Pages

Aisyah doa gosok gigi

Assalamualaikum..

Tadi keluar kejap beli lunch awal.. seberang jalan je..hehe
Nampak plak ayam masak lemak.. sedap lak tengoknya..bahagian thigh plak tu..
Itu pun lauk2 dia dh nak habis.. ingat kita yang awal rupanya ada orang lagi awal dari Aini..haha
Malam semalam, Aisyah dinner nasi sikit je..
Sebab sebelum maghrib dia makan cucur udang banyak..
Peyut dia kecik so xleh sumbat banyak..walaupun dia chubby..hehe
Pastu tiba-tiba dia kata dia nak makan roti dengan milo.. 
So Aini bagi la dia makan sebelum naik tidur..

Sambil tu dia nak tengok cerita Omar Hana..
Ada satu episode ni tajuknya "Bismillahirrahmanirrahim"
Masa tengok Omar Hana menyanyi Bismillah dia tanya Aini

Aisyah    : Kenapa Omar Hana main baca bismillah..(Means dia ingat bismillah ni untuk makan je..)
Aini        : Bila Aisyah nak main, nak buat something kenelah baca Bismillah..
                 Baru lah Allah sayang Aisyah..
Aisyah    : Owhhhhhh (pnjang Owhh dia tu)

Bila dah naik atas nak tido, macam biasa Aini akan bawak dia pi jumpa Opah
Salam good night..pastu dia sendiri cakap "terima kasih opah jaga Aisyah"
Opahnya geram je bila dia cakap camtu.. Aini pun geram dengan suara halusnya lagi..haha

Dah masuk bilik Aini bawak dia ke toilet nak gosok gigi
Masa Aini letak ubat gigi kat berus gigi dia, Aisyah baca doa
Pastu dia nampak Aini pandang dia terus dia sengih..
Aini ketawa Aisyah baca doa makan ke..? dia angguk..
Aini cakap Aisyah baca Bismillahirrahmanirrahim pun dah cukup.. pastu dia senyum




Haih la Aisyah, semakin hari semakin bijak..Alhamdulillah
Rasa cepat pulak dia dah besar..
Tahun depan dah sekolah dah..
Mama is sad..

Baca doa gosok gigi:

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِيْ، وَشُّدّ بِهِ لِثَاتِىْ، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ ياَ اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ Allāhumma bayyidh bihī asnānī, wa syudda bihī litsātî, wa tsabbit bihī lahātī, wa bārik lī fīhi, yā arhamar rāhimīn. Artinya, “Ya Allah, putihkanlah gigiku, kuatkan gusiku, teguhkan rongga kerongkonganku melalui pembersih gigi, dan berkahilah diriku melaluinya, wahai Zat yang Maha Pengasih.”



With Love,
Aini

Scammer masuk line telegram

Assalamualaikum..

Selamat bekerja.. Ada yang start cuti ke hari ni..?
Sambung sampai ke Hari Merdeka?
Aini mcm biasa kerja.. cuti tak banyak.. nak jimat..hehe
Tapi rabu tu memang cuti la..public holiday kan..

Anyway..malam semalam Aini terima text telegram dari contact list Aini la
Dia ni slalu datang rumah untuk servis coway Aini
So mulanya Aini ingat memang betul dia..
Aini ikut apa dia minta tolong tu..
Pasti Aini terima message dari Telegram sendiri kata ada device lain guna telegram Aini
Aaaa sudahhh..




highlight merah tu scammer


So cepat-cepat la Aini ikut instruction dari telegram tu..
Alhamdulillah dapat remove device dia..
Aini pun block nama orang coway ni sbb tau itu bukan dia dh..

Aini personal msg whatsapp orang coway ni plak..
Dia kata dia kene hack.. dia takleh login..
Ramai contact list dia kene scam dr org tu minta duit..
Harap takde yang ikut la..
Dia pun dah lapor pada polis pasal hal ni..

Takut juga klau dah kene hack atau scam ni kan..?
Jujur la zaman teknologi sekarang bahaya..
Kite kene betul berhati-hati..
Zaman skrg ni otak dorang ni dah macam robot..
Terer gila bab nak hack orang dengan hanya guna IT je..
Klau dah nak duit banyak dorang guna la cara yang kotor kan..

Semoga kita semua dilindungi..

Yang pasal isu hangat ramai orang yang ada CIMB ni banyak kene hack
Ambik duit orang tanpa pengetahuan dorang..
Aini ada CIMB Bank dan guna untuk bisnes kecil Aini
Bila Aini tahu kes ni Aini tukar ke bank lain..
Risau youuuu...

Sesiapa ada telegram better set betul..
Letak password..selagi leh secure kite secure

With love,
Aini

Suami kene kacau di hotel tengah bandar

Assalamualaikum

Ok ramai nak tahu hotel apa kan..?
Kalau diikutkan dan secara logiknya..
Mana-mana hotel ada orang kene kacau kan..? 
Cuma ikut nasib lah kene kacau ataupun tidak..
Alhamdulillah Aini so far tak pernah kene kacau dan kalau boleh tak kene langsung
Aini jenis orang yang lemah semangat.

Boleh jadi benda ni akan menumpang kalau bilik tu kosong lebih tiga hari..
Klau bulan atau tahun lagi la kuat dia kacau kan..?
Walaupun hotel tu di tengah bandar boleh jadi ada gangguan salah satunya during PKP la
Dah berapa lama orang tak check-in hotel..
Kalau total semua hampir setahun juga kan..?
Inikan pula kalau bilik hotel tu takde langsung orang duduk..

Hubby Aini ada urusan di KL hari esoknya.. kene ada di event tu awal pagi
hubby one of the urus setia so kene stay di hotel.
Walaupun di KL je, suami decide untuk bermalam di hotel juga sebab taknak redah jam
Terutama bila lalu di MRR2..memang sakit la nk layan jam tu
Sebab tu paling dekat laluan dari rumah Aini.

So pagi tu hubby pi ofis macam biasa
Jam 3pm hubby and the gang bergerak pi hotel ni
Hubby check in letak barang pastu terus pi ke tempat event untuk rehearsal
Hubby kata masa letak barang dalam bilik tu dia on semua lampu
Ada lampu terang dan lampu dim
Hubby kata bila tgk hall dlm bilik tu mcm ternampak asap halus lalu
Tak tahu sama ada mata dia kabur sebab penat atau sebaliknya

Dalam jam 7pm hubby dah balik hotel
Ofismate bilik sebelah dia 2 orang perempuan
Hubby dah letih sangat so dia nak pi mandi lah..

Gambar hiasan

Cerita kene kacau

Bilik 1: 2perempuan
Dorang pi ketuk pintu hubby..Hubby tak dgr sbb mandi..
Pastu dorang pi intercom hubby tanya hubby kt bilik ke..
Hubby jawab la ya..tgh mandi.. hubby tanya nape..
Dorang nak jumpa, hubby xnk sbb msh berkemban lagi..haha
Hubby tanya nape.. dorang kata masa dorang duk kt katil terdengar bunyi pintu tutup kuat dari toilet
Kemudian main laci
Hubby jawab..Owh dorang naik main je tu..

Bilik 2: Hubby Aini
Jam 10pm hubby video call Aini and Aisyah..
Borak2 dalam 30min say good night.
Hubby kata dia tido sorang kat bilik.
Semasa tengah on call dengan Aini..Aini nampak huby tengah berjalan..
Rupanya dia kata masa tengah call tu ada bunyi air sinki kat bilik air kuat
Bila hubby bukak pintu, air paip tu dah tutup tapi nampak kesan air mercik sampai ke lantai
Hubby tak cakap apa2 kat Aini..
Selepas habis call, TV duk main off and on.. Hubby nk smoke kat balcony end up hubby smoke dpn TV
Duk main off on lagi pastu lampu belakang TV pun mai off on hubby tengok je bende tu buat
Lepas tu stop.. mungkin dia tgk hubby ni macam takde perasaan je malas la layan haha..

Bilik 3: Kawan Hubby 
3 orang tidur sebilik..
Masa dorang tido, jam 3pg ada ketukan pintu yang sangat kuat
Seolah-olah orang tengah mengamuk
Seorang terjaga kejut kawan dia..Yang seorang lagi masih tidur..
Kemudian main laci pula.. buka tutup ntah berapa kali..jelas dorang nampak masa tu
Masing2 dah takut..tutup kepala dengan selimut sampai tak sedar dorang tertidur

Kalau Aini duk dalam tu mau Aini keluar tidur dalam kereta kot..huhu
Nak tahu hotel mana..?
Hotel Flamingo, Ampang

With love,
Aini


Salam Jumaat: Yang Halal Menjadi Haram

 


YANG HALAL MENJADI HARAM.

.
Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
.
Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...
.
Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.
.
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.
.
Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.
.
Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.
.
Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.
Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.
Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.
.
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.
.
Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.
.
Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.
.
Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.
.
Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.
.
Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, Kampung Baru

Assalamualaikum.

Cerita pada hari Aini pi kursus pada 9 dan 10 Ogos 2022
Pada 8hb Ogos Aini kerja halfday sebab nak check in awal dia hotel.
Kursus tu start pukul 9pagi so Aini tak nak redah trafik jam pagi-pagi..
Aini bawa mama Aini and Aisyah sekali boleh lah mandi swimming pool kan..?

Tamu Hotel and Suite Kuala Lumpur, Kampung Baru



Deluxe room, king size bed
RM280 per night breakfast included  for 2 pax

Aisyah rasmi TV dulu..tengok cartoon..
Dia nak tgk cerita Nussa.. Aini kata TV ni takde cerita Nussa..
Dia pun oklah janji ada cartoon..

Bilik air, nampak luas..
Klau ada bathtub best gak.. leh rendam lama relax2 gitu.

View dari bilik Aini..
Boleh nampak Perpustakaan Negara, HKL.. Bawah kanan tu Masjid Kampung Baru

Di sebalik langsir..Mama Aini tengok view cari tempat tinggal mama zaman bujang dulu
Mama kata banyak berubah..

Aisyah 1st time in the swimming pool
Mamanya tumpang sekali (picture tekan by my mum)
Belakang Aini nampak bangunan KLCC
Swimming pool tutup sehingga 7pm

Setelah sejam berenang.. Aisyah taknak keluar..
Pujuk-pujuk baru keluar..
Tuala panda beli di Lotus..

Dinner.. Aisyah makan spaghetti carbonara 
Excited Aisyah dapat makan favourite food dia

Night view jam 1130 malam
Bangun kul 4 pagi pun still nampak ada kereta bergerak
Aini bangun 4pagi tu sebab terasa badan Aisyah start panas balik.

Website: Tamu Hotel
Book Online: Booking room
Reservation: +603 2603 1999

Bagi nak cuba stay di Tamu Hotel boleh klik di atas.
Bagi Aini elok call senang.. so leh tahu kite nk connecting room ke.. nak katil besar ke senang

With Love,
Aini




 

Tidak menepati temujanji

Assalamualaikum..

Terjadi pagi tadi, Aini telah membuang masa hampir setengah hari
Ini bukan kali pertama tapi ni dah kali kedua

Pakcik Aini nak jual rumah..Dah sebulan lebih la dh ada buyer
Sekarang ni under document processing la..
Pakcik Aini duk jauh so dia minta tolong Aini handle la sebab dekat dengan rumah Aini
Rumah tu pun takde orang duduk..memang kosong..
Last was student Uitm.. Sekarang pakcik Aini decide nak jual..
So this person in charge ni I think lawyer from this property company..
Last week dah call Aini nk jumpa di rumah pakcik hari Sabtu jam 3pm.
Aini cakap selepas jam 2pm leh jumpa sebab Aini kerja halfday so final jumpa jam 3pm la..
Masa Aini kerja, jam 12pm dia call Aini leh jumpa terus tak..
Aini jawab la takleh sebab kerja.. lepas kul 2pm leh jumpa..
Dia pun oklah kul 3pm as we promised.

Aini ni jenis agak punctual..klau jumpa kul 3 before tu Aini dh sampai dah
Klau Aini lambat sikit pun Aini akan maklum pada orang tu takut ingat kita jadi jumpa ke tak..
So Aini text dia kata dah sampai.. takde blue tick..
3.10pm Aini call dia.. dia jawab termengah2 kata dia kat Bukit Beruntung baru lepas jumpa orang..
Dalam hati said Whattt... Aini leh agak la dia nak datang pun lbh 30 minit sampai
Dia request nak jumpa kul 4pm.. Aini dah down sebab Aini tak suka last minit..
Kita pun ada program sendiri kan..?
Aini cakap tak boleh sebab kul 4pm ada appointment dengan doctor..
Dia pun cakap kita jumpa Isnin.. Hari ni ler.. jam 11am

So Aini masuk ofis lambat sebab dah ada temujanji dengan orang ni..
Jam 9am td Aini text dia.. utk confirm jam 11am..
Takde respond.. skali jam 15min nak pukul 11am baru dia call Aini..
Bila dia kata minta maaf, hati Aini rasa tak best dah..
Dia kata dia ada meeting blum habis lagi..
Pastu tanya Aini bila Aini free, "puan bagi tau nnt saya datang.."
Nak je marah kat dia.. Kita free hari ni sebab nak jumpa dia lah..esok lusa tulat xtau free ke tak..

So Aini cakap lunch hour je..dah nak sampai inform, nanti baru datang..
Sebab tempat keje Aini dan rumah dekat cuma trafik light ler buat lambat sampai.

As my advise..
Kita sebagai lawyer ke, salesman ke, agent mana2 ke atau even nak jumpa kawan or family ni
Klau dah buat temujanji dengan seseorang please be on time..
Klau lewat atau ada emergency yang tak dapat nak dielakkan please please inform orang ni awal-awal
Supaya orang ni tak tunggu lama atau membuang masa
Klau inform awal sekurang-kurangnya orang ni boleh proceed dengan hal dia yang lain..
Betul tak..?

Harap lepas ni dia nak jumpa Aini biar jadi la..
Kalau kali ketiga pandai la dia tu tapi Aini kene gak jumpa dengan dia sebab kunci rumah Aini pegang
Adehh sabo jelah dapat jumpa perangai manusia macam ni..


"Masa itu emas"

With Love,
Aini






Bersin tanpa henti sebab cuaca


Pernah tak di waktu pagi ok je rasa
Tak rasa sakit..sihat je..

Tiba-tiba pi kerja dalam ofis sejuk
Waktu lunch keluar la kejap..panas terik
Selepas tu tangkap hidung terbersin sekali dua
Ok la kejap.. Tak sampai 5 minit duk bersin tanpa henti sampai lah tarik nafas panjang
Dan bersin sekuat hati..haha..tuler Aini kene tadi..

Mujur bersih kuat tadi dalam kereta..
Kalau di luar malu lah..
Nampak sopan je perempuan ni tapi bila dia bersin MasyaAllah...

Habis lunch, duk soksek je memanjang
Dah telan ubat flu masih duk soksek lagi
Nak solat pun susah..sabar je lah..
Jangan demam esok sudah..

You all pernah kene tak macam tu..?
Seksa betul kan..?

With Love
Aini

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

1. Minum banyak air
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

  
2. Bersenam
Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?

4.    Tidur yg cukup
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih

6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Manjakan diri
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress.
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy.
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


10. Ketawa penghibur duka
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

With Love,
Aini

Nak ikut hubby beli barang basah..

Assalamualaikum..

Selalunya minggu pertama hari Ahad
Hubby akan pi beli barang basah
Selalu dia pi seorang sebab banyak benda Aini nak buat kerja di rumah..
Nak handle si kenit lagi.
Tapi disebabkan dah lama sangat tak keluar berjalan dengan hubby
(Hubby keje 6 hari seminggu sekarang sebab nak siapkan projek besar dari pejabat dia sejak bulan Jun lagi)
So Aini decide nak ikut juga walaupun pi pasar je..hehe
Nanti hubby dah habis projek dia baru leh pi cuti-cuti Malaysia

Ahad pagi tu Aini pi jumpa orang yang nak beli rumah pakcik Aini
Dia datang nak tunjuk adik kembar dia rumah yang mereka bakal duduk nanti
InsyaAllah hujung tahun settle la..
Selepas tu, Aini ikut hubby pi Pasar Raya Ikhwan di Sungai Buloh
Ofcoz mesti bawa Aisyah sekali, tak sempat nak mandikan dia sebab dia bangun lambat
Jumpa orang masa tu jam 11pagi.
Sempat ler tukar baju je

Sampai di Pasar Raya Ikhwan, kami singgah makan di kedai mamak sebab lapar
Masing2 makan maggi goreng.. Aisyah suka la sbb maggi tapi pedas sikit
Pastu such a small world, suami bertembung dengan jiran lama dia
Ada la 20 tahun kot tak jumpa.. terharu hubby.. 
Dia cerita sejak arwah baba dia meninggal, jiran dia ni banyak bantu dia sekeluarga

Selesai makan terus ke Pasar Raya
Aisyah nampak buku ABC so ambik la satu untuk dia
Pastu terus pi seksyen barang basah..
Hubby yang banyak memilih sebab dia lebih pandai pilih mana yang elok dan fresh
Aini pun dapat belajar dari hubby juga tapi kalau Aini ada dengan dia hubby kata biar dia ambikkan,
Hubby suruh jaga Aisyah, Aini boring so Aini pi tempat sayur-sayuran..


Banyak beli ikan sebab 1 family suka makan ikan


Aisyah nak duk jauh sebab takut tengok kaki ayam..haha


Dah selesai baru la kami balik ke rumah
Settle la apa yang patut sampai la ke malam..
Esoknya kerja pada hari Isnin tu dan Isnin tu lah Aini check in hotel di KL

Sekian cerita Aini pada hujung minggu lepas..hehe

With Love,
Aini


Wordless Wednesday: Yunus superboy


Secara spontan Yunus (anak buah Aini) buka baju
Ibunya pi kat Yunus tengok nape senyap je..
Dia leka tengok TV sambil tangannya pegang baju camtu..
Ibunya pun snap bagi kat group Whatsapp family..
Yunus nak jadi super hero..
Superboy😂



 

1 Minggu tak blog sebab..


Assalamualaikum..

Harap semua sihat.. Maaf ler seminggu tak update blog..
Banyak lah nak kene backdated blog nanti
Isnin lepas Aini kerja halfday sebab petang tu nak check in hotel di KL (tunggu next topic tentang hotel ya)
Dekat je nak pi kursus tu tapi Aini taknak rushing pi kursus dari rumah
Mesti akan sangkut jam punya..
Dah la tengah bandar

Aini bawa mama and Aisyah sekali.
Hubby Aini tak dapat ikut sebab dia pun ada kene attend kursus di Shah Alam
Sebab kursus habis jam 5ptg so leh la bawak Aisyah swimming nnt
Tapi yang sedihnya Aisyah jadi tak berapa sihat..
Dia mula batuk..demam on off sebab berjangkit dengan sepupunya
Ahad tu sepupunya datang rumah, demam sikit la tapi biasa la budak kecik ni immune tak kuat kan
So hari Isnin Aini check in hotel tu ingat nak bawa la Aisyah mandi kat swimming pool hotel tu
Dah bdn dia duk panas, bagi dia mkn ubat demam and tido awal la

Sejak Aisyah baby sampai la sekarnag tak pernah duk hotel
So ni kira 1st time dia duk hotel..
bila masuk bilik je dia banyak tanya.. ni bilik sape? Ni rumah sape..? Kawan opah ada tak..?
Jenuh la nak menjawab haha

Malam dia tidur tu dia agak cranky
Cranky sebab dia flu, batuk and mungkin tak biasakan diri tidur di tempat lain
Aini dan mama Aini mula la sakit kepala..
Terganggu dengan cranky Aisyah.. Esok pagi tu Aini dah start kursus

Sebelum pergi kursus di tingkat 13
Bilik di tingkat 21

Daftar nama dulu

Ambik seat 2nd row..
Tak suka duk depan sangat sbb dekat dengan speaker..
Bergegar otak nanti

Tea break


Selasa pagi tu bangun awal la nak breakfast sama2
Aisyah turun tukar seluar je
Dia pun takde selera nak makan.. 
Dah selesai breakfast mama and Aisyah masuk bilik duduk sehingga Aini selesai kursus
Mama Aini whatsapp Aini yang Aisyah tidur balik
Mungkin kesan ubat demam yang Aini bagi dia selepas breakfast

Jam 5pm Aini dah habis kursus.. Aini tengok Aisyah duk tidur lagi.. (tidur petang plak)
Aini sentuh kepala dia cam dah tak panas dah..
Aini slowly kejut Aisyah tanya nak mandi swimming pool tak
Dengan mata pejamnya, dia angguk tanda nak
So Aini lap muka dia bagi fresh, tukar baju swimming suit dia.
Dan untuk kali pertama juga dia mandi swimming pool..sian dia kan..?


Galak betul dia..pastu ketawa non stop..Memang Aisyah excited masa tu..
Mana tak seronoknya, kids pool dia sorang je yang mandi.., memang best la
Mamanya pun tumpang la skali
Opahnya tukang tangkap gambar..haha
Selepas dinner, Aini bagi Aisyah makan ubat pastu dia lena sampai esok pagi
Takde cranky mungkin sebab penat swimming

Tapi jam 4am, Aini terjaga sebab dia batuk
Check suhu badan naik 38 pastu 39
Aini lap2 badan dia..Aircond bilik memang tutup la
Aini tak sedap hati.. takut mungkin sebab dia mandi pool
dan ada juga dia termuntah malam tu.. keluar kahak selepas dinner tu.

So last day kursus, Aini tak stay sampai habis.. 
Aini masuk halfday je sebab nak bawa Aisyah pi klinik.
Sampai klinik Aisyah kene ambik nab sebab ada bunyi semput sikit doc kata
Tapi Aisyah bukan kene asthma
Lepas tu doc ambik darah and swab test, Alhamdulillah dua2 negatif




Hari esoknya, Aini pulak mula flu, batuk
Pi klinik doc kata tekak Aini mula merah
Ambik mc 2 hari, doc kata Aini demam biasa..jangkit dr anak..
Sabtu Aini ambik EL sebab batuk semakin menjadi-jadi
Alhamdulillah Aisyah dah sembuh dari demam dah cuma ada batuk skit2
Aini masih control dia makan, elakkan dari dia makan sweets and keropok or apa2 la leh buatkan dia batuk aini cuba elakkan..

Semalam dan hari ni Aini kerja
Batuk masih ada.. macam batuk kering..kahak tak keluar
Letih batuk macam ni.. 
Ni Aini dah duk batuk balik mcm bln lepas..
2minggu lebih batuk sampai hilang suara..
Harap kali ni cepat baik la..

Ok..next topik Aini akan cerita throw back ya..haha
Thank you sudi baca blog Aini yang panjang ni..

Take care all

With Love,
Aini

Makan di Banana Bro, Setia City Mall

Assalamualaikum..

Semalam setelah lama Aini and Aisyah tak keluar jalan-jalan
Akhirnya dapat keluar juga itupun hubby ajak sebab dia nak cari seluar kerja

Dah sampai di Setia City Mall, kami terus ke Padini..
Klau nak beli pakaian suka pi Padini
Agak mahal tapi puas hati sebab boleh pakai lama..

Untuk Aisyah beli baju jalan long sleeve sebab baju Aisyah banyak short sleeve.
Untuk Aini takde sebab memang takde nak beli pakaian untuk Aini pun..hehe

Masa sampai Padini Aisyah cranky skit..
Dia kata nak dukung tak larat jalan..
Padahal baru je sampai mall masa tu..

Bila dh bayar baju semua, hubby dukung Aisyah
Belum keluar dari Padini Aisyah tertidur..
Kami nak cari la port untuk bagi Aisyah tidur lama sikit dan selesa..
So Aini kata pi kat nursing room sebab memang takde orang sangat masuk dalam tu.
Elok plak ada sofa panjang di depan ruang nursing room.
Klau ada ibu2 nak bagi susu pada baby ada 2 bilik khas so tak kacau pun.

Hubby duk kat sofa tu bagi Aisyah tidur.. 
Aini pun merayap la area baju budak-budak..
Ada dekat 30-40minit juga la Aisyah tidur.
Rupanya Aisyah demam skit.. berjangkit dari sepupu dia smlm la tu..

Selepas dia bangun dia segar sikit
Lepas tu nak pi makan kat chicken Rice shop
Tapi beratur panjang..meja pun penuh je..
Aini cakap kat hubby pi tempat lain..
nanti dpt table dalam makanan belum tentu dapat cepat
Sebab Aini tengok staff tak ramai..

So jalan sikit pi cari yang ada nasi
Sebab Aisyah nak makan nasi
Jumpa la kedai makan Banana Bro














Dari arah jam
Peria goreng, Mix Vege, Peria goreng, Saur kobis
Mix vege dia sedap..


Kiri Ayam goreng, kanan sotong goreng

Dari Arah Jam
Kuah Dal, Kari ikan, Kuah ketam, Kari Ayam

Hubby klau nak ambik apa muka serius je..haha

Nampak klasik bila makan beralas dengan daun pisang


Aisyah pun nak suap sendiri
Aisyah tak tahu yang rangup bulat tu peria goreng sebab takde rasa pahit langsung

Nampak sedap kan makanan dia..?
Harga reasonable..
Aini ambik Combo 2 pax

Boleh la you all cuba.. 
Tengok cawangan yang terdekat dengan kawasan you all..



Website Banana Bro
Instagram Banana Bro
Facebook Banana Bro

With Love,
Aini