3 Syawal
Aini, hubby & Aisyah pi ziarah kubur di Batu Gajah, Perak.
Setelah 2 tahun tak ziarah, akhirnya tahun ni dapat juga jumpa.
Mama Aini beraya di rumah, tak balik kampung sebabnya Opah Aini berada di Subang.
Ni kira 1st time bawak Aisyah pi kubur.
Alhamdulillah raya ke3 xde orang so tinggal kami bertiga dan penjaga kubur jelah
Semasa sampai sana, dari awal sampai la habis Aisyah pokpek je
Sampai penjaga kubur tu tengah duk sapu daun kering pastu dia stop tengok Aisyah
Sambung lagi sapu pastu stop tengok Aisyah..
Lucu bagi dia agaknya tengok gelagat Aisyah yang duk banyak soal
Kenapa tu..? kenapa ni..? haha
Oklah kita tengok gambar ya..
Pagar masuk terus nampak kubur kerabat DiRaja |
Kubur moyang Aini ( Opah mama Aini ) Meninggal sakit tua |
Kubur Paklong Aini ( Abang mama Aini ) Meninggal di usia hampir 66tahun akibat barah |
Kubur Atuk Aini ( Pakcik mama Aini ) Meninggal sakit tua |
Kubur Atuk Aini ( Ayah mama Aini ) Meninggal diusia muda kerana sakit |
Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Aamiin..
With Love,
Aini
Bersih kawan kubur ni... terbaik!
ReplyDeletecantek kawasan kubur dia ye :)
ReplyDelete