Pages

Showing posts with label BabyYusuf. Show all posts
Showing posts with label BabyYusuf. Show all posts

Salam Aidilfitri


Image result for salam aidilfitri


Tahun ni anak buah Aini dh 1 tahun lebih. comel je bila dia pakai baju melayu dan kopiah kemetot dia tu.. Ya Allah..yusuf sekarang semakin cerdik walaupun x pandai cakap lagi.. Dia semakin suka dengar orang Azan. Bila ada Azan kt tv segala bende dia buat akan stop dan hayati Azan tu.. Bila ibu atau sape cakap Allahuakhbar.. Yusuf sebut bar..bar.. hehe comel sangat.


Comel kan..? Tahun ni adik beraya belah mentua dia.. sebelah malam dia dtg rumah family Aini.
Dalam pukul 3 ptg gitu Aini beraya belah family suami pula.. Salam bersalaman, dan makan nasi beriyani MIL Aini buat.. sedap.

With family in law

With MIL

Anak2 buah.. yang kecik tu kelakar

1st raya best dan memenatkan sbb malam raya tu Aini terus ke Subang pegi rumah uncle untuk BBQ..

2nd raya masing2 duduk rumah sbb keletihan.. makan la apa yang ada kat rumah tu..rendang, kuah kacang, kuih-muih.. Tahun ni x buat kuih raya pun.. x larat so byk beli kerepek2 and kih tunjuk je..

3rd Raya, Aini and suami ajak semua pegi Setia City Mall.. saje jln2.. asalnya nak cari kipas but end up main bowling dengan family.. haha





And the winner is Mamu Yusuf..


Selamat Hari Raya semua..

With Love,
Aini

Something i found last weekend..

Assalamualaikum..

Hari ni mood ngantuk sangat tapi mata duk menahan nk buat keje and saje je nak update blog just to get rid of my sleepy eyes to shut..Anyway this morning at 3am i received a sms and i just ignore coz i often got a msg from unknown and spam msg.. However my sister miss-called me telling that she's the one u msged me. LoL... Rupanya baby yusuf demam..

Aini bangun and pegi kt bilik dia rasa panas dahi Yusuf, jadi Aini kejut suami nk bg tau dia yang Aini nk bwk adik n yusuf g klinik.. Dgn mamai suami Aini cakap ok, park kete dpn klinik. So bila kitorg dh siap nak bukak gate..tup..tup.. suami Aini turun tangga minta kunci.. rupanya dia bgn terus bersiap bwk kitorg g klinik. Nak ketawa pun ada sbb pada mulanya dia mcm sedar x sedar.. Pastu dia ckp jgn keluar berdua skrg mcm2 berlaku.. So i said ok and i giggled..hehehe

Sampai klinik dekat kul 3.45am.. pukul 4am baru dpt jumpa doctor.. dia tdo kot sebab dia keluar dr bilik lain. Mujur la ada klinik 24jam kat area rumah Aini.. Klau tak mmg kene tunggu yg bukak kul 10am la. Temperature Yusuf naik 38, so doc bagi ubat masuk buntut dan dia bagi ubat demam n antibiotic.. 


(That's me on the left, my one and only sister on the right) Ni yusuf dah besar panjang.. Skrg dah 2 bulan setgh.. tgk depan mata mcm umur 4 atau 5 bulan je.. Dukung pun dah lenguh2 dh..hehe.. Dalam usia mcm ni Yusuf suka ckp dengan org and ketawa sorang2..Haha 

Sebenarnya nak cerita pasal bende lain so dah lari tajuk skit..hehe

Pernah tak you all makan ice cream jipangi? Actually bentuk dia agak pelik and its like 18++ punya rate la..haha.. Aini pegi tempat AvenueK nak lunch.. dari tingkat bawah sampai la ke atas majority byk makanan yang tak Halal.. Mostly byk serve dgn beer.. So dgn kaki penat kitorg suami isteri pusing aleh2 makan burger je.. Pastu ada la ternampak kedai ni jual ice cream panjang tu. Selepas makan burger suami Aini suruh beli ice cream tu (Jipangi nama dia). Suami tunggu kt kedai burger tu sbb mmg xde orang. So Aini pegi lah beli dan makan kt kedai burger tu.. xnak makan sambil berjalan sbb nampak mcm lucah je..haha. Rasa dia mcm ice cream biasa kt McD tu, cumanya cone dia tu rs sedap dan tebal. Rasa mcm keropok jagung pun ada. But it'll be my 1st and last. Payah nak makan pun ada, rasa segan nak makan pun ada. Mmg x habis so Aini share dgn suami sbb masa tu Aini ambik size original so mmg panjang la.. Baik ambik size junior je hari tu..huhu..



Ni la ice-cream yang Aini n suami makan.. hahaha
Klau keluar makan ni sorang2 mmg tebal muka..hehehehe


Ni kedai burger yang kami suami isteri makan. Design dia sgt mcm 70s 80s.. makanan dia yang wrap daging n nasi tu sedap cuma mac n cheese kureng skit rasa dia..tempat dia dh dekat nk access ke LRT KLCC.

Ok mata dah segar balik.. So see you next topic..tata

With Love,
Aini

Salam Syawal..

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin bagi yang mengenali diri Aini ini.. Maaf sebab sudah agak lama Aini x update blog tentang life Aini. 

Kalau diikutkan hati Aini mmg nak update blog 3 kali seminggu atau lebih tp disebabkan laptop Aini tu ada masalah dari segi keyboardnya yang tak semua boleh guna huruf2 tu. Bila nak tekan salah satu huruf ni dia xmau keluar.. leceh tul.. Nak beli laptop baru x kesampaian lg. Jadi klau nak update di opis boleh je tp keje sgt banyak so x sempat nak buat.

Macam mana dgn raya you all tahun ni..? Baju raya Aini tahun ni pakai yg dah sedia ada. Aini ambik baju bridesmaid tahun lepas dan Aini ubah skit di bahagian pergelangan tangan dan pinggang. Aini dtg jumpa tailor nak ambik baju ray tp malangnya bahagian tangan tu dia salah buat dan agak x berapa puas hati tp nak buat mcm mana dh mmg x sempat nk suruh dia buat. Lagipun masa tu dia mmg dh tinggal sorang je yg jahit baju orang. Pembantu dia semua dh berhenti sbb ada masalah peribadi. So masa tangkap gambar 1 family mmg x nmpk sgt la sbb gmbr jauh,, Ni gambar raya Aini tahun ini..



Dan tahun ni kami sambut raya ber Enam.. Nampak x anak buah Aini yang tomei tu.. Sedap plak dia tgh tido bila kite tgh bergambar. Lepas dah bergambar 1 family..Aini nk bergambar dengan Yusuf Idlan pula.. Puas juga lah nak dpt gambar yang cantik sebab masa tu dia dh berjaga dari tido.

Ni 1st picture.. Yusuf boleh angkat kaki tunjuk depan camera lak..hehe



Ni picture yang keberapa pun xtau baru nampak ok tp Yusuf tertido plak..Haha

Selepas makan semua, Aini balik ke rumah MIL di cheras kejap jumpa family belah hubby. Lepas waktu Asar.. Aini n hubby balik ke rumah Aini pack barang and terus balik kampung bersama orang tua Aini. Adik n hubby dia balik kemudian..Aini n hubby plan raya ke-3..org tua Aini balik dgn adik sampai raya ke .. Aini kene balik rumah dah sebab Isnin depan tu Aini n hubby keje tp bila tgk berita and bukak PLUS Apps kat fon tgk jam teruk sgt so Aini bertolak hari esoknya jam 8 pagi. 

Ok itu saje cerita raya Aini tp sebenarnya byk cerita pada hari raya pertama hingga kedua tu. Nnt2 la kite cerita ye..hehe nak sambung wat keje jap. 

"Tata semua.. nanti jangan lupa singgah blog Aunty Yusuf lg ye.. 
Camat Hari Raya.."

With Love,
Aini

Anak buah baru di bulan yang mulia

Assalamualaikum, 

Selamat Berpuasa u all..

Pada 1 Jun 2016, jam 7.54pagi adik Aini selamat melahirkan anak yang comel iaitu anak lelaki. Alhamdulillah Aini dh bergelar Maklong.. Officially dh ada anak buah sendiri. Klau tak anak buah belah husband mmg ramai lah.. Aini n adik 2 beradik perempuan je.. sekali Allah kurnikan zuriat pada adik Aini baby boy.. Ya Allah.. mmg seronok sgt bila lihat gmbr masa dia br lepas lahir tu.. sebiji mcm muka adik Aini masa dia baby dulu.. bibir dan hidung mmg sama. Tp ada org kata bila dh 2 atau 3 bulan lebih baru nmpk muka dia ikut sape..

Nama baby ni adalah Yusuf Idlan Bin Ibrahim. Mmg nmpk hensem dan cantik mcm ibu ayah dia. Nama yusuf sgt sesuai dgn muka kecomelan dan hensem dia tu. Maaf Aini x dpt nak share gmbr dia. I have to respect her willing not to show his face.. I have no idea how many pictures of him in my memory.. blum lagi bila dia dh besar nnt. But i can only share just a few parts from his face..That which my sister is allow me to show coz that picture she already share on social media..hehe..

Dengan gambar yang Aini tunjuk ni you all boleh picture kot mcm mana rupa dia.. anggap dia copy paste muka adik Aini kt muka baby Yusuf..hehe


Betapa lebatnye rambut dia kan..?

Oklah nnt Aini update lg ye.. tata.. tak sabar nak jumpa Yusuf setiap kali balik dr keje..

With Love,
Aini

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers