Pages

Terpaksa letak jawatan 24 jam

Assalamualaikum..

Hampir 2 minggu Aini tak update blog.
Aini pernah cerita Aini dapat offer dengan kerajaan Selangor.
Jawatan sebagai kerani akaun..
Masa interview pun dia mention task apa bila dpt job tu..
Cuma satu dia tak mention.. Jadi pengasuh/babysitter!!
Kenapa jadi pengasuh pulak..?

Aini apply kerja sebagai kerani akaun tapi bila lapor diri pada hari pertama Aini kene jaga budak umur 2 tahun.. Aini macam eh kenapa pulak kene jaga budak..?
Dorang kata mereka kekurangan staff untuk jaga budak umur 2 tahun. 
So Aini 1st day ok lah
Esoknya Aini ingat nak ke ofis Aini, sekali dapat msg dari pengerusi kata minta Aini ganti lagi jaga budak dan tempat meja aini xde lagi. Aini mcm hmm ok la..
harap hari ke-3 back to my routine as kerani akaun la not baby sitter..
Jaga budak umur 2 tahun memang penat. 
Apatah lagi ms tu Aini kene keje jaga budak 2 tahun seramai 10 orang. 
Bayangkanlah betapa ramainya nak handle anak orang umur 2 tahun ni. Macam2 ragam, kerenah dorang ni.. Bila kat sini nangis, sana plak nangis. Aini jadi tertekan.
Dan mula lah Aini dah start semput sebab penat sangat.

10 orang budak 2 tahun


Hari ke-3, pengerusi wassap Aini minta jaga budak 1 minggu..
Aini macam dah kenapa..So Aini reply minggu ni je kan, next week dah boleh back to ofis..?
Aini siap bagi tahu Aini takleh jaga budak ramai sangat dan Aini takleh penat sangat sebab Asthma
End up dia kata, Pengetua dan say pengerusi kene jadi teacher klau ada kekurangan teacher termasuk Aini

Ok fine, Aini bagi tahu hubby Aini
Hubby Aini dah bising, kenapa masa interview tu tak cakap kene jadi teacher jugak
klau Aini tahu memang Aini tak ambik offer tu..
Nasi dah jadi bubur..
malam tu Aini serang Asthma lagi
So Khamis Aini mc dan bila pi jumpa doc. Aini ngadu Aini sakit dada (chest pain)
So doc minta Aini buat ECG (Untuk cek jantung)

Selepas check, bacaan pertama doc tak terima, tertanya gak Aini kenapa
mungkin bacaan tak cantik
Kali kedua ok tapi bacaan jantung Aini low
Dia tanya Aini ada sakit jantung tak..? Aini jawab takde
Doc kata jantung Aini lemah.. 58.. bila check kat jari masih below 60 
Doc nk buat surat hantar ke pakar tapi Aini taknak..haha
Aini tanya klau tak buat takpe ke..? Doc tanya klau Aini sakit dada apa Aini buat
Aini jawab aini akan rehat
So doc advice kalau ada sakit dada lagi kali ni kene refer ke doc pakar

Mungkin Aini terlampau penat sampai 3 hari bekerja di tempat baru Aini turun 3kg
Hubby kata baik Aini berhenti kerja
So esoknya Aini resign 24hrs

Mungkin itu lah terbaik untuk diri Aini dan kesihatan Aini
buat apa nak diteruskan kalau diri sendiri asyik sakit je.
Takpelah rezeki itu luas..

Sekrang ni aini uruskan Aisyah dulu hantar sekolah ambik dari sekolah
Bake kek orang order sementara tunggu kerja tetap
InsyaAllah ada rezeki untuk Aini yang lebih baik boleh bantu hubby dan mama Aini

Hanya Allah saje yang tahu..

~Aini~


 

13 comments:

  1. dapat kerja kerajaan pun kena scam juga..nak jaga sorang budak pun byk cabaran inikan 10, better berhenti dari kena main macam ni..

    ReplyDelete
  2. Eh eh...boleh plak mcm tu kannn... better la resign ...and kesihatan yg paling penting..have a good rest & get well soon key

    ReplyDelete
  3. Eh, lain pula ceritanya ye Aini.
    Keputusan Aini memang tepat. Kesihatan paling diutamakan. Kalau sampai 10 anak kecil kena jaga, yang tak ada athma pun boleh semput juga tu. In syaa Allah, ada rezeki yang lebih baik untuk Aini.

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah, ujian ye. Harap kesihatan Aini semakin baik. Kes naya ni, minta kerja lain, dapat kerja lain. Insya-Allah, ada rezeki lebih baik untuk Aini.

    ReplyDelete
  5. Ai.. pelik bebenar dpd kerani akaun jd baby sitter... jauh benar lari skop tugas tu... x boleh komplen ke? xpelah aini mungkin bkn rezeki aini kt situ... yg penting kesihatan sendiri lg mahal dan perlu dijaga

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... pelik akak kalau offer kerajaan selangor maksudnya kerja kerajaan kan tapi negeri. Tapi kenapa jadi lain pulaknya. Dia twist ikut suka-suka hati. Bukan ke dia boleh buat tawaran jawatan untuk pekerja taska ni pekerja akuan jadi pengasuh pulak. Tapi kalau swasta mungkin boleh kut. Apa pun kesihatan adalah terpenting. Semuga Allah kurniakan rezeki kerja yang lebih baik nanti buat Aini. Aamin

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar....3,4 hr lepas br je teringat dkt aini,dlm hati duk kata Aini ni busy agaknya tempat baru..
    xpe lah ada la tu rezeki lain banyak2 berdoa akhir ramadhan ni

    ReplyDelete
  8. Boleh pulak macamtu ye, kata jawatan kerani akaun tapi kena jaga budak umur 2 tahun pulak. Itu memang kat taska ke camne? Tapi takkan ada kerja kerani akaun dalam taska mcm tak sesuai lak, menyimpang jauh tugasan dengan kerja. Kalau takat jaga anak buah 2 tahun seorang boleh la kot ini mengasuh 10 orang, mana boleh pakai sembarang je. Bagus jugak suami suruh letak jawatan, takpe nanti-nanti boleh cari kerja lain.

    ReplyDelete
  9. boleh pulak kena jaga baby tibe2 ye? hermm parah betul ni kalau sampai jadi stress ganggu kesihatan mcm tu. memang elok benti keje je takpe ade je rezeki kat lain tu.

    ReplyDelete
  10. Allahu, tak sepatutnya jadi begini. Anggap saja bukan rezeki Aini, dan mungkin Allah nak bagi yg lebih baik lepas ni.
    Apapun, utamakan kesihatan dan elakkan stress ye. Take care Aini.

    ReplyDelete
  11. mana tak penatnya bdk2 umur 2 tahun mmg tgh lasak. tapi majikan sebenarnya tak boleh buat macam tu. boleh mengadu dengan tenaga kerja tau. apapun elok lah berhenti dari jatuh sakit

    ReplyDelete
  12. ehhhh menipu orang pulak.. dia tau ramai yang terdesak nak kerja boleh pulak dia scam gitu. Kerja dengan kerajaan selangor tu berstatus apa? pekerja awam atau swasta? tak paham pulak ammi

    ReplyDelete
  13. Kesiannya Aini. Nampak macam kena scam je. Mungkin dieorang susah nak cari pengasuh jadi iklankan jawatan kerani akaun. Kesian kalau org yg terdesak nak kerja tapi tiba2 diberi kerja lain drp yg diterima. Semoga Aini cepat2 dpt pekerjaan yg sesuai dengan pengalaman dan latar belakang.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers