Pages

Kenapa tak sampai-sampai lagi

Assalamualaikum,

Salam Ramadan buat kawan-kawan blogger.. Hari ni dah 3rd Ramadan kan..? cepat je rasa..
Aini belum rasmi lagi untuk berpuasa..huhu.. Aini ABC ( Allah Bagi Cuti) dulu..

Aini tak sempat nak update apa2 sepanjang awal Ramadan. Masa tu Aini di kampung.
Kat sana line susah sangat nak dapat.. asyik 1 atau 2 bar je..kadang-kadang takde langsung.
Kawasan sana pun bukan seperti duk penuh dengan pokok-pokok.. rumah teres je..
Tapi line maxis sana payah benor nak dapat. Kalau on-call memang putus-putus la..haha



Google image

Tajuk kali ni macam suspen je kan..hehehe
Ada la seram sikit di situ.. Macam ni ceritanya..

Jumaat lepas Aini kerja seperti biasa.
Plan nak balik selepas Maghrib sebabnya Aini sampai rumah dalam 6.30pm.
So kami plan nak gerak dari rumah selepas solat Maghrib, so leh la sampai kampung sebelum kul 10pm
Ting-tong..ting-tong.. jam 9pm baru nak gerak.
Sebab dinner kat rumah dulu..malas nak singgah RnR makan sana dengan covid ni lagi
Kita pun bawak anak kecil kan..so agak risky la..

Dalam perjalanan, Aini nak balik ke Tronoh, Perak.
Setiap kali balik sana Aini akan lalu masuk pekan Batu Gajah dan akan tembus di simpang 4 ni.
Simpang 4 ni kalau terus nak ke Jalan Pusing, klau ke kiri nak ke Tronoh la.
Kalau diikutkan tak sampai 20min pun dah sampai rumah daripada simpang 4 ni.

Masa tu jam hampir 12.45am..
Dalam perjalanan hari tu, takde kereta, leh nampak 1 atau 2 kereta je lalu..
Ada satu jalan ni takde lampu jalan.. 
Situ memang takde tapi klau kita drive dalam 40kmj pun dalam 10saat dah sampai ke jalan terang..
Tapi dari 10saat jadi hampir 2minit dengan suami drive lebih 60kmj.

Aini tiba-tiba rasa pelik.. tapi tak expect benda2 ni la..
Aini tanya hubby, nape tak sampai-sampai lagi ni, klau ikutkan lalu sini kejap je..
Hubby diam kejap, pastu dia suruh Aini baca 5 Bismillah untuk Aisyah.
Sebab masa tu Aisyah br bangun tido.
Aini terus rasa lain bila hubby cakap macam tu.
Aini pun baca 5 Bismillah dan ayat kursi tanpa henti.. 
Tiup ubun2 Aisyah dan alih pandangan Aisyah ke muka Aini.. Taknak dia tengok luar.

Dalam beberapa saat terus nampak jalan terang pastu dah sampai rumah.
Esoknya hubby cerita pasal jalan tu..

Hubby kata dia dah perasan bila lalu jalan tu dia terasa jalan tu jadi jauh
Hubby juga kata kalau si pemandu ada rasa macam tu berdiamlah diri, jangan cakap
sebab benda tu suka dan akan layan..
Kalau bukan pemandu takpelah cuma kene banyakkan doa..agar tak sesat.

Lepas ni Aini cakap kat hubby taknak balik kampung selepas pukul 8mlm.
Tambah lagi hari perayaan atau public holiday..sebabnya kereta banyak kat highway nak balik kampung.
Kami lambat sampai pun sebab jalan jam terutama di Tapah mesti jam teruk.

Pernah rasa macam tu tak..?
Ni buat pertama  kali Aini kene..huhu

With Love,
Aini




10 comments:

  1. Allah, seram naik bulu roma baca cerita aini... betul tu sebaiknya elak lah kalau dah rasa mcm tu... better balik awal sikit waktu cerah aini... semoga kalian semua dilindungi selalu. Amin.

    p/s aini, terima kasih banyak ya komen di entry juju semalam, terharu sebab sudi baca rezeki doa terjawab bertahun2 lamanya. Moga baik2 utk aini selalu. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler lepas ni taknak balik lewat malam dah..

      Sama-sama juju..*hugs*

      Delete
  2. belum ada pengalaman jumpa dengan perkara mistik camni..
    "dia" nak main acah-acah sebelum kena ikat dibulan Ramadhan la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini pun rasa mcm tu.. Dia nak main2 dulu sebelum kene ikat..haha

      Delete
  3. Mungkin lain kali Aini boleh pasang CD ayat2 Al Quran kalau travel malam-malam...
    Apapun alhamdulillah, semuanya baik-baik saja & selamat sampai ke kampung.

    ReplyDelete
  4. Aini selalu pasang kalau keluar lewat malam tapi ntah kenapa mlm tu tak pasang pula..
    Alhamdulillah syukur pada Allah..

    ReplyDelete
  5. Teringat pengalaman balik dari Pulau Pangkor tengah2 malam. Kiteorang lalu jalan kampung, kiri kanan mmg gelap. Masa tu pakai GPS (Garmin masa tu) sebab tak familiar jalan tu. Tapi kereta kiteorang asyik pusing2 tak jumpa jalan yg sepatutnya. Dalam 2-3 kali jugak perasan dah lalu simpang yang sama. Tak tau la kena kacau atau GPS yang pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. lagi seram dari kes Aini..huhu..
      Alhamdulillah semua selamat ya..

      Delete
  6. erkk serambnya.. dulu masa muda2 dulu mama lalu jalan muazzam segamat masa kul 3 pagi. haru sungguh. mujur mama tak nampak apa2 driver je yg nampak mcm2 huhuu

    ReplyDelete
  7. Seramnya. Kena gerak awal sikit lepas ni and buka alunan al Quran, esp sebab ada anak kecik kan. saya selalu jugak lalu tronoh tapi sebelum 9 malam sebab nak balik kampung di Ayer Tawar :)

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers