Pages

Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Raya bersama mentua di Tronoh, Perak

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya..

Raya sebulan kan.. hehehe.. ada yang buat open house ke..?
Aini balik raya 2 hari sebelum raya di Tronoh, Perak dan balik rumah pada raya ke-3..
Suami kerja pada raya ke-5.

Hujung minggu raya, Aini tak kemana-mana..
Masing2 tak sihat.. Selepas semua sihat Aini plak yang masih lagi tak sihat..
bersambung dari sakit tekak terus batuk, flu and semput yang tak sembuh2 lagi.

3days in a row, Aini pakai nab di rumah. 
Mungkin sebab cuaca tak menentu, kerap hujan..bila sejuk mula la semput.

Raya tahun ni di rumah mentua Aini.
Hanya Aini dan adik ipar je yg balik.. 
Yang lain balik di mentua masing2..

Minggu ni kami akan berkumpul dan beraya bersama di rumah kakak sulung hubby Aini..
Kakak ipar yang sakit cancer dia masih tak larat dan dia semakin lemah.
Suaranya bertukar suara mcm budak disebabkan tekanan ketumbuhan di lehernya membuatkan dia akan rasa terbongkok dan suaranya berubah.
Dia tak boleh nak duduk tegak mcm biasa, dia sentiasa bongkok je.
Bila dia tegakkan badan dia akan rasa sakit.
Tahap kesihatan dia sangat lemah, doc pun cakap dia tak lama..
mungkin makan minggu, bulan or beberapa tahun je.

Mohon readers doakan kakak ipar Aini sembuh dan boleh happy bersama keluarga tercinta.
Kesian tengok dia, nak pi jalan2 pun dia tak larat. 
Anak yang paling kecik darjah 5. Anak sulung dan no.2 baru habis SPM thn ni dan tahun lps.
Masing2 pun tengah tunggu untuk dapat tawaran mana2 kolej/universiti untuk sambung belajar.

Back to cerita Raya..
1st Raya, selepas solat raya, bersalam salaman dan makan2..
We all decide pi jalan2 di Penang. Tidur sana 1 malam di Flamingo By The Beach Hotel.
Kalau pi Penang, hotel tu je kami akan pilih, sebab pantai dia private, tak share dgn orang luar sangat.
saje makan angin tapi bila esoknya nak balik umah mentua balik, hadap jam la kan.. haha..
Cuma tak bestnya anak2 tak berapa sihat, so xde la bawak dorang mandi pool/pantai..
Makan angin kt luar jelah..

1st Raya with in-laws

Gambar bawah muka Aini berkerut.. time tu panas terik tu..

Maaf ler, gambar di Penang x banyak snap sangat..
Bila anak tak sihat, kita pun xde mood sangat nak ambik gambar..
Ni jeler yang leh share hehehe

Ok, that's all for now..
ada rezeki Aini share story lagi.

Take care ya..
Jaga kesihatan..jangan makan kuih manis2, air manis2 ya..
Make sure banyak minum air kosong..

With Love,
Aini

Ziarah Kubur di Batu Gajah, Perak

3 Syawal

Aini, hubby & Aisyah pi ziarah kubur di Batu Gajah, Perak.
Setelah 2 tahun tak ziarah, akhirnya tahun ni dapat juga jumpa.
Mama Aini beraya di rumah, tak balik kampung sebabnya Opah Aini berada di Subang.

Ni kira 1st time bawak Aisyah pi kubur.
Alhamdulillah raya ke3 xde orang so tinggal kami bertiga dan penjaga kubur jelah
Semasa sampai sana, dari awal sampai la habis Aisyah pokpek je
Sampai penjaga kubur tu tengah duk sapu daun kering pastu dia stop tengok Aisyah
Sambung lagi sapu pastu stop tengok Aisyah.. 
Lucu bagi dia agaknya tengok gelagat Aisyah yang duk banyak soal
Kenapa tu..? kenapa ni..? haha

Oklah kita tengok gambar ya..


Pagar masuk terus nampak kubur kerabat DiRaja




Kubur moyang Aini ( Opah mama Aini )
Meninggal sakit tua


Kubur Paklong Aini ( Abang mama Aini )
Meninggal di usia hampir 66tahun akibat barah

Kubur Atuk Aini ( Pakcik mama Aini )
Meninggal sakit tua


Kubur Atuk Aini ( Ayah mama Aini )
Meninggal diusia muda kerana sakit




Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Aamiin..

With Love,
Aini



1 Syawal di Tronoh, Perak

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua..
Maaf Aini lama tak post blog. Nak update blog ni kene ada mood dia..
Macam mana dengan raya you all.. Kelam kabut tak bila dapat tau Isnin tu raya..? Hehehe

Aini balik kampung pada hari Ahad (sebelum raya la)
Gerak dari rumah Aini jam 8pagi.. sampai di Tronoh, Perak jam 4ptg..
Berhenti pun sekali je.. 7 jam perjalanan daripada 2 jam waktu biasa sampai
Punya la teruk jam dia sampai panas bontot..hahaha

Pagi tu Aini ada tengok fb update di London Raya pada hari Isnin..
Aini pun diam je lah.. mungkin sebab masa lain...
Petang dekat nak berbuka kecoh kata kemungkinan raya esok tapi pada masa tu kita semua buat biasa jelah
Buka berita jam 8pm sebab nak tahu kepastian.
Memang betul Raya esok.. hahahahha

Dengan segala persiapan untuk masak takde..
Lemang pun tak beli lg masa tu tapi selepas berbuka hubby Aini keluar dengan adik dia cari lemang..
Satu pun tak dijual.. mungkin penjual lemang pun kelam kabut nak prepare untuk raya..
So malam tu buat lah apa yang patut sampai lah tido dekat kul 4pagi.

Jam 7.30 dh bangun..terlajak subuh sebab letih sangat..
Kejut la hubby dan lain2 untuk siap solat raya.
Yang tinggal mak2 je kat umah sebab nak prepare makanan..
Nak mandikan si kenik.. yg mak2 ni siap lambat la..
Bila semua dah balik solat, baru lah makan.
Salam Raya..makan lagi.. pastu terus pi Kulim, Kedah
Melawat family belah hubby Aini for the first time.
2 jam perjalanan itupun masih jam sebab kemungkinan ada orang masih balik kampung lg.

Kesian plak pada yang masih blum balik kampung lagi kan..?
Mesti terkejar nak balik dengan hadap jam teruk lagi..huhu
Ok Aini share gambar yg.. 
Enjoy..

Selamat Hari Raya

  
29 Ramadan (Sempat pi azar ramadan di Batu Gajah, Perak)


  
Aisyah main bunga api dengan sepupu dia

Salam Raya - Aisyah sedih tengok abahnya menangis
  

 
Giliran Aisyah salam abahnya..dapat duit raya yeayyy (comel je dia salam..)

1 Syawal bersama adik ipar.. Adik beradik lain balik di kampung mentua dorang

gambar bertiga

Gambar berdua itupun buat cepat kalau tak Aisyah merajuk
Pantan nampak kami duk rapat2..haha

Aisyah and her cousin

With Love,
Aini



SELAMAT HARI RAYA 2019

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA SEMUA
pada yang mengenali diri ini
seorang blogger sejak tahun 2009
dan masih off and on update blog

Ramai yang masih blogging dan ada juga dah stop blogging

Macam mana dengan raya u all?
Alhamdulillah tahun ini Aini sambut raya bertiga dgn si budak pipipau Noor Aisyah.

Taknak cakap banyak
Aini cuma nak share gambar je.
semoga dgn gambar raya ni membuat anda tersenyum 
melihat aisyah yang bum2..hehe

sempat tido sebelum bergambar


pakai baju kurung moden youu.. 



Raya ketiga berjalan2 di Ipoh bersama sepupu2 Aini


Raya ke-5. wedding raya


Ok itu saje gambar raya kitorang..
camne..? geram tak tgk Aisyah..
Sbb tu panggil di pipipau

Alhamdulillah she is now 10month old.. 
soon on 15th June she's 11 month old..


cuba teka berat dia berapa kilo..?
sape betul dia dt kiss from aisyah..hehe

With Love,
Aini

Dulu berdua..kini bertiga..

Assalamualaikum...

Syawal hampir tamat dan macam biasa orang2 KL masih lagi buat open house.. Just like my friend 1 Zulkaedah buat open house.. hehe.. tapi dh buat open house raya la.. tu open house untuk makan with family and friends.. hehe..

Macam mana dengan raya you all? Just to share you all bagi yang kenal Aini ni.. Since the year 2009 i have been blogging and known a few bloggers.. Alhamdulillah Aini kini sedang mengandung, sekarang dah nak masuk genap 9 bulan.. tunggu masa je sekarang ni. Doakan Aini dipermudahkan bersalin ya dan juga baby selamat (^_^)

Alhamdulillah hampir 7 tahun kami berdua suami isteri dan sekarang tak lama lagi kami akan bertiga. So far baby sihat.. nama pun dah ada dh.. tu pilihan suami..hehe Aini ikut je..lagipun nama tu sedap and simple. 

Next week is my last week working, minggu ni pun dh rasa sarat sgtt..jln pun slow, makan x usah cakaplah mmg selera.. pagi td breakfast mkn beehoon goreng, ofis ada bacaan yasin then makan nasi lemak jam 10.. kul 12 keluar lunch dgn suami makan nasi ayam.. haha.. tp makan nasi separuh je sbb perut dh tegang..baby marah la tu sbb byk sgt sumbat.. haha..

ok aini nak share gambar raya tahun ni bersama family belah mama Aini.. 





Ramai kata badan Aini tak naik sgt but i think i do gain weight cuma masa bulan puasa tu turun 2 kilo.. sbb morning and night sickness at 7 mths preggy..not at early trimester.. Lain orang lain sickness dia kan..?

Ok thats all for now.. nnt Aini update lagi..

Selamat Hari Raya..

With Love,
Aini




Salam Aidilfitri


Image result for salam aidilfitri


Tahun ni anak buah Aini dh 1 tahun lebih. comel je bila dia pakai baju melayu dan kopiah kemetot dia tu.. Ya Allah..yusuf sekarang semakin cerdik walaupun x pandai cakap lagi.. Dia semakin suka dengar orang Azan. Bila ada Azan kt tv segala bende dia buat akan stop dan hayati Azan tu.. Bila ibu atau sape cakap Allahuakhbar.. Yusuf sebut bar..bar.. hehe comel sangat.


Comel kan..? Tahun ni adik beraya belah mentua dia.. sebelah malam dia dtg rumah family Aini.
Dalam pukul 3 ptg gitu Aini beraya belah family suami pula.. Salam bersalaman, dan makan nasi beriyani MIL Aini buat.. sedap.

With family in law

With MIL

Anak2 buah.. yang kecik tu kelakar

1st raya best dan memenatkan sbb malam raya tu Aini terus ke Subang pegi rumah uncle untuk BBQ..

2nd raya masing2 duduk rumah sbb keletihan.. makan la apa yang ada kat rumah tu..rendang, kuah kacang, kuih-muih.. Tahun ni x buat kuih raya pun.. x larat so byk beli kerepek2 and kih tunjuk je..

3rd Raya, Aini and suami ajak semua pegi Setia City Mall.. saje jln2.. asalnya nak cari kipas but end up main bowling dengan family.. haha





And the winner is Mamu Yusuf..


Selamat Hari Raya semua..

With Love,
Aini

Salam Syawal..

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin bagi yang mengenali diri Aini ini.. Maaf sebab sudah agak lama Aini x update blog tentang life Aini. 

Kalau diikutkan hati Aini mmg nak update blog 3 kali seminggu atau lebih tp disebabkan laptop Aini tu ada masalah dari segi keyboardnya yang tak semua boleh guna huruf2 tu. Bila nak tekan salah satu huruf ni dia xmau keluar.. leceh tul.. Nak beli laptop baru x kesampaian lg. Jadi klau nak update di opis boleh je tp keje sgt banyak so x sempat nak buat.

Macam mana dgn raya you all tahun ni..? Baju raya Aini tahun ni pakai yg dah sedia ada. Aini ambik baju bridesmaid tahun lepas dan Aini ubah skit di bahagian pergelangan tangan dan pinggang. Aini dtg jumpa tailor nak ambik baju ray tp malangnya bahagian tangan tu dia salah buat dan agak x berapa puas hati tp nak buat mcm mana dh mmg x sempat nk suruh dia buat. Lagipun masa tu dia mmg dh tinggal sorang je yg jahit baju orang. Pembantu dia semua dh berhenti sbb ada masalah peribadi. So masa tangkap gambar 1 family mmg x nmpk sgt la sbb gmbr jauh,, Ni gambar raya Aini tahun ini..



Dan tahun ni kami sambut raya ber Enam.. Nampak x anak buah Aini yang tomei tu.. Sedap plak dia tgh tido bila kite tgh bergambar. Lepas dah bergambar 1 family..Aini nk bergambar dengan Yusuf Idlan pula.. Puas juga lah nak dpt gambar yang cantik sebab masa tu dia dh berjaga dari tido.

Ni 1st picture.. Yusuf boleh angkat kaki tunjuk depan camera lak..hehe



Ni picture yang keberapa pun xtau baru nampak ok tp Yusuf tertido plak..Haha

Selepas makan semua, Aini balik ke rumah MIL di cheras kejap jumpa family belah hubby. Lepas waktu Asar.. Aini n hubby balik ke rumah Aini pack barang and terus balik kampung bersama orang tua Aini. Adik n hubby dia balik kemudian..Aini n hubby plan raya ke-3..org tua Aini balik dgn adik sampai raya ke .. Aini kene balik rumah dah sebab Isnin depan tu Aini n hubby keje tp bila tgk berita and bukak PLUS Apps kat fon tgk jam teruk sgt so Aini bertolak hari esoknya jam 8 pagi. 

Ok itu saje cerita raya Aini tp sebenarnya byk cerita pada hari raya pertama hingga kedua tu. Nnt2 la kite cerita ye..hehe nak sambung wat keje jap. 

"Tata semua.. nanti jangan lupa singgah blog Aunty Yusuf lg ye.. 
Camat Hari Raya.."

With Love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers