide tolak tepi sampai habis.

Nampak menark kan..?
One day nak bawa mama Aini cuci rambut kat sini.
Orang tu cuci rambut kite pun sedap, tak sakit.
Mesti mama Aini suka..hehe

With Love,
Aini




Labels

Followers