Pages

Bergambar di Sawah Padi Sabak Bernam

Assalamualaikum,

Hi all..? 
Ada yang bercuti tak minggu ni..?
Aini baru teringat minggu ni cuti sekolah kan..
Patut la Aini tengok kawan-kawan duk update IG / Whatsapp status pi cuti-cuti Malaysia..
Memang best la kan..?

Aini tak pi mana-mana, maybe akan pi short vacation pada bukan cuti sekolah.
And plan nak pi hari bekerja je..xde la hadap jam nnt..
Kesian Aisyah tak pernah dia pi bercuti mana2 sejak dia baby lagi..
Takat pi balik kampung and shopping mall je.
Hari nak bercuti pun masa tu pulak duk covid.. 

Minggu lepas ada majlis kenduri kahwin di Sabak Bernam
Majlis kawan pejabat hubby Aini
Macam biasa majlis bermula dari jam 11pm- 4 ptg
Asalnya nak pi awal tapi hubby letih sangat sebab jumaat tu dia pi side visit..
Aini dan Aisyah dah siap dah pukul 12.30 lepas tu hubby tengah duk leka berborak dengan mama Aini 
Borak sampai waktu Zohor..haha..
So kita pun solat la dulu baru gerak kul 2pm..

Sampai sana lagi 7 minit pukul 4pm..
Majlis pun dah nak habis dah..
Pengantin sampai marah hubby nape lambat sangat..
Alasan hubby kata dia duk berry..Haha..
Alhamdulillah sempat la nak makan nasi kenduri walaupun tinggal sikit 
Caterer semua dah start packing dah masa tu..

Kami bertiga jelah tetamu terakhir di majlis perkahwinan..
Ni kira 1st time la Aini datang kenduri kawin yang dah nak habis waktu..
Kosong takde tetamu lain kecuali keluarga pengantin tupun tak ramai..
Elok plak masa sampai tu pengantin ada lagi tapi dia dah nak balik buat photoshoot..

Selepas selesai makan, depan dewan tu ada sawah padi yang sangat cantik menghijau..
Cuaca pula pada masa tu agak mendung..
So kita park la kat depan tu pastu bergambar..

Aisyah siap cakap kat mama dia..
"Mama...cantiknya..."
Yes memang cantik ciptaan Allah..
I am so proud that Aisyah loves nature too..



Nampak struggle di situ..hehe

Hubby pujuk Aisyah.. rupanya Aisyah gayat masa angkat tinggi2


Aisyah nampak banyak dragonfly

Peace yo

Cantik kan nampak hijau je semua
Sejuk mata memandang..

With Love,
Aini







8 comments:

  1. mmg cantik tgk view sawah padi nun hijau...pernh bergmbr juga masa tu ada kursus kt sabak bernam ke sekichan lupa dh...lg panas cuaca lagi cantik gmbr cuma kena tahan panas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lagi panas lagi cantik gambar tapi bertahan la panasnya nnt..peluh2 dibuatnya..hehe

      Delete
  2. Wow! Awan dia dramatik sungguh! Ini kamera kayangan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenya kayangan pun uncle. Fon biasa je..hehe

      Delete
  3. View cantik, orang-orangnya lagilah cantik :p
    Alhamdulillah sempat juga makan nasi kenduri. Sedap tu

    ReplyDelete
  4. mujur masih ada lagi orang kenduri, kalau sampai dah kemas awal naya je kosong je bila sampai dewannya hehehhe...

    Memang cantik pemandangan sawah padi tu... sayup tenang je mata memandang hijau je kan

    ReplyDelete
  5. Cantik! Pandai berposing..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya amik gambar kat sini...kalau akak pun memang x kan lepaskan peluang ni..sure banyak pose dah ni...

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers