Pages

Mama jumpa doc pakar

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa my dear readers.. Lately ni Aini tak berapa sihat.. batuk dan semput at the same time sejak Sabtu lepas. Mungkin sebab cuaca yg panas sangat pastu kejap sejuk.. 

Aini dah lama tak update blog sebab menjaga mama Aini. Last November, ada 1 hari tu mama Aini nampak keletihan.. Aini cuma ingat sebab mama Aini duk aktif dengan marhaban jadi aini rasa mungkin sebab tu mama Aini kerap duk dalam bilik, golek2 kt katil sambil tengok tv.. Aini kerap la tengok mama kot2 mama nak apa2.. 

Mama Aini tak demam tapi mama kata mama rasa letih sangat. Esok tu mama datang kat Aini kata dia sakit celah ketiak kiri kanan.. bila Aini tengok memang terkejut. Dari belakang hingga ke depan area ketiak merah sangat2. Dan bila Aini pegang rasa dia keras ya amat. Aini dah mula risau. 

Rupanya dah 2 hari jadi camtu sampai mama rasa sakit sangat baru la nak bagi tahu Aini. Aini cakap kat mama klau ada apa2 bagi tau cepat2 takut jadi semakin teruk. Selepas jumpa doc, dia kata kene ambik darah. Resultnya mama Aini kene jangkitan kuman. Yang kanan paling teruk bengkaknya, belah kiri nampak skit macam size kene bisul.

Selepas mama habis makan antibiotoc, yg bengkak kanan tu tak surut lg.. belah kiri baik..Pegi lagi klinik, Aini ingat sekejap je rupanya dekat 2jam mama Aini di dalam bilik doc. Rupanya mama Aini kene terus buat minor surgery untuk buangkan nanah di belah kanan. Jangkitan kuman tu reading dia dah tahap tinggi sangat tapi yg miracle tu mama Aini langsung tak demam. Kalau demam memang dh kene warded.

Doc potong hampir 2cm untuk keluarkan nanah dan akan biarkan macam tu sehingga tumbuh daging baru tak boleh jahit lagi. setiap hari buat dressing di klinik nak bagi bersih kawasan luka tu. Ada sampai 1 bilik tidur mama bau nanah yg kuat. Setiap malam Aini akan tolong cuci luka mama dan tutup dgn wounded cotton. Kalau diikutkan Aini takleh tengok lubang besar mcm tu Aini akan vomit tp sebab mak kita sendiri kan so kita jadi berani. 

Disebabkan dah sebulan tak ok lagi, Aini minta klinik buat refer letter ke hospital pakar. Dah pi hospital dapat pula doc lelaki. Mama Aini segan la tapi terpaksa. Doc tengok ada lg kesan lubang yg doc klinik potong tu, doc suruh buat ultrasound bulan Jan 24. 

Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha Aini tolong mama bersihkan luka, akhirnya luka tu dah tertutup. Makan 3 bulan lebih juga la. kesian mama Aini.. nak tdo susah, solat susah.. bila berpeluh naik gatal sangat, mama Aini tahan jelah.

13 March 24, berjumpa dengan doc pakar nak tau result ultrasound hari tu. Alhamdulillah mama Aini clean. semua negatif, tiada apa2 dalam badan mama.. Syukur sangat.

Aini risau sebab arwah paklong Aini (abang mama Aini) ada cancer. Macam² Aini fikir masa tu. Bila dapat result dari doc, hati rasa lega sangat.

Tahun ni umur mama dah 74.. Alhamdulillah mama masih kuat dan sihat.. Semoga Allah panjangkan usia mama dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin..



Love, Aini



2 comments:

  1. alhamdulillah..xde apa yang merisaukan..akak bab ni yang takut sanagt lepas pengalaman menjaga arwah mak pah selama ni kan....kalau nampak pelik2 tu paksa je mama pergi jumpa doktor..jangan simpan...bahaya

    ReplyDelete
  2. Syafahallah utk mama Aini 🤲
    Mudah-mudahan berkat Ramadhan ni Allah perkenankan doa agar Mama sihat selalu dan dijauhkan dari seberang penyakit berat aamin.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers