Pages

Menghayati Peristiwa Nuzul Al-Quran


Nuzul al-Quran merupakan peristiwa penting yang memperlihatkan keagungan dan mukjizat baginda Rasulullah S.A.W
Memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran bukanlah sekadar mengetahui sejarah dan tarikh penurunannya. Bahkan, apa yang lebih penting adalah menginsafi matlamat ia diturunkan dan melaksanakannya.
Al-Quran merupakan  satu-satunya kita yang kekal terpelihara sehingga kini. Allah tidak menjadikan sebarang jaminan kepada kitab Taurat dan Injil, lalu ia diubahsuai oleh manusia. Tetapi Allah telah menjamin Al-Quran ini terpelihara hingga hari kiamat. 
Pun begitu, Al-Quran bukan hanya untuk disimpan sebagai perhiasan dinding atau dalam almari serta bukan juga sebagai selingan ketika sunyi atau menghadapi gangguan makhluk halus. 
Sebaliknya, Al-Quran adalah panduan harian kita, yang membimbing kita dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupan kita. Bahkan sebagai panduan hidup bermasyarakat dan bernegara. Barulah kita benar-benar menghargai Al-Quran dan memahami tujuan ia diturunkan oleh Allah SWT.
Semoga pada tahun ini kita terus menghayati peristiwa yang bersejarah ini.
Salam Nuzul Al-Quran.
With Love,
Aini

4 comments:

  1. hebat mcm mana pun mukjizat nabi terdahulu, masih tak dapat tandingi mukjizat al-quran. kata2 ni sy peroleh ms dengar tazkirah tempoh hari

    ReplyDelete
  2. Salam Nuzul Al-Quran. Baca al-quran setiap hari biar jiwa tenang selalu

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)