Assalamualaikum,
Mesti ramai dah mula balik kampungkan..?
Tengok berita semalam.. Fb jalan dah mula sesak..
Aini doakan sesiapa yang on the way balik kampung tu selamat sampai ke destinasi ya.
Aini masih bekerja lagi hari ni.. tak ambik cuti pun sebab halfday je
So mungkin bertolak lepas sahur esok..
Harap bertahan la nak hadap jam nanti..
Balik Tronoh, Perak je.. tak jauh mana pun..
Tapi kalau dah terlalu jam sangat leh makan lebih 3jam
Semalam baca FB kawan dia balik Taiping, Perak
Gerak 1.30ptg sampai 6.30ptg, tupun dia balik ikut jalan dalam.
Kalau highway entah sampai kul berapa..
Raya tahun ni mesti meriahkan sebab semua boleh balik kampung..
Walau apapun harap semuanya jaga diri masing..
kita masih belum bebas dari Covid19 ni..
Yang ada baby newborn tolong jangan bagi orang cium2 ya.. sian baby tu.
Geram memang la geram..tapi fikirkan lah..
Banyak berlaku baby masuk ICU disebabkan orang cium2 baby tu je..
Aini akan bercuti di kampung seminggu..
Dan seminggu tu lah blog Aini akan bercuti juga..
Bukan apa sana line susah nak dapat line clear..kejap ada kejap takde..
Bila buka je asyik loading tanpa henti sampai kita jadi fedup.
Kalau nak buat draft dulu leh la..
Dah balik rumah nanti leh lah update banyok2..
Nanti penuh la reading list banyak keluar nama Aini nnt..haha..takdelah gurau je..
Aini ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..
Mohon maaf sekiranya apa yang ditulis dalam blog ni ada yang terguris atau tersentuh hati you all
Terima kasih banyak kerana sudi follow dan komen blog mama Aisyah Selamat Hari Raya semua.. |
Aisyah sebut R tak jelas.. R jadi L so bunyinya
Selamat Hali Laya..
Haha
With Love,
Aini
Aini
Kita pun bertolak esok pagi. Selamat hari raya Aini :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Aini sekeluarga. Maaf juga andai ada komen akk yg mengguris hati.
ReplyDeleteWah, macam Saloma ye Aisyah :)
Selamat HAri raya Aini :)
ReplyDeletehaha selamat hali laya Aisyah! Safe journey to kampung. Oh orang Perak, saya orang Kuale hehe
ReplyDeleteselamat hari raya utk aini sekeluar.. semoga dpt kembali dgn selamat...
ReplyDeleteSelamat hari raya Aini, maaf zahir batin...
ReplyDelete