Pages

Ketika Aisyah macam roti bun dan pipi pau

Assalamualaikum..

Happy weekend all..
Ada ambik cuti panjang ke..? hehe

Anyway rasa nak post lak gmbr Aisyah masa baby..
Saje tgk gambar lama nampak la gambar kelakar dia ni..

Actually banyak je gambar funny Aisyah masa dia kecik..
Ada je buat cara posing and perangai yang funny ni..

Duk dalam bilik opahnya.. tengok TV dgn gaya camtu..

Ni umur 4 bulan..
rambut dah mula tumbuh selepas cukur

macam Teletubbies

Macam2 gaya tido dia ni..


Muka baru bangun tido..
Mata terbeliak macam abahnya..


Video ni Aisyah umur setahun lebih..
Duk ikut gaya apa abahnya buat..haha.. Kelakar sungguh..

Sekarang umur dia dah 4 tahun.. 
Tahun depan nak sekolah dah.. rasa cepat je masa berjalan..
Bila rindu masa dia baby Aini tengok la video atau gambar lama dia..
Pastu tunjuk kat Aisyah tanya ni sape..? 
Dia jawab ni baby Aisyah..

Semoga Noor Aisyah membesar menjadi anak yang solehah buat mama & abah ya.. Aamiin..

With Love,
Aini

Orange Choc Brownies kesukaan orang ramai

Assalamualaikum..

Sejak awal middle September
Aini dan adik berpakat buat brownies yang jarang orang buat..
Orange Choc Brownies..
Cream cheese berperisa orange..
Orange flavour, Orange Zest & Orange Juice
Alhamdulillah ramai yang suka..


Review/Feedback from the customer








Aini sentiasa buat open order.
Kalau boleh 3 atau 5 hari sebelum.
Boleh self pickup di Puncak Alam
dan juga Aini buat secara postage bagi yang duk jauh..

Harga:

1) Whole cake 8inci : RM52.00
2) Half cake 8x4 : RM26.00
3) Mini cake 6x6cm : RM6.00

Postage:
Whole cake RM10.00
Half Cake / mini cake RM8.00

Boleh whatsapp Aini untuk tempahan..
Nak buatkan doorgift pun boleh.. 
Aini boleh bagi harga kasih sayang..


InsyaAllah bila cuba pasti nak lagi..

Boleh follow bisnes kecil Aini
Instagram: Juzabakes
Facebook : Juzabakes Baker

With Love,
Aini




Hujung minggu bersama anak²

Assalamualaikum..

I'm sorry for the very late updates..
agak sibuk dengan bisnes kecil Aini bersama adik Aini ni..
Alhamdulillah sedikit demi sedikit orang kenal JuzaBakes..hehe

About the GA Aini tu.. nnt Aini update ya..
Harap bersabar..sabar kan separuh daripada iman..hehehe

Ok over the weekend,
Aini and mama decide nk ladies day out with the kids.
Actually hubby adik keje.. Hubby Aini plak nak rehat di rumah..

So Aini fetch adik and her kids at home. 
Tak sampai 10min pun dah sampai rumah dia..
Taman sebelah je..hehe

Jom tengok gambar la

Yunus Mateen.. dah pandai merangkak.. 
Baru je 6 bulan.. abang kakak dia lambat merangkak..

Bawak kids main molly Fantasy di Aeon Shah Alam
Ada lah 2 jam kat sana.

Noor Aisyah

Noor Zulaika

Yusuf Idlan
Yusuf payah benor nak ambik gambar dia, mesti akan lari
Tapi sebab dia pakai mask ok jelah..haha

Yunus Mateen..dia pun seronok main..haha

Selepas main pi la makan di Fuel Shack..
Dulu order from the waiter..niplak kene order from online..
Aini tak gemar pakai online2 ni.. lambat..haha
Sebab tak reti punya pasal, Aini panggil staff ni tolong ajarkan sampai setel order..haha

Ni weekend baru-baru ni..
Aisyah suka painting..
Klau dia nak painting dia akan cakap nak cat..
klau dia nak buat colouring dia akan cakap nak warna..

Aisyah ni klau cakap something pastu Aini convert ke bahasa lain dia akan cakap salah..haha
Contoh dia tunjuk ni Cat, pastu aini cakap in malay Kucing
Dia bleh plak kata salah..haha
Sampai Aini beli buku cerita pasal kucing dia aware tapi still dia panggil cat..
Cat pun Cat la Aisyah oii

Ok dia kata dia nak lukis haiwan guna paint dia
Aini suruh dia ikut apa Aini cakap
And it turn out good..
Quite a surprise la.. 
jom tengok..

Baby dinosaur from its pink egg.. Ni T-Rex 

Unicorn with pink hair

Black cat

flower tree

Nature & animal


Aisyah memang ikut sama minat macam mama and abahnya..
Suka pada seni..

With Love,
Aini
 

Cancer Ovari

Assalamualaikum.. Salam Jumaat..

Ahad lepas Aini terima wassap dr mother in law (mil)
Dia minta bagi tau hubby Aini untuk call dia.. Urgent katanya..
Masa tu mil ada call hubby tapi hubby tak jawab..
Dia masih tidur lagi sebab baru balik dari outstation. Letih sangat..

So Aini pi la kejut hubby suruh call maknya
Aini turun pi meja makan duk minum air panas dengan mama Aini..
Later that, hubby turun tangga dengan nampak wajah muka dia yang sedih..
Hubby bagi tau kakak no.2 dia kene cancer rahim..
Aini and mama Aini terkejut sangat..

Aini dah lama tak jumpa dia..
Masing2 tengah sibuk dengan family sendiri..
Rupanya dia kene awal tahun ni..dia tak bagi tahu family lain pun..
Tu yang buat hubby rasa sedih dan terkilan sangat.

Mil Aini cerita..
Puncanya kakak ipar Aini kene tumpah darah yang banyak..
Pada mulanya dia ingat period tapi pelik darah duk non stop keluar..
So hubby kakak ipar bawak la dia ke hospital.

Selepas check doc bagi tau ada ketulan sebesar bola pingpong..
Terus operate.. luckily ada insurance..
Dan sekarang ni kakak ipar Aini dalam keadaan depress..
Dia plak takleh nak bangun sangat.. weak terbaring je..
Selepas dia buat kimo tu kaki dia mengecut dan tak boleh nak jalan..
Mungkin sebab kesan daripada kimo ataupun terlalu banyak berfikir yang buatkan dia jd depress..
The family need to give her moral support..
So dia akan bangkit semula..InsyaAllah

Hubby Aini plak masih lagi keje out station dan site visit..
Hubby pun kata dia akan cuba cari masa untuk jumpa kakak ipar..
bantu dia apa yang patut..InsyaAllah

Mohon doa kawan-kawan untuk kakak ipar Aini ya..

(Klik banner)
Boleh kongsi kepada orang yang hidap cancer, tumor, cyst, dll..



With Love,
Aini

3 hari turun 2kg

Assalamualaikum..

Pagi tadi terdetik nak timbang berat badan ni haa..
Sebelum sakit tu bukan main naiknya.. nak turun punya lah susah...
Tapi pagi ni agak surprise turun 2kg dalam masa 3 hari
Mana taknya, selera makan kurang.. 
Makanan ambik portion skit sebab sakit tekak
Rasa macam ada bola gold dalam tekak ni..
Telan skit rasa mcm ada seketul kene tolak balik.. 

Aini makan pun xde makan bende berminyak mcm goreng2..
Bila kita batuk makan bende berminyak lagi lah makin teruk batuknya..

Pagi ni Aini buat breakfast simple
Scrabble eggs with mozarella cheese and salad
Aini buat untuk Aisyah sekali.. 
Tengah dia duk makan dia cakap "Sedapnya mama buat" sambil tunjuk cheese panjang dia tu..haha
Aisyah ni hantu cheese..makan sekeping cheese tu jadilah sebagai snack dia..haha

Masak telur guna butter sikit


Seminggu lebih pi farmasi even klinik minggu lps dorang kehabisan ubat batuk
Aini biasa makan brand Bena Expectorant tapi takde stock.. 
So klinik ni ada brand lain tp sama effect macam Bena.. mengantuk dia tu sangat kuat.


Kalau ubat batuk biasa mcm cap ibu anak, Hurix tu tak ngam bagi Aini.. 
macam habis makan je still duk batuk lagi..So Aini prefer yg lebih kuat
Mungkin ramai tengah duk tak sihat batuk sampai klinik or farmasi pun xde stock ubat batuk..huhu
Bermusim kot.. ni plak dah start hujan kan.. 



Ni ubat sakit tekak Aini selalu makan..
Memang elok.. klau rs light² sakit tekak tu mkn ni esok dah ok dh..
Ada dua flavour Cherry & Strawberry
Aini suka Strawberry..hehe

With Love, 
Aini

 

Giveaway Contengan Cuya

 Assalamualaikum..

Aini baru join GA Cuya..
Quite a talented girl..
Aini yang ada bakat graphic pun tak pandai lukis muka orang ni..
Paling fail tang mata dan hidung... Klau Aini lukis orang Aini prefer muka tu jad kosong..haha

Jom sama-sama join.. 
Macam biasa klik di banner untuk sertai GA Cuya ya

5 OKTOBER HINGGA  19 OKTOBER 2022

Syarat-syaratnya simple je..


1) Wajib Follow blog Cuya
2) Copy banner, tajuk dan backlink ke blog Cuya
3) Copy mana- mana gambar yang Cuya lukis korang rasa korang suka dan paste dekat entri korang.
4) Beritahu sebab kenapa nak menang giveaway ni?
5) Paste link korang di ruang komen entri ni




Syarat No.3: Aini suka lukisan tanpa wajah sebabnya... tukar bahasa jap haha

It shows the secret identity to ourselves that we don't want to express much to people out there. Yes it's true you must show who you are, not what you are but the fact is that we must close our identity secretly to avoid being slandered by someone.

Syarat No.4: So far tak pernah ada digital art untuk diri sendiri.. klau ada luck Aini nak paste kat social media profile..hehehehe

Ok..apa lagi you all jom la join GA Cuya ni..

With Love,
Aini

Thank you for the wishes

Assalamualaikum..

Lately Aini tak sihat.. demam and batuk,,
Mungkin sebab cuaca dan mungkin badan terlalu penat
Hari ni baru masuk kerja balik tapi batuk masih tak hilang lagi..

Aini nak ucapkan Thank you so much sebab sudi join GA Aini post baru-baru ni..
Aini tak sempat nak tengok blog kawan yang join..
InsyaAllah Aini akan tengok setiap yang join GA Aini ya..

Ada 5 hari lagi so masih sempat lagi untuk join ya..
11hb nanti Aini akan minta assistant Aini si pipipau Noor Aisyah untuk pilih nama as a winner..



With Love,
Aini







Followers