Pages

Salam Jumaat - Rahsia Pensyariatan Zikir Selepas Solat Subuh

Berzikir dan berdoa selepas Solat Fardu merupakan suatu amalan sunnah yang dituntut. Amalan ini diisyaratkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla di dalam al-Quran al-Karim menerusi firman-Nya:

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ

Maksudnya: “Dan apabila kamu selesai melaksanakan apa-apa sahaja urusan dunia, maka mulailah beribadah. Dan serahkan dirimu kepada Tuhanmu.”

(Surah al-Syarh: 7-8)

Ayat di atas ini merupakan dalil bagi pensyariatan berdoa serta berzikir kepada Allah SWT setiap kali setelah selesai melaksanakan solat-solat fardhu. Imam Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan menerusi sanadnya daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas R.Anhuma bahawa beliau menafsirkan ayat di atas sebagai maksudnya adalah, apabila kamu telah selesai melaksanakan solat fardhu yang diwajibkan ke atas kamu; maka mintalah kepada Allah; tumpukanlah sepenuh perhatian kepada-Nya dan tunduk penuh perhatian kepada-Nya.” (Lihat Jami‘ al-Bayan li Ta’wil Ay al-Quran, 24/497)

Sepertimana yang kita sedia maklumi, zikir-zikir dan doa-doa Nabi SAW selepas solat-solat Fardhu adalah merangkumi zikir-zikir dan lafaz-lafaz puja dan puji kepada Allah SWT sebagai sebuah adab sebelum memohon sebarang hajat permintaan kepada-Nya. Pokoknya, doa kepada Allah SWT itu seiring dengan zikir pujian ke hadrat-Nya.

Waktu selepas Solat Subuh adalah waktu Siang yang paling afdhal untuk berzikir. Imam Muhyiddin al-Nawawi berkata sedemikian:

اِعْلَمْ أَنَّ أَشْرَفَ أَوْقَاتِ الذِّكْرِ فِي النَّهَارِ، الذِّكْرُ بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa waktu yang paling mulia untuk berzikir pada waktu siang; adalah berzikir pada waktu selepas Subuh.” (Lihat al-Azkar, hlm. 74)

Perkara ini berdalilkan firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim:

وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِها

Maksudnya: “Dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya.”

(Surah Taha: 130)

Berhubung soalan di atas, kami bawakan zikir khusus selepas Solat Subuh bersumberkan daripada Imam Ibn Hajar al-Haitami daripada kitab al-I‘ab Syarh al-‘Ubab al-Muhit li Nusus al-Syafi‘i wa al-Ashab (1/346) dan juga Hilyah al-Abrar wa Syi‘ar al-Akhyar fi al-Talkhis al-Da‘awat wa al-Azkar oleh Imam al-Nawawi (hlm. 75-76); bahawa zikir-zikir khusus selepas Subuh adalah seperti berikut:


1.     Mengucapkan sepuluh kali Kalimah Tauhid dengan bentuk lafaz seperti ini:

لَا إِلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang benar selain Allah, satu-satunya Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Hanya Milik-Nya Kerajaan, hanya bagi-Nya segala puji. Dia Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. Dan Dia Maha Berkuasa melaksanakan segala sesuatu.” (10 kali)

Riwayat al-Tirmizi (3474); dinilai hasan sahih gharib oleh Imam al-Tirmizi dalam al-Jami‘ (5/461)

Zikir Kalimah Tauhid ini juga dibaca dengan bilangan yang sama selepas Solat Maghrib. Keutamaannya adalah sepertimana yang Rasulullah SAW jelaskan iaitu:

·         Ditinggikan martabat sebanyak sepuluh kali ganda darjat,

·         Dilindungi daripada segala keburukan,

·         Dipelihara daripada syaitan,

·         Dipelihara daripada melakukan dosa pada hari tersebut.

Ia perlu dibaca sebelum seseorang bercakap urusan duniawi dengan orang lain, dan dalam keadaan masih duduk bersimpuh secara tawarruk (duduk tahiyat akhir), tanpa mengubah posisi.


2.     Mengucapkan tujuh kali Doa Memohon Perlindungan Daripada Api Neraka seperti ini:

اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada api neraka.” (7 kali)

Riwayat Abu Daud (5079); dinilai soleh oleh Imam Abu Daud dalam al-Sunan (4/320) kerana beliau mendiamkannya, dinilai dha‘if oleh Syeikh al-Albani, dan dinilai hasan oleh Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut dalam tahqiq al-Azkar (75)

Zikir Doa Mohon Jauh Daripada Api Neraka ini juga dibaca dengan bilangan yang sama selepas Solat Maghrib sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Abu Daud di atas.

3.     Mengucapkan Doa Khusus Selepas Solat Subuh seperti di bawah:

اللَّهُمَّ بِكَ أُحَاوِلُ، وَبِكَ أُصَاوِلُ، وَبِكَ أُقَاتِلُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً، وَرِزْقاً طَيِّباً

Maksudnya: “Ya Allah, kerana-Mu aku berusaha, kerana-Mu aku berjuang, kerana-Mu aku berlawan. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu; kurniakanlah daku ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima serta rezeki yang baik.”

Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (117); al-Darimi dalam al-Musnad (2485); al-Syasyi dalam al-Musnad (992); Ibn Jarir al-Tabari dalam Tahzib al-Athar (153) dinilai sahih sebagai doa bacaan Nabi SAW ketika Perang Hunain oleh Syeikh al-Albani dalam al-Ta‘liqat al-Hisan (7/137), Syeikh Hussain Asad menilainya sahih dalam tahqiq Musnad al-Darimi (3/85)

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefaqihan dalam beragama, kekuatan untuk melaksanakan amal soleh, serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dialah jua yang menjaga dan memelihara orang-orang yang soleh.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَ عَلَيَّ شِقْوَةً أَوْ ذَنْبًا فَامْحُهُ، فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاءُ وَتُثْبِتُ، وَعِنْدَكَ أُمُّ الْكِتَابِ، فَاجْعَلْهُ سَعَادَةً وَمَغْفِرَةً

Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau telah tetapkan aku sebagai celaka atau akan melakukan dosa, maka padamlah ketentuan itu. Sesungguhnya Engkau yang berhak memadam dan mengekalkan segala perkara, dan sisi-Mu jualah Umm al-Kitab itu. Maka, jadikanlah aku tertulis di dalamnya sebagai bahagia dan beroleh keampunan.”

Wallahu a‘lam.

 

Sumber: Dr. Zulkifli Al-Bakri

 

Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad

 Assalamualaikum,

Hi dear readers, happy weekend and happy workig for tomorrow.

Jom join segmen Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.

Aini dah lama tak join ni..hehe

Click pada gambar dibawah untuk join segmen ini. 





Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Follow blog ini.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
  3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

Hadiah & Pemilihan Pemenang:
Tempoh Segmen: Berakhir pada 14 Oktober 2026.

Apa lagi jom la sama-sama kita share segmen ini dan boleh la kenal blogger lama dan baru kan..

Love,
Aini

Tukar implant mama Part 1

Assalamualaikum,

Masih ingat Aini update pasal tulang mama Aini retak? Tulang Pinggul mama retak
Setelah lama menyepi di blog, pada masa tu Aini teman mama di hospital selama 12 hari dan juga busy dengan jadual hantar anak pegi balik sekolah, appointment mama di hospital..
So today Aini sempat la buat blog hari ni.

Alhamdulillah syukur, bulan Ogos mama dapat slot awal disebabkan ada patient ni batal pembedahan. Ada sebab tertentu yang patient tu tak boleh diteruskan untuk membuat pembedahan. Hari tu Doctor ada bagi tau patient ada masalah kesihatan. Nak buat pembedahan ni kesihatan kene sihat, takleh demam atau lain2 kalau tak risiko akan lebih tinggi klau diteruskan juga.

Terima kasih buat kawan2 blogger yang mendoakan mama Aini. 
Aini akan cerita on the very 1st day warded di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.

13hb Ogos 2026 - Appointment

Aini dan suami bawa mama ke hospital untuk tahu result yang diambil bulan July lepas.
Bulan July mama ambik darah dan juga X-ray & reading ECG.
Keputusan semua cantik dan Doc kata kemungkinan akan mula buat pembedahan hujung bulan September atau awal bulan Oktober.
Last word Doc kata, tengok minggu ni, kalau ada patient tak jadi buat Doc akan call untuk datang minggu depan iaitu 20 Ogos 2025.
Mama Aini mengharap untuk dapat slot awal sebab tak sanggup nak tunggu sebulan dua lagi.
Sebelum balik, Aini tunggu di klinik Ortopedik dekat 30minit, nama mama dipanggil dan Doc bagi tau boleh datang masuk wad pada 18hb Ogos. Pembedahan pada 20hb Ogos,
Kami sangat bersyukur pada masa tu. 

Day 1 - Warded (18hb Ogos 2026)

1030am mama kene start masuk wad. Macam biasa kena daftar la dulu. Punya la ramai manusia pada masa tu sampai wheelchair di lobby habis terus. 
Polis bantuan kata cuba tengok di tempat Kecemasan kot ada wheelchair lagi.
So Aini pi la di tempat Kecemasan, dah la jauh masa tu, mmg dh macam buat briskwalk 500m dah haha.
Suami teman mama dia luar lobby sbb kereta pun belum parking lagi, nak drop mama dulu.
Dah sampai tempat kecemasan, nampak ada sorang ni dah ambik satu, dah tinggal 3 wheelchair je.
Alhamdulillah dapat la satu yang agak elok skit untuk mama.

Selepas daftar, dorang suruh kita tunggu di bilik lounge, sementara nurse panggil mama untuk masuk wad. 


Sampai di wad, mama dapat katil hujung sekali dekat dengan tingkap. 1 space ada 4 katil. Semua perempuan. Kalau side sebelah lelaki pula tapi jauh la dari tempat mama. 

Tepi katil mama ni ada ruang tepi ni utk Aini tidur. Kalau tidur di kerusi memang kurang selesa la.

Night view

Pada hari yang sama, pada malam jam 11pm, ada nurse datang beritahu yang mama akan pindah katil. Pindah yang lebih selesa iaitu di bilik personal. Alhamdulillah syukur pada masa tu mama rasa happy sangat sebab dpt tidur dgn lena dan privacy. 


Luas kan bilik mama? Alhamdulillah dapat gak Aini tidur di sofa panjang ni. Lebih selesa dari tidur di lantai ..hehe.. Mau hari-hari sakit pinggang.

Day 3 - The Day (20hb Ogos 2026)

The day mama akan start operate. 7.30am nurse dah ambil mama ke OT.
Mama relax je dengan senyuman yang manis sebelum keluar dari bilik.
Aini perhatikan mama bergerak dari bilik sampai la hilang dari pandangan Aini..
Air mata mula la bertakung.. lama nak tunggu mama habis OT.
Aini tunggu sampai tak breakfast langsung.

Dari kul 8am sampai la kul 4 ptg baru la mama masuk bilik.
Punya la lama.. Hati risau je takut terjadi apa2 pada mama sbb Doc kata 4 jam je tapi ni dah lebih,

Rupanya, selepas habis OT mama diletakkan ke bilik khas untuk pemantauan.
Doc nak tengok mama leh gerak kaki ke tak.. mungkin sebab selagi mama tak gerakkan kaki mama takleh naik masuk bilik.

Malam tu mama susah nak tidur sebab kesan bius tu dah hilang dah, mama x selesa pinggul tengah sakit. Mama operate separuh badan, macam ibu mengandung kene operate Czer.
Almost every hour terjaga dari tidur, bangun betulkan position mama nak bagi selesa. 
Mama takleh gerak sangat pada masa tu.

Day 4 - Recover (20hb Ogos 2026)


Alhamdulillah sakit mama dah semakin kurang cumanya dari malam tu mama kene tidur dalam keadaan bantal diikat antara dua kaki mama supaya mama tak pusing ketika tidur. Tapi hari ni juga doc bagi bukak dah cuma kene jaga2 sebab implant baru masuk dlm kaki so kene jaga pantang pergerakan.


Doc physio datang nak tengok keadaan mama and nak bagi mama cuba untuk berjalan. 
Alhamdulillah it went well cuma slow skit2 la sbb baru bangun tu..
Tak selesa dengan bag kencing dan darah saraf bila nak berjalan.. 
Nak tidur pun kene hati2..



Makanan di hospital ok la not bad, cuma lauk telur rebus masak kurma ke apa2 la mama tak makan.. she dont like boiled eggs..haha
Hampir setiap hari mama minum teh tarik.. Aini ok je sbb mama xde kencing manis.
Aini ingat duk hospital ni Aini leh turun berat badan rupanya tak..haha well sikit je lah..



Ada TV ni mama & Aini layan jelah movie kat youtube.
Banyak layan cerita P.ramlee je skali skala bosan mama suruh tukar movie lain.
Aini seronok tengok mama dah boleh bergerak macam biasa. 
Tu tengah layan fon la tu message kawan2 dia. 
Dah beratus WhatsApp masuk sejak Khamis tu. 
Jenuh la mama nak balas haha..
Kul 9 kitorang dah tidur.

Nanti Aini akan update for Part 2.

Terima kasih bagi yang baca sampai habis..hehe

Love,
Aini

Akhirnya sekolah tutup

Assalamualaikum,

Sejak berjerebu ni, hati kite duk risau anak pi sekolah. 
Risau batuk non stop, demam.. Alhamdulillah Aisyah x batuk teruk.. cuma ni dh start sikit sejak awal minggu jerebu teruk.

Aini sendiri lagi lah tak tahan sebab memang ada Asma.
Kalau nak keluar pun hantar Aisyah pergi balik sekolah je.

Semalam agak teruk juga tapi sekolah agama Aisyah sekolah, lepas tu sekolah petang tu Aini dan hubby decide nak bagi Aisyah rest kat rumah je.


Malam semalam, dapat msg group class cikgu share info sekolah ditutup. 

Finally, baru lega hati ni. Sekolah je tutup tapi pelajaran tetap diteruskan.

So, from 2pm to 5.50 Aisyah akan PDPR.

Kesian parents yang bekerja, mesti kelam kabut kan? 
Kalau diberitahu siang atleast parents boleh prepare apa yang patut.

Semoga semua parents dipermudahkan segala urusan termasuklah Aini..Aamiin.

Love,
Aini

Labels

Followers