Pages

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Happy Birthday Aisyah

Assalamualaikum.. 
Again and again baru nk up blog.. Busynya Aini ni kann..?
Ingat jadi house wife ni lagi banyak masa nak update blog like everyday tapi sebenarnya tak..

House cores is much more task than working in the office or company.
Lagi penat tapi klau busy kerja di rumah dan dapat lihat anak depan mata,
tambah lagi hantar anak ke sekolah dan ambik, perasaan tu rasa sangat puas hati. 

Anyway, 15 July 2025 birthday Noor Aisyah yang ke 7 tahun.
Cepat rasanya dah 7 tahun. Tahun depan plak dah darjah 2..
Sedih plak rasa hati mama Aisyah ni. Cepat tul Aisyah dah besar.
Aini dan hubby suka cakap Aisyah dah lonjong (tinggi/besar) sebabnya waktu Aisyah sedang tidur, 
Aini hubby perhati je kat dia..
Nampak panjang dah Aisyah (ukur kakinya..Dulu had ni, sekarang had ni plak..gitulah).. 

Kami tak sempat nk sambut birthday Aisyah betul² dengan family sebab weekend tu hubby kene kerja. Belah adik plak pun sama, hubby adik kene keje shift.
Suami plak ada event Isnin-Sabtu, sampai dia tak dapat balik rumah sbb kene jaga tempat tu.
Esoknya hari Ahad tu la sambut birthday Aisyah dengan family.
Buat kecil-kecilan je, just among family Aini dan adik je.
Celebrate birthday skali sepupu Aisyah which is Noor Zulaika 7 tahun dan Yunus 3 tahun.
Belated birthday March 2025 ( masa tu bulan puasa).


Saturday night, Aini dan Aisyah decorate ruang birthday dia. 
Takdelah besar mana but nice and simple.
Disebabkan ada little boy, dia plak suka warna kuning, so Aini letak 3 warna.
Luckily warna dia agak match. 
Klau warna pastels ni memang kene je kan..?






Maaf tak snap plak gambar makanan..hehe
Aini masak macaroni goreng dan bihun goreng..
Rasa malas nak order2 makanan.
Aisyah ni suka bende bergoreng dari rumah je..
Kalau beli kat luar dia tak berapa makan sangat.

Selepas selesai makan semua, Aini bagi dorang deco cupcake sendiri..
Yunus paling comel, mata berat nak tido tapi nak buat gak cupcake tu..
Makan cupcake tu pun mata dah nak pejam dah..


Aisyah dan Zulaika dah pandai deco kek mcm mama ibunya..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Selepas ni bulan September sambut baby sepupu Aisyah pula.
Sama tarikh lahir dengan ibunya.


With Love,
Aini

Selamat Ulang tahun yang ke 87 Opah

Assalamulaikum,

Ahad baru ni, kami sambut hari kelahiran opah di rumah uncle Aini.
Pada jam 1130am, doa selamat bermula bersama orang2 masjid dan saudara mara yang turut hadir pada hari tersebut.

Dah lama kami semua tak berkumpul macam ni.. kalau tak selalu setiap 2 bulan kami akan berkumpul macam ni.

Tetapi masing2 ada urusan sendiri dan pada hari Ahad tu lah mostly semua yang free. 
Orang yang pertama sampai adalah keluarga Aini la, yg jauh dari Puncak nak ke Subang.
Orang yang duk Subang datang lambat skit..biasalah klau rumah dekat susah nak datang on time..Haha

Aunty2 semua bukan main siap letak crown & sash untuk opah.
Opah redha je pakai tu.. masing nak bergambar dengan opah,, ada senyum ada tak..haha
Macam famous plak opah. Yelah, opah nampak comel dengan crown dia tu kan..

Menu tak sempat nak bergambar.. busy gak masa datang sambil tolong2 apa yg patut. 
So nak bergambar makanan di sana memang tak sempat.

Adik Aini buatkan Red Velvet soft buttercake
Alhamdulillah ramai yang suka. 


Opah & Uncle

Families (Sis sempat senyum, Hubby like what..?)

Families

Opah & mama Aini

Aini & Aisyah

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Opah nampak sihat walaupun dia dah tak larat sangat nk berjalan.
Makanan semua sedap2 sampai senak perut. haha

Terima kasih yang sudi singgah blog Aini yang tak seberapa ni.
Alhamdulillah viewers di blog Aini semakin bertambah walaupun jarang online..hehe

P/S: Nak order cake boleh refer di ig Juzabakes.. (small bisnes bersama adik)

With Love.
Aini



Happy Birthday Aisyah

Assalamualaikum.

Baru la nak update blog ni..
Dah bersawang dah haha

Nak share cerita sambut birthday Noor Aisyah yang ke 5 tahun.
15 julai 2023 (Sabtu)
Asalnya nak sambut hari Sabtu tu tapi tukang buat kek yang Aini order tu x free Sabtu
So Aini buatlah hari ahad..Lagipun dengan family Aini dan family adik je..
Takde lah nk buat secara besar-besaran..

Walaupun Aini seorang baker
tapi Aini saje nak cuba order kek dari orang luar
support bisnes orang melayu
Alhamdulillah sedap sangat dan tak muak bila makan

Sabtu tu birthday Aisyah, jadi Aini & hubby bawak pi Setia city Mall
Nak beli birthday present..
Biar Aisyah pilih sendiri tapi yang ok untuk dia..
Dia nak mainan makeup..Aini cari yang bukan jenis boleh sapu di muka , mata atau bibir
Sebab tu semua chemical, tak sesuai untuk kanak2..
elok plak hubby jumpa 1 set bag make up yang semuanya fake
Aisyah plak suka, lepas bayar dia duk pegang je..hehe

Dalam pada masa yang sama,
hubby belikan hadiah untuk 3 anak buah Aini
kira untuk belated birthday dorang la
Masa celebrate tu xde beli apa2..hehe

Ahad pagi Aini flu teruk yang amat sampai ada lah rasa demam2 skit tapi anak gagahkan diri untuk ambik kek Aisyah
1130pg Aini kene deliver cake orang order dengan AiniπŸ’“πŸ’›πŸ’›πŸ’›
Mujur masa tu adik ikut sekali so ok lah
Pastu singgah beli KFC then balik rumah buat bihun goreng (Aisyah request)
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan

Selepas potong kek,
Aisyah bagi hadiah pada sepupunya termasuklah di metot Yunus ni..
Jom tengok gambar









Seronok tengok anak buah dapat hadiah juga
yang kelakarnya si kecik yunus tu, dia seronok main hadiah kakaknya
mainan dia letak tepi hehehe

Happy 5th Birthday Aisyah sayang
Semoga Aisyah jadi anak yang solehah
Menjadi anak yang baik dan bijak pandai

Mama always love you with all my heart..


With Love,
Aini

Wordless Wednesday: Happy Birthday Hubby

Hari ni Birthday hubby
Sebelum dia keluar keje Aini wish birthday dia
Dia terbeliak mata tanya "Hari ni birthday abang ke..?"
Aini ketawa tapi Aini faham disebabkan dia letih kerja site luar
Layan panas terik, pastu tengah duk BP naik, penat..kesian dia

Gambar bawah throwback last December 2022
Shopping beli barang Aisyah
Pastu masing2 dh lapar

Sambil menunggu makanan sampai Aini candid gambar dia

Pastu Aini suruh dia senyum
Tak larat nak senyum hubby buat camtu kat Aisyah..haha

Happy Birthday Hubby
Semoga hubby sentiasa sihat
Dipangjangkan umur
Murah Rezeki
Terus kuat demi untuk anak dan isteri

~Aini~



 

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum,

Hari Ahad lunch di Secret Recipe, Puncak Alam
Bersama dengan mama Aini & Aisyah sahaja
Hubby Aini demam sejak balik dari kerja hari Sabtu tu
Suhu terus naik 39-40 off and on.. 

Aisyah letak kain basah di kepala abahnya

Selepas solat Zohor Aini bertiga gerak ke Secret Recipe..
Kalau makan waktu makan memang sesak nanti.
Sampai je sana, Aisyah nampak cake..
Terutama kek yang ada duri-duri..
Kek tu plak tak dipotong lagi, masih elok in one piece

Aini tanya Aisyah, "Aisyah nak kek durian ke?"
Aisyah terus angguk. Aisyah memang suka durian..haha
So cari tempat duduk order makanan.
Kek Aisyah yang sampai dulu..siap request small candle..

My beloved mama and lovely Aisyah
Baru lepas tiup lilin.. pandai dia.. 1st time tiup lilin
aisyah cakap mama api..api..haha comel je


Celebrate bertiga je.. Abahnya demam

Nak order nasi goreng sate untuk hubby tapi semua nasi dah habis..
Mesti ramai datang makan tengah hari masa tu..

So Aini belikan mee kari untuk hubby..
Berpeluh-peluh dia makan kat rumah 
Dia kata sedap.. 1st time dia makan..

Mee kari di Secret Recipe memang sedap
Dan juga Singapore Laksa..
Tu one of my favourite la klau Aini pi sana..

Tak sempat nak snap gambar Aini makan..
Lapo bebenor..haha

Mama makan Mee Kari
Aisyah Pasta Carbonara - memang tu je dia makan
Aini makan Ipoh Hor Fun (mcm kuehteow sup)
Saje nak merasa..hehe

Selepas balik dari lunch
Ada parcel atas mailbox
Aini beli pelampung untuk Aisyah mandi kat pool nanti
Aisyah suka kuda so dia pilih unicorn warna pink..

Klau ikutkan pelampung ni sesuai untuk umur 1 - 4 tahun
Tapi klau bdn kecik and ringan rasanya Aisyah 5 tahun leh pakai lagi tu..


Sejak dapat pelampung ni sampai sekarang duk main ke hulu ke hilir..haha

Aini beli dengan harga RM16.90
Harga asal RM34.. banyak kan diskaun dia..?

Nak beli pelampung macam Aisyah ni leh klik di link bawah
Ada banyak design

With Love,
Aini

Happy 4th Birthday my child

Chakk


Happy 4th Birthday my dear Noor Aisyah

You are indeed blessing from Allah
May He guide you and help you find the truth about life.
Enjoy your life
And always remember to say your prayers..
Mama Abah loves you very much







 

Happy Birthday Zulaika

3hb Mac 2022 hari lahir anak buah Aini yang ke 4 tahun.
Aini pun saje ambik cuti nak surprise kat dia.
Sempat la beli hadiah, belon (takleh dia sorang je..kene beli untuk abangnya dan Aisyah juga..hehe)
Cake comel je warna pink.

Jom tengok gambar


Aisyah pejam mata lak..



Selepas makan-makan.. Dorang mandi pula..


With Love,
Aini






Birthday hubby - Tak jadi nak buat surprise

Assalamualaikum,

Esok adalah hari lahir hubby Aini yang ke 37 tahun.. (8 Februari 1985)..

Cepat pula rasanya dah umur 37.. lagi 3 tahun dah 40s.. Aini sebaya dengan hubby tapi rasa masih muda dari dia sebab birthday Aini dekat dengan hujung tahun..hehehe

Anyway selalunya setiap hari Isnin hubby kerja di ofis tak keluar sangat la.. So plan nak belikan chocolate bouquet la untuk dia.. nak surprise la konon.. bunga2 tak main la kan..haha.. kalau bagi chocolate at least dia leh makan tapi Aini saje text dia.. hari ni ada keluar site ke.. hubby jawab " kejap lagi nak keluar la ni".

Nasib baik la Aini tak order apa-apa2 kalau tak rasa tak syoklah.. Kita nak dia rasa surprise bila dapat hadiah dari isteri tersayang..Hehehe tapi takpelah.. maybe buat kat rumah la kot.. 

Aini tak buat esok sebab esok sampai jumaat dia memang kerja luar. Sampai ofis punch in pastu keluar dengan team dia.. 

Last week aini balik kampung, ada jiran mother in law (Mil) dari Pakistan. Baru duduk 3 minggu sebab dia nak sambung belajar di UTP. Nama dia Khuhed..ada family tapi masih duk Pakistan lagi.. tengah uruskan visa dorang. Mungkin hujung bulan ni anak bini dia sampai la sini. Elok malam sebelum nak dinner dengan jiran-jiran Mil.. Orang Pakistan ni sempat order birthday cake in advance untuk hubby. Sempat la makan 1 slice dulu sebelum keluar untuk dinner.

Sedap tau cake ni. Dari Bakers Cottage. Not too sweet..just nice.. Jom tengok gambar..

Dari kiri: Hilmi, hubby & Khuhed

Acah-acah buat muka surprise..haha

Aisyah pun nak potong cake juga..

Semua suka cake tu sodappp..Boleh la you all try nanti.

With Love,
Aini

Birthday lunch surprise for my mama

Assalamualaikum,

Malam sebelum bawa mama ke tempat birthday lunch. Aini bagi tahu mama esok kita akan lunch luar tempat special. Mama pun tanya "kat mana tu..?" dengan nada suara yang excited. Aini jawab "It's  a surprise.." dua-dua ketawa.

16hb Januari 2022 - Hari lahir mama yang ke 72 tahun. Alhamdulillah mama still look strong and a healthy woman. Pagi tu sarapan yang ringan-ringan je. Aini buat roti telur. Dalam pukul 11.30 macam tu Aini semua gerak ke ATSKY. Adik Aini akan gerak dari rumah dia so sama-sama jumpa di sana kemudian.

Dah sampai tu kami terus naik lift tingkat 3A..Masuk je tengok dah penuh, nasib baik lah Aini dah rezerve meja siap-siap. Memang nampak peak hours juga dalam kul 12-2pm.. Selepas pukul 2pm tu ramai dah balik sunyi la tapi Aini sekeluarga masih lagi kat situ. . rehat-rehat lepas makan tu order dessert plak.

Dinasihatkan kalau nak buat birthday cake Aini suggest beli sendiri sebab dorang takde provide apa-apa cake. Dessert dorang hanya ada waffles dan creme brulee je.. So silap Aini juga tak beli cake siap-siap so Aini order creme brulee and waffles for the kids je. Kalau nk nanyi bagitau waiter nk wish birthday so dorang akan pasang lagu and lampu disco..hehe


Cousin Aisyah pi toilet so dorang takde dalam picture ni
Kids seronok tengok belon banyak


I made weird faces so tutup la..malu la..haha (hubby suka buat candid camera)


Last menu was dessert.. Aisyah suka..habis licin..mamanya tumpang skali


Mata Aisyah dah ngantuk tu.. hehe

Sorry tak sempat nak snap makanan yang kami makan. masing-masing dah kelaparan.. Kitorang order Chicken chop, Pasta Carbonara, Chicken Buttermilk with rice, Squid Buttermilk woth Rice & Chicken salted egg wih Rice.. portion dia nampak sikit tapi sebenarnya memnag kenyang.. cukup untuk seorang.

The menu superb. It's worth the price. Decoration satisfy. the seats cozy and comfortable. Kalau dapat seat sofa tu dia ada bantal.. bila dah kenyang boleh la tido landing kat situ ya..hehe..


Facebook: ATSKY
Instagram: atskydamansara
For Reservation : Whatsapp

With Love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers