Pages

Aisyah demam lagi

Assalamualaikum    

Baru kelmarin Aisyah baik dari demam..
Tinggal batuk je..
2 minggu lepas Aini pernah update Aisyah demam 
Ni kene balik mungkin sebab berjangkit dengan hubby Aini dan cuaca yang tak menentu..

Selagi Aisyah tak fully recover selagi tuler hati Aini tak tenang..
Memang mata Aini dah macam panda dah..
Akan terjaga waktu tengah malam bila dia duk batuk2..
Ahad baru ni dia suhu demam dia naik 39-40..
Malam je panas dia jadi tinggi..
Waktu siang suam2 je tapi aktif..
Malam dia akan lemah.



Masa pi klinik doc takut simptom Influenza..
Sebab sekarang tengah banyak kes kene Influenza..
Buat la swab test, Alhamdulillah negatif..
Cuma doc tak pasti apa buatkan Aisyah ni demam balik.
Pernafasan ok.. jantung ok..
Doc kata klau lebih 3 hari tak hilang demam kene ambik darah..
Aini berdoa minta Aisyah cepat sembuh.. Taknak sampai kene ambik darah lagi..

Hubby request ubat demam masuk buntot..Doc bagi juga ubat botol skali..
Tu kalau suhu 38+ boleh la guna..
Disebabkan malam tu naik jd 39.5 Aini guna ubat buntot..
Nangis la Aisyah sebab sakit dan ada rasa tekejut..
Masa dia baby dulu mana ingat kan..?


Selepas masuk ubat buntot Aisyah tidur je.. 
Takde selera nak makan so Aini bagi dia susu..
Alhamdulillah esoknya demam dia dah ok..tinggal batuk je..

Semalam dia semakin aktif.. tapi dengan aktif dia buatkan dia jadi kerap batuk..
Doakan Aisyah cepat sembuh ya kawan-kawan..

With Love,
Aini
 

Bila anak hack fon kita

Assalamualaikum..

Sepanjang kejadian ular masuk rumah tempoh hari tu memang makan masa untuk Aini pulih
Nak biasakan diri di kawasan yang ia lalu..
Asyik terbayang je terutama bila nak buang sampah sebab ia lalu area situ.

Alhamdulillah sekarang Aini dah ok..
Cuma nampak benda bergerak atau nampak shadow lain kepala automatically terpandang..Haha
Tapi trauma tu kira dah takde lah..

Ok, base on topik..
Aini masuk ofis buka la fon jap tengok gambar..
Sekali tengok muka dia je yang banyak..
Tau berapa banyak Aisyah snap gambar..?
Hampir 100 you..
Jenuh la mama dia nak buang..
Kadang2 gambar Aini yang tak berapa senonoh pun dia snap..
Senonoh muka buat pelik, tengah bercakap dengan abahnya leh dia snap..
Buruk la rupa Aini dalam gambar tu..Adehhh...

Fon Aini memang ada lock..
Tapi before unlock kan ada icon camera kat tepi tu..
Haa Aisyah pun dah pandai usik..
Camera on je dia pun on la..

So funny..



Yang paling kelakar aini pernah tengok..
aisyah tangkap gambar lubanghidung dia..hahaha
Nak intai apa ada kt dlaam lubang hidung dia kot..

You all pernah kene macam ni tak..?

With Love,
Aini
 

ISTIGHFAR KABIR 50x - BAZLI UNIC Daily Dhikr | Zikir Harian - الأذكار ال...


“Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,


Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,


Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,


Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,


Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.


Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,


Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,


Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.”


sumber: izdeen.com

Trauma masih ada lagi


Trauma is an emotional response to a terrible event like an accident, rape, or natural disaster. Immediately after the event, shock and denial are typical. Longer-term reactions include unpredictable emotions, flashbacks, strained relationships, and even physical symptoms like headaches or nausea


Assalamualaikum..

Kejadian kelmarin masih menghantui dalam fikiran Aini..
Setiap kali lalu tepi almari dan tong sampah, mata Aini akan terpandang ke arah situ
Masih terngiang-ngiang suara ular tu di telinga

Setiap ada bunyi pergerakan halus atau bunyi plastic Aini akan terus pandang mencari
Perasaan masih trauma dan fobia..
Aini harap kesan dalam diri Aini ni dapat pulih secepat mungkin.
Takut melarat sampai bila-bila..

Semalam hubby balik dari kerja,
Dia bagi Aini ikan dalam plastik..Masa tu Aini xtau itu ikan..
Masa hubby bagi Aini dia suruh Aini pegang part hujung..
Aini jadi takut.. Aini cakap Aini masih takut lagi duk terbayang lagi..
Terus dia cakap ni ikan patin dia beli..

Memang besar la ikan pating ni..
Hubby minta Aini tolong bersihkan buang lendir2 tu..
Kalau diikutkan, Aini ok je nak basuh/siang ikan 
Tapi entah kenapa, Aini terbayang Aini pegang ular tu..
Sebab dia licin, warna pun seakan sama..

Sambil Aini bersihkan Aini cakap pada diri Aini "It's just a fish" ulang 3 kali
Sampai hubby terdengar Aini cakap..
Hubby terus tanya "Apa Aini cakap..?"  Aini jawab "takde apa2.."
Hubby tanya lagi.."kenapa..masih terbayang lagi ke..?"
Aini pun angguk.. terus hubby diam.. dia faham yang kita masih trauma

Lepas tu elok plak Aisyah datang nak tengok Aini ikan..
Sambil bersihkan ikan mula la Aisyah tanya macam2..
Atleast dapat Aini lupakan ular tu..

Sekarang Aini tahu perasaan trauma ni macam mana..
Ini boleh membuat seseorang ni susah dilupakan sehingga terbawak-bawak sampai bila-bila..
Klau lagi teruk kejadian tu lagi kuat la trauma dia..

Aini cuma trauma kerana terkejut..
Terkejut sehingga membuatkan satu badan Aini jadi sakit..
Semalam pun Aini rasa letih sangat mungkin sebab kepala kita tak henti fikir kejadian tu.

 I hope it will end soon..

With Love,
Aini

Ular tedung dalam rumah



Assalamualaikum,

Semalam adalah paling ngeri buat Aini..
Jam 8mlm Aini makan malam dengan Aisyah di ruang tamu..
Rasa nak makan bersila la di coffee table..

Selepas siap makan, Aini ke dapur nak basuh pinggan
kalau diikutkan dah banyak kali Aini n Aisyah ulang alik pi dapur.
Aisyah duk lari-lari lagi.

Selepas makan nasi Aisyah nak minum milo makan bersama biskut
So Aini ambiklah bekas milo dalam almari kecik tepi toilet ni.
Selepas Aini buka pintu almari mungkin pada masa tu ada impact almari tu pada ular.
Ular tu mungkin dah nak mula serang dibelakang almari tu.

Aini letak bekas milo kat atas tabletop pastu angkat Aisyah duduk atas tu.
Masa buka penutup bekas milo, Aini terdengar bunyi pelik..makin lama makin kuat
Aini perhati dari tempat Aini berdiri sekali nampak ular tu keluar dengan kembang kepala dia 
Ia gerak menghala ke tandas, Aini nampak mcm pandang Aini tp sebab Aini freeze dengan nafas jadi laju ia pun terus perlahan masuk bawah pintu tandas lagipun ada terlindung skit dengan tong sampah.

Selepas ia masuk separuh badan Aini terus ambik Aisyah lari ke depan.
Capai telefon dengan tangan yang menggigil kuat sangat, hanya Allah saje yang tahu..
Dalam kepala terus call suami, suami pula masih dipejabat.
Aini x terlintas nak call 999 sebab panik
So Aini minta suami yang call kan

Selepas dah call suami Aini terus tutup pintu bilik belakang sebab tandas dia masuk tu access dengan bilik belakang. Klau tak ditutup takut ular tu akn keluar ke ruang tamu pula.
Aini terus bawa Aisyah ke bilik mama Aini..
Mama Aini terus panik tengok Aini takut..
Aini cakap mama ada ular.. Mama terus nak peluk Aisyah sambil doa minta dijauhkan..

Aini turun balik sebab nak perhati dari jauh takut dia ada pi tempat lain pula..
Aini siap standby batang vacuum dan selimut.. 
Apa Aini nampak tu yang Aini capai.

Aini call adik, suami adik Aini datang teman dengan tongkat saktinya..Haha
Aini dan adik ipar perhati je kat pintu bilik dan dapur tu.. 
sekali dua2 terkejut nampak ada bende keluar rupanya cicak.. 2 kali plak tu..hampeh..

Suami Aini dari Shah Alam sampai ke Puncak Alam 20minit sampai
Dia kata memang dia pecut habis masa tu..
JPAM tak sampai2 lagi..dekat sejam baru sampai..
Sebab pada masa tu JPAM pi rumah yg ada sama kes juga

Elok je suami sampai 10min selepas tu JPAM sampai
5 org JPAM datang.
bila masuk bilik air, ular tu takde.. Aaaa sudahhh harap dapat cari juga
dorang ke bilik ikut dari pintu bilik air pula..
Dalam beberapa minit jumpa ular tu dibelakang pintu bilik.. 
nasib baik bawah pintu tu agak sempit untuk dia keluar..
kalau tak mau dia ke ruang tamu..

Adik ipar bersama tongkat saktinya aka batang mop


Terima kasih JPAM..
Maaf kene tutup muka dorang ya..


Hai la Si Panjang

Musim hujan ni lagi la ular suka keluar cari tempat lain.
Masalahnya ada 2 rumah jiran belakang rumah Aini ni penuh dengan rumput tinggi semak bagai..
1 lagi pokok pisang dan semak lagi..
Rumah kita pun senang la ular masuk kan..
Setiap kali hujan dengar la suara katak banyak..lagi la ular tu hunting cari katak..

Aini syukur sangat Aini sedar dari awal 
Kalau tak tak tahu lah apa jadi..
Mama Aini pun ada cakap biasa mama akan sapu bawah almari tu
Tapi semalam takde rasa nak sapu..

Allah melindungi kami semua.. 
Syukur padaMu Ya Allah..

JPAM menasihatkan klau bawah pintu kita ada ruang sebesar jari telunjuk kita, harus letak sesuatu/halang dengan benda agar haiwan berbisa tak mudah masuk. Ular yang masuk dalam rumah Aini ni ia panjat dinding sebabnya dinding luar agak kasar/kesat dibandingkan dinding dalam rumah.

Hati -hati ya semua..

With Love,
Aini






Aisyah demam seminggu

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas.. Aini pi kenduri kahwin dengan mama Aini dan Aisyah
Cuaca pada masa tu agak panas.
Balik rumah dah settle, Aini baringkan Aisyah bagi dia susu sambil tengok favourite cartoon Molang
Aini rasa badan dia sangat la panas..
Check suhu semua 38+..



Aini bg ubat demam.. esoknya ok..tapi bila malam je dia panas balik.
Hari Selasa dia batuk pula..malam tu dia muntah kahak banyak keluar..
Sian Aisyah sampai merah muka dia..
Rabu bawa klinik, doc bagi ubat demam, batuk dan flu
Doc advice klau masih demam sampai hujung minggu kene ambik darah.

Sabtu tu badan Aisyah duk panas lagi..hampir seminggu
Aini & hubby decide bawak Aisyah ke klinik lagi.
Doc kata kene ambik darah..
Klau darah putih banyak tanda dia ada bakteria 
Darah putih rendah samada Influenza, Covid atau lain..
Nurse ambik darah Aisyah di ibu jari.. cucuk skit je..
Elok plak dia tak nangis.. sebab masa nurse nak cucuk hubby attract dia tengok tempat lain.
Pastu dia terpandang jari dia ada darah.. Dia tengok je tak cakap apa2.


Selepas 5minit Aini berdoa minta la darah putih tinggi..
Alhamdulillah hanya bakteria je..
So doc bagi antibiotik untuk bagi cepat sembuh..
Hari esoknya Alhamdulillah Aisyah dan sembuh sehingga sekarang.
Cuma tinggal batuk je.. so kene control la apa dia makan.

Cuaca pun sekarang tak menentu.
Siang panas, malam hujan..
Banyakkan minum air kosong ya..

With Love,
Aini

Bergambar di Sawah Padi Sabak Bernam

Assalamualaikum,

Hi all..? 
Ada yang bercuti tak minggu ni..?
Aini baru teringat minggu ni cuti sekolah kan..
Patut la Aini tengok kawan-kawan duk update IG / Whatsapp status pi cuti-cuti Malaysia..
Memang best la kan..?

Aini tak pi mana-mana, maybe akan pi short vacation pada bukan cuti sekolah.
And plan nak pi hari bekerja je..xde la hadap jam nnt..
Kesian Aisyah tak pernah dia pi bercuti mana2 sejak dia baby lagi..
Takat pi balik kampung and shopping mall je.
Hari nak bercuti pun masa tu pulak duk covid.. 

Minggu lepas ada majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam
Majlis kawan pejabat hubby Aini
Macam biasa majlis bermula dari jam 11pm- 4 ptg
Asalnya nak pi awal tapi hubby letih sangat sebab jumaat tu dia pi side visit..
Aini dan Aisyah dah siap dah pukul 12.30 lepas tu hubby tengah duk leka berborak dengan mama Aini 
Borak sampai waktu Zohor..haha..
So kita pun solat la dulu baru gerak kul 2pm..

Sampai sana lagi 7 minit pukul 4pm..
Majlis pun dah nak habis dah..
Pengantin sampai marah hubby nape lambat sangat..
Alasan hubby kata dia duk berry..Haha..
Alhamdulillah sempat la nak makan nasi kenduri walaupun tinggal sikit 
Caterer semua dah start packing dah masa tu..

Kami bertiga jelah tetamu terakhir di majlis perkahwinan..
Ni kira 1st time la Aini datang kenduri kawin yang dah nak habis waktu..
Kosong takde tetamu lain kecuali keluarga pengantin tupun tak ramai..
Elok plak masa sampai tu pengantin ada lagi tapi dia dah nak balik buat photoshoot..

Selepas selesai makan, depan dewan tu ada sawah padi yang sangat cantik menghijau..
Cuaca pula pada masa tu agak mendung..
So kita park la kat depan tu pastu bergambar..

Aisyah siap cakap kat mama dia..
"Mama...cantiknya..."
Yes memang cantik ciptaan Allah..
I am so proud that Aisyah loves nature too..



Nampak struggle di situ..hehe

Hubby pujuk Aisyah.. rupanya Aisyah gayat masa angkat tinggi2


Aisyah nampak banyak dragonfly

Peace yo

Cantik kan nampak hijau je semua
Sejuk mata memandang..

With Love,
Aini







Alhamdulillah blog dah ok..

Assalamualaikum..

Dah lama Aini menyepikan diri.. 
Bukan  apa Aini takut pula bila update blog nanti kene virus kat kawan-kawan blogger.
Aini berjaya remove yang patut dibuang..
Dan ada juga seorang hamba Allah rakan blogger yang baru kenal offer diri untuk bantu tanpa caj apa-apa..
Terima kasih Dasir ya.. Leh la singgah ke blog Dasir ni..

So macam biasa Aini akan update cerita baru..
Banyak nak kene update ni..hahaha
Buat draft2 dulu.. klau ok kita post on time ataupun auto publish..

Aini baru masuk keje semalam.. 
Kene 2 hari MC akibat asma yang teruk.
Alhamdulillah bukan sebab covid.

Ni sebab cuaca, pastu makan buah mangga sampai tak hingat dunia..
Malam-malam dah kene serang asma..padan muka..haha
Tapi tuler Doc agak risau sebab kerap pakai inhaler warna biru ni..
So dia bagi inhaler baru kene pakai 2 kali sehari setiap hari.. 
Itu untuk prevent dari kene asma..
Yang biru Aini selalu pakai tu untuk hilangkan sakit je tapi tak elok guna selalu sebab steroid kan.

Ni inhaler baru pakai 2kali sehari setiap hari.

Yang ni Aini duk selalu pakai sejak kecil

Aini harap semakin berumur ni semakin sihat la..
Kalau diserang asma bila tua2 nanti sian suami anak nak jaga Aini..huhu

Haih dah lari tajuk ni..
Ok nanti Aini update cerita baru lak ya..

With Love,
Aini



Sedekah Ketika sempit sebaik-baiknya perbuatan


“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Keikhlasan dalam bersedekah juga penting supaya tidak terpesong niat utama kita ketika bersedekah. Balasan ini semua adalah datang daripada janji Allah.

Labels

Followers