Selamat bercuti semua..hari ni Hari Wilayah..sape yang bekerja di Wilayah memang cuti ler. Esk kerja lak pastu lusa tulat cuti alik tp BE cuti sampai hujung minggu, esok pun cuti..hehe
Hari ni BE keluar bersama adik BE dan sepupu BE yang
cute (Atikah). Kami plan nak tengok wayang di
Sunway Pyramid tapi waktu dia jam 1:25ptg je. Takut tiket habis jadi BE bawa dorang pergi
Midvalley. Sampai je terus pergi beli tiket, ambik jam 3:15ptg. Tengok jam masih lambat lagi nak tunggu jadi kami pergi makan..Perut pun dah berbunyi.. Atikah nak makan makanan Jepun/Korea.. Ada satu restaurant ni ada logo Halal tp harganya boleh tahan la mahal dia.. Air
Coca Cola pun dah Rm7.. makanan 1 dish Rm20 so kami tak jadi makan kat situ. BE bawa dorang pegi food court kat
The Gardens, sebelah
Midvalley je. Ada plak makanan korea kat situ. Adik dan Atikah pun pergi lah order.. Dh teringin sangat la tu. BE makan makanan Iran..alaa biasa je makanan dorang.. BE order sebab dah lama tak makan salad iran.. Ni gambar yang kami makan..
|
Dari kiri- Mango Juice (BE), Kiwi Juice (Atikah) & Orange Juice (Adik) |
|
Shawarma chicken & iran salad (BE) |
|
Kimchi Stew (Adik BE). Rasa dia mcm tomyam, dalam tu ada sayur jeruk & sayur2 lain. |
|
Bibimbap (Atikah). Dalam tu ada kimchi tapi kering, nasi & ayam. |
Selepas makan kami ada 1 jam lagi untuk tengok wayang. Jadi kami pusing2 smpai kaki lenguh. Tengok
decorations sempena orang cina menyambut CNY bulan ni..merah lah semua.. Pastu kami pergi MPH. Dah lama tak masuk dalam tu. Rasa naik giler tengok barang2 dia terutama barang
craft, notebook and
stationary items..Rasa nak beli semuanya
. Tengok jam dah dekat 3:00ptg jadi kami terus pergi ke movie tengok
Paranormal Activity 2 bermula jam 3:15ptg. Agak best jugak, sampai Atikah nak menjerit..hehe. Boleh klik kat nama tajuk tu kalau nak tahu sinopsis dia.
Movie habis jam 5:00ptg, kami terus balik rumah tp BE drop Atikah ke rumah maklong sebab dia tido sana. Sepatutnya dia balik kampung hari ni tp bila dia dapat tahu yang BE & adik nak tengok wayang dia pun nak itut. Katanya
"hari rabu lah tikah alik, hehe.." Hujan pun dah turun BE terus balik jugak lah sebab dah lewat. Nasib baik adik BE ada kalau tak tentu BE rasa ngantuk bila drive sorang2. Sampai rumah jam 7mlm. Alhamdulillah
i really had fun with them today..
~BrightEye~