Pages

Ramadan 8 - Cucur udang rangup

Salam Jumaat

Hari ni hari last Aini kerja di ofis bengkel kereta
Isnin depan mula lah kerja di tempat baru..Nebes ni..hehe
Banyak nak kene spring cleaning baju2 kurung ni sebab dah lama tak pakai
Tempat Aini kerja ofis di bengkel ni banyak pakai seluar je sebab kawasan situ penuh sapre part kereta
macam tak sesuai lak nak pakai baju kurung kan..

Anyway Ramadan 8 Aini berbuka simple je
Mama Aini masak daging masak kicap
Aini sempat buat cucur udang, resipi turun temurun daripada Opah Aini
Memang the whole family suka makan cucur udang opah



Resipinya ada dibawah selepas gambar bag sekolah Aisyah ni


Aisyah ni suka dengan haiwan
Tapi lebih suka pada unicorn/kuda dan dinosaur (Aisyah panggil Ho)
So pagi tu dia ambik patung Ho dia kata nak bawak sekolah gantung kat bag katanya
Aini pun ikut jelah kehendak pipipau ni..
Macam-macam la aisyah ni..hehe

Ok ni resipi cucur udang opah Aini

Bahan-bahan:

  • 2 cili merah dibuang biji dan diblend
  • Kucai (ikut banyak mana you all nak)
  • Taugeh (segenggam)
  • 5 biji bawang merah kecil dihiris halus
  • Carrot disagat/potong halus (Option taknak letak pun xpe)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Udang size sederhana (Kalau besar boleh potong)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas
  • Garam secukup rasa
Pastikan tepung tak terlampau cair atau pekat sgt..
Klau tepung cair bileh tambah tepung skit
Klau tepung pekat leh tambah air skit

Masukkan semua bahan dan gaul sebati (Jangan gaul guna tangan lak air panas tu..hehe)
Jangan lupa panaskan minyak dulu ya.. Dah gaul nanti baru leh masak..

Selamat Mencuba!!

~Aini~


 

9 comments:

  1. Oooo gunakan air panas. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. dapnye .. terus teringin rasa..

    ReplyDelete
  3. buat cucuq campur dengan air panas dia jadi lagi lembut.

    ReplyDelete
  4. Nak try nanti ...thanks for the recipe Aini
    All the best di tmpt baru 🤲

    ReplyDelete
  5. selamat bkerja di tmpt baru aini dah jadi org gomen la ni ye hihi...
    boleh la cuba resepi Opah buat moreh

    ReplyDelete
  6. Sedapnya, cucur udang. Suka juga makan. :)

    ReplyDelete
  7. nampak keranggupannya tu

    ReplyDelete
  8. Cucur udang my favourite 😍😍😍😍. Saat di Penang dulu ada seller cucur udang yg enak sangat. Saya selalu beli dari dia. Cucur udang ini sebenernya mirip dengan bakwan di Indonesia, tapi saya lebih suka yang Malaysia punya Krn udang lebih banyak 😄

    Makanya Juli ini saya nak ke Penang, dah niatkan mau cari cucur udang kak 😄

    ReplyDelete
  9. Sedapnya coq udang.. letak kentang disagat pun on jugak... lg kenyang.. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers