Semalam public holiday Thaipusam so pi Aeon Shah Alam dengan hubby and mama sekali. Plan nak pi awal la.. Kalau pegi awal boleh balik awal. Asalnya mama Aini tak nak ikut sebab nk rest tapi bila Aini cakap sampai sana leh lunch awal makan Chicken Rice Shop (one of my mama's favourite food in any mall) terus mama cakap boleh juga lama tak makan Chicken Rice Shop..Hehe.. Aisyah pun dah siap pakai baju cantik dah.. Aisyah ni pantang kalau dengar nak pi jalan.. siap cakp tak nak opah tinggal. Bila Aini cakap macam tu kata Opah Aisyah..Opahnya apa lagi terus siap pakai baju cantik...hehe
Jam 11 dah sampai Aeon. parking semua masih penuh.. Awal benor orang datang Aeon.. maklumlah Selangor cuti kan memang la ramai. So hubby drop Aini Aisyah and mama dulu terus ke Chicken Rice Shop. Sampai sana dah penuh tp nampak ada 2 meja baru je kosong. Alhamdulillah takdelah tunggu lama sangat nak dapat meja makan.
Selepas dapat meja terus order makanan. Selepas 20min macam tu baru hubby sampai.. Susah cari parking, penuh sangat. hubby duduk je makanan dah sampai. Selepas makan Aisyah nak naik kuda bergerak. So naik la dengan abahnya selama 10min dengan harga RM10. ok la kan.. seronok la Aisyah pusing-pusing naik kuda dia tu.
Singgah dalam Aeon mall beli lah baju Aisyah skit, kasut kerja Aini. Selama ni Aini pi kerja tu lah kasut kerja tulah kasut jalan.. sedih kan...? Dekat setahun Aini kerja kat bengkel ni pakai kasut lama.. Bukan kedekut tapi masa tak mengizinkan nak beli yang baru..Hehehe..
Aini suka pakai sandle sekarang ni sebab bila nak pakai terus sarung je. Sekali mama Aini tegur, beli la kasut yang tutup skit, baru nampak kemas nak pi kerja. Ni pakai kasut makcik-makcik..Haahaha.. Tau kan sandle jenis macam mana..? So Aini beli lah kasut yang bertutup.. Kasut baru pun mama Aini yang pilihkan.. baru la mama cakap "Haa ni kan lawa, kemas je bila nk pi kerja". Aini ketawa je lah..
Aini share gambar Aisyah naik kuda dengan abahnya..
alamak ..kena tegur kasut makcik makcik pulak
ReplyDeleteHehehe..she's more concern than my own self
DeleteAddooi, mamanya lagi care ni. Haha
ReplyDeleteHehe tuler.. siri kita yang x berapa care sangat
Deletesebaik-baiknya pakai kasut bertutup. hehe, senang. kaki pun tak cedera
ReplyDeleteHehe setuju tu
DeleteAmboi, kemain Aisyah naik kuda dengan abahnya! 10 minit tu kira lamalah juga. Tentu puas naik kuda kan Aisyah.
ReplyDeleteSeronok sangat dapat naik..
DeleteSetuju dengan mak Aini. Kasut bertutup nampak kemas. Then nampak bergaya. ðŸ¤
ReplyDeleteHehehe setuju betulah la tu.. (^_^)
DeleteSeronok Aisyah naik kuda yang ada pemandu tu
ReplyDeleteAbahnya pun seronok naik gak tu hehe
DeleteTunggang-tunggang kuda selalunya Hobi orang kaya2 ni.... hehehehehe
ReplyDeleteHehe.. klau ada offer diskaun yang banyak memang Aini beli
Deleteteringat arwah mama ammi pun pernah tegur..katanya i don't dress up like a secretary.
ReplyDeleteAmmi cakap "seketeri dalam tv mmglah pakai skirt pendek, blazer, makeup cantik all the time"..hahaha
Penuh mall bila public holiday kan.
ReplyDeleteBagus jugak pergi kerja pakai kasut. Safety jugak pakai kasut ni selain smart.
Kasut bertutup nampak profesional sikit. Tapi tu la sandal lagi comfy.
ReplyDeleteGo mama!!! Hihi
ReplyDelete