Pages

Happy Weekend

Assalamualaikum..
Happy Weekend all..
Esok Christmas..Isnin cuti yeayy
Hari ni adalah hari istimewa Kak SA kan..?
Semoga majlis Kak SA berjalan dengan sempurna..
Mesti berdebo-debo kan..hehehe

Anyway macam biasa, hari ni Aini keje halfday
Semakin berat nak keje hujung minggu ni..
Nak dapat cara alternate pun memang tak dapat.. haihhh
Sabo jelah..

Minggu depan adik Aini nak balik kampung di Perak..
Lama tak jumpa opah Aini..
Tapi tak tahu la Aini dapat balik ke tak ni sebab hubby kene standby jumpa Pengarah dia minggu depan..
Nampaknya duk umah je la..huhu



Simple breakfast sbb tadi minum air je..
bawah salad tu srcabble eggs, salad dressing with blueberry..
Sedap plak..haha

Maaf ler seminggu tak update blog..
mood swing sebab duk tak sihat lately ni..
Sehari semput pakai nab 3 kali sehari..
tu dh tahap teruk la sebb sini kerap hujan malam..

Take care all..
I see you when i see you..hehe

With Love,
Aini

 

Kebaikan Halba Dalam Kehidupan


Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Yang Ramai Kita Tak Tahu.. 👇👇👇


Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb

1-Mencuci perut. Mencuci darah kotor
2-Mencantikkan struktur kulit dari dalam
3-Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
4-Merawat penyakit kencing manis.
5-Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
6-Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
7-Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
8-Membantu masalah kegemukan
9-Mengurangkan berat badan. Menguatkan fungsi jantung
10-Merawat masalah sembelit & buasir
11-Melancarkan perjalanan darah
12-Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid
13-Melegakan masalah sakit kepala / migraine
14-Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim (ikhtiar utk mereka yang ingin hamil)
16-Mengetatkan & meremajakan rahim
17-Menghilangkan lendir & sakit tekak
18-Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
19-Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
20-Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
21-Memperbanyakkan air susu ibu
22-Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
23-Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
24-Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
25-Memelihara keanjalan kulit (awet muda secara semulajadi)

Cara cara:

Goreng tanpa minyak sehingga garing
kisar halus
simpan dlm bekas kedap udara.

Untuk wanita
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas
minum pagi dan mlm

Untuk lelaki
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi

Sumber: Instagram

With Love,
Aini

Sumbangan untuk kakak ipar Aini

Assalamualaikum..

Dengan rendah diri Aini ingin mohon sumbangan daripada rakan blogger untuk kakak ipar Aini

Seperti blog lepas Aini ada update pasal kakak ipar menghidap cancer rahim
Selepas dibedah dai bahagian rahim, sel cancer dah merebak ke kepala.
Bulan November lepas dah buat pembedahan untuk buang ketumbuhan tu cuma ada tinggal sikit lagi dalam otaknya. Sekiranya tak dibuang jangka masa dia sangat singkat. 

Doctor dinasihatkan agar dia perlu membuat pembedahan laser secepat yang mungkin untuk elak sel cancer tu membesar balik.
Kos rawatan yang diperlukan adalah sebanyak RM29k untuk pembedahan laser di kepalanya.

Diharapkan pihak jasa baik tuan/puan dapat meringankan beban kakak ipar Aini
dengan memberi sumbangan ini serta dapat menyebarkan hal ini pada sesiapa sahaja.

Mohon doakan dia terus kuat dan bertahan sepanjang ujian dan rawatan ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun beliau:

Nama: Norazeera Binti Abdul Aziz
Bank: Maybank
Acc: 162179829639

Semoga dengan bantuan tuan/puan dapat meringankan beban kakak ipar sekeluarga.

With Love,
Aini

Happy Box untuk customer Aini

Assalamualaikum..

Isnin Aini buat cookie bersama adik..
Malam tu pula Aini buat icing sugar dan deco untuk 4 box..
Jam 1am baru siap..hehe




13hb Disember 2023 (Selasa)
Aini pi hantar Happy Box pada customer di Damansara..
Customer ni kawan lama Aini.. Orang sabahan.. Very sweet girl..
Aini follow la google maps, suruh ikut Dash Highway nak ke ofis kawan Aini ni..
Lepas ni taknak la lalu Dash..bahaya sungguh

Aini sampai dalam jam 1115am..
Dalam bangunan tu sangat cantik..
Aini bawak Aisyah sekali naik ke tingkat 17
Masuk je dah bau coffee.. punya la sedap..dah la tak breakfast lagi masa tu
Sampai je terus jumpa kawan Aini..
Hubby kene pi jumpa orang so dia drop Aini dulu..
Lepak dekat sejam juga, kawan belanja la breakfast fruit waffles..
Aisyah punya la suka sebab ada whipping cream.. Ice-cream dia tak suka sbb masam haha







Selepas selesai makan, borak-borak jap..
Hubby pun dah sampai di lobby..
Petang tu kawan Aini shre gambar..They really had a good time..
Sampai kata tak cukup cookies untuk dorang nk deco sebab seronok sangat
1box tu ada 12 cookies tapi kalau dah seronok memang rasa tak cukup

Ada yang sempat deco satu dan 3 cookies dimakannya tanpa deco
Sebab cookie tu sedap..Alhamdulillah suka dorang
Ni memang kali pertama Aini buat Happy Box
Alhamdulillah Aini & adik dapat buat dengan jayanya..
jom tengok gambar..




Dia buat Wednesday..haha creative



My friend buat Doraemon..comel je


InsyaAllah Aini akan buat open order untuk Happy Box ni..
Bukan untuk Christmas je tapi Aini akan open untuk Birthday, Gift ataupun untuk diri sendiri..


With Love,
Aini

Salam Jumaat: Lunch 2 jam untuk RND Christmas Cookie Box

 Assalamualaikum,

Salam Jumaat.. dah nak balik keje baru update blog..
Aini busy bebenor.. Hujung minggu ni busy dengan tempahan cutomer..
Customer nak 4 Happy Box untuk Selasa depan sempena Christmas..
Dorang nk buat small event sesama staff dorang sebelum Christmas
Pastu ada customer tempah Donut Red Velvet 20biji..

Tadi masa lunch hour sempat pi umah adik..
Nasib la dekat dgn tempat keje..10min campai la
Sbb nk bg gmbr pada customer nk bg mcm mana..
Bila dh share gambar dia pun cakap comel je..haha


Haaa comel tak..?

Kalau Aini dapat ni, Aini pun geram..haha
Aini dan adik Aini plan nak buat macam ni in future..doakan kami ya..

Memang ramai dah buat cara camni
Bila kite buat sendiri and customer nk 4 box terus memang rasa seronok
Penat terus hilang..haha

InsyaAllah akan deliver selasa depan di Petaling Jaya bersama hubby..
Hubby Aini jadi driver..sanggup ambik cuti demi isterinya..chewahhh

With Love,
Aini


Shopping SOGO nak beli bag sekolah Aisyah..

Assalamualaikum..

Ahad baru ni hubby Aini ajak jalan-jalan pi SOGO KL
Waktu hujung bulan ni dengan nak adanya Christmas sale mmg kaw2 murah
Bayangkan hubby pi mens level, belek2 la small bag ala2 mcm purse besar tu
Harga asal dia RM280, after diskaun harga dia jadi RM80..!!
Tak ke murah.. brand Polo
Tapi hubby tak beli pun, tengok2 je..haha
Yang dia nk beli baju dalam dan ada la T-shirt favourite dia PlayBoy tu..haha

Sebelum shopping Sogo, kami singgah makan dulu..
Masa tu dah jam 12pm..so perut pun dah lapo..
Kami terus ke tingkat 7
Ada 2 kedai makan kat situ, sama level tempat customer service..
Nak cuba la makan, klau kt food court memang penuh la waktu camtu..



Aisyah nampak Chirstmas tree.. dia suka tengok bende2 colourful..shining..
So dia nak wefie.. taknak selfie..haha
Dah selesai wefie, Aisyah pun balik ke tempat meja makan tempat abahnya duduk..
Air baru sampai..a few minutes later makanan plak sampai
Aini and hubby order nasi lemak je.. Ada je makanan lain tapi kami lapar nasi..


Nasi lemak sambal sotong (Hubby punya)

Nasi lemak telur mata (Aini punya)
Tu tangan Aisyah, suka makan kopok

Tangkap gambar je buat muka ala2 comel gitu..haha

Aisyah suka share pada abah & mama dia..
Apa dia makan dia akan kongsi..

So far nasi lemak dia sedap.. the nasi itself..
Sambal dia ok la..
Sambal sotong out skit..


Selesai makan, terus ke warehouse..
Banyak barang2 sekolah dan bag sekolah
Aisyah and hubby dah aim nak beli bag sekolah Aisyah..Unicorn..
Tahun depan dah masuk tadika..
Masa Aisyah tengah test bag sekolah yang dipilih oleh dorang berdua
Tiba-tiba abah Aisyah sebak..bertakung air mata sambil tengok Aisyah
Rasa masa berjalan begitu cepat tengok dia nak sekolah dah..
Anak sorang je memang akan rasa camtu la kan..
Terus abah Aisyah panggil dia peluk Aisyah..

Mujur la abahnya nangis tempat tersorok skit, klau tak mau org lain nampak..Huhu


Ada gaya ya..

Pi Sogo memang banyak beli barang untuk dia,
Seluar banyak senteng sbb Aisyah dah lonjong..haha
Pastu beli kasut jalan


Suka ya dapat bergambar dengan Doraemon


Tahun ni deco dia simple and nice..Tak serabut pun tengok

Hari Ahad biasanya pi Sogo sesak tapi Aini pi tak sesak langsung..
Tak tau kenapa.. atau mungkin Aini pi pada awal bulan..

Aini beli apa..?
Aini dapat body mist Victoria Secret yg dah lama Aini nak.. sebab 1 botol tu kan mahal..
Lagi satu purse..hehehe

Terima kasih pada hubby layan kerenah anak bini..
Alhamdulillah...

With Love,
Aini

 

Sweet Sale by Juzabakes

Assalamualaikum..

Aini bersama adik Aini ada buat promo YES..chewah..
Diskaun RM5 untuk semua cakes..

Boleh pos klau nak, harga postage tidak termasuk ya..
Semua boleh pos kecuali Red Velvet & Pandan Gula Melaka sebab ada frosting..
Klau post meleleh lah frosting cream tu nnt kan.. rupa dh tak cantik dh..



Yang paling HOT Selling Lemon Poppy Seed & Red Velvet Cadbury

Marble cake Aini guna resipi mama Aini sebab Aini suka marble cake zaman dulu..
Aini tak buat corak2 bunga tu.. Aini memang totally ikut konsep lama..
Dan juga Aini tak buat manis-manis sebab majority banyak order dengan Aini level mak-mak kita..
Even Aini sendiri pun tak suka manis sangat..
Mak mentua pun suka semua la sbb Aini banyak bg dia rasa smua..hehehe

Berminat nak order boleh pm Aini/adik Aini


Nak beli untuk wedding atau nak bawak balik kampung boleh je pm Aini..
Nak pos terus ke kampung pun xde masalah..

With Love,
Aini



Nak lunch bersama anak buah

Hari Jumaat rehat lama kan..
So hari ni Aini nk pi lunch date dengan adik Aini dan anak buah..
Sementara hubby adik pi solat jumaat, so Aini kidnap dorang jap..
Kata adik ada 1 cafe di apartment berhampiran dengan rumah dia.. 

Rasa dan seminggu lebih Aini tak jumpa anak buah Aini terutama yang si kecik tu Yunus..
Dah pandai merangkak dah dia..
Jalan sendiri blum pandai lagi..
Baru nak masuk 9 bulan..


Nasib baik la kabinet TV tu tinggi klau tak mau dipanjatnya

Pakai baju bear.. Mother in law Aini yg hadiahkan.

Nanti Aini share gambar tempat lunch next entry ya..
Tak sabar nak gomol gigit Yunus ni..hehe

Selamat beristirehat..

With Love,
Aini


Salam Jumaat: Sudah Bersyukur Hari Ini..?

 Assalamualaikum,

Salam Jumaat my readers..

Semoga urusan semua dipermudahkan hari ini dan hari yang berikutnya..



With Love,
Aini

Hello December

 Assalamualaikum..


As you all know that this month is the end of the year 2022..
Bulan lepas adalah bulan yang ujian besar buat Aini..
Sebulan Aini batuk, kemudian Aisyah pula demam on and off

Sabtu lepas hubby balik Tronoh, Perak hantar maknya balik setelah sebulan dia tinggal di KL bersama anak perempuan dia. 
Hari Jumaat tu Aisyah dah mula demam, tiba-tiba je demam
Hubby rasa tak sedap hati tapi balik juga la kampung sebab dah janji dengan maknya
Malam tu juga batuk Aini semakin teruk.. 2 hari MC 1 hari keje halfday

Sabtu tu hubby dah sampai tronoh
Malam selepas maghrib, Aisyah batuk teruk.. batuk sambung2 tanpa henti
Hati Aini dan mama Aini mula risau & decide nak bawa pi klinik..
Aini call hubby, dia lg la risau sebab dia duk jauh..
Sampai klinik, check suhu panas, kene ambik darah
Alhamdulillah semuanya ok..takde kene warded..
Doc kata paru2, tonsil semua ok clear je.. cuma tekak tu ada merah
So doc bagi ubat anti radang untuk elak dari menjadi lebih teruk

 
Hari abahnya nak balik rumah..
Aini tengah lipat baju, dia terus grab vase abahnya..
Rindu sangat la tu
Malam tu selepas jumpa abah, demamnya hilang



Aini order food panda sebab tak larat nak masak
Aisyah kata nak lukis untuk abang motor
A Thank you note for brother food panda
Bila orang tu dapat ketawa je dia..
Aisyah lak malu-malu kucing..Haha

So bulan ni ada nak habiskan cuti ke..?
10 Dec dah start cuti sekolah kan..
seronok la cuti panjang..hehe

InsyaAllah hujung bulan ni Aini balik kampung..

With Love,
Aini







Followers