Pages

Akhirnya terjawab PM Malaysia ke-10

Assalamualaikum..

Akhirnya dah terjawab semalam siapa PM Malaysia yang ke-10..
For me tak kisah la sape jadi PM kita as long as our country is in good hands..
Just wait and see within 5 years kan..?

Kalau nak tahu kite hampir seminggu baru tahu siape jadi PM Malaysia..
Tapi di negara Belgium 18 bulan baru dapat PM baru..lagi lama kan..?
Kerajaan Baru Belgium Lepas Krisis 18 Bulan


Alhamdulillah dapat la rehat lama skit kan sebab Isnin depan cuti..
Ada ambik cuti tak hari ni..? 
Hello kat boss cakap saya EL..haha
Bos mesti dapat tangkap punya la.. 
Nak cuti panjang tiba-tiba ambik EL hari ni kan..?

Semalam Aini dah ambik cuti sakit..
Semput teruk lak.. ingat guna inhaler dah ok dah
End up pakai nab gak..

Aisyah plak demam.. tiba-tiba je demam..
Jam 4 pg td, suhu naik panas mendadak.. 38 pastu check lg 39
Kejut hubby minta bagi ubat masuk buntut..
Pagi td dh ok skit, itupun ada lg rasa suam2 kt badan dia tu..
Tengok Aini dh siap nak pi keje, dia nangis nonstop nak ikut..
Sian plak tengok.. mungkin sebab semalam Aini ada dengan dia 24/7..

Aini keje hari ni tapi masih duk semput lagi..
So plan ambik halfday je lah..
Tak larat nak layan semput ni, prefer nak baring je..

Dah lari topik ni..haha

Sekarang ni musim budak demam ke..?
Anak buah pun demam..
Kawan hubby masuk ward kene Rotavirus..
Semoga anak2 kita dilindungi dari penyakit bahaya ni..Aamiin

Ok you all take care ya..

With Love,
Aini

Wordless Wednesday: Tumpang tidur

 


Dua ekor kucing ni rasanya tak bertuan
Tapi suka sangat tidur kat rak kasut ni..
Si putih selalu duk tidur situ..

Habbatus Sauda hilangkan batuk degil

Assalamualaikum..

As you all know, Aini dah sebulan batuk teruk..
Nak makan pun takde selera sangat..

So mama Aini belikan minyak Habbatus Sauda..
Masa adik Aini kene covid and batuk teruk mama bagi dia ni..
3 hari batuk dia dah kurang

Habbatus Sauda ni boleh hapus segala penyakit
Even yang ada ketumbuhan atau cancer pun boleh sembuhkan
Di botol tu pun ada tulis sembuh untuk apa..


Comel je tengok tangan si Aisyah bumbum ni..

Cara nk makan yang ni mulanya tak selesa..
Minyak sudah tentu rasanya pekat dan baunya sangat la kuat
Tapi bila lebih 2 kali buat, kita akan rasa terbiasa..

Cara makan 2 kali sehari.. 
Sebelum sarapan dan sebelum tidur
Picit tiub dia dan masuk ke dalam mulut..
Aini letak sampai ke anak tekak supaya tak kene lidah
So kene dongak sikit la..
Sebelum tidur pun sama buat cara macam tu..

Sambil makan tu kita baca ayat pendek untuk sembuhkan diri kita..
3 hari Aini amalkan makan pagi dan malam
Alhamdulillah batuk Aini dah kurang
Klau terbatuk pun biasa2 tak teruk sampai sesak nafas

Yang penting, pemakanan tetap kene jaga..
minyak, creamy, ice buat masa ni cuba elakkan..
InsyaAllah lagi cepat la baik tekak kita tu..

Boleh cari di mana2 kedai tapi cari kedai yang dia ada jual mcm kedai jamu
ataupun yang jual makanan sunnah..
Mama Aini beli ni di kedai yang jual buah kurma, minyak zaiton semua tu..
So memang ada la jual minyak Habbatus Sauda ni..

Elok beli jenis minyak camni
Jangan beli yang tablet lambat la baiknya..
klau minyak ni atleast dia boleh turun sampai ke tekak kita.

Aini share ni sebab ramai kawan-kawan tengah duk batuk teruk
Cuaca pun tengah tak menentu..
Semoga kawan2 smua sihat walafiat..

With Love,
Aini

Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog

 


Assalamualaikum
Jom join GA by Syazni.. Just click on the banner

Hadiahnya adalah rahsia.. Nama pun mystery box..hehe
Nak join masih sempat lgi ya..

Syarat-syaratnya:

1. Buat 1 post bertajuk Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog.
2. Letak banner Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog seperti di atas.
3. Linkkan post kepada entry Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog di blog SR ini.
4. Kongsikan link ke post penyertaan kalian di bahagian komen
5. Alamat untuk menerima kotak misteri adalah dalam Malaysia sahaja.
6. Seorang blogger boleh sertai lebih dari sekali sekiranya ada banyak blog, dengan syarat semua blog harus follow syarat 1 - 4.

Simple kan.. jom join sama2..

Good Luck you all..

With Love,
Aini





Teman mama appointment di Uitm Puncak Alam

Assalamualaikum,

Selasa baru ni 15hb Nov 2022, Jam 9 pagi mama Aini ada appointment untuk check mata
Mama Aini mengadu mata tak jelas, padahal masa tu baru lepas buat cerma mata baru
So Aini ada kawan buka kedai cermin mata yang boleh check dalam mata..
Dari situ boleh detect apa sebabnya..

Kedai kawan Aini tu cek mata harga dia RM 98 
Pemeriksaan mata terperinci termasuk :
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
📌Power Mata Secara Tepat
📌Pemeriksaan Katarak & Selaput 
📌Pemeriksaan Mata Kering 
📌Pemeriksaan Mata Luka
📌Pemeriksaan Otot Mata
📌Pemeriksaan Saraf & Salur Darah Belakang Mata

So dorang akan buat surat untuk refer pada yang pakar.

Hari Selasa pagi tu selepas register tunggu la nama mama Aini dipanggil.
So masa doc pi cek mata mama untuk double confirm..
Doc dapat detect mata mama memang ada Katarak 
Mata belah kanan agak tebal daripada mata kiri..
So kedua-dua matanya akan dibedah start bulan Januari..
Dua bulan selepas tu baru bedah belah kiri pula..

Ada gak tanya kawan, selepas dibedah tu tak perlu warded
Cuma akan tunggu sekejap di hospital pastu dah boleh balik..

Semoga dipermudahkan urusan mama nanti..InsyaAllah..

Ni gambar masa mama jumpa Doc..

1st cek mata dan sebut huruf yang ada di screen
Selepas tu nurse masukkan drip mata..Mama kata pedih sangat

Tunggu dalam 15min, pergi ke bilik lain pula untuk jumpa dengan doc
Doc cek dua2 mata kene operate..
Tukar kanta katanya..


Dh habis sempat la snap Aisyah
Dia turunkan mask sendiri pastu buat peace..
Pandai ya Aisyah..haha

Selepas selesai mama ajak makan..
Masa nak balik mama sendiri nak drive ya..
Kemain mama.. 

Mama Aini ni klau pecut, seriau Aini..haha
Macam orang muda bawak keto..
Umur 72 tu..January dan 73 tahun..
Alhamdulillah sihat mama..

With Love
Aini


Sedar tak sedar dah 3 minggu batuk

Assalamualaikum..

Hari ni Aini keje half day..
Hubby tak keje hari ni sebab semalam keja pi site duk kene hujan je..
Dah la semalam dia lalu tempat tu banjir..Di Pulau Meranti
Naik 4wheel, air dah paras setengah pintu..
Memang masuk air la dalam 4 wheel tu..
Alhamdulillah semuanya selamat..

Bulan lepas Aini ada mention Aini batuk kan..?
Sekarang masih lagi duk batuk..
Dah nak masuk 3 botol ubat batuk..
Aini buat test kit -ve..
Demam memang takde la
Makan mmg control la.. 
Sampai nampak la ada susut skit bdn..
Sakit je memang xde selera nak mkan tapi perut duk lapo je..haha

Aini dah lama tak berjalan..
Tapi tuler covid tengah duk naik mendadak..
Sehari kes hampir 4k..
Kes yg aktif sekarang 35k++
Semoga semua selamat dan lindungi dari penyakit merbahaya ni..

Alhamdulillah adik Aini & family dia dah -ve..
Habis dh kuarintin dorang..
Hari ni adik & anak2 dia nak datang rumah.. saje lepak nk jumpa Aisyah and Opahnya
Hubby adik keje..

Batuk Aini kali ni agak teruk dari sebelum ni..
tekak akan rasa gatal pastu bila terbatuk dia non stop batuk..
Bila kita ni ada Asma lagi la jadi teruk..
Aini stand by inhaler je.. so far xde sampai kene nab/gas..

Batuk macam kering.. kahak tu ada xde je..
Yang batuk kering ni lagi sakit..
Sakit dada, sakit tekak, kepala..kadang2 tarik urat bdn kite..
Klau kene warded pun Aini klau leh xnak lah..
Sebab ramai masuk ward sebab covid kan..

Harap ok la lepas ni..
Tak larat Aini


Sumber: FB

Gambar takde kene mengena dengan topik tapi gambar ni sangat menarik..
You all nampak apa..?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Gambar rotate
Seperti awan membisik pada bumi.


With Love 
Aini




Wordless Wednesday: Noor Aisyah

 


Tengok FB td share throwback gambar masa Aisyah kecik..
Masa dia umur 5-9 bulan memang bolatttt muka dia
Macam ada bola ping pong dalam mulut..haha

With Love,
Aini


Pemenang Give Away by Ainihalim

Assalamualaikum..

Yes.. akhirnya Aini dah dapat pemenang GA Aini yang post pada awal bulan lepas..
Dah over due dan Aini patut umum pemenang pada minggu kedua bulan Oktober..
Maaf sekali lagi, dengan kesihatan yang tak mengizinkan untuk Aini berblogging sangat..
Blog walking pun Aini terhenti sekejap..
Actually boleh je Aini guna handphone untuk update blog
Cumanya bila tengok phone lama2 Aini jadi pening..

Aini ada minta tolong assistant Aini.. Si Aisyah pipipau untuk pilih nama..
Punya seronok dia nak pilih..haha
Siap pejam mata pastu masuk tangan dalam bekas untuk tarik satu nama..



Pemenang hanya 3 orang sahaja..
Jom tengok siapa yang kena...!!!




Tahniah ya..!! Nanti Aini akan pos hadiah ya..

Kepada pemenang sila tinggalkan alamat dan no.fon anda dlm komen ya.. (Untuk safety Aini unpublish ya)

Kepada yang tak terpilih, InsyaAllah ada rezeki akan datang, mungkin bukan dari Aini tapi dari Yang Maha Esa.


With Love,
Aini


1 minggu cuti blogging

Assalamualaikum..



Baru hari ni Aini update blog..
Seminggu Aini cuti blogging..
Dalam tempoh seminggu tu macam2 berlaku sehinggakan Aini takde mood untuk blog.
Maaf ya.. Mungkin sesetengah blogger ada singgah blog Aini tapi takde topik yang terbaru..

Ingat masa Aini cerita kisah kakak ipar (SIL) Aini yang kene cancer rahim..?
Minggu lepas Aini dapat berita buruk lagi..
Jumaat lepas SIL pi HUKM utk further check up buat kali pertama di sana..
Sebelum ni private hospital..
Hari jumaat tu selepas check up, SIL kene tahan..
Doc kata ada ketulan di kepala.. tumor di kepala bahagian atas kening..

Hubby Aini takleh tidur..
Semua family kerisauan..
Masing-masing nak tahu keputusan doc pasal tumor tu..

Hari Sabtu Aini tak kerja..
Cuti tahunan dah habis tapi Aini biar je nk tolak gaji pun tolak lah..
So dalam kul 12 lebih Aini settle smua keje rumah
Terus keluar lunch dengan hubby and Aisyah..

Sampai HUKM tengok SIL takde di wad, dia dah turun pi buat MRI bagai..
Aini and Aisyah duk tmpt lain sbb anak kecik tak boleh masuk..
Sebab ada patient baru lepas buat kimo and sorang patient br dpt desease apa ntah..
Dari jam 4pm sampai kul 10pm..
Masa tu pulak perut Aini cramp..faham2 jerlah kan.. x expect lak kene hari tu adehh

Doc bawak balik SIL dan dimaklumkan esoknya kene operate..
masing-masing susah hati dan takut..
Sebelum balik anak2nya peluk mama dia menangis..
Kita semua rasa sebak la.. Masing2 takut kalau operation ni gagal..

Balik tu Aini pujuk hubby kata insyaAllah kakak akan selamat..
banyakkan berdoa..
Ahad pagi mulanya hubby nak duk rumah sebab letih balik dari kerja tu masih tak hilang lagi..
Tapi dia rasa tak sedap hati, kalau2 hari sabtu tu adalah hari terakhir hubby jumpa kakaknya..
Aini suruh dia pi juga, Aini tak ikut sebab ada tempahan kek untuk hari Isnin..

Jam 4pm baru SIL nak pi bilik surgery..
Selepas SIL masuk bilik semua kemas barang2 dia dan stay di hospital sampai selesai..
hubby balik rumah terus sebab Isnin dia kerja.

Jam 11pm dapat wassap daripada MIL.. 
Kata SIL selamat operate.. skrg dia dlm bilik lain utk dipantau
Esoknya dah masuk wad biasa,.. Rasa bersyukur sangat..

Cuma adalagi tumor dalam otak dia dan tak boleh buang buat masa ni..
Risiko tinggi.. So SIL akan buat radioactive utk matikan tumor tu..

Sekarang SIL ada di rumah my other SIL.. dia bujang lagi..
MIL akn duk sekali jaga my SIL sehingga dia sembuh..
So maybe sebulan or 2 bulan la MIL duk KL..

Aini sekarang pula kene batuk balik.. dah seminggu lebih..
mungkin sebab cuaca..Penat juga duk batuk ni sampai tekan kepala kita..
Buat swap test alhamdulillah -ve..

Cuma br tadi dapat info pasal adik Aini +ve covid..
semua family dia Alhamdulillah -ve termasuk la baby Yunus..
Tapi dorang baru balik dari klinik buat PCR untuk kepastian..
Esok akan dapat result..

Dia pun taktau mana dpt.. kemungkinan pi kedai sekejap pun kite leh kene..
Cuma tak pasti di mana.. 

Semoga family Aini dalam keadaan selamat InsyaAllah..

Sekarang kes covid semakin naik.. 
Pakai la mask ya demi orang yang kita sayang..


With Love,
Aini

Followers