Pages

Followers

Keluarga seksa anak kucing

Panas hati tengok 1 family bukan melayu main anak kucing dengan wayar 
lilit badan anak kucing tu pastu angkat tinggi
sakit la anak kucing tu..!!
maknya sama skali sambil on call angkat anak kucing tu dgn wayar sambil sengih
Anak sambung buat lg, maknya tengok je
suami dia tengok ketawa
Aini perhati dari dalam
dorang tak nampak kot sebab cermin gelap
Masa anak dia nk cuba lilit lagi wayar tu kat anak kucing Aini dah hilang sabar
Dorang tengah tunggu service kete kat belakang kedai

Aini bukak tingkap counter tegur dia jgn buat macam tu, sakit dia
Pastu mak dia terus datang kat Aini tanya kenapa
Aini pun cakap la tak elok buat kucing macam tu angkat dengan wayar
Pastu boleh plak mak dia cakap dia angkat perlahan je..
Aini balas balik still sakit pastu leh marah Aini balik "klau nak cakap apa2 cakap dengan saya"
"Saya boleh tegur anak bukan awak.. He's my son, I can report polis"
Aini jawab lagi "ok fine..!! "
Last word dia cakap kat Aini "F**K YOU!!"

Memang nak cari pasal betul dia ni
Tangan dah mengigil sangat, rasa nak tumbuk je dia

Sabar jelah Aini bulan puasa ni..

Lepas dia cakap kat Aini terus anak beranak pi belakang kedai
Sakit hati la tu.. Aku ni lagi sakit hati tengok buat kucing macam tu
Dia nak report polis sebab Aini tegur anak dia.. 
Aini ada bukti cctv terpampang nampak apa anak beranak tu buat..

Ya Allah..kuatkanlah hatiku ini

~Aini~

Ramadan 8 - Cucur udang rangup

Salam Jumaat

Hari ni hari last Aini kerja di ofis bengkel kereta
Isnin depan mula lah kerja di tempat baru..Nebes ni..hehe
Banyak nak kene spring cleaning baju2 kurung ni sebab dah lama tak pakai
Tempat Aini kerja ofis di bengkel ni banyak pakai seluar je sebab kawasan situ penuh sapre part kereta
macam tak sesuai lak nak pakai baju kurung kan..

Anyway Ramadan 8 Aini berbuka simple je
Mama Aini masak daging masak kicap
Aini sempat buat cucur udang, resipi turun temurun daripada Opah Aini
Memang the whole family suka makan cucur udang opah



Resipinya ada dibawah selepas gambar bag sekolah Aisyah ni


Aisyah ni suka dengan haiwan
Tapi lebih suka pada unicorn/kuda dan dinosaur (Aisyah panggil Ho)
So pagi tu dia ambik patung Ho dia kata nak bawak sekolah gantung kat bag katanya
Aini pun ikut jelah kehendak pipipau ni..
Macam-macam la aisyah ni..hehe

Ok ni resipi cucur udang opah Aini

Bahan-bahan:

  • 2 cili merah dibuang biji dan diblend
  • Kucai (ikut banyak mana you all nak)
  • Taugeh (segenggam)
  • 5 biji bawang merah kecil dihiris halus
  • Carrot disagat/potong halus (Option taknak letak pun xpe)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Udang size sederhana (Kalau besar boleh potong)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas
  • Garam secukup rasa
Pastikan tepung tak terlampau cair atau pekat sgt..
Klau tepung cair bileh tambah tepung skit
Klau tepung pekat leh tambah air skit

Masukkan semua bahan dan gaul sebati (Jangan gaul guna tangan lak air panas tu..hehe)
Jangan lupa panaskan minyak dulu ya.. Dah gaul nanti baru leh masak..

Selamat Mencuba!!

~Aini~


 

Berbuka Ayam Tajine masakan Maghribi

Assalamualaikum..

Cerita Minggu lepas
Hari Jumaat selepas Aisyah balik sekolah Aisyah terus ke rumah sepupu dia Zulaika
Main je memanjang..taknak tido
Bila dah balik rumah, hubby Aini sampai rumah dulu
dia peluk aisyah gosok2 belakang terus lena sampai la kul 8.30pm


Selepas dia bangun mata segar la
aktif main macam.. esok nak sekolah..haha
Tido 11+.. nak bagi dia tdo awl dia tak ngantuk lagi sbb tdo ptg lama sampai ke malam

Minggu lepas Aini berbuka makanan arab
Tajine Ayam bersama couscous
nikmatnya sedap sangat sebab dah lama tak makan
Mama Aini pandai masak masakan Morroco
Oops maaf Aini share waktu siang plak..

Close up nampak couscous dan tajine ayam 

Sudu basah lak lupa nak lap..haha

Sejak start Ramadan ni Aini tak pi lagi bazar Ramadan..
Trying to control sebab setiap kali beli ada je yang mengecewakan and also agak mahal
So masak sendiri la..

You all lebih suka pada masak atau pi bazar Ramadan..?

~Aini~


 

Wordless Wednesday: Suka si Wukong ni

 


Sape layan cerita ni..? 
Kita gang..Hehe

petang dah standby nak tengok cerita ni..hehe

Aisyah dan tudung



Setiap Jumaat Aisyah akan pakai baju kurung and tudung sebab di taska ada buat solat dhuha


Sebelum pergi sekolah mama Aisyah sempat la nak snap gambar dia yang comel tu
Nampak kemas je..hehe

Masa nak balik dari taska, muka nampak letih dan panas

Aini tanya kenapa taknak bukak tudung dah peluh dah Aisyah
Aisyah jawb, taknak sebab Aisyah solat Allah
Aisyah nyanyi lagu Allah

Alolo comel je Aisyah
Masa ni Aisyah tak pakai anak tudung
Habis rambut dia terkeluar

So abahnya ada beli anak tudung untuk Aisyah
So nampak la kemas dan tak merimaskan dia..

~Aini~


 

Zulaika peneman Aisyah di taska

Semalam dah start minggu ketiga Aisyah sekolah
Dekat sebulan dah Aisyah sekolah rupanya

So far ada nampak improvement
Cuma Aisyah ni nampak pemalu orangnya dan soft person macam mama Aisyah dulu²..hehe
Asal balik rumah je Aisyah ngadu Zulaika usik Aisyah
Zulaika (anak buah aini) ni suka ngusik.. bukan ngusik cara tak elok.. lembut² je tapi Aisyah ni cepat sensitif.. Hehe sian Aisyah

Tapi bila dorang balik sekolah sama²
kat rumah bukan main seronok main sama² pulak..haha
Biasa lah kan budak²..kejap ok kejap tak ok
Kejap mcm best pal lagi nak berkepit je..

Teacher Aisyah sama dengan Zulaika.
Same class sebab dorang sebaya tp tak duk sama meja la.
Munkin teacher dia nak bagi dorang berkawan dengan yg lain.
Cuma setiap kali dorang buat class projek dengan teacher Zulaika akan duk sebelah Aisyah jadi peneman. Klau ada game teacher mesti akan bagi dorang buat sama². Comel je... 
Jom tengok gambar teacher dorang share

Nampak Zulaika sebelah Aisyah..hehe

zulaika pun dah siap susun shapes


Game partner

Pagi2 Aini dah ikat rambut Aisyah kemas dah
Pastu dia kata dia taknak ikat nak lepas..
Kita risau takut dia rimas so Aini kepit je rambut so tak kaco mata dia..


Hari ni teacher suruh kids bawak buah epal & buah oren sebiji
Taktau apa class projek dorang hari ni..

Petang2 nanti teacher akan share gambar & video setiap activity dorang belajar
Atleast kite nampak improvement anak kan..
Setiap kali share kat phone Aini kene transfe ke dalam pendrive..
klau tak berat phone nanti..haha

~Aini~






Makan di Pop Meal Puncak Alam

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah 5 hari berpuasa kan
Aini nak share seminggu sebelum puasa Aini lunch di Pop Meal
Makanan dia xde lah meriah sangat tapi rasa dia bagi Aini sedap la..

Pernah makan di Pop Meal tak..?
So far ada a few mall ada kedai makan Pop Meal ni
Sekali sekala nak makan sana ok la..



Waiting for our food..



Spagetti Carbonara RM22.99

Aisyah habis makan spagetti..suka dia..

Sebelum balik, Aisyah nak makan ice cream..

Kalau nak order Pop Meal dari online Apps dia sendiri boleh dapat banyak diskaun.
Boleh la cuba2 nanti..

App Pop Meal

~Aini~

Farewell untuk Aini dan sambut bulan puasa

Assalamualaikum..

2 hari sebelum puasa bos Aini jemput dinner di Aroi Thai, Puncak Alam
Bos jemput semua staff, wife anak dan juga parents dia..
Boss anak tunggal so dia jemput Parents join dinner sekali.

Nasib baik Aini buat reservation awal
Masa datang tu memang penuh meja di tingkat bawah
Atas masih kosong lagi tp tak banyak la sebab 1 Aini dah book



Aini pernah keje banquet dulu so mula la lap2 sudu pastu susun untuk semua yang datang makan

Staff tak ramai pun.. Boss yang duk belakang skali kanan
Perempuan sebelah Aini tu dia pengganti Aini di bengkel ofis
Kanan depan tu parents boss Aini


Gambar makanan wife bos yang snap..So dia share kat group
Ikan Siakap 3 rasa

Kerabu mangga

Sup daging serve untuk si kecil sebab tu tak pedas

air minuman dah sampai

ayam bersama daun basil

Siakap masak steam

So far ok la makanan dia..
Ada yang ok ada yang kata kureng..
Tekak Aini leh la accept.. Tomyam n yg berkuah agak masam mungkin guna lemon juice yang banyak

But anyway Aini tetap kenyang hingga senak perut

Masa tu berkumpul jam 8lbih dan balik hampir jam 10pm
Aini call hubby cakap dah nak habis so hubby akan ambik la sebab dekat dengan rumah je

Si Aisyah masa mula hantar tu nak ikut Aini
Tapi kalau dia ikut susah lak Aini so ntah macam mana abahnya pujuk so dia ikut jelah balik rumah terus..

So far Aini bagi rate 7/10 makanan di Aroi Thai
Air dia sedap hehe..

~Aini~





1st Ramadan

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa you all..
Hari ni simple Aini sahur lauk kurma ayam je semalam masak

Hari ni bengkel cuti sempena menyambut 1st Ramadan. Selangor n KL memang takde cuti tapi bos Aini bagi cuti.
Waktu masuk ofis bengkel diawalkan dari 10am ke 8.30am.. 

Minggu depan Aini last keje di ofis bengkel.
Rasa sedih ada..excited di tempat baru pun ada.
Nebes je yang lebih..hehe
Ok nnt Aini free Aini update lagi ya..
Sorry dekat seminggu tak update . Busy bebenor


Aini mohon maaf, salah silap dlm berkata-kata  dan perbuatan..
Selamat  menunaikan ibadah puasa

Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T

~Aini~

Selamat kembali ke sekolah


Assalamualaikum..

Ramai busy hantar anak2 first day of school kan?
Especially untuk year 1 & Form 1 and also kindergarten yang mana start hari ni..
Macam Aisyah dah start minggu lepas dah..
Hari ni Aisyah tak sekolah sebab semalam dia batuk demam
Asalnya hari Sabtu tu dia dh start flu dan batuk
melarat la dia batuk terus demam
Harap hari ni Aisyah semakin sihat la..

Yusuf anak sulung adik Aini tahun 1 dah
Dia pun batuk dan tak dapat pi sekolah kafa dan SRK hari ni
Pagi tadi pun dia dah duk batuk nonstop so bawak dia pi ambik nab kat klinik
Semoga aisyah & Yusuf cepat sembuh

You guys lunch apa td..?
Esok last lunch luar ya..hehe

~Aini~

Salam Jumaat: Aisyah dan baju kurung

Salam jumaat aunty² and uncle²..

Hari ni Aisyah kene pakai baju kurung dan tudung.

Nanti teacher Aisyah nak ajar solat Dhuha

Semoga murah rezeki aunty² dan uncle² ya..


~Aisyah~

Kene makan bubur je

 



Hari ni kene makan bubur.. 
Mungkin seminggu makan bubur je kot
sebabnya Aini kene gastrik teruk sejak kelmarin

Selasa tu sebelum subuh Aini dah sakit perut
Pastu terus menyucuk perut
Pagi selepas hantar Aisyah sekolah Aini terus pi klinik sebab tak tahan sangat
Ubat gastrik di rumah dah habis

So doc bagi ubat gastrik, cirit-birit dan muntah
1 hari suntuk Aini duk tidur je
Makan roti sekeping siang dan sekeping malam
Badan memang sangat la lemah, kepala pening berdenyut

Aisyah sampai duduk sebelah Aini menangis
Dia sedih tengok Aini terbaring kt sofa dengan kain basah dikepala
So soft feeling my sweet pipipau..
Abahnya yang cerita Aini semalam..
Sedih lak kite mendengarnya

2 hari mc and hari ni baru masuk keje balik
Perut masih duk sakit lagi tapi boleh bertahan
masih ada rasa ala2 angin berkumpul dalam perut yang tak keluar sepenuhnya..
Semalam banyaklah sendawa so angin dah keluar lega la
atas bawah keluar angin, Aisyah duk ketawa je.. dengan dia skali pun buang angin hahaha
Macam berlawan lak anak mak..haha

Habis licin Aini makan bubur tadi..
Memang kenyang la sebabnya semalam dan kelmarin Aini tak makan nasi sangat.
Bila dimakan angin macam tolak balik
Memang takleh buat apa la kan..
Seksa tul bila kene gastrik ni..

Last kene 2 tahun lepas.. 
Ni sebab tak jaga time table makan..
Padan la muka Aini oiii

~Aini~

Wordless Wednesday: Barang skit harga total Rm400

Yang mahal sebab beli buah kurma Ajwa..

Sedekah untuk rakan staff Aini dan juga adik n mama Aini untuk bulan Ramadhan

Tambah dengan keperluan rumah sikit..





RM96.90 Discount RM59.90

RM56.90 Discount RM37.90

Memang sedap kurma Ajwa ni.. Aini sampai makan 5 biji terus..

Sekarang tengah promo di Lulu hypermarket

Dah 2 tahun dah beli kurma ni bila nak bulan puasa..


~Aini~

Aisyah dah pergi sekolah

Assalamualaikum..

Minggu ni Aisyah dah mula sekolah..
Sehari sebelum mula sekolah dia duk pakai baju sekolah je..haha

Kelmarin dah mula kejut dia awal..
Rasa berat nak kejut dia awal..sian lak tengok dia sedap tidur
Alhamdulillah Aisyah ni senang bangun..
Gosok2 dia pastu tanya Aisyah nak pi sekolah tak
Terus bukak mata kata nak..
Masa mandikan dia, dia duk jerit excited.. 
Pagi2 dah buat mama Aisyah ketawa ya..

Jom tengok gambar aisyah 1st hingga 3rd day of school..

Ready to go
Isnin selasa pakai baju uniform


Tinggi tul zulaika..
Ibu ayah dia lonjong anak pun lonjong..hehe

Self potrait.. Aisyah suka pink


Kemain aisyah bergambar.. bergaya style dia



Learning letter A



Hari Rabu & Khamis pakai baju sukan
Jumaat baju kurung

Bila pagi dia takde di rumah rasa sunyi plak..huhu
Klau tak skit2 mama..mama..hehehe

Nak tau sape nangis masa Aisyah pi sekolah,,?
Bukan mama bukan aisyah tapi abahnya..hehehe

Sangat anak bapak..hehehe

~Aini~





Keputusan dah keluar..Kolestrol tinggi

Result semalam dah diterima
Aini nervous bab gula.. takut juga klau kene kencing manis
Sebab ada sejarah kene kencing manis semasa pregnant si Aisyah ni..
Alhamdulillah gula Aini cantik, buah pinggang, darah tinggi semua cantik cuma...
Kolestrol tak cantik.. 
Doc siap tanya Aini, ada family terdekat pernah meninggal terkejut atau sakit jantung
Aini jawab takde..
Aini tak rasa apa2 pada masa tu, ingat just a question rupanya sebab tu..

So Doc bagi tau smua ok cuma kolestrol tinggi skit
Aini xde sampai kene makan ubat, Aini cuma borderline
Klau normal is 3.4 below tapi Aini 3.8
So for me is still high la

Doc advice kene stop makan bergoreng
Banyakkan excercise atleast 30min
setiap hari exercise 30min or 2 kali seminggu janji ada exercise
Sebab bagi yang ada kolestrol ni boleh kene serangan sakit jantung or stroke
Takut you.. So since semalam, Aini cuba jaga makan sebaik yang mungkin

Aini dulu suka makan bende2 goreng.. fries, nugget,
nasi goreng, mee goreng, maggi goreng, macaroni goreng.. smua goreng2 la..hahaha
Ni dah tahu ni kene la jaga makan..huhu

Ada bagusnya juga Aini buat medical checkup awal
Klau tak, mau kolestrol Aini naik tinggi kan..
Memang sedap la nak makan tu smua tapi effect dia akan jadi satu penyakit yg kritikal la

Doc pun kata lepas ni xde nak follow up apa2
cuma tahun depan klau rasa nk check balik kolestrol leh la pi


Aini 3.8 undel LDL.. so its high borderline..huhu

Doakan Aini sihat and consistent jaga makan..hehe
Semoga kita semua sihat selalu..

~Aini~


Balik kampung Aisyah dapat naik motor

Aini balik kampung bersama hubby, aisyah & mama Aini
Tak dapat balik bersama family adik aini sebab hubbynya kerja, tak dapat nak cuti huhu
So aisyah sorang ler main di rumah Opah Aini..

Main dengan mama dia la and also dengan abahnya..
Main bubble, main buaian, main sepak bola
Ronda-ronda naik moto arwah atuk Aini
Memang best tapi tak riuh sangat
Kalau ada anak buah Aini sekali memang riuh 1 kampung..haha

Masa letak aisyah kat depan dia mcm takut²
Bila dah jalan jauh Aisyah nk round lagi..haha

Main bola dengan mama dia
Mama dia sibuk je nak ambik candid dia main


Penat main bola, duk buaian plak bagi sejuk badan

Esoknya Opah ajak makan durian
Durian tak berapa nak banyak lak
Dan isinya ada yang tawar
Mungkin masa opah makan sedap2 semua
Bila dia ajak kita dapat la rasa yang sedap selebihnya tawar
Tapi takpelah
Memang seronok makan kat tepi jalan dengan rasa suasana kampung.

Menunggu durian

Selfie dulu sebelum makan


Mama Aini nampak kurus lak.. Biasa la klau fon ni leh muat smua.. yg berisi badan leh jadi kurus
Yang kurus plak jadi lonjong..hrhe

Sedapnya Aisyah makan kan?

Ni tak ingat nama durian apa tapi isinya putih pucat.. tak manis pun

Aisyah makan durian tau

Abahnya tengok je hehe

Aisyah suka makan durian tapi dia makan 2 ulas je
Hubby tumpang tengok je sebab dia tak makan
Dia tahan bau takpelah.. Ada setengah orang tak suka bau dan pening..
Hubby tak makan sebab dia pernah demam panas masa makan durian dulu
So dia trauma terus taknak makan.
Opah Aini pandang hubby terus cakap "Emmm rugi rugi..hahaha"

Setiap kali Aisyah balik kampung
Habis 2 kaki dia kene gigit nyamuk..
even sampai sekarang pun Aisyah duk garu2 tempat kene gigit nyamuk tu
Aisyah sensitif klau kene gigit nyamuk.. 
Sekali kene tu asalnya kecik je merah dia pastu lama2 jadi besar lak
Sian tengok dia duk garu, nangis tak tahan gatalnya..
Aini sapu minyak haji ok la kejap.. bila dah kering gatal balik..
Tak sampai hati tengok..
Harap hari ni kurang la gatalnya tu.

Ambil gambar pokok masa naik buaian.. 

~Aini~

Labels