Pages

Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Molly Fantasy untuk Aisyah

Last weekend, plan nak main bowling di Setia city mall..
Sekali sampai tgk table semua on waiting list plak.. malas nk tunggu lama
mau berjam2 tunggu, so end up bagi Aisyah yg seronok main..
kite pun tumpang sekali la..hehe




Seronok Aisyah sebab waktu tu tak ramai budak.. 
memang semua tu dia punya la haha
Mama dia geram gak rasa nak terjun je dalam bola2 tu tapi tak buat puan.. 
letak kaki je dlm bola2 tu pun cukup ler..hehehe

Happy Box untuk customer Aini

Assalamualaikum..

Isnin Aini buat cookie bersama adik..
Malam tu pula Aini buat icing sugar dan deco untuk 4 box..
Jam 1am baru siap..hehe




13hb Disember 2023 (Selasa)
Aini pi hantar Happy Box pada customer di Damansara..
Customer ni kawan lama Aini.. Orang sabahan.. Very sweet girl..
Aini follow la google maps, suruh ikut Dash Highway nak ke ofis kawan Aini ni..
Lepas ni taknak la lalu Dash..bahaya sungguh

Aini sampai dalam jam 1115am..
Dalam bangunan tu sangat cantik..
Aini bawak Aisyah sekali naik ke tingkat 17
Masuk je dah bau coffee.. punya la sedap..dah la tak breakfast lagi masa tu
Sampai je terus jumpa kawan Aini..
Hubby kene pi jumpa orang so dia drop Aini dulu..
Lepak dekat sejam juga, kawan belanja la breakfast fruit waffles..
Aisyah punya la suka sebab ada whipping cream.. Ice-cream dia tak suka sbb masam haha







Selepas selesai makan, borak-borak jap..
Hubby pun dah sampai di lobby..
Petang tu kawan Aini shre gambar..They really had a good time..
Sampai kata tak cukup cookies untuk dorang nk deco sebab seronok sangat
1box tu ada 12 cookies tapi kalau dah seronok memang rasa tak cukup

Ada yang sempat deco satu dan 3 cookies dimakannya tanpa deco
Sebab cookie tu sedap..Alhamdulillah suka dorang
Ni memang kali pertama Aini buat Happy Box
Alhamdulillah Aini & adik dapat buat dengan jayanya..
jom tengok gambar..




Dia buat Wednesday..haha creative



My friend buat Doraemon..comel je


InsyaAllah Aini akan buat open order untuk Happy Box ni..
Bukan untuk Christmas je tapi Aini akan open untuk Birthday, Gift ataupun untuk diri sendiri..


With Love,
Aini

Hujung minggu bersama anak²

Assalamualaikum..

I'm sorry for the very late updates..
agak sibuk dengan bisnes kecil Aini bersama adik Aini ni..
Alhamdulillah sedikit demi sedikit orang kenal JuzaBakes..hehe

About the GA Aini tu.. nnt Aini update ya..
Harap bersabar..sabar kan separuh daripada iman..hehehe

Ok over the weekend,
Aini and mama decide nk ladies day out with the kids.
Actually hubby adik keje.. Hubby Aini plak nak rehat di rumah..

So Aini fetch adik and her kids at home. 
Tak sampai 10min pun dah sampai rumah dia..
Taman sebelah je..hehe

Jom tengok gambar la

Yunus Mateen.. dah pandai merangkak.. 
Baru je 6 bulan.. abang kakak dia lambat merangkak..

Bawak kids main molly Fantasy di Aeon Shah Alam
Ada lah 2 jam kat sana.

Noor Aisyah

Noor Zulaika

Yusuf Idlan
Yusuf payah benor nak ambik gambar dia, mesti akan lari
Tapi sebab dia pakai mask ok jelah..haha

Yunus Mateen..dia pun seronok main..haha

Selepas main pi la makan di Fuel Shack..
Dulu order from the waiter..niplak kene order from online..
Aini tak gemar pakai online2 ni.. lambat..haha
Sebab tak reti punya pasal, Aini panggil staff ni tolong ajarkan sampai setel order..haha

Ni weekend baru-baru ni..
Aisyah suka painting..
Klau dia nak painting dia akan cakap nak cat..
klau dia nak buat colouring dia akan cakap nak warna..

Aisyah ni klau cakap something pastu Aini convert ke bahasa lain dia akan cakap salah..haha
Contoh dia tunjuk ni Cat, pastu aini cakap in malay Kucing
Dia bleh plak kata salah..haha
Sampai Aini beli buku cerita pasal kucing dia aware tapi still dia panggil cat..
Cat pun Cat la Aisyah oii

Ok dia kata dia nak lukis haiwan guna paint dia
Aini suruh dia ikut apa Aini cakap
And it turn out good..
Quite a surprise la.. 
jom tengok..

Baby dinosaur from its pink egg.. Ni T-Rex 

Unicorn with pink hair

Black cat

flower tree

Nature & animal


Aisyah memang ikut sama minat macam mama and abahnya..
Suka pada seni..

With Love,
Aini
 

The Parenthood at Sunway Putra

Assalamualaikum..

Cerita kelmarin.. Aini & hubby nak bawa Aisyah pi jalan²..
Kesian tengok dia lama tak bawak dia enjoy di luar.. Asyik duk rumah je
So lepas breakfast Aini & hubby pi Sunway Putra, KL..
Ofcoz jam sikit tapi bila nak masuk ke Sunway Putra jam dia lain semacam
Rupa-rupanya ada Matta Fair..

Macam mana la Aini leh lupa..memang wrong timing la..
Aini tak suka pi mana-mana event sebab tak suka crowded
Tapi tuler dah sampai kan dekat 30min gak nak cari parking..
Alhamdulillah dapat juga.

Before Aini pi Sunway Putra, Aini ada buat research tempat indoor games untuk kanak2
Ada la satu level di Sunway Putra ni tempat dia nampak menarik dan besar
Rupanya sebelum ni Aini & hubby penah pusing situ dulu..
Masa tu Aisyah umur 6 bulan..
So hubby setuju la nak bawak Aisyah main sana..

Dah masuk dalam pi makan jap..
Aisyah dah lapar..baru leh bawak dia main..
Bila nak pi tempat mainan tu tak ada....Aini & hubby siap cakap sama tempat ni la dulu
Tapi dah tukar jadi kedai lain.. Macam kedai RM2..
Sedih yang amat.. So bawak je lah Aisyah main..
Aisyah memang seronok la tapi bagi kita tak syok la..
Tempat pun kecik je..

Anyway jom tengok gambar..

Entrance
Anak RM5 Dewasa RM7 tambah dewasa RM5



Kecik je tempat dia..

Mana Aisyah?

Father daughter sama je..haha




Baling bola bagi kene


Aisyah ajak mama naik sekali

Haa bukan sekali naik main slide..
Berkali-kali sampai naik semput mama Aisyah tau..
Abahnya jadi jurufoto sambil main baling bola kat kitorang..
Bila Aini start masuk makin ramai lak yang nak main..
Pastu kite keluar.. Ada la dekat sejam main tu..

Takpelah janji Aisyah seronok ya..
Malam tu memang tidur pengsan dah dia kepenatan..
Mamanya sakit kaki..haha

With Love,
Aini

Lama Aisyah tak main playground

Semalam cuti Hari Kemerdekaan yang ke 65
Sama umur dengan mother in-law Aini
Birthday dia awal..20 Ogos
Kalau sama tarikh leh buat kek warna bendera..Hehe

Petang semalam Aini pi umah adik Aini
Berpakat nak bawak anak-anak pi main taman.
Aisyah lagi lama tak main..
Berapa kali cancle sebab kerap hujan petang-petang ni..
Disebabkan dah agak mendung so kita pi yang dekat je..belakang rumah adik
Kalau tak Aini nak pi taman besar skit tapi tu kene bawak kereta la..


Baru je 15 minit main dah mula rintik..
Cepat2 la balik..nasib baik dah stanby payung
Aisyah main swing pun kejap je..muka nampak takut je kata nak turun..haha
Mungkin Aisyah gayat skit la tu..sian dia
Tapi masa nak balik rumah Aini tanya dia best tak..
Dia jawab besttt....

InsyaAllah weekend ni nak bawak dia pi main dalam mall 
Macam Molly Fantasy tapi nak cari lagi tempat menarik..

You all tahu ke tempat mana best untuk indoor game budak-budak?

With Love,
Aini

 

Wordless Wednesday: Aisyah the Lion Dancer







Ada gaya tak..?
Elok plak ada drum mainan kat rumah.. 
Aisyah minta Abahnya mainkan drum..
Sambil tu dia buat la tarian naga tu..

Tuala hood kuda tu kononnya Naga aisyah la.
haha

 

Mainan Aisyah - Wobbly Worm

Assalamualaikum.. Salam jumaat..
Aini harap kali ni blog Aini ok..
Macam-macam Aini betulkan.. mana tak perlu Aini dah buang

Mainan Wobbly Worm ni klau main dengan orang dewasa pun seronok..
Sape kalah kene denda kannn..hehe
Sangat mencabar.. nak elak bagi bende ni jatuh..

Aisyah pandai main..
Tapi bila Aini menang dia marah..Dia nak menang jugak..
Kadang-kadang Aini buat-buat kalah..
Ada juga Aini saje bagi Aini menang 3 times straight...
Lagi la dia marah pastu nangis..hahaha

Tengoklah reaksi muka dia..fokus nak keluarkan 1pc tu


fokusnya Aisyah

Dadu ni akan tentukan kita warna apa perlu dikeluarkan

Sempat snap muka dia.. Masa ni tengah goyang-goyang haha



Ok Aisyah plak turn

Habis jatuh selepas dia tarik warna hijau..haha

Nak beli Wobbly Worm ni ada jual di Lotus bahagian mainan harga RM20++
Ni budak main dari umur 3 tahun ke atas..
Ingat nak beli Uno Stacko tapi harganya hampir RM90.. haha tak jadilah ambik

Kalau nak beli birthday present untuk anak kecik pun boleh..
Memang nampk seronok bila dorang main..

With love,
Aini




 

Labels

1990s (2) AdSense (1) almondlondon (2) anakbuah (17) Anniversary (1) artwork (10) ASTHMATIC (2) attitude (2) awareness (1) baby aisyah (5) BabyYusuf (4) baking (1) Balik Kampung (8) BEAUTIFUL (6) Birthday (9) BLOG (2) Breakfast (1) cakes (3) childhood (1) coffee (5) comedy (1) convocation (1) cousin (1) cousins (4) covid19 (3) Dapur (1) DEEP SEA (1) Dental (1) dentist (2) dessert (4) Diet (1) E-DAY (1) entertainment (7) FAMIL (1) FAMILY (84) Fashion (2) FOOD (44) FUNNY (17) game (2) giveaway (6) Habbatus Sauda (1) Haji (1) HEALTH (49) HEALTHYSKIN (3) HOLIDAY (10) Hotel (1) housework (3) hujan (1) Husband&Wife (22) Insect (1) ISLAM (22) IT (2) juzabakes (15) Kehidupan (1) kindergarten (1) love (10) luahan hati (9) Lunch (7) MAKEUP (1) manusia (1) MELAKA (1) MINUMPETANG (1) MotherDaughter (12) Motivation (6) movie (4) nature (3) nooraisyah (85) nurraysa (1) OrangeChocBrownies (1) premiumcakes (2) Ramadan (7) RAMADHAN (16) Raya (1) rezeki (9) SALAM JUMAAT (21) sanitizeperfume (1) scammer (2) school (8) Segmen / Giveaway (17) shopping (3) snacks (1) social media (3) socialmedia (1) SongLyric (2) spiderman (1) staysafe (8) syawal (7) Tips (1) toy (2) trauma (1) Wanita (1) wedding (2) weekend (4) worklife (44) youtube (3)

Followers