Pages

20 minit nak habis waktu sahur

 Assalamualaikum..

Aini dah set jam kul 5am.. biasa kau alarm bunyi kul 5..dalam 15minit baru nak bangun.haha

Ntah kenapa semalam aisyah duk kerap jaga plak.. 
Klau kita tido lambat dia pun nak tido lambat.

Aini tengah picit kepala hubby sebab dia pegi site visit dengan panas terik pastu puasa lagi 
Memang tangkap kepala la kene matahari direct.
Rambut baru lepas potong.. lagi la senang sakit kepala walaupun dia pakai topi.

So tengah picit kepala hubby si Aisyah ni pun sibuk gak nak tolong juga..
Aini pun cakap kat dia, "Aisyah picit kaki abah lah" tapi dia tak picit dia pijak..haha
Kalau dia pijak belakang pun dah terasa dah.
Memang sedap la sebab berat dia ok ok je.

Image google

Mungkin sebab Aini kerap terjaga disebabkan Aisyah
So Aini pun terlajak bangun untuk sahur
Aini tengok jam dah 5.40am..
Cepat2 keluar dari bilik, intai bilik mama Aini..
Mama Aini pun tak sedar..

So Aini turun panaskan nasi dan lauk semalam.
Mama nak makan buah kurma, roti dan air je..
Aini tetap keluarkan nasi sebab hubby Aini banyak kerja luar takut dia tak larat plak nanti

Dah siap pi kejut hubby..Aini turun balik sambung buat air untuk Aini..
Tengok hubby tak turun lagi.. Naik la balik..tengok hubby sambung tido..haha
Aini pun faham letih dia tak hilang lagi tapi terpaksa kejut dia juga..

Makan, minum last buah kurma dan air masak.. 
Alhamdulillah sempat makan sebelum azan Subuh td..Hehe
Elok plak sepanjang kami semua tengah bersahur Aisyah sedap je tido..

3 comments:

  1. Uncle pun suka kalau budak2 pijak...

    ReplyDelete
  2. ammi selalu bangun pukul 4.30

    ReplyDelete
  3. SA pukul 4 dah bangun dh...sekali kerahkan anak dara tu jugak bangun

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)