Pages

Showing posts with label attitude. Show all posts
Showing posts with label attitude. Show all posts

Menunggu food panda tak sampai lagi rupanya...

Assalamualaikum

Pagi tadi Aini bawa mama pi appointment di Klinik Kesihatan (KK) Bukit Cherakah, Jeram
Puncak Alam ni takde KK
Yang ada hanya KK ibu & anak je..
Tapi nak ke KK Bukit Cherakah dalam 10 min sampai dah
Settle hampir lunch hour sebab ramai sangat manusia kat sana
So Aini masuk keje selepas lunch la..

Balik rumah makan roti prata dengan sambal sotong lauk semalam
Pagi tadi breakfast air milo panas je..
Sedap plak makan cara camtu..
Macam makan di kampung
So kenyang lagi la, masa tu kul 1pm

Pukul 3pm perut dah bunyi keroncong
So Aini ordered Subway chicken wrap by food panda
Klau tengok timing within 15 mins dah siap and on d way dh
bila tengok map rider ni kat satu tempat tak bergerak
Aini cakap diri xkn budak ni sesat, so biarlah nanti jumpa la
Dah dekat 3.30pm Aini rasa lain
Terdetik nk buka chatting dengan rider
Rasa macam ada something wrong somewhere rider ni nape tak sampai2
Rupanya sangkaan Aini betul
Ada masalah kat motor dia..
Aini risau kalau dia kemalangan
Alhamdulillah bukan sebab kemalangan.. just motor dia je rosak..

Walaupun perut dah makin bunyi macam tong drum
Tapi Aini tahan jelah, dia sendiri pun kata dia akan hantar juga 
Dia dah ada kat bengkel dah
makanan pun dia kata belum ambik lagi
Siap sorry lagi kat Aini

Aini pun jawab la "xpe, take your time.."
Aini faham perasaan dia
Mesti dia rasa bersalah sangat nak hantar makanan lambat pada customer
Klau Aini pun macam tu..
Dah customer kene faham la kenapa dia lambat
Bukan dia sengaja lambat kan..

Macam kes video viral seorang betina maki rider org tua ni sebab lambat hantar makanan
Walaupun Aini tak tau cerita yang sebenar
Tapi kelakuan dia buat Aini benci dengan orang yang bersikap xde adab
Rider tu tua kot..hormat la skit, ini sampai campak makanan tu dpn pakcik tu
Apa punya manusia la..


Aini tanya dia kot Aini leh pi kat dia sbb dia dh dekat klau tgk pada maps la..
Tapi dia kata makanan dia tak ambik lagi..
Mungkin Rider lain xleh ambik alih sebab dia dh accept untuk ambik order kita
So tidak mengapalah, takde bende nak rush pun..

You all ada baca tak dalam utusan online baru-baru ni..??
Pemandu e-hailing ambik penumpang dia di Eco world puncak alam pada jam 11pm
Penumpang tu nak ke Alam Jaya, Puncak Alam
di mana kawasan tempat Aini bekerja sekarang
Bila pemandu tu dah sampai kawasan Alam Jaya tu
dia ada bau yang sangat busuk
bila dia toleh belakang tengok penumpang tu dah xde..

Hahaha..hantu zaman sekarang canggih kan?
Pandai guna grab bagai..hehehe
Jom baca

~Aini~



Tidak menepati temujanji

Assalamualaikum..

Terjadi pagi tadi, Aini telah membuang masa hampir setengah hari
Ini bukan kali pertama tapi ni dah kali kedua

Pakcik Aini nak jual rumah..Dah sebulan lebih la dh ada buyer
Sekarang ni under document processing la..
Pakcik Aini duk jauh so dia minta tolong Aini handle la sebab dekat dengan rumah Aini
Rumah tu pun takde orang duduk..memang kosong..
Last was student Uitm.. Sekarang pakcik Aini decide nak jual..
So this person in charge ni I think lawyer from this property company..
Last week dah call Aini nk jumpa di rumah pakcik hari Sabtu jam 3pm.
Aini cakap selepas jam 2pm leh jumpa sebab Aini kerja halfday so final jumpa jam 3pm la..
Masa Aini kerja, jam 12pm dia call Aini leh jumpa terus tak..
Aini jawab la takleh sebab kerja.. lepas kul 2pm leh jumpa..
Dia pun oklah kul 3pm as we promised.

Aini ni jenis agak punctual..klau jumpa kul 3 before tu Aini dh sampai dah
Klau Aini lambat sikit pun Aini akan maklum pada orang tu takut ingat kita jadi jumpa ke tak..
So Aini text dia kata dah sampai.. takde blue tick..
3.10pm Aini call dia.. dia jawab termengah2 kata dia kat Bukit Beruntung baru lepas jumpa orang..
Dalam hati said Whattt... Aini leh agak la dia nak datang pun lbh 30 minit sampai
Dia request nak jumpa kul 4pm.. Aini dah down sebab Aini tak suka last minit..
Kita pun ada program sendiri kan..?
Aini cakap tak boleh sebab kul 4pm ada appointment dengan doctor..
Dia pun cakap kita jumpa Isnin.. Hari ni ler.. jam 11am

So Aini masuk ofis lambat sebab dah ada temujanji dengan orang ni..
Jam 9am td Aini text dia.. utk confirm jam 11am..
Takde respond.. skali jam 15min nak pukul 11am baru dia call Aini..
Bila dia kata minta maaf, hati Aini rasa tak best dah..
Dia kata dia ada meeting blum habis lagi..
Pastu tanya Aini bila Aini free, "puan bagi tau nnt saya datang.."
Nak je marah kat dia.. Kita free hari ni sebab nak jumpa dia lah..esok lusa tulat xtau free ke tak..

So Aini cakap lunch hour je..dah nak sampai inform, nanti baru datang..
Sebab tempat keje Aini dan rumah dekat cuma trafik light ler buat lambat sampai.

As my advise..
Kita sebagai lawyer ke, salesman ke, agent mana2 ke atau even nak jumpa kawan or family ni
Klau dah buat temujanji dengan seseorang please be on time..
Klau lewat atau ada emergency yang tak dapat nak dielakkan please please inform orang ni awal-awal
Supaya orang ni tak tunggu lama atau membuang masa
Klau inform awal sekurang-kurangnya orang ni boleh proceed dengan hal dia yang lain..
Betul tak..?

Harap lepas ni dia nak jumpa Aini biar jadi la..
Kalau kali ketiga pandai la dia tu tapi Aini kene gak jumpa dengan dia sebab kunci rumah Aini pegang
Adehh sabo jelah dapat jumpa perangai manusia macam ni..


"Masa itu emas"

With Love,
Aini






Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers