Pages

Budak pomen belanja minum milo ais Kawwww

Aassalamualaikum,

Happy weekend you all.. Hari ni pi mana..?

Hari ni petang selepas balik kerja nak pi Lulu Hypermarket di Setia Mall. Mostly Lulu ni owner dia orang arab sebab klau pi hypermarket dia banyak jual barang masakan arab.. The paste, the olives and the olives oil.. Kuih arab.. segala macam la kat sana.. Memang syok la pusing dalam tu..kadang-kadang sampai berjam-jam. Teringat zaman Aini duk Morocco dulu..

Anyway, tadi Aini order Subway chicken Terriyaki Wrap.. lapar la plak kan.. tapi tak order set la.. Air dia banyak jenis soft drinks. Aini tak berapa gemar sangat soft drinks ni. So Aini buat la air panas sambil leh mkn dengan chicken wrap ni. Sekali ada sorang budak pomen ni belikan Aini milo ais.. Dia kata ni milo ais kaw kak.. sedap.. Haha mentang2 dorang dah tau Aini suka minum air milo.


Nampak tak pekat milo tu.. Pekat dia dan manis dia.. huhu.. leh potong kaki ni.. Aini minum skit2 dulu bagi ais cari so kurgn la manis dia nanti.. Tapi bilik ni dah la sejuk, pastu pagi td baru lepas hujan.. naik beku dah jari jemari ni.. hehe

Pernah makan milo ais kepal tak..? Aini tak gemar makan camtu, manis ya amat bila tengok dorang letak dalam tu.. Macam dah sunyi je orang jual tu kan atau masih ada lagi..?

With Love,
Aini



7 comments:

  1. Subway ada jual air tanpa gas macam jus oren.
    Memang makanan segera lain tidak beli set sebab dengan air gas.
    Alhamdulillah dapat air Milo law. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki orang belanja. Sejuk sejuk minum air sejuk bertambah sejuk jadinya. Hihi... Belum pernah lagi rasa milo ais kepal. Rasa tak sanggup nak minum yang manis sangat.
    Selamat berhujung minggu :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ammi dah lama tak minum milo...ntahlah dah tak gemar pulak rasanya minum benda yg manis sangat.

    ReplyDelete
  5. time panas-panas mmg nikmat betul dapat pekena milo ais mcm ni

    ReplyDelete
  6. wow....nasib x minum milo..kalau x..sure craving

    ReplyDelete
  7. dulu memang one of my fav.. milo, teh o ais..now more ke kopi & iced lemon jer..

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers