Pages

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Balik kampung Aisyah dapat naik motor

Aini balik kampung bersama hubby, aisyah & mama Aini
Tak dapat balik bersama family adik aini sebab hubbynya kerja, tak dapat nak cuti huhu
So aisyah sorang ler main di rumah Opah Aini..

Main dengan mama dia la and also dengan abahnya..
Main bubble, main buaian, main sepak bola
Ronda-ronda naik moto arwah atuk Aini
Memang best tapi tak riuh sangat
Kalau ada anak buah Aini sekali memang riuh 1 kampung..haha

Masa letak aisyah kat depan dia mcm takut²
Bila dah jalan jauh Aisyah nk round lagi..haha

Main bola dengan mama dia
Mama dia sibuk je nak ambik candid dia main


Penat main bola, duk buaian plak bagi sejuk badan

Esoknya Opah ajak makan durian
Durian tak berapa nak banyak lak
Dan isinya ada yang tawar
Mungkin masa opah makan sedap2 semua
Bila dia ajak kita dapat la rasa yang sedap selebihnya tawar
Tapi takpelah
Memang seronok makan kat tepi jalan dengan rasa suasana kampung.

Menunggu durian

Selfie dulu sebelum makan


Mama Aini nampak kurus lak.. Biasa la klau fon ni leh muat smua.. yg berisi badan leh jadi kurus
Yang kurus plak jadi lonjong..hrhe

Sedapnya Aisyah makan kan?

Ni tak ingat nama durian apa tapi isinya putih pucat.. tak manis pun

Aisyah makan durian tau

Abahnya tengok je hehe

Aisyah suka makan durian tapi dia makan 2 ulas je
Hubby tumpang tengok je sebab dia tak makan
Dia tahan bau takpelah.. Ada setengah orang tak suka bau dan pening..
Hubby tak makan sebab dia pernah demam panas masa makan durian dulu
So dia trauma terus taknak makan.
Opah Aini pandang hubby terus cakap "Emmm rugi rugi..hahaha"

Setiap kali Aisyah balik kampung
Habis 2 kaki dia kene gigit nyamuk..
even sampai sekarang pun Aisyah duk garu2 tempat kene gigit nyamuk tu
Aisyah sensitif klau kene gigit nyamuk.. 
Sekali kene tu asalnya kecik je merah dia pastu lama2 jadi besar lak
Sian tengok dia duk garu, nangis tak tahan gatalnya..
Aini sapu minyak haji ok la kejap.. bila dah kering gatal balik..
Tak sampai hati tengok..
Harap hari ni kurang la gatalnya tu.

Ambil gambar pokok masa naik buaian.. 

~Aini~

Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru my dear friends..
Sepanjang minggu ke4 bulan Disember 2022
Aini di kampung Batu Gajah Perak.

Nak kata sambut New Year di kampung tak lah..
Jam 12am tepat masing² dibuai mimpi

Sabtu pagi breakfast di rumah Opah Aini
Kemudian lunch di luar bersama 4 keluarga
Ramai yg tak balik sebab dorang dah balik awal dh
Hubby nk habiskan cuti dia.. so balik la bersama family adik Aini.
Mmg riuh di kampung Opah layan cicit dia..

Selepas lunch tu singgah rumah kawan baik mama Aini.
Mereka dari kecik sampai sekarang masih berhubung. Aini panggil dia Chu Era
Anak buah Aini panggil Opah Chu Era Terer..
Ada sebab anak buah panggil dia Chu Era Terer..
One day Aini akan cerita..

Lepas balik dari rumah Chu Era
Aini n hubby bawak budak² ni pi Aeon Ipoh
Dorang excited nk main kt Molly Fantasy
Sampai je park kete dekat 4 kali pusing pastu masuk terus ke Molly Fantasy
Memang dari kecik sampai sekarang suka main
Dia sekarang pakai kad..tak pakai token
So total dorang main RM55..haha..

Jom tengok gambar




Aisyah suka main ni..

Main buaian depan rumah Opah

Main di taman batu gajah.. penat main mkn ice cream pula..

Bersama adik Aini


See you next entry..

-AiNi-




Ziarah Kubur di Batu Gajah, Perak

3 Syawal

Aini, hubby & Aisyah pi ziarah kubur di Batu Gajah, Perak.
Setelah 2 tahun tak ziarah, akhirnya tahun ni dapat juga jumpa.
Mama Aini beraya di rumah, tak balik kampung sebabnya Opah Aini berada di Subang.

Ni kira 1st time bawak Aisyah pi kubur.
Alhamdulillah raya ke3 xde orang so tinggal kami bertiga dan penjaga kubur jelah
Semasa sampai sana, dari awal sampai la habis Aisyah pokpek je
Sampai penjaga kubur tu tengah duk sapu daun kering pastu dia stop tengok Aisyah
Sambung lagi sapu pastu stop tengok Aisyah.. 
Lucu bagi dia agaknya tengok gelagat Aisyah yang duk banyak soal
Kenapa tu..? kenapa ni..? haha

Oklah kita tengok gambar ya..


Pagar masuk terus nampak kubur kerabat DiRaja




Kubur moyang Aini ( Opah mama Aini )
Meninggal sakit tua


Kubur Paklong Aini ( Abang mama Aini )
Meninggal di usia hampir 66tahun akibat barah

Kubur Atuk Aini ( Pakcik mama Aini )
Meninggal sakit tua


Kubur Atuk Aini ( Ayah mama Aini )
Meninggal diusia muda kerana sakit




Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Aamiin..

With Love,
Aini



1 Syawal di Tronoh, Perak

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua..
Maaf Aini lama tak post blog. Nak update blog ni kene ada mood dia..
Macam mana dengan raya you all.. Kelam kabut tak bila dapat tau Isnin tu raya..? Hehehe

Aini balik kampung pada hari Ahad (sebelum raya la)
Gerak dari rumah Aini jam 8pagi.. sampai di Tronoh, Perak jam 4ptg..
Berhenti pun sekali je.. 7 jam perjalanan daripada 2 jam waktu biasa sampai
Punya la teruk jam dia sampai panas bontot..hahaha

Pagi tu Aini ada tengok fb update di London Raya pada hari Isnin..
Aini pun diam je lah.. mungkin sebab masa lain...
Petang dekat nak berbuka kecoh kata kemungkinan raya esok tapi pada masa tu kita semua buat biasa jelah
Buka berita jam 8pm sebab nak tahu kepastian.
Memang betul Raya esok.. hahahahha

Dengan segala persiapan untuk masak takde..
Lemang pun tak beli lg masa tu tapi selepas berbuka hubby Aini keluar dengan adik dia cari lemang..
Satu pun tak dijual.. mungkin penjual lemang pun kelam kabut nak prepare untuk raya..
So malam tu buat lah apa yang patut sampai lah tido dekat kul 4pagi.

Jam 7.30 dh bangun..terlajak subuh sebab letih sangat..
Kejut la hubby dan lain2 untuk siap solat raya.
Yang tinggal mak2 je kat umah sebab nak prepare makanan..
Nak mandikan si kenik.. yg mak2 ni siap lambat la..
Bila semua dah balik solat, baru lah makan.
Salam Raya..makan lagi.. pastu terus pi Kulim, Kedah
Melawat family belah hubby Aini for the first time.
2 jam perjalanan itupun masih jam sebab kemungkinan ada orang masih balik kampung lg.

Kesian plak pada yang masih blum balik kampung lagi kan..?
Mesti terkejar nak balik dengan hadap jam teruk lagi..huhu
Ok Aini share gambar yg.. 
Enjoy..

Selamat Hari Raya

  
29 Ramadan (Sempat pi azar ramadan di Batu Gajah, Perak)


  
Aisyah main bunga api dengan sepupu dia

Salam Raya - Aisyah sedih tengok abahnya menangis
  

 
Giliran Aisyah salam abahnya..dapat duit raya yeayyy (comel je dia salam..)

1 Syawal bersama adik ipar.. Adik beradik lain balik di kampung mentua dorang

gambar bertiga

Gambar berdua itupun buat cepat kalau tak Aisyah merajuk
Pantan nampak kami duk rapat2..haha

Aisyah and her cousin

With Love,
Aini



Selamat Hari Raya - Cuti Raya Seminggu

Assalamualaikum,

Mesti ramai dah mula balik kampungkan..?
Tengok berita semalam.. Fb jalan dah mula sesak..
Aini doakan sesiapa yang on the way balik kampung tu selamat sampai ke destinasi ya.

Aini masih bekerja lagi hari ni.. tak ambik cuti pun sebab halfday je
So mungkin bertolak lepas sahur esok..
Harap bertahan la nak hadap jam nanti..

Balik Tronoh, Perak je.. tak jauh mana pun.. 
Tapi kalau dah terlalu jam sangat leh makan lebih 3jam

Semalam baca FB kawan dia balik Taiping, Perak
Gerak 1.30ptg sampai 6.30ptg, tupun dia balik ikut jalan dalam.
Kalau highway entah sampai kul berapa..

Raya tahun ni mesti meriahkan sebab semua boleh balik kampung..
Walau apapun harap semuanya jaga diri masing..
kita masih belum bebas dari Covid19 ni..

Yang ada baby newborn tolong jangan bagi orang cium2 ya.. sian baby tu.
Geram memang la geram..tapi fikirkan lah..
Banyak berlaku baby masuk ICU disebabkan orang cium2 baby tu je..

Aini akan bercuti di kampung seminggu..
Dan seminggu tu lah blog Aini akan bercuti juga..
Bukan apa sana line susah nak dapat line clear..kejap ada kejap takde..
Bila buka je asyik loading tanpa henti sampai kita jadi fedup.
Kalau nak buat draft dulu leh la..
Dah balik rumah nanti leh lah update banyok2..
Nanti penuh la reading list banyak keluar nama Aini nnt..haha..takdelah gurau je..

Aini ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..
Mohon maaf sekiranya apa yang ditulis dalam blog ni ada yang terguris atau tersentuh hati you all

Terima kasih banyak kerana sudi follow dan komen blog mama Aisyah
Selamat Hari Raya semua..


Aisyah sebut R tak jelas.. R jadi L so bunyinya
Selamat Hali Laya..
Haha


With Love,
Aini

JuZabakes Almond London

Assalamualaikum..

Maaf sekali lagi lama tak updae blog..
Busy dengan tempahan Almond London..

Asalnya Aini memang tak open order sebab sibuk dengan hal lain.
Tiba-tiba ada regular customer tanya, tak buat Almond London ke..?
Kita pun faham masing-masing nak beli kuih raya untuk dibawa ke kampung. 
Nampak meriah la kan dengan pelbagai jenis kuih raya di Aidilfitri.

Aini discuss dengan adik Aini nak buat ke..
So kami pun ok lah..untuk dia buat la.. 
Customer ni nak 3 balang.

Adik Aini masih dalam pantang..
So Aini buat sorang dan dibantu oleh mama Aini.
Yang buat biskut dia renyah skit.
Chocolate tu Aini buat seorang.
Dapat siap dalam 2 hari.

Almond London Aini lain dari yang lain.
Alhamdulillah ramai sambutan.

Dalam tempoh 2 minggu ramai pula yang order dengan kami.
Rezeki..syukur Alhamdulillah.

Jom tengok gambar

Ready to deliver

JuZabakes Almond London

Gambar ni Aisyah yang tangkap.
merangkap assistant mama jadi tukang foto..hehe
Banyak dia tangkap yang ni je paling cun.

Aini akan open order untuk raya haji nanti.
Kalau nak order leh tunggu Aini update ya..

Kalau sudi boleh follow Ig JuzaBakes

Baru start tahun lepas..
dah lama kami menyepi diatas urusan peribadi..

Kini kami kembali lagi dan akan update benda baru.

See you next entry







 

Kenapa tak sampai-sampai lagi

Assalamualaikum,

Salam Ramadan buat kawan-kawan blogger.. Hari ni dah 3rd Ramadan kan..? cepat je rasa..
Aini belum rasmi lagi untuk berpuasa..huhu.. Aini ABC ( Allah Bagi Cuti) dulu..

Aini tak sempat nak update apa2 sepanjang awal Ramadan. Masa tu Aini di kampung.
Kat sana line susah sangat nak dapat.. asyik 1 atau 2 bar je..kadang-kadang takde langsung.
Kawasan sana pun bukan seperti duk penuh dengan pokok-pokok.. rumah teres je..
Tapi line maxis sana payah benor nak dapat. Kalau on-call memang putus-putus la..haha



Google image

Tajuk kali ni macam suspen je kan..hehehe
Ada la seram sikit di situ.. Macam ni ceritanya..

Jumaat lepas Aini kerja seperti biasa.
Plan nak balik selepas Maghrib sebabnya Aini sampai rumah dalam 6.30pm.
So kami plan nak gerak dari rumah selepas solat Maghrib, so leh la sampai kampung sebelum kul 10pm
Ting-tong..ting-tong.. jam 9pm baru nak gerak.
Sebab dinner kat rumah dulu..malas nak singgah RnR makan sana dengan covid ni lagi
Kita pun bawak anak kecil kan..so agak risky la..

Dalam perjalanan, Aini nak balik ke Tronoh, Perak.
Setiap kali balik sana Aini akan lalu masuk pekan Batu Gajah dan akan tembus di simpang 4 ni.
Simpang 4 ni kalau terus nak ke Jalan Pusing, klau ke kiri nak ke Tronoh la.
Kalau diikutkan tak sampai 20min pun dah sampai rumah daripada simpang 4 ni.

Masa tu jam hampir 12.45am..
Dalam perjalanan hari tu, takde kereta, leh nampak 1 atau 2 kereta je lalu..
Ada satu jalan ni takde lampu jalan.. 
Situ memang takde tapi klau kita drive dalam 40kmj pun dalam 10saat dah sampai ke jalan terang..
Tapi dari 10saat jadi hampir 2minit dengan suami drive lebih 60kmj.

Aini tiba-tiba rasa pelik.. tapi tak expect benda2 ni la..
Aini tanya hubby, nape tak sampai-sampai lagi ni, klau ikutkan lalu sini kejap je..
Hubby diam kejap, pastu dia suruh Aini baca 5 Bismillah untuk Aisyah.
Sebab masa tu Aisyah br bangun tido.
Aini terus rasa lain bila hubby cakap macam tu.
Aini pun baca 5 Bismillah dan ayat kursi tanpa henti.. 
Tiup ubun2 Aisyah dan alih pandangan Aisyah ke muka Aini.. Taknak dia tengok luar.

Dalam beberapa saat terus nampak jalan terang pastu dah sampai rumah.
Esoknya hubby cerita pasal jalan tu..

Hubby kata dia dah perasan bila lalu jalan tu dia terasa jalan tu jadi jauh
Hubby juga kata kalau si pemandu ada rasa macam tu berdiamlah diri, jangan cakap
sebab benda tu suka dan akan layan..
Kalau bukan pemandu takpelah cuma kene banyakkan doa..agar tak sesat.

Lepas ni Aini cakap kat hubby taknak balik kampung selepas pukul 8mlm.
Tambah lagi hari perayaan atau public holiday..sebabnya kereta banyak kat highway nak balik kampung.
Kami lambat sampai pun sebab jalan jam terutama di Tapah mesti jam teruk.

Pernah rasa macam tu tak..?
Ni buat pertama  kali Aini kene..huhu

With Love,
Aini




Balik kampung - Tengok berita/facebook update jam teruk

 Assalamualaikum,

Masing-masing dah balik kampung ke hari ni ?

Aini InsyaAlah petang nanti la..Nak balik Tronoh, Perak rumah my MIL. Ni pagi tadi tengok berita highway dah bersepah jam. 

Telah dinasihatkan balik dalam selepas pukul 1pm atau lewat ptg.. So lepas kerja Aini nak kemas baju, dah standby tepi dah tinggal nak sumbat dalam luggage je. Pastu makan jap.. Mama Aini masak masakan Italiano iaitu Spaghetti Bolognese.. So we're all are Italian for today and tomorrow will be Malaysian back because we're going to eat Nasi Lemak for breakfast..haha

Sempat buka google maps nak tengok jalan tanda merah kat jalan mana.. banyak tempat rupanya.huhu.. Tengok lah ni..


Bukit beruntung (dulu panggil bukit berjuntai) - Google Maps

Slim River - Google Maps

Ni nak ke utara ni.. Dari puncak Alam pun dah jam.. Nampaknya Aini kene ikut jalan belakang la lalu kawasan kampung.. leh tengok sawah padi.. hehe..

Anyway, Aini doakan semoga perjalanan anda yang balik ke kampung selamat sampai ke destinasi. Remember Don't Sleep & Drive. Kalau mengantuk tu berhenti tepi tempat yang selamat.. buat la air kopi panas ke.. Ehh...


With Love,
Aini


Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers