Pages

Menu bulan puasa di Rabat, Morrocco

 Assalamualaikum

Tahun 2002 - 2004
Aini sempat menetap di Rabat, Maghribi atau dikenali sebagai negara Morocco.
Tinggal bersama mama Aini sebab pada masa tu mama Aini dapat kerja posting di sana.

Orang putih tak pandai sebut Maghribi sebab tu dorang panggil negara tu Morocco.
Setiap kali jatuh bulan ramadan Aini paling suka dorang punya menu bubur Harira
Kalau di Malaysia famous dengan bubur lambuk.


Harira


Harira adalah jenis bubur juga tapi bukan seperti bubur lambuk yang penuh dengan nasi.
Harira dibuat bersama pelbagai jenis yang dimasak pada waktu yang begitu lama..
Lebih kurang lebih 2 jam baru siap.

Sebab tu kalau di sana, selepas pukul 12tgh dah mula masak untuk berbuka..
Bayangkan berapa jam la berdiri kat dapur tu.. belum lagi dengan menu lain
Tapi makanan mereka memang cukup sedap.

Susah nak cari bubur harira di Malaysia.
Kalau ada pun tarjin tupun Aini pernah rasa susah nak rasa sebiji macam masakan di sana.

Harira


Kalau dilihat cara dekat dalam bubur Harira ni ada
spagetti halus yang dipotong kecil, kacang kuda, carrot, daging, nasi, kacang dal dan lain-lain..
banyak kan..? Dia sedap makan macam tu je ataupun bersama roti cope/bugget seperti gambar pertama.

Tarjin couscous

Setiap kali bulan Ramadan Aini akan ingat bubur Harira ni.
Pernah buat sekali itupun renyah sebab lama nk tunggu siap.
So buat tarjin bersama couscous jelah..hehe
Ni pun makan sejam lebih baru siap..
Mama Aini yang pandai masak..hehe

Waktu berbuka mereka akan dihidang seperti gambar di atas


Meriah kan..?

With Love,
Aini


13 comments:

  1. tengok gambar pun nampak sedap tu..kalau dpt rasa lagi best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap.. klau Aini jumpa mana2 restaurant rasa macam ni Aini akn share kat blog

      Delete
  2. Selamat berpuasa Aini.
    Seronoknya ada pengalaman di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa K.Amie..
      Alhamdulillah dapat juga merasa..

      Delete
  3. bestnya pernah duduk negara luar and explore makanan dan budaya asing. nampak sedap sangat tu hehe

    ReplyDelete
  4. Seronoknya ada pengalaman berpuasa di perantauan.. bertuah Aini :)
    Makanan-makanan tu nampak sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki mama Aini dapat duk luar negara..
      memang sedap2 belaka

      Delete
  5. Wah terliur tengok gambar...!

    Uncle pun pernah sampai Casablanca lama dulu... atas urusan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini pun pernah pi Casablanca juga.. jauh gak perjalanan dari Rabat ke sana.. berjam2 jugalah

      Delete
  6. meriah menu di perantauan...pengalaman dpt berpuasa di negara org

    ReplyDelete
  7. Meriahnya lauk berbuka diorang.. best x dok sana aini?

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers