Pages

Followers

Hubby di tengah laut

Setiap kali hubby pi kerja nak pi mana-mana site
Hubby akan share live location dalam whatsapp..
Bila dia bergerak kita akan nampak la gambar dia tu duk bergerak ke mana, berhenti mana

Ada pernah sekali hubby share live location dari pejabat nak ke rumah
Aini buka la sebab tengok jam lambat sampai so nak tahu di mana
Sekali tengok dia berhenti kat kawasan taman ni dan Aini cam tempat tu
Aini siap text dia tanya "Beli burger ke?" Terus ketawa tanya Aini balik nak ke..? Haha

Ok gambar di bawah ni adalah gambar hubby Aini di Kapar, Klang
Betul-betul di tengah laut.
Sebabnya kapal tu besar macam kapal angkut kargo
So kapal tu takleh duk tepi laut sebab pasir tak lepas la kan..
Hubby and team dia naik hilux terus sampai ke kapal
Hubby pi sana untuk tengok tempat jana kuasa ambik air laut & buat pemeriksaan atas kapal.


Gambar nescafe hubby Aini la tu..

Ni naik Hilux..dekat 3km baru sampai ke kapal

Hubby kata time ni rasa bahang sangat

Atas kapal

Sangat mencabar kerja dia..
Almost setiap hari duk kerja luar.. Kalau masuk ofis pun sekejap je
Pagi semalam pi Pahang lepas tu terus ke Kapar..

Ingat kerja dengan kerajaan ni relax je kan 
Rupanya tak..haha
Walaupun penat bagai nak gila
Tapi dia seronok dengan kerja dia sebab boleh tengok mother nature
Cuma kerja dia ni banyak risiko dn merbahaya..
Semoga Allah lindungi hubby Aini..Aamiin

With Love,
Aini


12 comments:

  1. Bila dikenang susah payah para suami mencari rezeki, rasa insafkan? Doalah senjata kitakan, agar mereka sentiasa selamat:)

    ReplyDelete
  2. Wah semoga hubby aini sentiasa dilindungi ketika bekerja...

    ReplyDelete
  3. Demi mencari rezeki yang halal

    ReplyDelete
  4. Hubby Aini kerja JKR ke? Bestnya, pengalama yang tak semua orang dapat. Semoga semuanya dipelihara dari sebarang marabahaya.

    ReplyDelete
  5. Semoga hubby Aini sentiasa dlm perlindungan Allah sepanjang dia keluar mencari rezeki utk keluarga...

    ReplyDelete
  6. Jauh…hampir 3km nak sampai ke kapal.

    Bila suami kerap kerja di luar ni, memang hati kita isteri risau selalu. Setiap kali suami pergi kerja, sentiasa doa moga Allah lindungi suami dari segala kejahatan dan malapetaka.

    ReplyDelete
  7. sayang kan bini tinggal2 kann.. cikkak kannn :)

    ReplyDelete
  8. suami sy kerja nelayan.. 5 hari di laut.. seminggu dapat jumpa 1-2 hari saja.. Mmg mencabar kerja di laut.. kdg risau tapi nak buat mcm mana.. dah kerja suami dan suami kerja pun utk isteri.. hanya mampu berdoa saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 mencabar.. lagi risau kan tapi dengan berkat doa awak kepada suami InsyaAllah sentiasa suami dilindungi..Aamiin

      Delete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)