Pages

Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Salam Jumaat: Rezeki

Cerita ni sangat touching dan terjadi juga pada Aini. Walau kite ditimpa masalah dan kite redha, Allah akan bagi rezeki bagi orang² yang bersabar.. jom baca..




Allah Maha Besar

5 minit tadi aku singgah beli nasi lemak tepi jalan. Kakak yg jual tu lebih kurang sebaya aku.

Aku pelanggan ke 3 yg beratur. Depan aku ada sorg brother dan kakak tu tgh sediakan beberapa bungkus nasi lemak utk customer paling depan.

Sempat la aku dgr sembang kakak tu dgn pelanggan depan sekali seorg perempuan. “Lambat sikit hari ni sebab anak kecik meragam sebelum keluar berniaga”, katanya.

Maka aku assume dia keluar berniaga utk tambah pendapatan suami atau utk menyara kehidupan dia dgn anak keciknya. 

Nampak dia kelam kabut maybe sebab org dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus utk customer first tu. Aku tgk dekat 7 bungkus gak tp sebab kakak tu sorg yg buat semua so kena tunggulah.

Mungkin juga dia tak nak kehilangan pelanggan buatkan dia kelam kabut. Kalau lama sgt org beratur dan tunggu, org akan pegi. Kalu betul ini yg aku jangkakan, kesian kakak tu. Mungkin dia perlukan jualan yg byk hari ni utk dia tampung kehidupan. Hiba jap aku.

Tiba2, dia terlanggar bekas telur mata kerbau atas meja. Terbarai semua jatuh ke tanah. Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dlm nasi lemak pun dah xda. Aku dan brother yg berdiri depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama.

Sampai giliran brother tu, dia order 2 bungkus nasi lemak. Aku tgk je muka kakak tu, nampak berlinangan airmata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yg first tadi. “Maaf cik, lambat dan terpaksa tunggu lama”, katanya pada brother tu. Aku tgk brother tu senyum je.

Masa nak bayar, aku nampak brother tu keluarkan wallet. Aku nampak byk not RM 10 dan RM 5 tp dia keluarkan not RM 50. Nasi lemak brother tu dalam RM 6 je. 

“Cik takda duit kecik?”, tanya kakak tu. “Saya ada ni je kak”, balasnya sedangkan aku nampak duit dlm wallet dia.

“Saya takda duit kecik, esok atau bila2 cik boleh datang bayar”, balas kakak tu pada brother tu. Tiba2, brother tu amik bungkusan nasi lemak yg dia bungkus then kata, “Takpa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tp sy x tolong alihkan ke tengah sikit. Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yg jatuh tu”, brother tu senyum dan berjalan ke kereta.

“Allah, banyak sgt ni cik. Terima kasih byk2 dan semoga rezeki cik melimpah”, kata kakak tu sambil mengesat air mata. Brother tu senyum sebelum dia blah dari situ.

3 pengajaran yg sgt baik bagi aku;

1. Masih ada melayu yg sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yg sebenar. Akan ada saudara seagama yg prihatin dan berhati mulia mcm brother tu di sekeliling kita.

2. Besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yg terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Akan ada rezeki lain yg DIA gantikan tanpa kau sangka asalkan kau redho dengan setiap yg berlaku. Rezeki dan rahmat Allah luas.

3. Duit dalam poket kita bukan hak kita, tapi duit yg kau sedekahkah itu adalah milik kau sepenuhnya. Nak byk harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit & return bukan 2 atau 3 digit tp infiniti. 

Semoga kalian dapat sesuatu dari apa yg berlaku sebentar tadi. Tak payah motto “tak hensem takpa janji kaya” sebab yg kaya itu Rabb yang bodoh sombong tu manusia. 

Tumpangkan student Uitm

Mata blum rasa mengantuk lagi
Lebih pada badan letih
Lagi² kaki tumit ni.. lenguh ya amat
Dari selepas Zohor sampai la ke malam
Busy membuat kuih Almond London
Dan Burnt Cheese Cake
In between ada la stop kejap
Layang pipipau ni nak tu nak ni

Aini jadi vendor kepada 2 tempat ni
Cafe di uitm dan kedai baru yang nak cari orang jual kuih raya
So dengan adanya peluang Aini & adik
Boleh la cuba jual kuih raya dia di kedai baru tu

Hari ni non stop hujan
Pgi tadi selepas subuh sambung tido
Yelah hujan duk lebat kat luar kan
Memang sedap tido la..hehe
Aini sedar tengok aisyah sedap tido lagi dengan abahnya
Aini pun bersiap then kemas dapur
Buat breakfast makan dengan mama aini
Tengok hujan pun dh stop
So Aini keluar pi kedai bakery jap
Tak sampai 30min tiba² hujan lebat

Selepas Aini dah keluar dari kedai bakery
Aini nak ke kereta pastu lalu la depan 2 student girls ni
Dorang berteduh kat tepi kedai bakery sebab hujan lebat
Aini terdengar salah sorang tu cakap
"Tulah gatal nak jalan kaki sampai sini, kan susah nak patah balik"
Aini kesian plak kat girls tu Aini pun patah balik
Aini tanya la sorang nak pi mana, klau nak tumpang meh ler  
Dorang tanpa fikir panjang dorang pun ok
Rupanya girls tu hntr baju kt dobi layan diri
Mungkin sebab dorang nak beli air
Dorang pun jalan la kaki sampai ke area kedai bakery
Klau jalan kaki confirm dorang akan basah kuyup

Selepas hantar dorang
Dorang nak bayar
Aini hanya jawab sambil ketawa
"Eh takpe..akk bukan grab..akk tumpangkan aje"
They really greatful

Balik tu Aini buatlah utk esoknya
Sekarang mata dah ngantuk..hehe

Ni result almond london

Klau nak order boleh pm Aini

Klau size kecik ni RM22
Size besar RM40
Harga tak termasuk postage

Nak tempah utk raya boleh xde masalah
Hello je Aini

~Aini~

Blog dapat grade B

 


For the first time Aini dapat Grade B
Itu pun dah cukup happy buat Aini..
But still need to be improve..

Til then next topic..

With Love,
Aini



Hujung minggu - spring cleaning & beli pintu baru untuk mama

Assalamualaikum..

Baru nak update blog..
Semalam agak letih sebab puasa.. nak habiskan puasa 6. 
Kira semalam Aini dah raya la.. Alhamdulillah
Tinggal ganti puasa ramadhan je la..byk lak tu haha..

Semalam Aini kerja pastu dengan sakit kepala yang teramat kuat..
Aini pulak tak bangun sahur masa tu.. tau2 dah dengar azan Subuh..memang tak sempat la nak sahurnya.
Tengok jam lagi 3jam je nak berbuka, bertabah dan tahan jelah sampai berbuka..

Hujung minggu baru ni sambung cuti dengan hari Wesak.
Klau ikutkan minggu tu la orang berhari raya di rumah kawan2 atau saudara mara kan..?
Tapi Aini pula duk spring cleaning dan cari pintu utama untuk mama Aini.


Pack baju Aisyah yang dah tak muat dah.. senang simpan dalam vacuum storage bag..

Simpan toto/comforter dalam vacuum storage bag.. takde la penuh sangat dalam almari kan.

Isnin baru ni pi kedai pintu di Paya Jaras, Sungai Buloh
Nama kedai pintu ni JR Doors..
Tengah tunggu sales lady buatkan quotation, Aisyah sempat la jadi cameraman
Siap suruh Aini buat cara tu cara ni.. kita pun ikut jelah..

Tengok la gambar yang Aisyah snap ni..
Sambil snap sambil dia ketawa..haha


Pilihan mama Aini suka design ni. Gold frame glass..
Pintu akan divanish ikut warna pilihan mama nanti.

InsyaAllah dalam masa 2 minggu akan siap pasang di rumah.
Hubby hadiahkan pintu ni untuk mama Aini..
Nanti dah siap pasang di rumah Aini update ya.

So far total semua tak sampai RM1500
Semua termasuk siap pasang and delivery..
Consider murah la kan..

Nak tukar pintu baru boleh klik di bawah
Facebook : JR Door
Whatsapp : +6017-3377718

Nak beli vacuum bag storage klik di bawah


Selamat bekerja semua..

With Love,
Aini

Budak pomen belanja minum milo ais Kawwww

Aassalamualaikum,

Happy weekend you all.. Hari ni pi mana..?

Hari ni petang selepas balik kerja nak pi Lulu Hypermarket di Setia Mall. Mostly Lulu ni owner dia orang arab sebab klau pi hypermarket dia banyak jual barang masakan arab.. The paste, the olives and the olives oil.. Kuih arab.. segala macam la kat sana.. Memang syok la pusing dalam tu..kadang-kadang sampai berjam-jam. Teringat zaman Aini duk Morocco dulu..

Anyway, tadi Aini order Subway chicken Terriyaki Wrap.. lapar la plak kan.. tapi tak order set la.. Air dia banyak jenis soft drinks. Aini tak berapa gemar sangat soft drinks ni. So Aini buat la air panas sambil leh mkn dengan chicken wrap ni. Sekali ada sorang budak pomen ni belikan Aini milo ais.. Dia kata ni milo ais kaw kak.. sedap.. Haha mentang2 dorang dah tau Aini suka minum air milo.


Nampak tak pekat milo tu.. Pekat dia dan manis dia.. huhu.. leh potong kaki ni.. Aini minum skit2 dulu bagi ais cari so kurgn la manis dia nanti.. Tapi bilik ni dah la sejuk, pastu pagi td baru lepas hujan.. naik beku dah jari jemari ni.. hehe

Pernah makan milo ais kepal tak..? Aini tak gemar makan camtu, manis ya amat bila tengok dorang letak dalam tu.. Macam dah sunyi je orang jual tu kan atau masih ada lagi..?

With Love,
Aini



Birthday surprise untuk mama

 Assalamualaikum,

Hari Sabtu ni macam biasa Aini kerja half day. Semalam Aini hubby dan adik berpakat nak celebrate birthday mama Aini di ATSKY di Damansara esok nanti. Ingat nak celebrate dinner tapi adik ipar Aini kerja shift malam. So kita semua setuju untuk buat lunch.

Semalam Aini contact ATSKY untuk reservation dengan deco sekali la. Dia bagi pakej 8pax with deco RM160. Dia bagi gambar sekali so nampak la dorang akan deco macam mana.


Gambar dari facbook ATSKY

Gambar contoh deco dari ATSKY


Not bad la kan harga dia. Jadi Aini dah buat full payment as confirmation untuk esok. Lunch ATSKY buka jam 1pm-4pm. Untuk malam tak sure pukul berapa. Peak hours from 8.30 -9.30 so kalau nak makan malam waktu peak hours di sana baik buat reservation ya. Takut penuh pula.

Next Aini akan update hari jadi mama Aini. 

Facebook: ATSKY
Instagram: atskydamansara
For Reservation : Whatsapp

With Love,
Aini

What is Salary?

 Assalamualaikum..

Semalam was a very busy day.
Hari ni busy gak tapi nak blogging jap.. 
Maybe lunch hour leh blogwalking..
Hari ni kan last day bulan November 
So nak prepare untuk gaji staff esok.
Kita gaji setiap 1hb
Hubby kerja dengan kerajaan leh la pakai duit dia dulu..hehehe

Semalam balik 6.30pm, kalau tak kul 6pm Aini dah balik
Ni sebab bos ada discuss pasal kerja.. 
Nasib baiklah rumah dekat.
6.30pm keluar, 10minit dah sampai rumah sebab kereta dah tak banyak
Kalau keluar tepat 6pm, kereta akn jadi banyak 
Disebabkan traffic light yang cepat sangat hijaunya jadi yang dapat lepas 5 biji kereta je
Boleh kira dekat 3 atau 4 kali Aini duk stop sebab lampu merah tu..

Yeay esok gaji...

BUT



Truly indeed..


With Love,
Aini



Hari Isnin


 Mesti ramai TAK SUKA HARI ISNIN, kan? Hehe TAPI ingatlah

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk berniaga.
Hari Isnin juga merupakan hari:
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah S.A.W buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia…Nabi Muhamad S.A.W
7. Bukti keesaan ALlah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”


With Love,
Aini


Rezeki - diganti dengan orang yang belanja

Assalamualaikum..

Lunch tadi rasa malas nak keluar
Mood nak duduk dalam ofis sambil mendengar lagu Lite.FM
Aini suka dengar lagu 80-90s english song

Kisah lunch tadi
Aini nak makan makanan yang pedas.
So Aini order Ayam Geprek
Memang pedas so order air kopi susu ais sebab tau Aini akan soksek nanti..hehe
Skali bila dapat makanan tengok takde air sekali.
Aini tanya orang food panda tadi "dorang ada bagi air tak?" sambil tunjuk resit 
Terang2 ada tulis air kopi susu ais.
Orang foodpanda kata maaf takde plak.
Cik boleh pi kedai dia or minta refund.

Dalam hati kata adoii malas la nak drive ke sana..
Harga air tu dalam RM2.80.
Total bayar tadi dengan makanan RM19.29 termasuk foodpanda service lah

Aini cakap kat diri sendiri takpelah..
sedekah je lah.
Malas nak komplen panjang lebar.
Klau air tu harga macam Star Buck memang minta refund lah

So Aini makan lah dengan soksek sebab takde air sejuk..
Minum air kosong yang tak sejuk pun masih kepedasan.

Jam 4 petang
Aini dapat air daripada pelanggan yang hantar servis kereta dia
Plastic cup dia agak besar.
Aini dapat air Ice Coffee Mocha..
Rasa pun hampir2 sama dengan kopi susu 

This is so miracle
Dengan hanya sedekah 
dapat air orang belanja free..
Ice coffee mocha ni mau lebih dari harga Aini beli..
Tengok gaya mau dekat RM4 atau RM5

Alhamdulillah syukur pada Allah.



 With Love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers