Pinggul mama retak
Petua untuk JANTUNG
Aini jumpa petua jantung ni dan nak share untuk readers juga supaya boleh ikut petua ni untuk dapat jantung yang sihat. Jom kita buat sama²..
![]() |
| Sumber telegram Koleksi resipi mudah untuknyang tersayang. |
Petua untuk JANTUNG
Guna BAWANG PUTIH
Bahannya :
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu
Caranya :
3 ulas bawang putih di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan
1 sdb Madu.
Kemam perlahan-lahan campuran bawang putih dan madu tadi.
*Seeloknya ambil masa perut kosong. InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada badan.
Sebenarnya petua dan resepi ni bukan hanya untuk jantung je tau, tapi berguna untuk lain-lain masalah juga antanya 👇:
1. cegah lebihan lemak pada dinding jantung.
2. cegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat
3. Turunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
4. Rawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
5. Rawat masalah cirit birit
6. Buang toksik dalam badan
7. Tambahkan daya ketahanan badan
8. Turunkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis
9. Cegah penyakit kanser
10. Kurangkan sakit arthritis
11. Turunkan berat badan
Lagi satu, kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ni.
5 hari sakit mata
Hurix ubat sakit gigi
Lately ni Aini sakit gigi, punca sbb gigi berlubang.. kite ni takut nak pi dentist..
Bukan apa, sebab tak tahan dengan rasa ngilu tu huhu..
Aini hampir makan ubat pain killer..
Pastu ada 1 time sakit gigi sgt, nak bite apa2 susah..
Hubby belikan Hurix ubat sakit gigi..
Sebelum Aini tido, Aini pakai la Hurix ubat sakit gigi ni setitik di tempat gigi sakit tu
Alhamdulillah esok paginya, dah x rasa sakit langsung sampai ke petang..
Harap hilang terus la rasa sakit ni..
Dah beberapa hari dah makan bubur nasi ni..hahaha

Pernah pakai ni..? rasa bunga cengkih ni memang kuat tapi worth to buy..
Beli la untuk simpanan stock, expired dia mmg lambat..
Mana la tau tiba2 sakit gigi kan leh la pakai Hurix ni..hehe
Mama jumpa doc pakar
Assalamualaikum..
Selamat berpuasa my dear readers.. Lately ni Aini tak berapa sihat.. batuk dan semput at the same time sejak Sabtu lepas. Mungkin sebab cuaca yg panas sangat pastu kejap sejuk..
Aini dah lama tak update blog sebab menjaga mama Aini. Last November, ada 1 hari tu mama Aini nampak keletihan.. Aini cuma ingat sebab mama Aini duk aktif dengan marhaban jadi aini rasa mungkin sebab tu mama Aini kerap duk dalam bilik, golek2 kt katil sambil tengok tv.. Aini kerap la tengok mama kot2 mama nak apa2..
Mama Aini tak demam tapi mama kata mama rasa letih sangat. Esok tu mama datang kat Aini kata dia sakit celah ketiak kiri kanan.. bila Aini tengok memang terkejut. Dari belakang hingga ke depan area ketiak merah sangat2. Dan bila Aini pegang rasa dia keras ya amat. Aini dah mula risau.
Rupanya dah 2 hari jadi camtu sampai mama rasa sakit sangat baru la nak bagi tahu Aini. Aini cakap kat mama klau ada apa2 bagi tau cepat2 takut jadi semakin teruk. Selepas jumpa doc, dia kata kene ambik darah. Resultnya mama Aini kene jangkitan kuman. Yang kanan paling teruk bengkaknya, belah kiri nampak skit macam size kene bisul.
Selepas mama habis makan antibiotoc, yg bengkak kanan tu tak surut lg.. belah kiri baik..Pegi lagi klinik, Aini ingat sekejap je rupanya dekat 2jam mama Aini di dalam bilik doc. Rupanya mama Aini kene terus buat minor surgery untuk buangkan nanah di belah kanan. Jangkitan kuman tu reading dia dah tahap tinggi sangat tapi yg miracle tu mama Aini langsung tak demam. Kalau demam memang dh kene warded.
Doc potong hampir 2cm untuk keluarkan nanah dan akan biarkan macam tu sehingga tumbuh daging baru tak boleh jahit lagi. setiap hari buat dressing di klinik nak bagi bersih kawasan luka tu. Ada sampai 1 bilik tidur mama bau nanah yg kuat. Setiap malam Aini akan tolong cuci luka mama dan tutup dgn wounded cotton. Kalau diikutkan Aini takleh tengok lubang besar mcm tu Aini akan vomit tp sebab mak kita sendiri kan so kita jadi berani.
Disebabkan dah sebulan tak ok lagi, Aini minta klinik buat refer letter ke hospital pakar. Dah pi hospital dapat pula doc lelaki. Mama Aini segan la tapi terpaksa. Doc tengok ada lg kesan lubang yg doc klinik potong tu, doc suruh buat ultrasound bulan Jan 24.
Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha Aini tolong mama bersihkan luka, akhirnya luka tu dah tertutup. Makan 3 bulan lebih juga la. kesian mama Aini.. nak tdo susah, solat susah.. bila berpeluh naik gatal sangat, mama Aini tahan jelah.
13 March 24, berjumpa dengan doc pakar nak tau result ultrasound hari tu. Alhamdulillah mama Aini clean. semua negatif, tiada apa2 dalam badan mama.. Syukur sangat.
Aini risau sebab arwah paklong Aini (abang mama Aini) ada cancer. Macam² Aini fikir masa tu. Bila dapat result dari doc, hati rasa lega sangat.
Tahun ni umur mama dah 74.. Alhamdulillah mama masih kuat dan sihat.. Semoga Allah panjangkan usia mama dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin..
Love, Aini
Mama ada katarak..
Aisyah demam seminggu
Terpaksa letak jawatan 24 jam
Hampir 2 minggu Aini tak update blog.
Aini pernah cerita Aini dapat offer dengan kerajaan Selangor.
Kenapa jadi pengasuh pulak..?
Aini apply kerja sebagai kerani akaun tapi bila lapor diri pada hari pertama Aini kene jaga budak umur 2 tahun.. Aini macam eh kenapa pulak kene jaga budak..?
Dorang kata mereka kekurangan staff untuk jaga budak umur 2 tahun.
Esoknya Aini ingat nak ke ofis Aini, sekali dapat msg dari pengerusi kata minta Aini ganti lagi jaga budak dan tempat meja aini xde lagi. Aini mcm hmm ok la..
Apatah lagi ms tu Aini kene keje jaga budak 2 tahun seramai 10 orang.
Bayangkanlah betapa ramainya nak handle anak orang umur 2 tahun ni. Macam2 ragam, kerenah dorang ni.. Bila kat sini nangis, sana plak nangis. Aini jadi tertekan.
Dan mula lah Aini dah start semput sebab penat sangat.
Kene makan bubur je
Keputusan dah keluar..Kolestrol tinggi
Aini nervous bab gula.. takut juga klau kene kencing manis
Sebab ada sejarah kene kencing manis semasa pregnant si Aisyah ni..
Alhamdulillah gula Aini cantik, buah pinggang, darah tinggi semua cantik cuma...
Kolestrol tak cantik..
Doc siap tanya Aini, ada family terdekat pernah meninggal terkejut atau sakit jantung
Aini jawab takde..
Aini tak rasa apa2 pada masa tu, ingat just a question rupanya sebab tu..
Lagi 3 minggu kerja
Sakit kepala cepat buat check up

Soft Cooling Gel Pillow untuk anak demam


Aisyah tiba² demam

Start check up year 2023
This year nak masuk 38 tahun
Aini ada baca info bila kita dh middle age of 30s
Dinasihatkan buat medical check up
Selepas jumpa doc minggu lepas, dia baca report Aini dan kata pada Aini "Awak ni obese ya.."
Aini pun jawab ya betul..hahaha

Ubat mata untuk mata yang terlampau gatal
Minum petang - Salad makanan sihat



Gamma Knife Surgery
Hari ni Aini dapat info dari kakak ipar yang hari ni dia akan buat operation di kepala
Pagi tadi dia dah buat MRI, sekarang dia akan buat operation gamma knife
Doc akan laser pada sel cancer sahaja..
Hubby kene Influenza B
Kebaikan Halba Dalam Kehidupan
Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Yang Ramai Kita Tak Tahu.. 👇👇👇
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
1-Mencuci perut. Mencuci darah kotor
2-Mencantikkan struktur kulit dari dalam
3-Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
4-Merawat penyakit kencing manis.
5-Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
6-Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
7-Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
8-Membantu masalah kegemukan
9-Mengurangkan berat badan. Menguatkan fungsi jantung
10-Merawat masalah sembelit & buasir
11-Melancarkan perjalanan darah
12-Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid
13-Melegakan masalah sakit kepala / migraine
14-Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim (ikhtiar utk mereka yang ingin hamil)
16-Mengetatkan & meremajakan rahim
17-Menghilangkan lendir & sakit tekak
18-Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
19-Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
20-Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
21-Memperbanyakkan air susu ibu
22-Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
23-Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
24-Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
25-Memelihara keanjalan kulit (awet muda secara semulajadi)
Cara cara:
Goreng tanpa minyak sehingga garing
kisar halus
simpan dlm bekas kedap udara.
Untuk wanita
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas
minum pagi dan mlm
Untuk lelaki
Bancuh 1 sudu kecil dgn air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi












