Aini terbaca kisah obor-obor ni di FB..
Berlaku pada bulan ni.. Mungkin musim obor-obor datang secara berkumpulan dan mungkin juga ramai yang tidak perasan ada kedatangan obor-obor yang berbisa.. Jom baca sebagai awareness untuk anak-anak dan diri kita.
Baru-baru ni aku ada baca berita kemunculan “luar biasa” obor-obor di lautan di negeri Pulau Pinang & Terengganu (Rujuk gambar).
Masa lihat gambar tu,
Muncul trauma di fikiranku seketika.
Aku rasa ada keperlukan untuk aku menulis di sini memandangkan sekarang cuti sekolah di mana pasti akan ada yang membawa keluarga bercuti di pantai.
Teringat satu peristiwa yang pernah berlaku pada anak aku sendiri.
Anakku disengat obor-obor pada usianya 1 tahun 11 bulan.
Al kisahnya kami pergi bercuti di pantai di Pulau Pinang (Tanjung Bungah).
Anak seperti biasa hanya seorang kanak-kanak yang seronok dapat celup-celup kaki di pantai, tanpa menduga sesuatu akan berlaku pada dirinya.
Masa tu suami ribakan anak dan duduk di
pesisiran pantai.. Air persisiran sahaja di mana tak dalam pun. Paras buku lali saja.. Hanya sesekali bila ombak memukul, air naik sedikit.
Aku pulak hanya melihat dari tepi pantai sambil merenung alam.
Suasana yang tenang, anak pun mengekek-ngekek ketawa bila ombak hempas ke pantai.
Tiba-tiba dari jauh aku lihat riak muka anak berubah dan muka suami pun berubah.
Hanya sesaat selepas itu, suami angkat anak sambil menjerit “obor-obor!”.
Rupanya obor obor telah dibawa oleh ombak dan terkena pada tangan anak (hampir seluruh lengan) dan kakinya.
Suami pula hanya terkena sedikit di tangan (lebih kurang saiz 10 sen).
Masa tu anak dah mula meraung yang langsung tak dapat ditenangkan. Jujur hingga saat ini, tak pernah aku lihat dia menangis meraung seteruk itu. Memang kesakitan sangat wajah dia. Sambil meraung sebut “akit, akit”, hulurkan tangan pada aku untuk minta sembuhkannya.
Pada saat itulah muncul uticaria di tangan dan kakinya (orang kita panggil kelopak garam), terus aku terfikir ya Allah allergic reaction ke?!
Lengan dan kakinya bertukar menjadi kemerahan seperti terbakar..
Aku yang panik pada waktu itu, telah melakukan kesilapan yang paling besar.. Iaitu?
Mencurahkan air pada tangannya.
Aku sangkakan kesakitan itu adalah seperti terkena air panas (burning sensation), disebabkan itu aku sangka dengan air sejuk dapat mengurangkan kesakitannya.
Pada waktu itu telah kecoh dan pekerja hotel datang mendatangi kami. Perkara pertama dia minta adalah hentikan tuang air. Di tangannya ada cuka, dibuka cuka tersebut lalu dituang pada tangan dan kaki anakku. Terkejut juga rupanya memang kebanyakan hotel tepi pantai dah standby stok cuka di tempat mereka.
Jujur walaupun pada waktu itu sudah hampir 7 tahun aku bekerja sebagai seorang doktor, itulah kali pertama aku hadapi pesakit disengat obor-obor. Dan pesakit itu adalah anak aku sendiri. Aku akui aku sendiri tak tahu berkenaan cuka pada saat itu. (Sebelum ni aku bekerja di hospital di tengah bandar& klinik dalam kampung yang jauh dari pantai, jadi memang tak pernah jumpa kes disengat obor-obor).
Ambulans dipanggil,
(Nak pergi dengan kereta, jalanraya memang sesak di Pulau Pinan)
Masa 10 minit menunggu ambulans terasa seperti 1 jam lamanya.
Anak kecil aku masih meraung tanpa berhenti sekejap pun. Entah bagaimanalah sakit yang dia rasa..
Masa tu aku rasa lah Ya Allah berikanlah sakit itu pada aku sahaja agar aku yang menanggungnya 😢
Tak lama lepas tu ambulans sampai. Dibawa ke kecemasan. Diberi ubat tahan sakit. Dibalut dengan bandage yang telah dibasahkan bersama “acetic acid”.
Setelah sakit berkurangan, anak pun dah penat, lalu dia pun tertidur.. Awalnya tak ada katil kemudian barulah ada alhamdulillah..
Anak aku dipantau seharian.. Alhamdulillah masa tu tak ada immediate reaction.. Doktor benarkan balik dengan pantauan dan rujukan ke klinik kesihatan esoknya.
Aku bawak anak balik dan terus pantau.. Risau memang masih risau sebab sting / racun obor obor boleh berada di dalam
badan berbulan-bulan lamanya.
Sebab tu ada sesetengah pesakit akan tunjukkan delayed reaction, selepas sebulan disengat barulah tiba-tiba tangan bengkak, menghitam dan mengelupas..
Untuk anak aku alhamdulillah tak ada komplikasi yang lebih teruk berlaku, cuma jellysfish mark dia memang ada beberapa minggu juga..
Apapun selepas peristiwa ini jujur aku agak trauma nak ke pantai lagi.. (walaupun aku sangat suka pantai.. sejak bujang itulah tempat paling aku suka pergi untuk tenangkan diri.. tapi itulah tak pernah pula kena obor obor walaupun mandi pantai.. akhirnya anak yang masih kecil
yang kena kan..😢).
Kesakitannya bagaimana?
Suami aku cakap, dia yang terkena lebih kurang saiz 10 sen itu pun sakitnya teramat sakit, lebih sakit dari disengat tebuan.
Bayangkanlah anak aku yang kena hampir satu lengan dan kaki (peha dan betis) - tak terperi lah rasa kesakitannya 😢
Jadi di sini aku nak kongsi beberapa fakta dan tips untuk ikhtiar elakkan disengat obor-obor.
1. Elakkan mandi di pantai ketika musim obor-obor. Always ask around, contohnya hotel yang kita menginap.. Biasanya mereka tahu cuma tak bagitahu kita.
2. Jika nak mandi juga, boleh pakai swimming suit berlengan dan berseluar panjang.
3. Sediakan sebotol cuka untuk ke pantai sebagai first aid jika disengat obor-obor
4. Ajar anak kenali obor-obor sebab ada kes obor-obor terdampar di pantai dan ada pengunjung yang sentuh lalu terkena sengatan obor-obor.. Untuk pengetahuan, obor obor mati juga masih ada sting yang menyengat manusia.
Jika ada ahli keluarga / kenalan terkena obor-obor,
1. Buang tentacles yang ada pada kulit menggunakan barrier (seperti penyepit, jangan sentuh direct)
2. Jangan curahkan air pada tempat disengat / gosok2 di tempat tersebut (aliran air dan gosokan akan merebakkan lagi sengatan menjadi lebih luas dan lebih sakit)
3. Terus tuang cuka di kawasan sengatan
4. Boleh pantau sendiri kecuali jika ada komplikasi berkenaan; boleh dapatkan rawatan segera
- allergic reaction
- kawasan sengatan adalah besar
- sengatan berlaku di kawasan mata / mulut
- sakit perut dan muntah-muntah
- tidak aktif.
(Bagi aku any paeds case boleh nak dapatkan rawatan terus sebab kanak-kana kecil sangat fragile)
5. Terus pantau perubahan pada kawasan sengatan sehingga 1-2 bulan, kerana ada sesetengah kes mengalami delayed reaction.
(Ada satu kes yang kawan aku kongsi baru-baru ini di hospitalnya.. kanak-kanak 11 tahun datang untuk dapatkan rawatan disebabkan tangan membengkak, menjadi kehitaman dan mengelupas.. gambar terlalu ngeri nak ditunjukkan di sini.. ada sejarah disengat obor-obor sebulan sebelumnya)
Kesimpulannya,
Rancang cuti sekolah ini sebaiknya dan elakkan percutian menjadi satu tragedi.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih banyak kongsi tentang obor-obor dan cara hadapi masalah sengatan obor-obor.
ReplyDeleteSelalu pergi pantai dan nampak obor-obor berenang dalam air. Tak sangka pula bahaya penangan obor-obor ni.
takut bila baca..time kami bercuti di pulau kapas pun tak boleh nak snorkeling terlalu banyak obor-obor,time tu ingat kalau kena hanya akan rasa gatal rupanya sakit ye
ReplyDeletesiannya. bila cakap lagi sakit dari terkena sengatan tebuan aduhh memang sakit tu esp untuk budak2. Dulu adik pernah kena, beach boy tuang coke then pergi klinik. Tak tahu la menjadi ke tak coke tu.
ReplyDeletegood sharing.. x pernah terjumpa lagi...
ReplyDeleteBagus perkongsian ni...akak pun x sure sekarang musim obor- obor ke tak...hopefully takde la..sebab ada plan nak bawak anak tiri akak mandi laut nanti...
ReplyDeletetq atas prkongsian ni.. ;)
ReplyDeletetak silap bulan 2 memang byk obor2. kalau berdiri tepi penang bridge akan nampak. selalunya pelancong mmg tak alert benda ni
ReplyDelete