Pages

Anak nak tangga bergerak dalam rumah

Assalamualaikum..

Hari ni tengok luar blue sky sangat la cantik..
Dah tengah hari ni mula la panas terik.

Sejak hari selasa Aini pi kerja ada driver.. Hubby ambik cuti rupanya sampai la ke selasa depan..
Dia kata nak rehat..penat kerja site ni dengan panas terik bagai. Dah kene sunburn dah.
Aisyah pun cakap kat abahnya.. "Abah hitam.." hahahaha

Baru-baru ni Aini join kursus PUNB.. 
Asalnya boss yang join tapi dia nak kene bawa maknya ke hospital.
Nasib baik la kursus ni online tapi ngantuk juga la..haha
Dapat ilmu-ilmu serba sedikit.. kot-kot la nak buka kedai sendiri kita tahu la apa perlu dibuat.

Esok Sabtu Aini ambik cuti sebab nak balik kampung malam ni.
Cuti Aini terhad.. dah tinggal 7 hari.. mesti nak simpan untuk raya and cuti2 lain nnt..hehe

Sejak Covid ni, baru tahun ni dapat berpuasa di kampung.
Kalau tak mak mentua Aini puasa la sorang-sorang pada 1 Ramadhan.
Mama aini akan bermalam di rumah adik Aini.
Mujur dekat je tak sampai 10 minit pun dan sampai rumah adik.
Jadi Aini tak risau sangat la kalau dia tinggal sorang


Cerita pagi tadi selepas Aini mandikan Aisyah.
Masa tengah turun tangga.

Aisyah    : Mama..Aisyah nak tangga gerak boleh? (escalator)
Aini        : Nape nak tangga gerak?
Aisyah    : Aisyah penat, sakit kaki Aisyah naik ni.. (jari tunjuk kat anak tangga)
Aini        : Owh ye ke.. Kalau mama picit kaki Aisyah nanti kaki Aisyah mesti tak sakit dah.
Aisyah    : Ok

Dah sampai bawah

Aisyah: Mama..kaki aisyah tak sakit dah..

Aisyah...Aisyah...hahaha

Nak masuk 4 tahun ni cakap macam orang tua..hahaha

With love,
Aini


14 comments:

  1. dari nak tangga gerak minta pasang lif je Aisyah hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tekan button terus sampai atas dh..hehe

      Delete
  2. Hahaha comel nyaaa Aisyah.. Byk kena belanja nak buat tangga bergerak tu aisyah oii.. Hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha poning mama dia mana nak cari duit ribu riban utk buat tangga bergerak..

      Delete
  3. 4 tahun dah pandai mengomel! hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kerap banyak mengomel.. layan jelah..haha

      Delete
  4. Haha! Comel je nak tangga bergerak ye. Anyway, jom check out : https://eksplorasilea.com/pemenang-giveaway-eksplorasilea-march/

    ReplyDelete
  5. Comel aje Aisyah...bertuah betul...

    ReplyDelete
  6. Haha lucu tau aisyah ni, kalau aisyah nak tangga bergerak, auntie juju pun nak letak kt opis ni... tingkat 3 opis auntie naik tangga pagi2 hehe... kelakar aisyah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu penat tu naik tangga 3 tingkat terus..
      aunty juju leh slim terus ni..hehe

      Delete
  7. hebat awak Aisyah...request nak escalator dalam rumah hahahahha

    ReplyDelete
  8. "memang aisyah hebat"
    tu ayat dia selalu cakap kat mama dia..haha

    ReplyDelete

Thank you for dropping at Aini's blog.

Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For further inquiry kindly email me at noorainimohdhalim@gmail.com

Happy Blogging (^_^)

Labels

Followers