Pages

1 minggu cuti blogging

Assalamualaikum..



Baru hari ni Aini update blog..
Seminggu Aini cuti blogging..
Dalam tempoh seminggu tu macam2 berlaku sehinggakan Aini takde mood untuk blog.
Maaf ya.. Mungkin sesetengah blogger ada singgah blog Aini tapi takde topik yang terbaru..

Ingat masa Aini cerita kisah kakak ipar (SIL) Aini yang kene cancer rahim..?
Minggu lepas Aini dapat berita buruk lagi..
Jumaat lepas SIL pi HUKM utk further check up buat kali pertama di sana..
Sebelum ni private hospital..
Hari jumaat tu selepas check up, SIL kene tahan..
Doc kata ada ketulan di kepala.. tumor di kepala bahagian atas kening..

Hubby Aini takleh tidur..
Semua family kerisauan..
Masing-masing nak tahu keputusan doc pasal tumor tu..

Hari Sabtu Aini tak kerja..
Cuti tahunan dah habis tapi Aini biar je nk tolak gaji pun tolak lah..
So dalam kul 12 lebih Aini settle smua keje rumah
Terus keluar lunch dengan hubby and Aisyah..

Sampai HUKM tengok SIL takde di wad, dia dah turun pi buat MRI bagai..
Aini and Aisyah duk tmpt lain sbb anak kecik tak boleh masuk..
Sebab ada patient baru lepas buat kimo and sorang patient br dpt desease apa ntah..
Dari jam 4pm sampai kul 10pm..
Masa tu pulak perut Aini cramp..faham2 jerlah kan.. x expect lak kene hari tu adehh

Doc bawak balik SIL dan dimaklumkan esoknya kene operate..
masing-masing susah hati dan takut..
Sebelum balik anak2nya peluk mama dia menangis..
Kita semua rasa sebak la.. Masing2 takut kalau operation ni gagal..

Balik tu Aini pujuk hubby kata insyaAllah kakak akan selamat..
banyakkan berdoa..
Ahad pagi mulanya hubby nak duk rumah sebab letih balik dari kerja tu masih tak hilang lagi..
Tapi dia rasa tak sedap hati, kalau2 hari sabtu tu adalah hari terakhir hubby jumpa kakaknya..
Aini suruh dia pi juga, Aini tak ikut sebab ada tempahan kek untuk hari Isnin..

Jam 4pm baru SIL nak pi bilik surgery..
Selepas SIL masuk bilik semua kemas barang2 dia dan stay di hospital sampai selesai..
hubby balik rumah terus sebab Isnin dia kerja.

Jam 11pm dapat wassap daripada MIL.. 
Kata SIL selamat operate.. skrg dia dlm bilik lain utk dipantau
Esoknya dah masuk wad biasa,.. Rasa bersyukur sangat..

Cuma adalagi tumor dalam otak dia dan tak boleh buang buat masa ni..
Risiko tinggi.. So SIL akan buat radioactive utk matikan tumor tu..

Sekarang SIL ada di rumah my other SIL.. dia bujang lagi..
MIL akn duk sekali jaga my SIL sehingga dia sembuh..
So maybe sebulan or 2 bulan la MIL duk KL..

Aini sekarang pula kene batuk balik.. dah seminggu lebih..
mungkin sebab cuaca..Penat juga duk batuk ni sampai tekan kepala kita..
Buat swap test alhamdulillah -ve..

Cuma br tadi dapat info pasal adik Aini +ve covid..
semua family dia Alhamdulillah -ve termasuk la baby Yunus..
Tapi dorang baru balik dari klinik buat PCR untuk kepastian..
Esok akan dapat result..

Dia pun taktau mana dpt.. kemungkinan pi kedai sekejap pun kite leh kene..
Cuma tak pasti di mana.. 

Semoga family Aini dalam keadaan selamat InsyaAllah..

Sekarang kes covid semakin naik.. 
Pakai la mask ya demi orang yang kita sayang..


With Love,
Aini

9 comments:

  1. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Aini, SIL dan adik Aini.

    Sekarang ada sub varian Omicron XBB yang lebih mudah merebak. Memang menakutkan. Sama2 la kita ikhtiar jaga diri.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan buat SIL aini dan diberikan kesembuhan...sabar, tenang dan kuat semangat...

    ReplyDelete
  3. Moga dipermudahkan segala urusan Aini sekeluarga 🤲

    ReplyDelete
  4. Allah semoga Aini sekeluarga dan SIL diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini. It's hard, coz i've been in that situation when my dear one lost bcoz of cancer. Cancer paru2 yang dah merebak ke otak but yang otak detected first. Semoga syurga untuk kita semua.

    Take care! Sekarang covid meningkat!

    ReplyDelete
  5. Allah...semoga proses penyembuhan SIL Aini dipercepatkan. Aini pun semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  6. Mudah-mudahan Aini sekeluarga dan SIL cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. Semoga SIL kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  8. Semoga SIL, adik Aini dan keluarga serta Aini juga kembali sihat segera. Aamiin...

    ReplyDelete
  9. semoga diberi kesembuhan buat aini sekeluarga

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers