Makan di restaurant Chef Zubir


Assalamualaikum

Pernah cuba mana-mana restaurant Chef Zubir tak? Aini pernah cuba Restaurant D'Grill di Bangi. Memang sedap makanan dia. Mahal tapi berbaloi harganya dengan masakan dia yang sedap tu. Tapi tak tahu kenapa D'Grill sana tutup. Nasib baik sempat rasa.

D'global Cuisin pun milik Chef Zubir juga. Tak sangka dia buka restaurant di Puncak Alam ni. Maklumlah Puncak Alam ni betul² di puncak dan tak ada apa sangat kedai mewah kat sini sejak tahun 2006. 

Tapi sejak adanya Eco World dan Eco Gradeur di Puncak Alam dah naik maju maka banyak la restaurant, baker shop yang agak terkenal buka di sini. Mostly ada juga beberapa artis beli rumah Eco World di Puncak Alam.

Pada malam 1 Januari 2022, asalnya nak makan malam di kedai makan KEDUA (nama kedai makan tu) tapi padat ramai orang. Covid duk ada lg ni malas nk sumbat dalam tu. So makan di Kofee Bereu tu ada seat. Dah nak order masa tu tapi nasib baik waitress ni jujur la ckp makanan akan dapat lambat sbb yg duduk lama dalam kedai pun tak dapat makanan lagi. So Aini teringat restaurant Chef Zubir ada buka di kawasan Eco Grandeur.. pi la cari pusing bangunan sebelah nampaklah restaurant tu.

Tak ramai orang dan nampak cosy sangat. Mama Aini pun ok je dia kata sedap mata memandang.

Bila buka menu harga dia mahal la juga tapi hubby nak belanja. Aini & hubby je yang order makanan. 
Mama Aini masih kenyang lagi tapi dia nak rasa dish kitorang.

We ordered 2 main dish and 2 desserts.

Aisyah nak selfie dulu


Restaurant 2 tingkat
Hubby and my mama

Kitchen and Beverage
Ada 2 family sambut birthday malam tu.


Bali fried rice

Spageeti Carbonara
Sedap tak muak

Pitasschio
Biskut dia rasa macam biskut makmur


Chocolate fudge

Upper view..cantik sangat

Total makanan dan air semua RM120+.. Kira ok la kan..? Mahal tapi berbaloi sebab makanan dia sangat superb.

Instagram: 


With Love,
Aini

8 ulasan:

  1. wah menarik presentation menu dia

    BalasPadam
  2. Nasi goreng tu meriahnya...
    Choc fudge tu pulak nampak sedap sangat.

    BalasPadam
  3. Wah nampak sedap semua mwnu. Nanti boleh lah cuba

    BalasPadam
  4. Suka gak mkn kat restoran chef zubir sekali sekala.. Mmg sedap walau mahal tp berbaloi kan...

    BalasPadam
  5. Pernah makan kat D'grill...tutup dha erk..takpe la ada kesempatan nanti bleh pi yang kat setia alam atau puncak alam ni...

    BalasPadam
  6. dkt area umh ada juga restoran chef zubir tp tk pernh try

    BalasPadam
  7. Wah... ni kedai kayangan ni....

    BalasPadam
  8. wow..menariks tu. choc fudge tu...yum yum
    sesekali makan mahal2 takpe la, janji sedappp

    BalasPadam

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)