Pages

Aisyah jumpa kubur Tok Wan

Assalamualaikum..

Kejap je dah masuk bulan Ogos kan..? 
Lagi berapa bulan dan nak penghujung tahun 2022..
Sabtu lepas baru ni pergi kenduri kahwin kawan mama Aini.
Mungkin setelah lama dia keseorangan akhirnya dia berjumpa dengan pasangan hidupnya
Anak-anak dia pun dah besar dah.
So dapur pun tak berasap la..hehe
Lunch di kenduri kahwin bersama mama Aini dan Aisyah.
Baju and seluar dia yang pilih.. dah besar dah Aisyah
Pandai nak pakai baju apa.


Aisyah pi kenduri bawak unicorn dia sebagai peneman.hehe

Petang pula jam 3, Aini pi Selayang dengan hubby pula
Ada kenduri Aqiqah sahabat hubby.
Aisyah kata dia lapar..
Makan la nasi lagi sebab ada lauk favourite dia.. Lauk kari..hehe
Maklum lah ada darah Kedah Penang belah abahnya..

Sebelum balik sempat ziarah kubur bapa mentua Aini..
Aini memang tak sempat jumpa arwah.
Telah meninggal pada tahun 2004.
Aini kenal hubby tahun 2007.

Aisyah banyak gak lah tanya pasal orang yang dah meninggal ni
Dia nak cuba faham..
Orang yang sakit dah meninggal akan dikebumikan..
Aisyah siap nampak kubur kecil.. kubur baby..
Aisyah cakap banyak baby..
Aini pun jawab Allah sayang baby
Allah sayang Tok Wan Aisyah..

Pastu Aisyah cakap klau Aisyah sakit..? 
Aini diam je..Hubby sambung..Aisyah sakit abah bawak Aisyah pi jumpa doktor..
Aini senyum je..




Penat sangat terus tidur dalam kereta


Sampai rumah sementara nak tunggu air masak untuk mandikan Aisyah
Aisyah berlari dari dapur ke ruang tamu
Disebabkan seluar dia terlondeh Aisyah terpijak seluar lalu jatuh depan Aini.. 
Aini panik sebab takut berdarah kat mana-mana ke..
Aini tanya sakit mana dia tunjuk kepala dia..
nampak lekuk ke dalam sebelum dahi dia membengkak..
Sian dia..



Aini nak snap terus dia tunjuk
Aini cakap Aisyah big girl kan..Aisyah kuat.. terus dia angguk
pastu dia cakap tapi sakit...

Itu la kisah Aini pada hujung minggu..
Ahad tu semua rehat..masing-masing letih..
Aisyah takyah cakap lah..sentiasa aktif..hehe

With Love,
Aini





6 comments:

  1. Siannya... sampai tertidur kepenatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuler penat sangat jalan-jalan 1 hari

      Delete
  2. mujur abahnya pandai jawab soalan Aisyah...kalau ammi mesti nak sebek dah.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers