Pages

Teman mama appointment di Uitm Puncak Alam

Assalamualaikum,

Selasa baru ni 15hb Nov 2022, Jam 9 pagi mama Aini ada appointment untuk check mata
Mama Aini mengadu mata tak jelas, padahal masa tu baru lepas buat cerma mata baru
So Aini ada kawan buka kedai cermin mata yang boleh check dalam mata..
Dari situ boleh detect apa sebabnya..

Kedai kawan Aini tu cek mata harga dia RM 98 
Pemeriksaan mata terperinci termasuk :
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
📌Power Mata Secara Tepat
📌Pemeriksaan Katarak & Selaput 
📌Pemeriksaan Mata Kering 
📌Pemeriksaan Mata Luka
📌Pemeriksaan Otot Mata
📌Pemeriksaan Saraf & Salur Darah Belakang Mata

So dorang akan buat surat untuk refer pada yang pakar.

Hari Selasa pagi tu selepas register tunggu la nama mama Aini dipanggil.
So masa doc pi cek mata mama untuk double confirm..
Doc dapat detect mata mama memang ada Katarak 
Mata belah kanan agak tebal daripada mata kiri..
So kedua-dua matanya akan dibedah start bulan Januari..
Dua bulan selepas tu baru bedah belah kiri pula..

Ada gak tanya kawan, selepas dibedah tu tak perlu warded
Cuma akan tunggu sekejap di hospital pastu dah boleh balik..

Semoga dipermudahkan urusan mama nanti..InsyaAllah..

Ni gambar masa mama jumpa Doc..

1st cek mata dan sebut huruf yang ada di screen
Selepas tu nurse masukkan drip mata..Mama kata pedih sangat

Tunggu dalam 15min, pergi ke bilik lain pula untuk jumpa dengan doc
Doc cek dua2 mata kene operate..
Tukar kanta katanya..


Dh habis sempat la snap Aisyah
Dia turunkan mask sendiri pastu buat peace..
Pandai ya Aisyah..haha

Selepas selesai mama ajak makan..
Masa nak balik mama sendiri nak drive ya..
Kemain mama.. 

Mama Aini ni klau pecut, seriau Aini..haha
Macam orang muda bawak keto..
Umur 72 tu..January dan 73 tahun..
Alhamdulillah sihat mama..

With Love
Aini


No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers