Pages

Bila Umur Masuk 40 Tahun..

Assalamualaikum..

Aini lahir tahun 1985, nak masuk 37 bln Oktober ni. Tapi topik ni betul² buat diri Aini ni tersentuh. Takde masalah kalau kita mula dari sekarang bukan..? Jom sama² baca..

Google image



BILA UMUR MASUK 40 TAHUN.. 

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung masa yg banyak terbuang
❤Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
❤  Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
❤Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.

4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.

5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.

6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.

7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.

8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.

9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."

10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.

11. Bykkan taubat- 70 kali sehari

12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.

13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.

14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.

15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

Credit: USTAZ AHMAD DUSUKI

9 comments:

  1. Blog begins at forty....

    eh...

    Life begins at forty... hehehehe

    ReplyDelete
  2. i'm 43 this year...semoga amalan yang tak seberapa ni dapat diistiqomahkan

    ReplyDelete
  3. Akak sudah 43. Memang sudah risau apa yang akak sumbang kepada manusia.
    Apapun bagus peringatan ini kepada semua. Ajal tidak Kira usia.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan Aini..
    Akk ni geng 4-series :D

    ReplyDelete
  5. tahun ni akak masuk 40 tahun, memang semua dah mula jadi perlahan. Badan pun tak berapa sihat sangat, kadang hujung minggu lebih suka duduk rumah dari jalan-jalan, mula lah tambah kan amalan ibadat sebab entah bila kita akan dijemput pergi ke negara abadi

    ReplyDelete
  6. me 44 this year...cukup mematangkan..diri lebih slow dlm mengejar duniawi...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk peringatan ni. Belum masuk 40 pun sama samalah kita amalkan yang baik baik :)

    ReplyDelete
  8. so true... tq atas peringatan.

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers