Pages

Showing posts with label HOLIDAY. Show all posts
Showing posts with label HOLIDAY. Show all posts

Obor-obor dan Cuti Sekolah

Aini terbaca kisah obor-obor ni di FB..

Berlaku pada bulan ni.. Mungkin musim obor-obor datang secara berkumpulan dan mungkin juga ramai yang tidak perasan ada kedatangan obor-obor yang berbisa.. Jom baca sebagai awareness untuk anak-anak dan diri kita.





Baru-baru ni aku ada baca berita kemunculan “luar biasa” obor-obor di lautan di negeri Pulau Pinang & Terengganu (Rujuk gambar). 

Masa lihat gambar tu, 

Muncul trauma di fikiranku seketika.

Aku rasa ada keperlukan untuk aku menulis di sini memandangkan sekarang cuti sekolah di mana pasti akan ada yang membawa keluarga bercuti di pantai. 

Teringat satu peristiwa yang pernah berlaku pada anak aku sendiri.

Anakku disengat obor-obor pada usianya 1 tahun 11 bulan. 

Al kisahnya kami pergi bercuti di pantai di Pulau Pinang (Tanjung Bungah). 

Anak seperti biasa hanya seorang kanak-kanak yang seronok dapat celup-celup kaki di pantai, tanpa menduga sesuatu akan berlaku pada dirinya.

Masa tu suami ribakan anak dan duduk di

pesisiran pantai.. Air persisiran sahaja di mana tak dalam pun. Paras buku lali saja.. Hanya sesekali bila ombak memukul, air naik sedikit.

Aku pulak hanya melihat dari tepi pantai sambil merenung alam.

Suasana yang tenang, anak pun mengekek-ngekek ketawa bila ombak hempas ke pantai.

Tiba-tiba dari jauh aku lihat riak muka anak berubah dan muka suami pun berubah.

Hanya sesaat selepas itu, suami angkat anak sambil menjerit “obor-obor!”.

Rupanya obor obor telah dibawa oleh ombak dan terkena pada tangan anak (hampir seluruh lengan) dan kakinya.

Suami pula hanya terkena sedikit di tangan (lebih kurang saiz 10 sen). 

Masa tu anak dah mula meraung yang langsung tak dapat ditenangkan. Jujur hingga saat ini, tak pernah aku lihat dia menangis meraung seteruk itu. Memang kesakitan sangat wajah dia. Sambil meraung sebut “akit, akit”, hulurkan tangan pada aku untuk minta sembuhkannya.

Pada saat itulah muncul uticaria di tangan dan kakinya (orang kita panggil kelopak garam), terus aku terfikir ya Allah allergic reaction ke?!

Lengan dan kakinya bertukar menjadi kemerahan seperti terbakar.. 

Aku yang panik pada waktu itu, telah melakukan kesilapan yang paling besar.. Iaitu?

Mencurahkan air pada tangannya.

Aku sangkakan kesakitan itu adalah seperti terkena air panas (burning sensation), disebabkan itu aku sangka dengan air sejuk dapat mengurangkan kesakitannya.

Pada waktu itu telah kecoh dan pekerja hotel datang mendatangi kami. Perkara pertama dia minta adalah hentikan tuang air. Di tangannya ada cuka, dibuka cuka tersebut lalu dituang pada tangan dan kaki anakku. Terkejut juga rupanya memang kebanyakan hotel tepi pantai dah standby stok cuka di tempat mereka. 

Jujur walaupun pada waktu itu sudah hampir 7 tahun aku bekerja sebagai seorang doktor, itulah kali pertama aku hadapi pesakit disengat obor-obor. Dan pesakit itu adalah anak aku sendiri. Aku akui aku sendiri tak tahu berkenaan cuka pada saat itu. (Sebelum ni aku bekerja di hospital di tengah bandar& klinik dalam kampung yang jauh dari pantai, jadi memang tak pernah jumpa kes disengat obor-obor). 

Ambulans dipanggil, 

(Nak pergi dengan kereta, jalanraya memang sesak di Pulau Pinan)

Masa 10 minit menunggu ambulans terasa seperti 1 jam lamanya. 

Anak kecil aku masih meraung tanpa berhenti sekejap pun. Entah bagaimanalah sakit yang dia rasa..

Masa tu aku rasa lah Ya Allah berikanlah sakit itu pada aku sahaja agar aku yang menanggungnya 😢

Tak lama lepas tu ambulans sampai. Dibawa ke kecemasan. Diberi ubat tahan sakit. Dibalut dengan bandage yang telah dibasahkan bersama “acetic acid”.

Setelah sakit berkurangan, anak pun dah penat, lalu dia pun tertidur.. Awalnya tak ada katil kemudian barulah ada alhamdulillah.. 

Anak aku dipantau seharian.. Alhamdulillah masa tu tak ada immediate reaction.. Doktor benarkan balik dengan pantauan dan rujukan ke klinik kesihatan esoknya. 

Aku bawak anak balik dan terus pantau.. Risau memang masih risau sebab sting / racun obor obor boleh berada di dalam

badan berbulan-bulan lamanya.

Sebab tu ada sesetengah pesakit akan tunjukkan delayed reaction, selepas sebulan disengat barulah tiba-tiba tangan bengkak, menghitam dan mengelupas.. 

Untuk anak aku alhamdulillah tak ada komplikasi yang lebih teruk berlaku, cuma jellysfish mark dia memang ada beberapa minggu juga.. 

Apapun selepas peristiwa ini jujur aku agak trauma nak ke pantai lagi.. (walaupun aku sangat suka pantai.. sejak bujang itulah tempat paling aku suka pergi untuk tenangkan diri.. tapi itulah tak pernah pula kena obor obor walaupun mandi pantai.. akhirnya anak yang masih kecil

yang kena kan..😢). 

Kesakitannya bagaimana?

Suami aku cakap, dia yang terkena lebih kurang saiz 10 sen itu pun sakitnya teramat sakit, lebih sakit dari disengat tebuan.

Bayangkanlah anak aku yang kena hampir satu lengan dan kaki (peha dan betis) - tak terperi lah rasa kesakitannya 😢

Jadi di sini aku nak kongsi beberapa fakta dan tips untuk ikhtiar elakkan disengat obor-obor.

1. Elakkan mandi di pantai ketika musim obor-obor. Always ask around, contohnya hotel yang kita menginap.. Biasanya mereka tahu cuma tak bagitahu kita. 

2. Jika nak mandi juga, boleh pakai swimming suit berlengan dan berseluar panjang.

3. Sediakan sebotol cuka untuk ke pantai sebagai first aid jika disengat obor-obor

4. Ajar anak kenali obor-obor sebab ada kes obor-obor terdampar di pantai dan ada pengunjung yang sentuh lalu terkena sengatan obor-obor.. Untuk pengetahuan, obor obor mati juga masih ada sting yang menyengat manusia. 

Jika ada ahli keluarga / kenalan terkena obor-obor, 

1. Buang tentacles yang ada pada kulit menggunakan barrier (seperti penyepit, jangan sentuh direct)

2. Jangan curahkan air pada tempat disengat / gosok2 di tempat tersebut (aliran air dan gosokan akan merebakkan lagi sengatan menjadi lebih luas dan lebih sakit)

3. Terus tuang cuka di kawasan sengatan

4. Boleh pantau sendiri kecuali jika ada komplikasi berkenaan; boleh dapatkan rawatan segera

- allergic reaction

- kawasan sengatan adalah besar

- sengatan berlaku di kawasan mata / mulut

- sakit perut dan muntah-muntah 

- tidak aktif. 

(Bagi aku any paeds case boleh nak dapatkan rawatan terus sebab kanak-kana kecil sangat fragile)

5. Terus pantau perubahan pada kawasan sengatan sehingga 1-2 bulan, kerana ada sesetengah kes mengalami delayed reaction.

(Ada satu kes yang kawan aku kongsi baru-baru ini di hospitalnya.. kanak-kanak 11 tahun datang untuk dapatkan rawatan disebabkan tangan membengkak, menjadi kehitaman dan mengelupas.. gambar terlalu ngeri nak ditunjukkan di sini.. ada sejarah disengat obor-obor sebulan sebelumnya)

Kesimpulannya,

Rancang cuti sekolah ini sebaiknya dan elakkan percutian menjadi satu tragedi. 

Semoga bermanfaat.

Kisah seram hotel di Port Dickson

 Assalamualaikum..

Hi selamat berhujung minggu.
Aini macam biasa kerja half day hari ni..
Rasanya tak pi mana2 kot petang ni.. Hubby penat kerja.. 
5 hari direct kerja operasi kat luar dengan panas lit-lit

Hati ni memang nak pi jalan2.. Sogo tgh sale ni esok last.. Ikea pun tengah sale.. huhu
Takpelah demi nak jaga hati suami biar lah dia berehat.
melainkan dia sendiri ajak jalan Aini on je..hehe.




Aini saje baca post lama dalam blog Aini.
Terjumpa kisah Hotel di Port Dickson.
Pernah tak dengar kisah hotel Palm Springs Resort Port Dickson ?
Tengah hot cerita tu pada tahun 2011.

Aini tak tahu lah sekarang macam mana.
Harap ok la tapi dengan covid ni takut juga bende tu seronok berparti sebab lama kene tutup kan?
Bukan tempat dia je rasanya mana2 hotel yang dah lama xde orang tinggal mesti bende tu suka kan.

Yang penting sebelum nk duduk dalam bilik hotel or apartment or homestay..
Jangan lupa beri salam dan azankan, supaya tak diganggu ketika menginap di sana.
Ni nasihat dari ustaz yang Aini ada tengok dalam instagram Jom Dakwah.

Kalau berminat nak baca kisah seram di hotel ni dari previous post Aini boleh klik Hotel Seram

Ok la nanrti kite share cerita lain plak ya.

Have a great weekend.

With Love,
Aini

Dah boleh rentas negeri





 Assalamualaikum...

Ya.. pasti semua seronok kan dapat rentas negeri..?
Kita pun seronok juga. 😀
So klau nak pi bercuti boleh la cuti2 Malaysia.
Tapi jangan lupa..jaga SOP ya orang Malaysiaku sayang.
Klau kite jaga SOP InsyaAllah mana tau rezeki kite tahun 2022 negara Malaysia dah bebas..
InsyaAllah

So far dalam masa terdekat ni takde nk pi rentas negeri mana2..
Hubby pun tengah busy dgn kerja dia yang tgh ketat jadual dia sekarang ni.
Tapi minggu depan dia kata nk ambik cuti 2 hari juga sbb nak habiskan masa dengan anak.

Sian pagi tadi anak bangun tido cari abahnya..
Tanya Aini " abah g umah nani ke?
(rumah mak hubby di Tronoh, perak)
Aini jawab la abah kerja.. nnt ptg abah balik ya..
terus dia nangis kata nak abah.

Hubby Aini kerap kerja luar..
kadang2 balik dh collapse sbb penat sangat..
tapi hubby gagah juga lah main dengan Aisyah..
cuma mungkin Aisyah tak puas main dengan abahnya.

Hubby pun pujuk Aini minggu depan dia akan bawak Aini n Aisyah jalan2..
Aini pun senyum sampai ke telinga la..hehe

Aini memang dah lama tak jalan2 dengan hubby n bawak Aisyah jalan
Sebab covid ni tak berani sangat nak bawak budak kecik pi mana2..
InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga..
Nak bawak aisyah rasa seronok mcm dulu balik..
Sian dia bosan duk rumah lama sangat..

you all pi dah plan pi mana2 ke..?
Confirm balik kampung jumpa parents kan..?
Apa2pun drive save and stay safe..

Ok thank you for dropping by..

With Love,
Aini

Bercuti di Melaka

 Assalamualaikum..

Dapat announce tak lama lagi Melaka akan dibuka untuk pelancong..
Boleh la cuti2 Malaysia kan..??



Tapi seperti biasa kita ikut norma baharu ya..
Jaga SOP dan jaga diri.. 😘
Klau nampak crowd tu jangan la pi.. tunggu bila tak ramai sangat leh la pi ya...

Aini bukan orang utara suka ckp pi pi ni.. dah terikut hubby ler ni..
Dia org KL tapi parents dia orang utara so apa dia cakap kat Aini bahasa Utara ni kadang2 Aini tak faham
walaupun dh 11 tahun kawin..hahaha.. 

Ok..Aini nk suggest you all try stay kat Hotel ni..
Leh baca post Aini ni klau nak tengok rupa hotel dia..

Harga dia sekarang Aini tengok consider murah lah.. 
Takyah tunggu cuti sekolah pun ok..
Mungkin boleh pi Jumaat sampai Ahad..
Nak pi Melaka pun takdelah jauh mana kan..??

Aini ni klau dah leh rentas negeri ni 
1st things 1st Aini nak pi Penang or Langkawi..

Mungkin pi Penang dulu sebab nak jumpa aunty hubby kat sana..
Dia tak pernah jumpa Aisyah lg..

Ok nnati kite sambung topik lain pula..

With Love,
Aini

Mood cuti lagi


Mood cuti lagi ni.. 3 hari tak masuk ofis. start bercuti since last Saturday until Wednesday..
Kite bercuti di Penang.. nnt kite update ye..

Rasa malas nk wat koje..!! dh la tadi duk black out lebih 3 kali.. baik kuar lunch awal kan.. 
Nak makan apa ye..?


-Aini-

Cuti-cuti Melaka

Assalamualaikum,

Last 18hb Sept 2015, hubby ada keje kt melaka at the same time hubby nak kite rehat bercuti kt sana skali. Jam 4 ptg Aini balik awal nak terus ke Melaka sbbnya takut jam. On the way tu stop kt RnR mana ntah x ingat..hehe.. Aini and hubby g makan jap sbb hubby lapar, x lunch lg katanya. Selepas tu terus drive ke Straights Hotel yang baru buka 4 bulan yang lps. Mmg cantik.. masa tu tgh promotion 1 malam RM222 1 mlm sekali dgn breakfast. Aini duk hotel ni 3 hari 2 malam je. Jom tgk gmbr ye..


Pijak carpet dia masih tebal and bau baru lagi.. tenggelam kaki kite bila pijak carpet tu..hehe






 Jangan terkejut, bilik air dia leh nampak kite mandi.. covered with glass tp klau nk tutup boleh je ada curtain..hehe.. Jgn pikir bukan2, Aini and hubby mandi bertutup tau walaupun berdua je dlm bilik. Segan..hehe siap cakap lagi hubby jgn intai aini mandi..

Masuk je terus nmpk mcm kabinet dapur.. seriously mmg dia buat style design mcm condo. Tak nmpk design hotel sgt. Mmg ada singki tp dapur tu cuma hiasan je.
Dari view bawah
Makan malam pula setelah penat travel dr tempat keje.. Aini and hubby pada mulanya nak makan ikan bakar pastu kebetulan lalu 1 jalan ni hubby kata makan kt sini la.. Restaurant Baba Nyonya.. Klau ada pelancong dorang siap menari lagi atas pentas.. so mlm tu beruntung la dpt tgk dorang menari.

Curi2 snap tp hubby tau Aini tgh snap.. Sebab tu dia control muka..hehe

Thats me.. nothing much to say

Sebelum kedai makan ni tutup lagi setengah jam, dorang buat tarian.. Jari dan body dorang sangat smooth.. jeles tgk dorang menari lembut..Klau Aini menari mmg keras cam robot lah..haha


Hari esoknya waktu petang Aini and hubby sempat g Batu Berendam beli coconut shake yang agak famous skrg ni.

Beratur panjang tapi servis sgt2 laju. Hari biasa tutup sampai 10 malam. Klau Hari Ahad tutup sampai kul 4ptg shj.

Last but not least, dating dgn habibi kat pantai Klebang.. (chubby lak muka kite)

With Love,
Aini


Masa begitu pantas

Assalamualaikum,

Today is now February..oo sorry the very late wish..Happy new year 2015 to all my friends, my silent readers and to all those who know me... i know its a lil late to wish u but hey its still early year right..?

Nak ckp bhs melayu plak. Skrg dh bulan Februari 2015.. seriously Aini x rs lg hr ni adalah tahun baru sebab peristiwa di negara kite ni macam2 berlaku.. Banjir seperti tsunami kecil, kapal terbang hilang, terbabas, kene tembak dan mcm2 lagi peristiwa yang sedih tahun lps.. Aini harap dan berdoa agar tahun 2015 kali ini negara kite dilindungi Allah S.W.T.

Hujung tahun lepas pada bulan Disember mmvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Ok tu si kenik sibuk dtg kat keyboard laptop ni.. dia pun nk bercerita gak.. Saje Aini xnk buang huruf tu.. bg dia tau dia pun ada tulis kt blog Aini gak.. skg dia sambung tdi sbb td dia jd hyperactive lompat sana sini x tentu arah., naik pening tgk kenik ni..

Ni lah kenik.. gmbr pg td.. xtau nak bagi nama apa kt dia..

Ni gmbr 2bln sebelum.. nama mak dia metot..
sampai ke bsr dh melekat panggil dia metot.. 
Si kenik ni cpt membesar..

Kat mana td..? Ooo ya bulan Disember 2014 ada peristiwa yg sgt happening dlm family Aini.. 
Pertama 3 Disember 2014 sepupu Aini tunang.. 6 Disember plak sorang lg sepupu Aini tunang.. 25 Disember birthday Atuk Aini yang ke 80 tahun.. Semoga Allah S.W.T. panjangkan umur Atuk dan sentiasa sihat selalu.. Pada birthday Atuk sgt lah ahppening sbb Atuk jempt semua saudara mara cucu cicit dr jauh turun Batu Gajah, Perak utk family gathering buat kali pertama..Let the picture tell the story..

My cousins E-Day.!!


Love this photo

My fun fun cousins

My sis, cousin and me

My Opah & Atuk

My beautiful mama

My other cousin's E-Day

Gegurls cousins


At Batu Gajah, Perak
My grandparents house

Team Njang, all the way from Singapore!


Team Tok Ngah! Small yet happy bunch.


Team Tok Ndak was by far the largest group that came to Atok's 80th birthday. 

Team green representing the host and Team Tok Su! (My Atuk)

220 people came, and 30 close family members joined for Atok's 80th birthday celebrations to reunite and recognize our bloodline expanding from as far North as Kedah to beyond our borders to Singapore. 

Menarik tgk family Aini begitu ramai..klau tak mmg xtau family ramai camni.. Anyway hope u guys enjoy this story.. Til then..see u next topic..E,


With Love
~Aini~

Day 3 at Melaka

Assalamualaikum,

Hari ni baru mula bekerja.. smlm kan public holiday.. hehe.. So hr ni masuk keje mood cuti tu msh ada lagi.. huhu.. dgr bunyi loceng je rasa liat nak bangun..tu pun ada terlajak bangun..haha..

Anyway ni last entry pasal percutian Aini dan hubby di Melaka.. macam biasa hubby Aini akan keje dan slps tu baru kitorg jalan2.. Last day di Melaka hubby hbs keje sekejap je.. So slps check out Aini n hubby pegi di pantai klebang nk tgk SUBMARINE ataupun dalam Bahasa Melayu kite Kapal Selam.. Untuk kali pertama Aini dpt masuk jgak dlm submarine tu.. klau tak kite asyik tgk dlm tv je kan.. Actually org yg duk dlm sumbarine tu mmg kene ada sikap kesabaran..sebab apa..? meh tgk gmbr2 bwh ni ye.. 

Harga tiket dia murah je.. RM3 seorang.. dh masuk gate tu mmg pasir byk masuk kt celah jari2 la sbb pakai selipar.. nsb baik masa tu cuaca ok agak panas tp yg penting pasir tu kering.. klau basah ssh ler kan..



Ni ada sedikit sejarah ye..baca tau..!!

Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang adalah muzium kapal selam pertama di Malaysia.
Kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 dari Perancis ini dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam negara ini.
Dibina pada tahun 1979, kapal seberat 1,200 tan ini dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium dengan perbelanjaan sebanyak RM 12.6 juta sebagai simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.
Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah sewaktu pelayaran di lautan Atlantik pada tahun 2009. Ia kemudiannya dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kapal kargo dan ditarik ke pantai Klebang oleh sebuah trailer khas dengan 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.
Jika pada awal pembukaannya, pelawat hanya boleh melihat kapal ini dari luar, kini bahagian dalam kapal telah dibuka kepada umum.
Jadi anda boleh melihat tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew sewaktu kunjungan ke sini.

Baca tak td..? so skrg nak tgk dalam dia macam mana..?

Ooo sebelum masuk dlam..kite berselfie dulu..haha

Sebelum masuk kite kene bukak kasut dan pegang sepanjang kite dalam tu.. Gmbr yang belah kiri atas dan bawah tu tmpt peluru dan x silap aini msh ada lg peluru dlm submarine tu.. bsr giler la.. Gmbar atas kanan dan bawah org yang control something i donno..byk benor buttons dia..

Hubby pun kononnya nak cuba keje dlm submarine..hehe (^_^)

Bilik tidur crew.. mmg sgt sempit

Dapur dan dining room (Mcm mana orang tu masak ye?)

Dapur kedua, Tangga ke atas dan Submarine pandangan tepi luar.. tu pintu keluar..

Ok dah habs melawat dlm submarine.. sblm balik kite singgah kt tepi pantai.. agak berangin,, rs mcm nak picnic je kt situ..Candid gmbr hubby..hehe

Konnonya nak balik terus tp kebetulan dh lalu Taman Buaya ni hubby tanya la nak singgah ke tak?
Aini pun on je..haha..oantang klau diajak berjalan..

Semua dlm gmbr ni replika.. mcm2 bangunan dan tugu negara pun ada.. nmpk je besar tp sebenarnya ketinggian dorang buat ni paras pinggang kite je..hehe comel kan..

Ok Aini mmg takut dgn buaya walaupun dh berpagar berlapis2 but still i takut tau..
Mmg besar buaya ni ada mcm2 jenis..

Sebelum balik.. betul2 balik umah Aini dpt snap burung ni.. sgt comel.. 
The words are so suitable with its reaction..hehe

Ok tamat sudah percutian Aini di Melaka.. klau seronok nk g sana baik pegi pada hujung minggu sbb ada Jonker Walk..mcm petaling street tu..pastu penarik beca dia pun sgt menarik dgn warna warni dia..ada pelbagai design mcm hello kitty, upin-ipin, doraemon.. pastu naik cruise waktu malam lg best la.. mcm2 lagi lah.. Yang mana ada miss Day 1 & Day 2 Aini di Melaka boleh klik kt bawah ni..


Thank you for dropping by..

With Love,
Noor Aini

Day 2 at Melaka

Assalamualaikum

This is the 2nd day i'm at Melaka.. Not much of activity though coz my hubby was on work in certain times. Nothing much to say, hope you enjoy the pictures.. (^_^)


A Famosa
It was a very hot sunny day but in the afternoon was rainy..

Before we climb up the stairs.. Take a lil shot at the old building
I didn't count how many stairs i've climbed but my heart beats so fast and less breath..huhu 
Graveyard
 I've reach the top.. feeling breezeeeee

Muzium Budaya/Sultanate Palace

While waiting for the night cruise we ate Roti John for supper at Puteri Erra Roti John
We took the last trip at 11pm.. it was fun seeing the view with so many kinds of colours.

With Love,
Noor Aini

Last post:


Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (83) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (48) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers