Pages

1 Syawal di Tronoh, Perak

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua..
Maaf Aini lama tak post blog. Nak update blog ni kene ada mood dia..
Macam mana dengan raya you all.. Kelam kabut tak bila dapat tau Isnin tu raya..? Hehehe

Aini balik kampung pada hari Ahad (sebelum raya la)
Gerak dari rumah Aini jam 8pagi.. sampai di Tronoh, Perak jam 4ptg..
Berhenti pun sekali je.. 7 jam perjalanan daripada 2 jam waktu biasa sampai
Punya la teruk jam dia sampai panas bontot..hahaha

Pagi tu Aini ada tengok fb update di London Raya pada hari Isnin..
Aini pun diam je lah.. mungkin sebab masa lain...
Petang dekat nak berbuka kecoh kata kemungkinan raya esok tapi pada masa tu kita semua buat biasa jelah
Buka berita jam 8pm sebab nak tahu kepastian.
Memang betul Raya esok.. hahahahha

Dengan segala persiapan untuk masak takde..
Lemang pun tak beli lg masa tu tapi selepas berbuka hubby Aini keluar dengan adik dia cari lemang..
Satu pun tak dijual.. mungkin penjual lemang pun kelam kabut nak prepare untuk raya..
So malam tu buat lah apa yang patut sampai lah tido dekat kul 4pagi.

Jam 7.30 dh bangun..terlajak subuh sebab letih sangat..
Kejut la hubby dan lain2 untuk siap solat raya.
Yang tinggal mak2 je kat umah sebab nak prepare makanan..
Nak mandikan si kenik.. yg mak2 ni siap lambat la..
Bila semua dah balik solat, baru lah makan.
Salam Raya..makan lagi.. pastu terus pi Kulim, Kedah
Melawat family belah hubby Aini for the first time.
2 jam perjalanan itupun masih jam sebab kemungkinan ada orang masih balik kampung lg.

Kesian plak pada yang masih blum balik kampung lagi kan..?
Mesti terkejar nak balik dengan hadap jam teruk lagi..huhu
Ok Aini share gambar yg.. 
Enjoy..

Selamat Hari Raya

  
29 Ramadan (Sempat pi azar ramadan di Batu Gajah, Perak)


  
Aisyah main bunga api dengan sepupu dia

Salam Raya - Aisyah sedih tengok abahnya menangis
  

 
Giliran Aisyah salam abahnya..dapat duit raya yeayyy (comel je dia salam..)

1 Syawal bersama adik ipar.. Adik beradik lain balik di kampung mentua dorang

gambar bertiga

Gambar berdua itupun buat cepat kalau tak Aisyah merajuk
Pantan nampak kami duk rapat2..haha

Aisyah and her cousin

With Love,
Aini



8 comments:

  1. alhamdulilah sempat gak beraya pagi tu ngan family kan :).. ain, kita msk blog awak ni kan kluar mesej virus... bila klik nak komen pun memula dia x bagi mcm jd default link... kena klik byk kali br bole komen.. x tau kita je yg dpt mesej virus tu or org lain pun dpt gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ye ke..macam mana nk fix tu.. taknak la ada virus nanti ramai taknak singgah blog Aini dh..huhu

      Delete
    2. alhamdulilah, template ni dah OK.... dah bole buka, tinggalkan komen ehhehe

      Delete
  2. Maha kelam kabut raya tahun ni. Yang penting sambutannya tetap meriah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu..
      Selamat Hari Raya Fiza..Maaf Zahir & Batin

      Delete
  3. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Syaz..
      Maaf Zahir & Batin

      Delete
  4. Mesti seronok Aisyah dapat jumpa sepupu2 balik raya tu.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers